31 Mac 2016

Penjelasan Sebenar Wanita Hina Pengguna Android!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masih ingat viral budak perempuan yang buat komen berbentuk hinaan di Twitter mengenai pengguna Android???

MF ada kupas isu tu di blog.boleh baca entry tu DI SINI.

Untung juga MF up entry tu.. Sekurang kurangnya MF dapat info disebalik kejadian sebenar. Masa nak up entry tu, MF rasa komen perempuan tu berbentuk gurauan dengan rakan yang komen tu. Tapi sebab ianya umum... Mestilah orang sentap kan.

Ok, MF kongsikan penjelasan sebenar status dan komen perempuan tu.


Ada kawan dia komen entry MF tu... Tanpa Nama... Katanya: "sebenarnya komen tu adalah gurauan semata-mata antara perempuan tu dengan rakan yang komen tu. Tapi sebab ada yang tak bertanggungjawab dah pergi printscreen dan sebarkan. Tu yang jadi viral."

Kann.. Gerak hati MF pun tepat... Betui la dia bergurau dengan kawan yang komen status dia tu. Cuma gurauan dia tu berbentuk umum dan terlalu ekstrem.

Jadi, tahu dah la kisahnya. Dia tak bermaksud pun nak hina pengguna Android yang lain. Status tu untuk kawan dia yang komen tu je. Bukan nak hina orang lain pun.

Hmmm... Jadi, MF pun nak minta maaf jugalah... Jika MF pun salah sangka dengan status tu. Apa pun pengajaran juga ye... Buat semua pengguna laman sosial sama ada Facebook atau Twitter.... Hati-hati bergurau, buat status atau komen. Jangan over gurau.. Nanti makan diri.

 Pengajaran juga.. Dalam ramai kawan kita kat laman sosial tu, kita tak tahu yang mana ibarat api dalam sekam dan jenis tikam belakang. Hati-hati ye dik. Lain kali fikir dulu sebelum nak komen gurau ekstrem.. Tak pasal dah femes dengan viral dan jadi kutukan orang ramai.

Pengajaran buat yang lain juga.. Hati-hati gurau pun.. Bergurau pun ada batasannya ye... Jangan melampau sangat.. Buruk padahnya.

Terima kasih atas komen saudara/saudari Anonymous ye.. Yang !menjelaskan perkara sebenar. Itulah. Kadang bagus juga up tajuk tengah viral... Untuk tahu cerita sebenar. Tapi kes polis susah nak tahu cerita sebenar la macam kes potong lidah tuh... Hanya tuan badan je la tahu kisahnya... Dah senyap dah kes tu.. Tak tahu la apa cerita kan... Tapi zaman sekarang pantang salah mesti jadi viral... Ohh.. Dunia..akhir zaman...

5 Cara Mudah Jimat Elektrik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berapa bil elektrik korang setiap bulan???
Bil elektrik MF setakat ni tak cecah seratus lagi la... Mungkin sebab belum pasang air-cond... Tak pasti la kalau dah pasang air-cond nanti.

Bil setiap bulan tak konsisten pun... Sebab amalkan langkah jimat tu pun tak konsisten. Kalau selalu buat, mungkin boleh Jimat banyak.


Bab jimat elektrik ni, MF ingat mak MF paling pakar kot... Sepanjang MF kat rumah dulu la..sebelum kahwin, bil elektrik kat rumah tu tak pernah cecah RM20. Walaupun ada periuk nasi, ada peti sejuk, ada barang elektrik yang lain. Tapi mak MF ni memang betul jimat guna elektrik. Cara yang konsisten dia buat ialah cabut plug yang mana tak guna. Bahkan waktu kilat pun dia gigih cabut. 

Tapi cara tu memang berkesan untuk jimat elektrik. 
MF tak mampu nak buat macam mak... Buat yang mana teringat je la... Sebab kat rumah MF ni banyak guna elektrik. Cas telefon, tab, laptop setiap hari... TV dan barang elektrik yang lain lagi. 

Apa pun cara mudah nak jimat adalah dari kita sendiri... Cara kita guna dan disiplin diri, boleh jimatkan elektrik. 

HUKUM DAN PERSOALAN ADIK BERADIK TIRI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Persoalan berkaitan aurat dan hukum adik beradik ni pernah disuarakan oleh anak murid MF masa mengajar bab perkahwinan. Diorang ni memang banyak kes pasal tiri ni... Mak bapa bercerai dan kahwin lain. Memang perlu tahu hukum sebab ianya berkaitan aurat, mahram dan juga hubungan perkahwinan. Juga berkaitan dengan pembahagian harta. Tapi isunya, kita tengok berkaitan dengan hukum aurat dan perkahwinan. 

Ada beberapa situasi berkaitan dengan adik beradik tiri ni. 
  • Ada yang adik beradik lain mak, lain bapa
  • Ada yang adik beradik lain mak, satu bapa
  • Ada yang adik beradik satu mak, lain bapa. 


Jom lihat hukum berkaitan untuk lebih faham.

Situasi 1: Hukum Aurat dan Perkahwinan bagi adik beradik tiri lain mak, lain bapa.
Di antara adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin.
Sumber: google images

Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu setubuhi, tetapi jika kamu belum setubuhinya, maka tidak berdosa kamu mengawini (anak perempuannya, iaitu setelah kamu ceraikan ibunya)” (Surah an-Nisa’, ayat 23).

Begitu juga, haram mengahwini ibu tiri. Di dalam al-Quran Allah melarang seorang lelaki mengahwini wanita yang pernah dikahwini bapanya. “Dan janganlah kamu kawini wanita yang pernah dikahwini oleh ayahmu” (Surah an-Nisa’, ayat 22). Wallahu a’lam. [Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL]

Situasi 2: Hukum aurat dan perkahwinan adik beradik tiri lain mak, satu bapa:
Jika seorang bapa yang punyai anak, berkahwin dengan seorang perempuan lain dan perempuan tadi lahirkan anak dari benih si bapa, maka anak itu dan anak si bapa tadi jadi mahram. Haram selama-lamanya berkahwin kerana dikira sebagai adik beradik.

Situasi 3: Hukum aurat dan perkahwinan adik beradik tiri satu mak, lain bapa:
Jika seorang ibu yang punyai anak berkahwin lain dengan seorang lelaki dan ibu itu lahirkan anak hasil dari benih lelaki tadi, maka anak yang lahir itu dengan anak ibu itu adalah mahram. Haram selama-lamanya berkahwin kerana dikira sebagai adik beradik.

Situasi 2 dan situasi 3 tidak dipanggil adik beradik tiri, tetapi adik-beradik kandung walaupun mak lain, bapa sama atau bapa lain, mak sama.

Maka kita sekarang sudah faham. Semua yang disebutkan tadi adalah mahram kita. Pendek kata kalau bersentuh tak haram. Berdua-duaan dibolehkan jika aman fitnah. Harus membuka aurat sesama mahram. Air wudhuk tak batal.

Kesimpulan:
Berdasarkan 3 situasi tu, Situasi 1 itu yang dikira sebagai adik beradik tiri sebab mempunyai hubungan tiri hanya kerana ibu bapa mereka berkahwin, sedangkan antara mereka tiada ikatan. Adik beradik ini yang perlu dijaga batas pergaulan kerana dikira bukan mahram dan boleh berkahwin. Walaupun mereka tinggal sebagai keluarga, aurat mereka tetap kena jaga dan muamalat pun kena jaga kerana mereka adalah adik beradik tiri dan bukan mahram.

Hentikan Budaya Bandingkan Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Setiap anak itu berbeza... Kerana memang Allah ciptakan manusia berbeza... Tapi tak nama manusia jika dia bandingkan orang lain dengan yang lain... Jika perbandingan itu untuk motivasi dan semangat takpe juga... Tapi kalau anak kecil yang tengah meningkat dan membesar apa rasionalnya kita buat perbandingan??? 

Setiap anak berbeza dan tak kan sama bahkan lahir dari rahim yang sama. 
Tapi memang ada orang jenis suka nak bandingkan... 
"eh, perangai dia macam si ..... dulu"
"muka dia macam ni la"
"eh, si .... kecik dulu pun macam ni."

Dialog ni memang MF sendiri tak senang... Tapi biasanya MF tak menjawab, senyum dan diam je.. Kang kalau balas sentap pula.... 

Tak perlu bandingkan anak-anak... Kita pun tak suka orang bandingkan diri kita dengan orang lain kan... Jadi, begitulah juga anak kita... Pasti kalau dia tahu, dia pun tak suka orang bandingkan dia dengan sesiapa walaupun adik beradik sendiri.

Setiap manusia tu ada keistimewaannya tersendiri... Jadi, tak perlu nak "macamkan dia" dengan sesiapa... Jika masa kecil perangainya sama itu adalah fitrah anak kecil... Tapi tak bermakna ianya sama... 

Hentikan budaya bandingkan anak-anak... 

7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami Isteri dan Keluarga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keluarga kita tengah senang lenang, tetiba jatuh susah... Bisnes jatuh... Hilang kerja tetiba... Rumah kena lelong, anak memberontak, kebahagiaan suami isteri hilang...
Mesti kita mencari... Apa puncanya...
Kenapa tetiba perkara ini terjadi???

Semak diri dan keluarga...
Adakah 7 sebab ni pernah terjadi dalam keluarga kita...



1. Sering bergaduh 
Selalu berselisih faham walaupun sebab yang remeh temeh dan kurang musyawarah dalam rumahtangga.

2. Merungut dan merasakan anak-anak sebagai beban 
Merasa susah dengan anak-anak yang ada... Cabaran membesarkan anak dan dirasakan susah dan beban untuk membesarkan mereka.

3. Selalu mengeluh dengan suami kerana tak dapat sesuatu 
Merungut dan mengungkit jika tak dapat sesuatu permintaan.

4. Kedekut atau lokek dengan pasangan dan anaka-anak 
Terlalu berkira dengan suami atau isteri isteri dan anak-anak... Takut miskin jika terlalu berbelanja kepada anak-anak dan pasangan.

5. Gagal mengawal emosi dan marah
Mudah marah dan mudah merajuk

6. Kurang sabar 
Mudah naik angin hanya isu yang kecil. Mengundang syaitan dalam diri sendiri.

7. Kurang berdoa
Berdoa bukan hanya untuk memohon sesuatu permintaan tapi untuk nikmat yang Allah beri... Doa lah moga Allah pelihara rezeki dalam rumahtangga dan syukuri nikmat yang diberi. 


Sebab lain buatkan rezeki masih jauh... Ialah sebab kita jauh dengan pemberi rezeki... 
Sama-sama kita muhasabah diri... 

30 Mac 2016

WW | 7 PERKARA YANG WAJIB BUAT DENGAN ANAK SETIAP HARI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Walaupun bekerja... Memang akan cuba juga cari masa buat 7 perkara ni setiap hari...
Tak lama takpe... Yang penting setiap detik tu memang masa untuk mereka... Cuma keluar rumah tu je jarang buat sebab cuaca sekarang terlalu panas... Kalau main pun depan rumah je dan tengok pokok yang ditanam dalam pasu... Tu pun cukup menggembirakan mereka... 

Fahami Perbezaan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ISU HANTARAN YANG TENGAH HANGAT!!

Buat bakal pengantin, bakalbapa dan mak pengantin, 
Jom fahami beza hantaran dan mas kahwin..
Yang mana patut dititikberatkan
Dahulukan yang wajib, tanpa pinggirkan yang harus dan lakukan yang sunat. Moga perkahwinan yang anak-anak kita bina bertambah berkat dan rahmat.

Nampaknya zaman sekarang,
Mak bapa pengantin pun kena pergi kursus kahwin juga...
Sebab apa yang berlaku berpunca dari kekurangan ilmu agama...
Jika faham agama, syariat Islam, 
Perkara memalukan dan mencemarkan Islam tak kan berlaku..


WW | CARA HADAPI ORANG YANG SELALU SAKITKAN HATI KITA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan dibalas dan dilayan..
Nanti akan lebih sakit hati...
Diam aje... Itu lebih baik...


29 Mac 2016

Bangga Isteri Cantik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Memang ada spesis suami.macam.ni.. Bangga isterinya cantik, jadi model dan pamer kecantikan isterinya di khalayak ramai...

Nauzubillah... 
Dia rela orang tatap tubuh badan dan kecantikan isteri dia... 
Dia rela kongsi isteri dengan mata lelaki lain... 

Nauzubillah...

Amalan Mudah Agar Doa dan Permohonan Mudah Dimakbulkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF nak kongsikan satu amalan yang memang MF pernah amalkan. Amalan ni diajar oleh tok guru MF semasa di sekolah lagi...

Apabila kita inginkan sesuatu hajat yang mustahak... Kita boleh amalkan amalan mudah dengan membaca niat melalui surah al-Fatihah.


Baca al-Fatihah sebanyak mungkin terutama selepas maghrib... 
Niatkan hajat yang kita kehendak semasa membaca al-Fatihah ini. 

Insha Allah, dengan izin Allah... Akan mudah dimakbulkan... 
Tapi dengan syarat:
Hajat yang baik
Bersungguh-sungguh
Istiqamah

Amalkan... Insha Allah dipermudahkan hajat kita... 


Antara amalan lain MF pernah buat ialah... Niatkan hajat dalam hati semasa baca:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan".

Niat dalam hati hajat yang kita minta.. Doa sungguh-sungguh... Insha Allah dipermudahkan... Dengan izin Allah.... 

28 Mac 2016

Tak Payah Buat Kerja Allah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Allah dah beri tugas untuk kita...
Tak perlulah kita buat kerja yang Allah tak suruh kita buat...


Tugas kita menyampaikan ..
Bukan hukum orang tu masuk syurga atau neraka...
Kerana itu semua kerja Allah...
Tak perlulah kita buat kerja Allah...
Kita buat kerja kita sudah la ye...


Renungan bersama..

Hina Rupanya Orang Yang Guna Handphone Android Berbanding iPhone!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isu panas kencang petang ni... Bukan nak aibkan sesiapa... cuma terpegun dengan satu statement yang dikeluarkan oleh seorang perempuan ayu bertudung mengatakan "android tu babi je pakai". 


Status twitter tu diprinscreen dan diviralkan orang...
MF tak nak isukan gambar tu, cuma buktinya di atas.. dalam gambar sebenar ada gambar dia, tapi MF tak nak aibkan nama dia... setakat ni tak seviral mana la la sebab belum masuk page viral yang femes lagi... tapi kalau dah masuk nanti, korang boleh tengok sendiri.. tapi mohon jangan korang share atau kutuk dia.. nak share tutuplah nama dia dan gambar dia... jaga aib dia walaupun orang lain aibkan dia... kita cuba jaga aib dia ya... sebab MF kongsikan bukan nak aibkan dia, cuma sebagai pengajaran, hidup kita ni jangan nak bangga sangat dengan harta dunia... dan moga kita doakan dia supaya berubah.

Rasa terhinanya la hai semua pengguna telefon android hanya kerana dia pengguna iPhone, sanggup pula hinakan orang yang guna android... Tak tahu apa maksudnya, mungkin komen tu sekadar nak balas komen orang yang komen post dia, tapi sesungguh komen tu buatkan pengguna android marah sangat... termasuklah MF...

Apalah yang nak dibanggakan dengan harta dunia tu MF pun tak faham sampai sanggup hina orang... Dah tu dia tu pakai tudung... Ya Allah, lagilah memburukkan imej Islam dan perempuan bertudung yang lain...

Tak tahu nak komen apa la... Tapi tu lah, kadang harta yang Allah bagi ni pun sekadar nak uji kita juga... Orang yang dok bangga dengan harta dunia ni tak ke mana...

Pendapat MF sendiri.. walaupun telefon android tak mahal dan tak segah iPhone, tapi mudah guna dan mesra pengguna... berbanding iPhone walaupun pernah berangan nak guna iPhone... MF rasa, ramai je yang guna iPhone, tapi takde lah bangga mana pun.. ikutkan orang Cina memang suka iPhone berbanding android tapi takde nak bangga da tayang sangat dia tu pengguna iPhone...

Allah... tu lah mentaliti masyarakat kita, ada harta sikit dah nak rasa riak dan bangga diri dengan harta yang ada.. sedangkan tu semua Allah bagi pinjam je. sekelip mata dia boleh hilangkan iPhone tu.

MF doakan perempuan tu beroleh hidayah.. Tutup akaun twitter dan minta maaf secara terbuka kerana mencetuskan kemarahan orang lain. Insaflah diri ya cik kak... kita ni pun Allah pinjamkan je dok kat dunia ni.. tiada yang kekal pun... nak kekal kat akhirat nanti.. kalau masuk syurga, lebih dari iPhone kita akan dapat nanti...

Pengajaran juga, jika hangpa bertudung, kat IC tulis ISLAM, TOLONGLAH!!! JAGA NAMA BAIK ISLAM DAN IMEJ PEREMPUAN ISLAM YA!!! Jangan burukkan imej agama kita dengan sikap buruk kita tuh.. malu kat agama lain tau...


NOTA:
JANGAN KECAM DIA, KITA SAMA-SAMA DOAKAN KEBAIKAN UNTUKNYA...
MOGA ALLAH BERIKAN HIDAYAH KEPADA DIA
DAN MOGA ALLAH BERIKAN KETETAPAN HIDAYAH KEPADA KITA DALAM MENJAGA TUTUR BICARA

Kes Potong Lidah | Ibu Bapa Gerun Nak Hantar Anak Ke Sekolah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cabaran persekolahan akhir zaman...
Makin lama makin menjadi pula... Ingat dah reda isu ragging dan buli... Rupanya masih ada...

Jika dulu buli ni terkenal dalam kalangan pelajar sekolah menengah... Tapi sejak masuk alaf 21 ni... Banyak pula kes melibatkan pelajar sekolah rendah...

Tergempar berita baru-baru ni...
Kes buli potong lidah... Melibatkan pelajar darjah 2 dan darjah 3.

Pelajar darjah 3 ugut pelajar darjah 2 di tandas suruh potong lidah sendiri dengan gunting.

Tapi MF terbaca versi yang paling awal jadi viral mengatakan, budak tu dibuli tapi bermain-main dengan gunting dan tergunting lidah sendiri...

Dia sengaja reka cerita dekat mak dia dia...
Ntah mana satu yg betul tak tak tahu la.
Fuhh.. Ngeri dan seram bunyinya... Dari mana belajar agaknya bebudak tuh??? 
Sumber: Sinar Harian

Kes begini buatkan MF seram sejuk nak hantar anak sekolah... Risau berganda-ganda.. Macam nak je tunggu kat luar pintu kelas... Monitor 24 jam... 

Rasa patut ajar anak seni mempertahankan diri sejak kecil kalau begini gayanya... 
Risau kan.. 

Kes macam ni bukan trauma pada keluarga mangsa keadaan je... Kita yang dengar ni pun naik trauma nak hantar anak ke sekolah... 

Apa punca anak-anak ini jadi begini???
Puncanya bermula dari didikan sebab masih dibawah umur kan..
Pengaruh media, filem dan kartun yang ganas... Bebudak sekarang mudah mengikut. MF tu bagi anak-anak tengok kartun yang ditapis je... Yang ganas memang tak bagi tengok. Zaman sekarang pula, memang kartun ganas tu banyak sangat. 

Mak bapa pula tak pantau anak tengok video atau filem... Bagi je anak tengok tv dan gadjet... Tak tapis apa yang dia tengok... 

Pengaruh kawan... Salah pilih kawan... 

Kurang pengahayatan agama dan didikan awal dari ibu bapa...

Tapi bila kes di sekolah, tak habis cikgu juga yang dipersalahkan... Redha je la cikgu kan... Nak buat macam.mana... Itulah cabaran kita sebagai cikgu... 

Dan cikgu semua minta KPM kembalikan kuasa rotan kepada guru sebagai langkah mendidik... Moga KPM dengar saranan dari cikgu ni semua sebab cikgu yang banyak hadap pelajar setiap hari bukan ibu bapa ataupun pentadbir... 

Bahan Dapur Yang Boleh Ditanam Semula Untuk Lebih Jimat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sejak berpindah, dok rumah sendiri mood nak menanam tu datang...lebih-lebih lagi suami MF yang memang suka menanam. Gigih dia beli pasu, tanah dan benih untuk tanam. Tapi ada beberapa pokok dan sayuran bahan dapur yang boleh ditanam semula untuk lebih jimat berbelanja.

Jom lihat apa bahan dapur yang boleh ditanam semula selepas kita guna...











Banyak lagi sayuran dapur boleh ditanam semula selepas guna contohnya, daun kesum, daun sup, serai. Itu antara yang MF pernah guna semula... Bawang tu tak pernah pula cuba untuk tanam sebab tak tahu sesuai tak dengan tanam dan iklim di Malaysia. 

Setakat ni, MF tanam tomato dan daun kesum serta cili padi, Ingat lepas ni nak tanam cili besar, kailan dan beberapa sayur lain... Suami pun dah beli bekas tu... . Serai tak hidup pula sebab tanah tak sesuai. Seronok menanam ni.. terapi diri dan juga satu kepuasan bila lihat pokok yang kita tanam berbuah dan boleh makan hasilnya... Bagi yang ada tanah, memang rugi kalau tak berbakti kepada tanah.. Yang takde tanam boleh guna teknik hidroponik dan tanam dalam pasu. 

MF jarang la tengokkan pokok tu, sebab masa yang terhad.. suami MF dan mak mentua selalu tengokkan dia... Tapi seronok tengok pokok hidup subur dan segar... 



P/S: Tak boleh kucing, bela pokok pun jadilah...

Sia-sia Je Aku Buat Baik, Tapi...

Sia-sia Je Aku Buat Baik, Tapi...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab:
"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.

Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim).

sumber: google images

Jom lihat perkara baik tapi sia-sia... Kita mungkin tak perasan sebab kira rasa banyak amalan baik yang kita dah buat. 
  1. Berwuduk tapi membazir air.

  2. Solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi memfitnah atau mengumpat orang lain dan merasakan diri kita baik.

  3. Banyak memberi sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi bangga diri dan riak.

  4. Bangun qiam dan tahajjud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang dibenci.

  5. Kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat serta selalu 'lepas cakap' hingga menyingung perasaan mereka.

  6. Berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami. Dan kepada yang belum berkahwin pula dengan tujuan memikat.

  7. Memuliakan tetamu malah juga suka memberi tetapi suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian yang diberi.

  8. Berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi  sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. Jadi, buat kerja rumah pun sama juga.. Tak perlulah merungut kerja suri rumah tu penatlah, banyak kerja dan sebagainya... Didik diri untuk redha dan Ikhlas buat kerja kerana Allah.

  9. Kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan ALLAH dan tak redha dengan ujian yang diberi. Sedangkan salah satu tanda Allah hapuskan dosa dan terima keampunan yang kita minta dengan memberi ujian kepada kita

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Buat baik tapi sia-sia je semua...

27 Mac 2016

Coklat Susu Dengan Kuib Ais Cips More!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MF tak pernah cuba, tapi menarik untuk dikongsi... 
Ingat nak cuba juga... Cuma tak berkesempatan lagi nak buat...

Tapi mesti rasanya menarik kan... 
Coklat susu ais siapa tak suka kan... Mesti rasanya hebat kan... 
Ada yang cuba... Dipersilakan... 

Akibat Kekurangan Vitamin Dalam Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Info dan ilmu menarik serta nota sains berbentuk komik yang menarik MF nak kongsi dengan semua...

Kesan pada badan kita jika kekurangan vitamin dalam badan...


Formula yang mudah faham dan mudah ingat.

Kurang vitamin  -   kesan

Vitamin A - Rabun Ayam (ayam rabun waktu senja tau... MF ada sindrom rabun ni... Maknanya kurang vitamin A rupanya MF ni)

Vitamin B - penyakit beri-beri
Vitamin C - penyakit Skurvi
Vitamin D - Penyakit Riket
Vitamin E - Menyebabkan kemandulan
Vitamin K - Menyebabkan darah lambat beku.. 


Suka MF nota begini... Senang nak ingat kot kan...
Banyak nota begini yang cikgu, ibu bapa dan pelajar boleh dapat...
Orang lain pun boleh tambah ilmu lain juga...
Selain subjek sains, matematik dan matematik tambahan pun ada...

Cuma satu je MF nak pesan..
Kalau ambil ilmu cikgu ni jangan buat macam harta sendiri...
Hargainya dan berilah kredit pada dia... Penat tau dia perah otak dan idea nak hasilkan formula hikmat macam ni...


Jom follow page Cikgu Kipas Hikmat...

Di link di bawah ni ye...
Formula Hikmat daripada Kipas Hikmat

Jangan Perlekehkan Amalan Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan rasa diri kita baik...
Jangan rasa amalan kita banyak...

Jangan nampak orang lain tu sengkek amalannya...
Jangan rasa kita dah bagus...


Mungkin orang yang kita perlekehkan tu lebih baik amalannya...
Mungkin kerana dia sembunyikan amalan baiknya...
Mungkin dia lebih ikhlas dengan Allah...
Mungkin dia beribadah ketika tidak dilihat manusia... 

Jangan ingat kita solat tak tinggal... 
Aurat terjaga... Rasa diri dah cukup baik... 
Kerana belum tentu amalan kita dikira Allah...

Allah akan pilih amalan yang berkualiti untuk dihisab...
Amalan yang ikhlas untuk ditimbang...

Amalan yang berkualiti akan bentuk peribadi yang mulia... 
Amalan yang ikhlas akan sucikan hati nurani... 
Amalan tanpa riak akan undang murka Allah dan neraka tempatnya...

Jadi, usah rasa diri kita baik.. 
Sentiasa perbaiki amalan...
Agar amalan kita istiqamah dan lebih baik...
Moga orang yang belum dapat hidayah di doakan bukan diperlekehkan... 

26 Mac 2016

Selfie Muslimah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Selfie, budaya yang makin menjadi-jadi... Tak kira umur dah zaman sekarang ni...

Budak umur setahun pun dah tahu selfie...

Budaya selfie ni, bagus ke tak bagus???

No komen... Tapi MF nak kita muhasabah diri semula wahai Muslimah:


Mungkin tiada tiga penyakit hati di atas kan...
Kita saja je nak upload gambar selfie kita kat facebook sebagai kenangan...
Tapi, katakan jika ada yang likeeeeeee dan komennn... 

Adakah kita mampu mendidik hati kita dari cebisan tiga penyakit hati di atas???


MF tak nak komen banyak..
Nanti orang marah... 

Hakikatnya, MF pun suka selfie, cuma untuk simpanan sendiri... 
Tak salah selfie... tapi lebih bagus selfie kita tu, untuk tatapan yang halal bagi kita...

Untuk renungan bersama...
MF suka nak ajak semua para muslimah, baca entry ni:

WANITA MUSLIMAH:

Moga entry ni, untuk muhasabah diri kita bersama.. 
Mf tak sempurna juga, tapi apa salah kita sempurnakan diri bersama... 

Seterika Yang Handal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Aset penting seterika ni... Setiap rumah mesti ada... Zaman dulu guna seterika arang. Kat rumah MF di kampung ada lagi.. Zaman sekolah dulu pernah guna masa takde eletrik. Berbau asap, tapi baju licin. hehe...

Zaman sekarang, rata-rata guna eletrik la kan.. Cuma seterika sekarang dah makin canggih... Ada jenis wap, ada jenis steam je..

Tapi... MF tetap setia dan percaya kepada seterika lama ni... Jenama National.

Seterika ni berat... Tapi tahan lama.


Kat rumah di kampung pun guna jenama ni lagi... masih tahan... berpuluh tahun dah usianya. Kat rumah ni pun MF guna yang suami beli masa dia rekrut dulu lagi... Mak mentua MF pun ada juga seterika ni... sebab mak mentua dulu tukang jahit.. memang selesa la guna seterika ni walaupun berat.

Itulah, walau canggih macam mana pun.. MF tetap suka seterika ni... Berat tapi tahan lasak dan berkualiti... MF tak tahu la ada jual ke tak lagi seterika ni.. Tapi memang puas hati membeli... walaupun tak sampai ribu riban harganya... tapi mudah guna dan tahan lasak. 

Rasa Macam Jauh, Tapi Dekat Dah Sebenarnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perjalanan wajib bagi setiap manusia...
Nampak jauh kan... Tapi dekat sebenarnya... 

Tak jauh dah sebenarnya .

Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya. (Q.S. al-Ahzab: 63)

Dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar bahwa Rasulullah saw. Bersabda, “Ajal kalian dibanding umat-umat sebelum kalian bagaikan jarak anatara salat asar dan terbenamnya matahari (maghrib)”. Dalam redaksi lain disebutkan, “ Sisa umur kamu  dibanding umat terdahulu adalah bagaikan jarak antara solat Asar dan terbenamnya matahari.”

Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Sahal r.a. disebutkan bahwa Rasulullah saw. Bersabda, “Jarak antara diutusnya aku dan kiamat adalah seperti dua ini,” sambil beliau menunjuk dua jari dan membentangkannya. Redaksi riwayat Muslim dari Sahal : Aku melihat Rasulullah saw. Menunjuk jari telunjuk dan jari tengah, lalu bersabda, “Jarak antara diutusnya aku dan kiamat seperti ini.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)

25 Mac 2016

Punca Kehancuran Rumahtangga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berumahtangga adalah permulaan kepada kita untuk lebih berdikari. Kita bina keluarga sendiri... Dan cabaran dan halangan kita tempuhi bersama dalam keluarga yang kita bina.

Berkahwin dan bina rumahtangga adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bukan sekadar bercinta lepas tu kahwin... ada anak, hidup bahagia. Itu adalah cerita cinta novel dan telenovela dalam drama je. Tapi hakikatnya. rumahtangga itu penuh dugaa, cabaran dan onak duri.

Bila berumahtangga, jadilah isteri dan suami yang matang dalam tindakan. Belajarlah selesaikan masalah sendiri. Berusaha untuk selesaikan bersama. Jangan ada masalah je, mengadu kat keluarga... Ada masalah mengadu di Facebook, Ada masalah mengadu pada kawan.. Tapi masalah dalam rumahtangga boleh diselesaikan jika besama-sama selesaikan masalah tu besama tanpa campur tangan orang lain.


Jaga aib keluarga kita.. 
Jaga aib pasangan kita... 
Pelihara rukun suami isteri. Kurangkan mengadu pada manusia, lebihkan mengadu pada Yang Esa. 

Jika tak boleh nak bersemuka...
SMS, Whatsapp serta surat kan ada...
Luahkan segala pada pasangan kita...
Bukan mencari orang lain untuk diluahkan masalah yang ada...
Takut masalah lain pula yang melanda... 

Sebab tu, berterus terang itu lebih baik dalam rumahtangga...
Sakit hati mungkin sekejap sahaja...
Tapi dari situ kita akan perbaiki kekurangan yang ada..
dan akan belajar untuk bina bahagia... 
Wajib Berlaku Adil Kepada Anak-anak!

Wajib Berlaku Adil Kepada Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adil??? senang disebut tapi susah nak dilaksanakan.Apa itu adil? Kalau ikut syarak, adil tu maknanya meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Lawan kepada sikap adil ialah zalim. 

Adil ni sifat yang ada pada Allah, mustahil bagi manusia nak adil macam mana adilnya Allah pada manusia. Walau bagaimanapun, wajib kita berlaku adil bila kita adalah orang yang ditengah-tengah,..

Adil dalam rumahtangga, iaitu sikap adil suami kepada isteri-isteri dan adil ibu bapa kepada anak-anak. Kalau anak tunggal senang, tapi kalau lebih dari seorang anak, wajib berlaku adil. 




Mencabar, bukan mudah nak berlaku adil. 
MF akui, selepas ada dua anak, untuk berlaku adil tu susah sangat, tapi kena usaha untuk adil dan tak berat sebelah. Suruhan berlaku adil ini, bertepatan dengan Sabda Nabi s.a.w:

عَنْ النُّعْمَانِ قَالَ: سَأَلَتْ أُمِّي أَبِي بَعْضَ الْمَوْهِبَةِ فَوَهَبَهَا لِي، فَقَالَتْ: لاَ أَرْضَى حَتَّى أُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَأَخَذَ أَبِي بِيَدِي وَأَنَا غُلاَمٌ، فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمَّ هَذَا ابْنَةَ رَوَاحَةَ طَلَبَتْ مِنِّي بَعْضَ الْمَوْهِبَةِ، وَقَدْ أَعْجَبَهَا أَنْ أُشْهِدَكَ عَلَى ذَلِكَ، قَالَ: يَا بَشِيرُ، أَلَكَ ابْنٌ غَيْرُ هَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَوَهَبْتَ لَهُ مِثْلَ مَا وَهَبْتَ لِهَذَا؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَلاَ تُشْهِدْنِي إِذًا، فَإِنِّي لاَ أَشْهَدُ عَلَى جَوْرٍ

Dari an-Nu’man (bin Basyir), beliau Radhiyallahu anhu berkata, “Ibu saya meminta hibah kepada ayah, lalu memberikannya kepada saya. Ibu berkata, ‘Saya tidak rela sampai Rasûlullâh s.a.w menjadi saksi atas hibah ini.’ Maka ayah membawa saya-saat saya masih kecil kepada Rasûlullâh s.a.w dan berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, ibunda anak ini, ‘Amrah binti Rawahah memintakan hibah untuk si anak dan ingin engkau menjadi saksi atas hibah.’ Maka Rasûlullâh s.a.w bertanya, ‘Wahai Basyir, apakah engkau punya anak selain dia?’ ‘Ya.’, jawab ayah. Beliau s.a.w bertanya lagi, ‘Engkau juga memberikan hibah yang sama kepada anak yang lain?’ Ayah menjawab tidak. Maka Rasûlullâh berkata, ‘Kalau begitu, jangan jadikan saya sebagai saksi, kerana saya tidak bersaksi atas kezaliman.’ ” [HR. al-Bukhâri no. 1623]

Jelas bukan, Nabi s.a.w sangat menitik beratkan bab adil kepada anak-anak. Wajib berlaku adil. Kalau seorang anak kita beli hadiah, kena belihadiah yang sama. Jika beli makanan, kena beli makanan dengan nilai yang sama... Tak boleh seorang makan karipap sardin je... tapi lagi seorang bagi cekodok masin je... Seorang bagi air coklat, seorang lagi air masak je. 

Bab adil ni, turut suami MF tekankan sejak dari lahir. Masa mengandungkan si kakak, MF minum susu tepung biasa je... Masa si adik juga begitu.. pernah suarakan nak cuba minum susu khas untuk ibu mengandung, tapi suami MF tak nak belikan.. khuatir tak berlaku adil kepada si kakak. 

Sama juga, masa anak sulung, bersalin di hospital kerajaan... Pernah masa anak kedua, terfikir nak bersalinkan di hospital swasta... Tapi bila fikirkan kos, rasa ada ketidakadilan di situ. Itu pandangan kami suami isteri la ye.. Jadi, si adik juga bersalin di hospital kerajaan, yang tiada bayaran kerana gula GL. Jadi adil.... Sama juga barangan masa diorang kecil... dibeli sama rata juga.. sama-sama dapat baju baru.. walaupun ada beberapa barangan guna semula masa bersalinkan si kakak sulung. 

Kami cuba berlaku adil. Sama juga bila bergaduh... terangkan secara baik-baik apa salah. Jika dua-dua salah, dua-dua juga kena rotan. Tiada beza. 

Wajib berlaku adil, tak de beza anak sulung, ke anak bongsu... sama saja. Sebab banyak kesan jika ibu bapa tak berlaku adil... Terutama bila anak meningkat remaja dan dewasa. Anak akan rasa tersisih, rasa ibu bapa pilih kasih dan akibatnya, anak akan memberontak dan boleh tercetuskan persengketaan dalam keluarga. 

Bagi suami yang ada keluarga lebih dari satu (poligami) lagilah wajib berlaku adil. Tak boleh banding bezakan anak bini pertama dengan bini lain-lain. dari segi nafkah, masa dan kasih sayang, wajib sama. Tiada bezanya. Kerana itulah walaupun poligami dibenarkan dalam Islam,,, tapi tak semudah yang disangkakan.

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. [An-Nisa: 3].

Manusia Yang Paling Buruk Di Dunia!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ratu cantik dunia siapa ya??? Dan ramai suka kongsikan info pasal kecantikan...

Pagi ni MF nak kongsi pasal orang atau manusia yang paling buruk atas muka bumi ni...

Nak tahu siapa???


Manusia yang paling buruk... 
Dia benci kan seseorang... 
Kemudian dia ajak orang lain untuk benci orang yang sama...
Menyebar dan menceritakan keburukan orang yang dia musuhi...
Dan menggalakkan orang lain turut benci orang yang dia benci... 

Ni lah manusia paling buruk kat dunia ni... 

Benci???
Sifat mazmumah yang syaitan suka...

Siapa kita nak benci orang lain?
Sedangkan Allah tak pernah bencikan walaupun berjuta dosa kita buat pada Dia... Tapi kita, sebab satu salah dan satu kesilapan... Kita nak bencikan orang tanpa melihat lagi kebaikan yang dia pernah buat... 

Bila benci, hati akan berdendam...
Dendam buatkan hati tak pernah tenteram... 

Belajar dan ajarlah hati untuk memaafkan...
Kerana memaafkan sifat mulia...
Orang yang minta Maaf dan memaafkan hatinya tenang, jiwanya bersih dan wajahnya ceria serta awet muda... 

Tiada manusia tak pernah buat silap...
Nabi s.a.w sendiri pernah buat silap dan terus ditegur Allah...  Apatah lagi kita manusia biasa ni kan... Ada je silap kita buat... 

Jadi, tak payah nak benci, nak dendam...nak ajak orang lain benci orang lain... 
Tak kemana pun sikap tu.. Tak bawa faedah pun... Bahkan memburukkan keadaan... 

Bersikap matanglah dalam pemikiran.. Dan setiap tindakan... 

24 Mac 2016

REMPAH AYAM MADU YANG MEMANG AJAIB TAPI SUPER SEDAP!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ayam goreng madu, atau ayam bakar madu, memang sedap kan.. Tapi nak buat sendiri kengkadang takde masa... Masa balik kampung belah suami di Plentong minggu lepas, mak mentua MF tinggal di rumah saudaranya kerana nak jaga maknya (mak atok) dan dapat la dia jenjalan rumah saudara mara.


Dalam dok jenjalan tu, mak beli la Rempah Ayam Madu yang ada saudara dia jual... Dah lama juga tengok dok publish kat facebook, tapi tak pernah nak cuba, jadi mak beli... saja nak mencuba.

Masa memula nak masak tu, MF ingatkan rupanya macam pes, tapi rupanya macam serbuk kari tu je.. Rempah ni diperbuat di Kelantan, tempat kelahiran suami kepada saudara sepupu suami MF a.k.a tukang yang edar ni la.

Jadi, Semalam JOhor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, jadi ada lapeluang untuk masak. Pepagi lagi MF nyahbekukan ayam yang ada, dan perap dengan rempah ayam madu ni. Masa perap tu, memang nampak tak menarik.. Biasa je.. bau pun bau serbuk lada je... MF, suami dan mak mentua MF ni dok berkira-kira sendiri sebab memang tak menarik langsung la.. macam ayam perap dengan serbuk kari je gayanya... MF tak tambah bahan lain pun... Cuma guna rempah tu semata-mata.




Perap dalam 4 jam.. Jam 12 tengah hari, suami bakar arang untuk bakar ayam... Tak sabar nak rasa... sebab tengok tak menarik... Sekali dah masak, Terkejut!!! Uik, SEDAP LA!!!, MEMANG RASA AYAM MADU... Ajaib betul rempah ni... hahaha... tu la " dont judge book by cover"... sekali dah masak lepas dibakar, sedap rupanya... patut la mak cakap ramai yang order..



Baki rempah tu, mak gaul pula dengan bebola daging.... pun sedap juga, luar rasa ayam rempah, dalam rasa bebola daging. Ok la.. disebabkan serbuk rempah ni ajaib, boleh order lagi bila nak buat BBQ ke atau majlis tertentu. Sebab senang kot... Hanya gaulkan pada ayam dan perap. Nak hasil maksimum perap semalaman tapi nak bagi rasa minimum perap lebih dari satu jam.

Saudara MF ni pengedar di JOhor... Sesiapa nak order boleh hubungi beliau ya... Rasanya boleh COD di sekitar JB, Masai, Pasir Gudang dan sewaktu dengannya..

Facebook: https://www.facebook.com/nfarizad.abubakarali

Korang boleh PM dia ye... tak rugi nak mencuba... 

FITRAH ANAK ITU BERMAIN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.


Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka.

Sumber: Facebook... 

Sumber: Google images

Biarkan anak seronok dengan usia dia... Jangan dipaksa sangat dengan pelajaran dia...  Usia dia untuk bermain tu sekali je... Jangan bunuh masa dia kerana nak capai cita-cita kita...

Mana Milik Kita???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rezeki yang kita ada.
Gaji yang kita dapat,
Bukan semuanya milik kita..
Ada hak dan milik orang lain yang wajib kita kongsikan...



Harta sebenarnya kita ialah...
Sedekah yang kita berikan walaupun sedikit... Asalkan ikhlas kerana Allah... 

Kalau beri banyak tapi semata-mata nak tunjuk kat orang tak guna juga... 
Mungkin nampak bernilai di sisi manusia, tapi tiada nilai di sisi Allah.. 

Tiada yang milik kita secara mutlak...
Apa yang Allah beri untuk kita kongsi bersama dan menikmatinya bersama...

23 Mac 2016

Suami Macam Ni Jangan "Show Off" Sangat! BAHAYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekarang ni zaman orang suka "show off"...
Suami pun nak diceritakan juga kat umum...

Tapi satu ke nak pesan...
kalau dapat suami macam ni, tolong sorok sikit...
Jangan show off,
Jangan tag secara umum,
Jangan terlalu bercerita kepada umum...

Iaitu suami yang:

v
v
v


Sebab apa MF kata, suami begini berharga zaman sekarang ye...
Sebab nak cari suami berkualiti susah zaman la ni..
Jadi, kalau dapat suami cam caption kat dalam gambar tu, 
Minta tolong sorokkan ye..
Jangan dok tag suami..
Cukuplah PM dan ucap terima kasih secara personal...

Sebab Bahaya..
Bahaya kenapa..
Inilah kesempatan perempuan lain nak mengurat..
Korang jangan fikir lelaki baik macam tak boleh tergoda..
Syaitan dan Iblis tak pernah putus asa ye..
Nafsu manusia pula tak pernah kalah untuk terus menggoda...
Nauzubilllah...

Sekadar pesanan untuk peringatan kita bersama...

WW | CPUV NUFFNANG MAC 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada melekat...


Syukur seadanya...
Ada yang tengah on going dan ada yang dah kredit untuk bulan Mac sahaja. Bulan lain dah habis dikreditkan. 

Terima kasih blogger dan terima kasih nuffnang.

WW | 5 Masalah Kulit dan Cara Mengatasinya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penyelesaian kepada permasalahan kulit muka:






Semuanya guna petua tradisional... 
Amalkan selalu untuk kesan ketara yang cepat!



Sumber: Pen Hitam Dot Com

WW | 19 Gambar Cadangan Menu Untuk Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada yang nak kurus, tapi tak nak makan apa, dan diet apa untuk kurus...
Ini MF kongsikan 19 Gambar Cadangan Menu untuk mereka yang sedang berusaha untuk kuruskan badan:




















Semua menu ni nampak sedap dan ada yang sesuai juga untuk ibu dalam pantang. 

Boleh la mencuba, sehari satu menu... Insha Allah, jika konsisten boleh kurus dengan sihat tanpa diet melampau. 


Sumber gambar: Facebook