GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry Tertangguh


Sambutan Maulidur Rasul di sekolah menjadi satu kelaziman untuk setiap sekolah sambut. Walaupun dah terlepas lama, tapi ianya macam acara wajib sambut. Jika sekolah lama, MF sambut dengan ceramah biasa, tapi di sekolah baru tahun ni, MF alami pengalaman berbeza.

Sambutan program keagamaan di sekolah tempat baru MF ni, disambut dengan penuh kesungguhan dan meriah. Itu yang dikongsikan oleh cikgu-cikgu lama di sekolah tu. Walaupun sekolah kecil dan guru agama hanya 2 orang termasuk MF, tapi itu tak jadi halangan, kerana semangat setiakawan dan kerjasama antara rakan sekerja serta warga sekolah ibarat satu keluarga besar di sekolah tu, buatkan majlis yang diadakan meriah dan lancar.

Untuk sambutan Maulidur Rasul kali ni, perancangannya di rancang oleh ustaz... Untuk menumbangkan seekor lembu, dan disertakan sekali dengan majlis akikah. Cukup 7 bahagian kongsi untuk akikah.


Sehari sebelum sambutan, kami rewang (istilah orang Johor) atau buat kerja-kerja persediaan untuk kenduri sambutan keesokannya. Petang Isnin selepas habis sesi persekolahan, kami mulalah bergotong royong buat persiapan. Semua kakitangan sekolah turut serta. Dari pentadbir, kerani sekolah, guru, beberapa orang pelajar sukarela membantu termasuk, jaga sekolah serta mak cik tukang sapu dan pak cik tukang kebun turut sama membantu merewang petang itu...


Memang seronok tengok suasana tu.. Tak pernah MF alami kan.. buatkan MF betul-betul teringat kampung halaman. Kaum adam siapkan potong lembu, dan kaum hawa siapkan bahan-bahan untuk memasak. Menunya yang kami masak ialah Gulai Kawah Daging campur Umbut Kelapa, Acar Timun Campur Nenas, Sambal Belacan, Ikan Kering. Malam sebelum majlis tu, Sup Gear Box.


MF tak dapat tolong banyak, balik awal sikit. Esoknya awal pagi MF sambung rewang lagi.. Sementara guru lain, laksanakan tugas mengikut AJK yang telah diamanahkan.

Selawat beramai-ramai. Nak berarak bawa sepanduk, tapi tak jadi sebab hujan pula pagi tu. Jadi selawat dan tazkirah dalam dewan sahaja. Kemudian ceramah Maulidur Rasul dan tetamu jemputan. Akhir sekali barulah makan berjemaah di dalam dulang besar.


Allah... makan dalam dulang buatkan MF teringat kenangan makan dalam dulang di UTM dulu. Kini, memori yang sama diulang di Johor juga. Alhamdulillah.

Seronok dan meriah sambutan kali ni... Penat tapi berbaloi sangat. Setiap orang dapat bekalan makanan untuk dibawa pulang. Orang JOhor panggil berkat. Alhamdulillah, rezeki hari tu lebih dan turut MF kongsi dengan jiran terdekat. Alhamdulillah.

Kenangan indah untuk tahun 2016 di sekolah baru. Alhamdulillah... 

1Ulasan

  1. Teringat msa dduk kt kluang dulu. Meriah sngt. Duk jhor mmng best sis..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ