GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

20 SOALAN MENDUGA PERKAHWINAN UNTUK BAKAL PENGANTIN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".

Sediakan pen dan kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda ( / ), kalau "Tidak" tanda ( x ).

Soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? Maknanya, komunikasi, jika anda sahaja yang banyak bercakap dan si dia banyak diam, maknanya komunikasi bermasalah.

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat-menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing? Walaupun sama jenis pekerjaannya, jangan ingat boleh serasi...

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? Matang dari segi pemikiran, percakapan dan tingkah laku.

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?  Siasat si dia melalui rakan sekerja, kawan rapat serta adik beradiknya...

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan? Ini tak menjamin kebahagiaan, kerana ada yang lama kenal, bercinta bagai nak rak tapi masih tak kenal satu sama lain.

(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? Jika pernah, cari punca dan belajar dari kesilapan.

(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya? Inilah ciri utama dalam mencari pasangan.

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak? Restu keluarga sangat penting.

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers? 

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya? Pasangan yang jaga silaturrahim dengan ahli keluarganya, insha Allah baik juga akhlaknya dan akan menjaga keluarganya.

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? 

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? 

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? 

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? 

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya"  itu  tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Soalan-soalan ni seingat MF pernah ambil dari internet dan MF simpan sebagai koleksi bacaan MF sebelum berumahtangga... MF jawab soalan selidik ni sendiri untuk buat pilihan dalam mencari Jodoh. Jadi, ini soalan panduan untuk anda yang bakal kahwin... Moga dapat buat pilihan yang tepat dalam mencari pasangan hidup. 

Apa pun, ini hanya asas... selebihnya, kerukunan rumahtangga perlu diusahakan untuk mencari cinta dan kebahagiaan berteraskan redha Ilahi. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ