GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cabaran Berblog Dengan Anak Kecil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

 Cabaran Berblog Dengan Anak Kecil! | Sambil berblogwalking tadi, tertiba datang idea nak update blog...

Masuk tahun 2016 ni rasa momentom berblog merudum sungguh... Zaman kegemilangan berblog ialah tahun 2014... Seronok masa tu berblog...

Tapi zaman berubah dan makin berubah seiring dengan perubahan usia dan keluarga yang makin bertambah...

Zaman sebelum ada anak, MF berblog sekadar suka-suka... Blog peribadi yang tiada apa sangat nak cerita..  update blog ikut rasa... Tapi bila ekonomi stabil... Dapat langgan Internet tetap... Momentom berblog meningkat...

Dengan izin suami... Tahun 2014 lebih serius berblog... Mula join pelbagai segmen dan Giveaway dan memang rezeki masa tu mencurah... Merasai hasil berblog... Suami dan anak turut sama merasa.

Tahun 2015 mula kurang sedikit momentom tu... Cuma maintain je... Tak dapat nak komit lagi sebab bila anak membesar ni komitmen kat anak dan keluarga lebih...
Cabaran Berblog Dengan Anak Kecil!

Anak yang sedang membesar perlu lebih perhatian... Berblog ikut masa terluang tanpa ganggu masa anak dan suami...

Kalau ikutkan... Blogger yang ada anak seusia anak MF ni update blog dua tiga hari sekali... Kira MF ni masih maintain kekalkan update blog sehari tiga empat entry update blog... Alhamdulillah...

Idea MF alhamdulillah tak kering cuma masa tak ada nak update... Blog suam kuku yang banyak beri ilmu tanpa entry personal ni memang penuh cabaran... Tapi biarlah orang tak komen tapi kurangnya masih ada yang singgah baca... Pageview satu entry cecah seratus sehari pun dah syukur... Lebih bersyukur jika entry bermanfaat tu mereka amalkan...

Apa pun.. Cabaran Berblog masa anak kecil ni... Ialah masa!!! Masa memang terhad... Badan pun lemau sikit bila anak dah besar ni... Pelbagai kerenah dan ragamnya... Sebab tu berblog bukan lagi keutamaan..

MF tak dapat nak blogwalking macam dulu sebab bila pegang phone atau tab... Anak-anak akan datang dan nak main sama... Jadi, memang terhad tengok gadjet sekarang ni... Lagipun memang nak disiplinkan anak supaya tak hadap gadjet kan.. Jadi kita ibu bapa la kena tunjuk contoh yang baik dulu...

Apa pun.. MF cuba untuk terus berblog selagi ada kudrat... Sebab minat mendalam untuk dakwah dan ilmu... Walaupun MF ni tak baik mana... Tapi moga sedikit kebaikan ni bermanfaat untuk kita bersama...

Terima kasih buat yang terus menyokong MF berblog... Walaupun tak komen tapi anda dah baca entry-entry MF dah cukup untuk MF. Terima kasih... 

7Ulasan

  1. Keep blogging sis maria..

    BalasPadam
  2. salam , kak betul! komitmen dunia luar lagi penting .:) insyaAllah akak boleh bahagiakan masa tu

    BalasPadam
  3. Betul³. Akak yang anak 5 ni lagilah, tahun 2016 ni lagi teruk merudumnya tu. Idea mencurah².. 5ratus lebih dalam deraf.

    Apa pun, teruskan perjuangan berdakwah melalui blog ya ^_^

    BalasPadam
  4. Btl. Kita kdng update blog time pg. Sblm zara bngun. Kna kjar msa..

    BalasPadam
  5. memang cabaran berblog bila ada anak kecil...masa mereka tido barulah boleh update...itupun kalau tak join tido skali...macam saya...hihi

    BalasPadam
  6. ada naik, ada turun nyer blogging kita ni.
    yes, anak tu nak diutamakan.
    kat opis kurang masa. kat umah kurang masa :)
    tu yg jadi berminggu blog aida x update hu hu hu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ