GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Buat Syampu Kering (Dry Syampoo) Untuk Wanita Bertudung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Buat Syampu Kering (Dry Syampoo) Untuk Wanita Bertudung! | Bagi yang kerja waktu pagi, pakai tudung, mesti malas nak basahkan rambutkan... sebab nanti rambut berbau dan akhirnya tak pakai la syampoo waktu pagi ataupun memang tak basahkan rambut waktu pagi... Bagi yang berambut pendek takde masalah, masalah utama bagi yang berambut panjang. 

Kini, trend baru.. syampu kering atau 'dry syampoo' untuk wanita bertudung yang tak nak basahkan rambut waktu pagi, tapi dalam masa yang sama nak pastikan rambut sihat segar sepanjang hari. Trend ni dah lama di luar negara, tapi belum terkenal kat negara kita.

Syampu kering atau 'dry syampoo' ni, tak perlu dibeli pun .. buat sendiri menggunakan bahan semula jadi sahaja... 

Bahan-bahan untuk buat Syampu kering atau 'dry syampoo' :

  • 1 sudu besar "baking soda"
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara Buat Syampu Kering (Dry Syampoo) Untuk Wanita Bertudung!

Seingat MF, kalau nak guna serbuk kopi pun boleh, sebab kopi pun antara bahan semulajadi yang baik untuk kecantikan luaran wanita.

Cara Buat Syampu Kering (Dry Syampoo) Untuk Wanita Bertudung!

Cara buat Syampu kering atau 'dry syampoo':

  1. Letakkan serbuk campuran tadi di bahagian garis rambut (hairline). Sebaiknya gunakan berus solekan yang kembang dan lembut.
  2. Apabila selesai pada garis rambut, teruskan ke seluruh kulit kepala. Letak secara berpada dan pastikan ia meliputi keseluruhan bahagian kulit kepala.
  3. Selesai, tunggu selama 10 minit, kemudian berus keluar serbuk campuran daripada kepala. Sekarang sudah boleh mengikat rambut dan juga memakai tudung.


Pastikan bahan yang anda gunakan organik dan natural. Ini untuk memastikan kepala tidak memberi tindak balas negatif kepada serbuk-serbuk itu. Kalau nak guna serbuk inai pun ok juga. MF tak pernah la cuba lagi... Tapi kalau ada yang nak cuba, boleh la kongsikan kesannya.. 

Sumber: diolah dari karangkraf.com

7Ulasan

  1. Perkongsian menarik buat wanita2 bertudung :)

    BalasPadam
  2. wahh cara yang bagus nie.. boleh berkongsi entri dgn mak

    BalasPadam
  3. Apa kebaikan nya..?tak pernah try..macam sya tak bekerja lepas cuci rambut sempat la keringkan depan cermin sampai setengah jam..eheh..yang bekerja boleh la cuba..

    BalasPadam
  4. wah! menarik. tapi kalau bangun lewat jangan buat pulak sebab makan masa. tak pasal2 record kedatangan teruk. hehe

    BalasPadam
  5. baru tahu pasal nii... info baru... bg saya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ