GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang  telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Bacalah... Bagi pengantin baru atau yang akan berkahwin nanti... Bagitau bakal suami... Tapi kalau tak pernah buat... Terlepas dah...

Boleh saja nak buat... Cuma tambahkan dengan ayat-ayat pendinding seperti ayat kursi, dan empat qul.

Dan banyakkan berdoa agar Allah memelihara kerukunan rumahtangga...

Zaman moden ni... Tapi kepercayaan dan perbuatan macam ni masih banyak dalam masyarakat kita.. Jadi,berhati-hati...
Sumber: Google images 

Jadi, pesan juga pada isteri... Supaya tak perlu tayang gambar dan selfie di laman sosial.. Kita tak tahu siapa baik dan jahat di laman sosial tu... Nauzubillah..

Thanks for reading: Cara Pagar Isteri Dari Syaitan dan Sihir!

Catat Ulasan

  1. salam...subhanallah...zaman moden masih ada macam ni

    BalasPadam
  2. betul tu kak, sy baru je try berubah sikit2. manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top