GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Sebab Kenapa Sesetengah Peniaga Online Tak Publish Harga!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Sebab Kenapa Sesetengah Peniaga Online Tak Publish Harga!!! | Ada yang geram dengan PM di facebook..  Opss... Ni bukan pasal PM negara... Tapi PM atau nama panjangnya Private Message...

Ada yang bengang dengan bila bab nak beli online ni... Pembeli suruh peniaga PM, peniaga pula suruh Whatsapp dia...

Biasa MF tengok ni...
Sebelum join dalam bisnes online di facebook ni, MF rasa bangang juga.. Kenapa tak buh je harga terus senang nak beli kan.. Tapi lepas join bisnes online..  Ada bisnes sendiri ni.. Baru faham kenapa sesetengah peniaga tak publish harga.

Antaranya ialah:
Ini Sebab Kenapa Sesetengah Peniaga Online Tak Publish Harga!!!

Ya!!! Inilah salah satu puncanya... 
Bagi peniaga online.. Terutama yang buat bisnes jenis tempahan... Tak kira la tempah baju ke, design banner ke, design web ke... Tak bagitau harga siap-siap.. 

Sebab takut apa... Takut potong jalan.. Itu istilah orang bisnes... Biasa la orang kita kan... Jadi, kena faham.. Kenapa Sesetengah bisnes online ni orang tak letak harga... Nak tahu kena PM, WHATSAPP dan sebagainya... 

Cumanya buat peniaga online... 
Kemudahan di facebook dah ada.. Terutama yang ada page... Iaitu kita boleh PM pelanggan yang komen... Jadi tak perlu nak balas komen dan minta pelanggan pula yang meseg kita semula... 

Pandai-pandai la jaga hati pelanggan... Kalau pelanggan tinggalkan no phone.. Tak salah kita Whatsapp dulu... Mungkin dia tak sempat... Nak berniaga memang banyak kena sabar... 

Jadi, perlu faham kenapa sesetengah produk tu takde harga... Sebab persaingan sengit peniaga.. 

Kita tak takut persaingan bangsa lain.. Tapi dengki bangsa kita masih banyak bersisa.. Itu yang cabaran yang hebat dalam berniaga... 

6Ulasan

  1. setuju!!! tapi kadang2 customer tak paham...
    xpelah, dah memang ujian & dugaan orang berniaga!

    BalasPadam
  2. oooooo...sebab tu ke?...baru Wa tahu ..hihihi

    BalasPadam
  3. sebab yang dimention kat atas tu ye jgk..tapi bg kami sbnrnya nak cust tahu dan faham nilai kebaikan produk tu dulu berbanding harga..kalau kita faham kebaikannya harga bukan halangan sebab kita offer hanya yang terbaik..niat untuk bantu kan so sedaya upaya kita nak membantu..

    BalasPadam
  4. aida memang bengang kalau xde harga.
    kecuali brg tu aida nak, aida akan terus PM.
    but, bila da PM disuruh plak wassap. hmmmmm...
    iklan kat fb, communicate la direct di fb patut nyer.
    satu saluran aje kan. ni tak, kena plak wassap hu hu hu...
    aduhai.

    BalasPadam
  5. ntahlah. aku paparkan kan je harga. nak dengki ke nak caras bisnes aku, lantak pi lah. tak de rezeki nak buat macam mana. hehe!

    yang penting papar harga ni tak kira dialam maya atau di alam biasa pun memang standard antarabangsa. jadi nak jadi bangsa yang digeruni dalam ekonomi di peringkat antarabangsa kena ikut standard antarabangsa. kalau nak ikut standard sendiri. baik tak payah bisnes. main kutu je rolling duit senang hehe!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ