GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tempat Tersembunyi di Dunia???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tempat Tersembunyi di Dunia???  | Ada seorang tuan guru yang mempunyai ramai anak murid. Dalam kalangan anak muridnya ada seorang yang lebih muda daripada yang lain. Ia amat dimuliakan oleh tuan guru tersebut. Murid-murid yang lebih tua tidak puas hati dan berkata kepada tuan guru itu.

"Bagaimana tuan boleh memuliakan dia lebih daripada kami, sedangkan kami lebih tua daripadanya?"

Esoknya, tuan guru itu memberikan muridnya seekor burung beserta sebilah pisau tiap-tiap seorang, termasuklah muridnya yang muda itu. Tuan guru itu segera memberi arahan kepada murid-muridnya.

Tempat Tersembunyi di Dunia???

"Masing-masing sembelih burung tersebut di tempat yang tidak dilihat sesiapa."

Mereka pun beredar dan membawa pulang burung sembelihan masing-masing. Tetapi, murid yang muda  ini pulang dengan membawa burung yang masih hidup di tangannya. Tuan guru tersebut pun bertanya.

"Mengapa engkau tidak menyembelihnya padahal rakan-rakanmu semuanya telah menyembelih?"

Murid muda itu pun menjawab," Saya tidak menemui tempat di mana saya tidak dilihat oleh sesiapa. Sebab Allah itu ada di mana-mana."

Dengan jawapannya itu rakan-rakannya pun menghargai sifat muraqabahnya kepada Allah. Akhirnya mereka mengaku dan berkata kepada guru mereka.

"Memang layak tuan muliakan dia daripada kami."

*****

"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Surah Qaf, ayat 16)


Melalui kisah di atas, sama-samalah kita mengingati diri kita bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan hamba-Nya dan Dia mengetahui segala yang berada di langit dan bumi, bahkan apa yang dibisikkan dalam hati kita. Allah berfirman :

Tiada tempat yang tidak diketahui Allah... Tiada perkara yang dapat kita sembunyikan dari Allah...
Tiada satu pun amalan yang terlepas dari perhitungan Allah...

Allah tahu apa yang kita tidak ketahui.
Ingatlah... Sebelum nak buat sesuatu... Ingat!!!
Allah sentiasa dekat dengan kita...
Malaikat sentiasa mencatat amalan kita...
Mati itu tak kira masa dan ketika...
Wallahu a'lam

2Ulasan

  1. Salam,wahh tak pernah dgr kisah ni..terima kasih share :) mg betul tu, kita bukan tak tahu, tp kita mcm buat2 lupa je yg Allah tu sentiasa nampak apa kita buat..hmm :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ