GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

i-Think Online Dilancarkan Semula Untuk Kursus Online Cikgu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dapat info ni dari rakan guru di Group Facebook...
Katanya i-Think Online digerakkan semula selepas tertangguh tahun lepas... Kursus i-Think online ni dilancarkan pada tahun 2014. Tahun tu, tahun mencabar la bagi cikgu-cikgu sebab kena siapkan kursus online ni... Dengan PBS lagi kan... Tapi cikgu buat juga sebab arahan, walaupun penat dan ada yang meluahkan...

Namun, tahun lepas i-Think Online dihentikan... dan Akhir tahun lepas MF ditaklimatkan yang i-Think online digantikan dengan Offline dan manual... Cikgu kena download, baca dan buat. MF cuma download je... tak sempat nak tengok pun. Akhirnya senyap begitu sahaja.

Namun, tahun ni rakan sejawatan di Facebook maklumkan sekolahnya ada terima surat siaran mengenai gerakkan semula Kursus i-Think Online pada tahun ni.


Jadi, semalam MF buka la laman web KPM nak tengok kot ada... Memang ada... Pada banner awal di web KPM, ada link dan penyataan tentang i-Think Online tahun ni.

i-Think Online dah berubah wajah dan dah berubah templatenya... Laman webnya juga telah berubah...
Ini link untuk kursus i-Think Online 2016:

http://mygfl.moe.gov.my/web/guest/home

MF cuba untuk login semalam tapi tak ingat dah password yang lama, jadinya selepas penat mencuba... MF request password baru dengan mengisi di bahagian Maklum Balas muka hadapan web i-think online yang baru.

Alhamdulillah, maklum balasnya pantas... tak sampai 5 minit email MF dihantar, MF terima balasan.. diorang minta no kad pengenalan... dan tak lama kemudian, dia bagitau dah reset semula password.


Ingat nak try semalam.. tapi tak sempat. Jadi, MF cuba login dan eksplore hari ni... Alhamdulillah dapat login masuk... lepas isi segala info peribadi di muka hadapan... terus la eksplore dalamannya...

Hadoii... rasa pening kepala pula... sebab interface baru ni macam-macam sikit.. tak macam yang lepas tu, lebih mesra pengguna dan mudah nak guna.


MF cuba pula nak buat test i-think tu... tapi sudahnya loading tak habis-habis...

Hmmm...
Bagi MF, aplikasi kali ni kurang mesra la sebab tak boleh nak guna browser lain selain Mozilla Firefox dan I.E: "Best viewed in IE 8.0+ and Mozilla Firefox 2.0+ with 1024X768 resolution"

Maknanya tak sesuai la guna phone, tablet dan seumpamanya... Hadoii.. ingat makin mudah... Tapi makin sulit pula... dah la 16 jam tu nak siapkan...

Lagi satu, sebelum buat, baik pastikan ada mozilla yang terkini, aplikasi Java dan juga Adobe Flash... Kalau tak memang tak dapat nak buat. Boleh download pada Laman Utama Web i-Think baru.

Apa pun, web ni baru dilancarkan aktif pada 1 Desember 2015. Baru lagi.. Nak test power dulu la ni... Harap, mereka perbaiki lagi tahap yang lebih baik... Kalau tak macam mana cikgu-cikgu ni nak siapkan... Kesian kat cikgu...

Nampaknya MF kena study dulu ikut video flash yang dia bagi... Kena fahamkan dulu macam mana nak guna... BAru boleh buat. Boleh rujuk Video tu DI SINI.

Buat rakan guru.. bertabahlah ye... bersedia juga untuk terima arahan lanjut.

Makin lama, makin mencabar guru zaman sekarang... 

6Ulasan

  1. memang semakin bertambah tambahlah cabaran utk cikgu2 sekarang!!
    jemput singgah di Blog saya... ada GA sedang berlangsung & akan tamat pada 18/02/16 ni...

    BalasPadam
  2. terbaik kak maria... saya tgh nak buat ni... tak tahu address die.. klik2 keluar kt blog akak..

    BalasPadam
  3. assalamuaalaikum..boleh tak cikgu bagitahu saya mcamana cikgu buat 16 jam sahaja.??0133014648 hanif

    BalasPadam
  4. kata nak memudahkan guru..ini makin menyusahkan guru...sakit hati betul!!!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ