GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Tips Didik Anak Perempuan Untuk Si Bapa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seronoknya dapat anak perempuan.. memang seronok... tengok baju bajan anak-anak perempuan ni semua cantik-cantik... TAPI jangan tak tahu, ada anak perempuan berat amanahnya pada si bapa... 

Kenapa untuk bapa? Sebab ramai yang serahkan tugas didik anak perempuan ini kepada ibu saja. Pada mereka lebih senang kalau perempuan sama perempuan. Tapi bukankah  tugas didik anak ini juga harus dikongsi sama. Lagipun, bapa ni wali kepada anak perempuan... dan tanggungjawabnya tak terhenti selagi anak perempuan tu tak berkahwin.

Ini tanggungjawab bapa dalam mendidik anak perempuan.. Bapa perlu tegas bab ini:

Sumber: Google images

1. Ajar mereka tentang solat sejak kecil. Sebagai galakan beli telekung solat yang comel untuk mereka. Walau belum pandai tentang bacaan tapi biasakan mereka tentang kewajipan ini. Begitu juga dengan mengaji al-Quran.

2. Didik  anak perempuan agar menutup aurat dari sejak kecil,  jelas dengan tepat kenapa mereka perlu menutup aurat. Jangan biarkan mereka pakai ikut suka.

3. Ajar mereka untuk sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut. Tapi anak belajar daripada sikap ibu bapa, jadi andalah yang terlebih dahulu perlu bercakap sopan dan lemah lembut supaya anak mengikut.

4. Yang satu ini, biarlah diserahkan kepada ibu. Tapi bapa juga perlu maklum ya. Bila anak perempuan memasuki usia 9 tahun, ajarkan mereka tentang haid, cara mandi wajib, nifas, pendek kata hal-hal perempuan apabila mereka sudah akil baligh.

5. Ceritakan kepada anak perempuan tentang wanita-wanita solehah supaya dapat dijadikan contoh seperti Siti Khadijah dan Siti Fatimah, isteri dan  anak Rasulullah saw mahu pun Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim.

6. Apabila anak perempuan memasuki usia persekolahan, jelaskan kepada mereka batas pergaulan dengan rakan lelaki. Terangkan kepada mereka bahagian-bahagian tubuh yang harus dijaga dan tidak boleh disentuh oleh orang lain.

7. Beri galakkan untuk anak perempuan membantu ibu buat kerja rumah, agar mereka tidak rasa kekok untuk buat kerja-kerja rumah. Pada usia 10 tahun seharusnya mereka sudah boleh mengemas rumah dan memasak nasi.

8. Berikan pujian kepada anak selain kecantikan dan rupa paras mereka. Puji tentang perkara baik yang mereka lakukan.

Akhirnya sekali pastikan anak perempuan anda mendapat kasih sayang yang mencukupi dari seorang bapa agar mereka tak mencari perhatian dan kasih sayang dari lelaki lain sebelum tiba masanya.

(Sumber: Karangkraf)

Alhamdulillah... MF tak risau bab ni... kesemua anak-anak manja dengan Abi mereka tapi tetap takut dan hormat dan lebih ikut cakap Abi... dan MF yakin , kerana itu Allah kurniakan anak perempuan kepada kami... Insha Allah, moga ada peluang didik anak lelaki pula lepas ni... kerana orang kata anak lelaki rapat dengan ibu kan... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ