GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Simpan Post di Facebook!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Saja nak update entry petang ni... dalam dok scroll facebook tertiba nak kongsikan facebook tips... mungkin ramai dah tahu, tapi mungkin ada juga tak tahu.

Sebelum ni, kalau nampak post atau info menarik di wall facebook terasa nak simpan kan... memula dulu, caranya MF printscreen nama orang yang share atau page yang berkenaan. suapaya dapat cari semula kan... Kemudian, cara kedua MF gunakan cara share semula info tu di wall sendiri. Supaya nanti senang scroll kat wall sendiri. Tapi tak senang juga... sebab bukan mudah nak cari info lama di wall sendiri kalau dah sehari lebih 10 post di kongsi kan.

Namun, selepas Facebook update lagi aplikasinya, ternampak satu kemudahan facebook sediakan iaitu "Saved Post".

Bila MF guna... waaa... senang banyak... Just klik je kat bentuk seakan "V" di bucu sebelah kanan atas post.. akan keluar la pelbagai jenis pilihan (option) kita mengenai post tersebut. Jadi, pilih je "Save Post" jika nak save post tu dilihat kembali suatu masa nanti.



Nak lihat semula, tengok aje menu tab sebelah kiri tu... Ada tulis " Saved", klik je situ untuk lihat semula post yang kita simpan.


Akan keluarlah segala post lama yang kita simpan. Yang tahun-tahun lalu pun ada... Memang mudah dah cara ni... Tak perlu nak share kat wall sendiri pastu scroll wall semula. 


Memang mudah dah sekarang. Kat phone pun sama juga kaedahnya... Tambahan sekarang ni... Apa-apa tulisan orang di Facebook dah boleh di copy tanpa buka kat web. Guna aplikasi Facebook pun dah boleh copy... Makin bercambah la aktiviti plagiat lepas ni.. 

Apa-apa info yang MF tak sempat nak baca boleh la tengok semula kat Saved post tu.. Mudah dah la ni... Kalau dah tak nak boleh klik pangkah kat tepi tu untuk delete.

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ