GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Ciri Bapa Contoh!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasulullah s.a.w adalah yang terbaik untuk dijadikan contoh sebagai contoh teladan yang utama sebagai bapa dan sebagai suami yang terbaik. Namun begitu, di zaman moden ni, ada juga bapa contoh yang terbaik jika mereka mempunyai 9 ciri-ciri bapa mithali ini:


1. Utamakan Keperluan Anak
Bapa yang penyayang dia lebihkan anak melebihi segalanya... Anak lagi penting... Kalau dapat gaji, anak-anak diutamakan dahulu. Jika masa bujung lebihkan hobi sendiri atau sebelum ada anak banyak habiskan masa dan duit untuk hobi, tapi lepas ada anak, dia berubah mengutamakan anak dari segalanya. 

2. Lindungi Anak
Bapa contoh juga sentiasa melindungi anak. Bahkan dia tak kan biarkan anaknya bebas diluar tanpa pengawasan penuh daripadanya.

3. Luangkan masa bersama anak
Bermain dan melayan permainan dengan anak. Inilah bapa contoh yang penyayang. Lupakan gadjet dan lebihkan masa dengan anak. Jika sibuk dengan kerja, telefon dan bertanya khabar dengan anak.

4. Jadi Rakan Baik Anak
Adakalanya, bapa contoh ni, anak lebih rapat dengannya berbanding ibu. Kalau dengan ibu asyik nak bertekak je, tapi cool bila berada dengan bapa. 

5. Tunjukkan Kasih Sayang
Sebelum anak tidur, dipeluk dicium dan disayang penuh kasih. Inilah bapa contoh moden. Tapi bagi bapa yang tak buat begini, bukan bermakna tak sayang. Kerana kasih bapa tu pelbagai... dan ramai bapa lebih suka sembunyikan perasaan kasih tu daripada anak. Kadang, bapa yang garang tu adalah bapa yang paling penyayang sebenarnya.

6. Sesekali Lakukan Tugas Ibu
Tugas memasak, ambil anak sekolah, sediakan sarapan dan bersiapkan anak ke sekolah, sesekali diambil alih oleh bapa... Inilah bapa contoh yang penyayang. Sesekali, maknanya bila ada masa, masa cuti dan sebagainya. 

7. Ingat Hari Penting Anak
Hari lahir anak tak pernah dilupa. Hari penting disekolah atau hari anugerah buat anak-anak sentiasa dia ingat. Itu membuatkan anak-anak rasa dihargai dan disayangi bapa. 

8. Hormati Isteri atau Ibu Kepada Anak
Sayangkan isteri bermakna sayangkan anak-anak juga, kerana dari rahim isterilah anak-anak itu lahir dan si suami bergelar bapa. Suami yang hormati Isteri, buatkan anak-anak turut akan hormati bapa tanpa disuruh atau dipinta. 

9. Jaga Kesihatan Diri
Seorang suami dan bapa akan ambil berat mengenai kesihatan badannya. Kerana dia akan fikir, jika dia sakit apa akan jadi pada keluarganya... Namun, jika diuji dengan sakit, itu juga ujian untuk isteri dan anaknya..supaya mereka jadi tabah dan sabar. 

Beruntung jika sesiapa dikurniakan suami dan bapa contoh begini... Keluarga idaman jika diketuai oleh seorang bapa dan suami contoh begini... Syukur Alhamdulillah... 

0Ulasan