29 Februari 2016

Harga Minyak Petrol Turun 15 Sen Mac 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kredit: My Sumber

Rasa lega bila minyak petrol turun... 
Terasa juga dok kat Johor ni... 
Sama macam kat KL juga.. 

Kalau kat KL banyak guna minyak sebab selalu jem... Tu yang minyak kuat tuh... Tapi kat Johor ni tak jem tapi jalan dan nak ke satu tempat tu jauh la pula... Jadi, lebih kurang je pnggunaan minyak.. 


Sejak minyak naik harga dulu, kembali guna RON95.. Walaupun RON97 tu best sangat... Tapi tak mampu nak maintain zaman gawat macam ni... Semua kena jimat dan kurangkan kos. 

Alhamdulillah... La bulan Mac Turun... Tak tahu la bulan April macam mana pula kan... Harap turun lagi...walaupun harapan tu agak mustahil... Hehe

Entry Tanpa Kata: Yang Terbaik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)







Perkhidmatan Bas Percuma di Johor Diperluaskan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bas Muafakat Johor
- Inisiatif Kerajaan Negeri Johor

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi memberikan kemudahan dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah di kenalpasti.

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai.

Sebanyak 30 buah bas akan beroperasi bermula Mac 2016 dan bas-bas ini akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang, Kemudahan Internet Percuma (WIFI)

Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan kad Muafakat Johor.

laman web : www.basmuafakatjohor.com

MF tak pernah lagi guna.. Tak nampak lagi bas ni.. Bestnya ada bas percuma... Tapi area bandar je la... Area kampung... Hehe...bas air cond free tu juga la yang guna... Hehe.. Moga bas area kampung di upgrade juga... Sian tengok bas area Bandar Tenggara, Kluang, Kota Tinggi... Tapi tu la... Johor ni luas... Nak sedia percuma... Fuhh.. Kira dasyat la juga kan..

Tapi... MF rasa kos makanan di Johor ni lagi tinggi dari KL... Tak tahu kenapa... 

4 Tahun Sekali Baru Jumpa Hari Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni hari istimewa..
sebab 4 tahun sekali baru kita berpeluang dan ada rezeki untuk jumpa...

Iaitulah tarikh 29 Februari... Setiap 4 tahun baru kita jumpa dengan izin Allah...
Bagi yang sambut hari ulang tahun pasti rasa teruja... dan mungkin ada yang terlupa.. hehe..


Apapun jom lihat sikit, Fakta tahun 29 Februari:

Fakta tahun Lompat :
1.Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa2.

Tahun 2008 merupakan tahun lompat. Jika lihat balik kalendar 2008,didapati bahawa bulan Februari mempunyai lima kali hari jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat.

Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun.
Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.

Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 Februari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.

Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 Februari.
Sumber: pusatsumbersktj

Jadi, rezeki dari Allah, kita dapat rasai hari istimewa ni.. Masih hidup, sihat segar dengan nikmat iman dan Islam. Dan Selamat Hari Lahir bagi sesiapa yang sambut ulang tahun kelahiran atau Ulang Tahun Perkahwinan hari ni... Di kesempatan ni juga, MF nak ucap tahniah kepada ahli Geng Mama Blogger Malaysia (GMBM) kak Fiza Rahman atas kelahiran cahayamata baru pada hari ni... Bertuah dapat anak dihari istimewa... alhamdulillah dan tahniah.

Siapa Pekerja Yang Baik?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang di dunia ni bekerja... Suri rumah juga bekerja... Kerjanya di rumah... Cuma takde gaji yang spesifik...

Jadi, setiap dari kita bekerja...
Dan... Adakah kita pekerja yang baik???

Kerja satu ibadat... 
Ibadat dapat pahala...
Nak dapat pahala kena ikhlas...
Nak ikhlas, perlukan iman...
Nak kuatkan iman perlu beramal...
Jadi, beramal kerana Allah... 
Segalanya pasti indah.... 

Kalau hidup ni nak kata kerja orang tu bagus, kerja kita ni banyak cabaran... Itu bohong... Kerja apa pun ada cabarannya... 
Jadi, ikhlaskan diri. Kurangkan rungutan... 
Lebihkan zikir dan syukur kerana kita ada kerja... 

Insha Allah... Kita bukan sahaja pekerja yang baik... Tapi jadi hamba Allah yang terbaik...

Bersukan Cara Rasulullah S.A.W.

Bersukan Cara Rasulullah S.A.W.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam Islam, waktu 24 jam sehari cukup cantik disediakan untuk memenuhi keperluan manusia. Jika diperhatikan waktu berehat dan berhibur serta beriadah turut disediakan dalam tempoh itu. Waktu riadah terbaik ialah selepas Asar. Sebab tu, selepas Asar tak digalakkan tidur dan tiada solat sunat selepas Asar. Tujuannya, dalam tempoh sebelum senja tu, kita gunakan untuk beriadah, bersukan dan habiskan masa bersama keluarga. 

Sukan pada hari ini sangat banyak... Namun, ada tiga jenis sukan yang amat digalakkan oleh Sunnah Rasulullah s.a.w: Jom kenali sukan kegemaran Rasulullah s.a.w:

1. MEMANAH
Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Persiapkalah semua kekuatan yang kalian miliki.Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah." (HR Muslim)

Kebaikan Memanah:
  • Melatih emosi dan fizikal untuk memberikan tumpuan kepada sasaran.
  • Sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh. Jika emosi si pemanah tidak stabil, panahan amat mudah tersasar.
  • Jadi, memanah melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.


2. BERENANG
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah." (HR Bukhari dan Muslim)

Kebaikan Berenang:
  • Semasa berenang, mental, fizikal dan otot serta tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan selain merangsang stamina iaitu sistem kardiovaskular.
  • Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


3. BERKUDA
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)." (HR Muslim)

Kebaikan Berkuda:
  • Dapat merawat segala masalah penyakit tulang belakang serta mencerahkan penglihatan.
  • Anggota badan dan kepala hingga ke kaki akan menjadi sihat akibat kesan dari lompatan kuda.

(Sumber: Majalah Ana Muslim)

Kesimpulan:
Kesemua sukan ini, perlukan kos yang tinggi pada masa kini... Sebab tu, hanya orang berada mampu sediakan sukan sebegini untuk didikan anak-anak... Bagi yang kurang mampu... mampu tengok saja lah... Namun, bagi anak kampung tiada masalah nak belajar sukan ni... Kalau Memanah tu, MF sendiri pernah buat busur panah dan anak panah sendiri dari batang kayu... Seronok main panah... Berenang, boleh saja berenang di sungai... Tapi bagi anak bandar, terhad dan kalau nak belajar kena la keluarkan duit kan... Apa pun, moga dapat kita tanamkan minat bersukan dalam diri anak-anak.. itu yang sebaiknya.. Bersukan apa pun bagus untuk badan.. Asalkan jaga pergaulan dan aurat... Insha Allah, berkat sihat dan selamat. 

28 Februari 2016

Pasangan Terbaik!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Pasangan yang terbaik!!!
Tak kan bosan dengan pasangannya..  
Berusahalah untuk jadi pasangan yang tak membosankan pasangan sendiri...

JJCM: ABC KELAPA PASIR GUDANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam... Jenjalan petang... Suami ajak bawa maknye jenjalan melawat kawan lama a.k.a jejak kasih... Dan serentak dengan tu, terus la plan nak servis kereta sekali... Waktu untuk tukar minyak hitam... Dah lebih had...

Walaupun dah buat temujanji dengan pihak Proton, tapi rasa lama sangat... Sedangkan millage dah lebih... Jadi, ambil keputusan untuk walk in je di mana-mana proton servis area Masai atau Pasir Gudang...

Cari punya cari... Yang berhampiran dengan rumah kawan mak tu ialah proton servis Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Singgah tanya, dia minta datang jam 2 petang... Lepas buat appoitment tu, terus kami ke rumah kawan mak di Taman Kota Masai.

Sementara dok tunggu tuan rumah sediakan juadah... Jam dah dekat kul 2... Tinggalkan mak dan si kakak kat rumah kawan dia, sementara tu MF dan suami serta bawa si adik ke proton servis....

Dalam masa dok menunggu tu, ada la satu famili ni makan ABC dalam kelapa... Nampak macam unik... Hmmm... Dah siap servis tu, terus la cakap kat suami...

Rupanya dekat je gerai jualan ABC KELAPA ni dengan Proton Servis... Terus minta suami belikan...

Mula macam nak beli dua.. Tapi rasa macam banyak pula... Jadi, suami beli satu je...

Tertarik sebab unik kan... Isi kepala dibuat Coconut Shake, tapi tempurung kelapa tu dibuat bekas isi ABC...


Meriah ABC nya... Boleh tahan sedap juga... Ada cendol dan banyak bahan... Siap ada dua cup aiskrim diatasnya... Harga untuk ABC kelapa ni... RM7.

Fuhh.. Puas makan... Banyak... Tak larat nak habiskan... Mujur beli satu... Kongsi pun tak habis makan... Kena pula semalam memang hari yang panas berangin... Memang nikmat betul layan ABC kelapa nih... Alhamdulillah...

Jika ada yang nak merasa..
Cari sahaja Proton Servis Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang... Dekat juga dengan KFC... Gerai tepi jalan sahaja...  Kalau dari Taman Kota Masai lebih kurang 10 ke 12 minit perjalanan... Boleh la kalau nak mencuba...

MF jarang jenjalan sangat dok johor ni.. Tapi kalau terjumpa yang best, memang layan aje... Kalau yang dok viral tuh... Memang jarang nak melayan..  Sebab kita ni bukan food hunter atau memang kaki travel... Cuma jalan dan terserempak...  gitulah kekdahnya JJCM kami ni... Hehe

Tips Kejayaan dari Lebah!


Lebah adalah salah satu haiwan yang mempunyai keunikan tersendiri. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari seekor lebah yang merupakan haiwan yang mempunyai banyak manfaat. Lalu, apa saja yang boleh kita pelajari dari kehidupan lebah? Menurut seorang profesor di Tamil Tandu Agricultural University, Dr N Ganapathy dengan mengamalkan etika bekerja lebah, seorang pekerja, bahkan syarikat, boleh mendapatkan kejayaan besar. Apa saja pelajaran yang boleh dipetik dari cara kerja lebah? berikut penjelasannya: 

1. Pembahagian tugas 
Lebah mempunyai persekitaran sosial yang berstruktur. Masing-masing lebah mempunyai peranan dan job desk masing-masing, serta menguasai peranannya dengan baik. Secara genetik mereka diprogramkan untuk tidak menyalahi wilayah yang bukan merupakan sewenangnya. Jika seorang pekerja mampu mengetahui peranannya dalam syarikat dengan baik dan menguasai peranan tersebut, maka prestasinya akan meningkat dan perlahan mengantarkannya pada kejayaan. Begitu juga jika syarikat mampu melaksanakan hal ini, maka tak akan ada konflik peranan. Meski mempunyai peranan berbeza-beza, kawanan lebah hanya mempunyai satu tujuan yang sama. Begitu juga dengan syarikat. Pemimpin harus mampu menjabarkan tujuan profesional secara jelas, sehingga para pekerja dengan berbagai macam peranan bersama-sama melangkah untuk satu tujuan pasti di masa depan. 

2. Semangat kerja sama 
Kerja sama bagi lebah lebih penting berbanding dengan persaingan. Tak seperti yang ada saat ini, dunia kerja sarat akan persaingan, terutama pada syarikat yang besar dan aktif. Banyak yang paranoid, seolah kedudukannya akan tergeser jika tak bersaing. Namun tidak bagi lebah. Mereka tahu bahawa mereka tak mungkin boleh mencapai matlamat seorang diri, sehingga mereka bekerja sama dan hidup secara rukun dengan rakannya. Begitu juga dengan pekerja dan syarikat. Menyatukan pengetahuan dan pengalaman, serta saling bekerja sama akan membuat pekerjaan menjadi berkesan. Tak ada konflik yang berlaku. Masing-masing orang menghormati sumbangan dan peranan daripada rakannya. 

3. Setia 
Kesetiaan adalah kunci kelangsungan hidup jangka panjang. Lebah setia terhadap pekerjaan yang mereka lakukan. Jika mereka memerlukan masa yang lama untuk mengambil madu dari satu bunga, maka mereka akan melakukannya terus-menerus. Pekerja yang baik juga harus setia pada pekerjaannya. Tak mudah berpaling dan tekun. Begitu juga pekerja yang bekerja untuk syarikat harus setia terhadap peraturan, seperti jam kerja. 

4. Bekerja keras 
Pernah melihat lebah madu bekerja? Lebah yang sedang bekerja akan terus-terusan bekerja dengan giat, seolah-olah nasib kawanannya sedang dipertaruhkan di tangannya. Tak ada kejayaan yang boleh diraih tanpa kerja keras dan ketekunan. mereka yang bermalas-malasan hanya akan semakin tertinggal dan tergeser oleh yang bekerja keras. Bekerja keras juga bermakna bekerja secara profesional dan berkesan dalam penggunaan waktu kerja. 

5. Tepat waktu 
Ketepatan masa adalah etika profesional umum yang tak jarang dilanggar oleh semua orang. Bagi lebah, tak boleh ada kata terlambat. Mereka bergantung pada matahari saat mencari makan, sehingga lebah akan berangkat ketika matahari terbit dan pulang apabila matahari terbenam. tepat waktu adalah cara lebah untuk mendapatkan hasil optimum. Begitu juga bagi pekerja atau pekerja syarikat. Tepat waktu juga akan memberikan hasil optimum kerana pekerja menggunakan waktunya dengan berkesan. Selain itu dengan tepat waktu, anda tak akan mengalami stres kerana terlambat. 

6. Kewajipan dulu, baru hak Bagi lebah, kepentingan kawanannya adalah yang perlu diutamakan terlebih dahulu, baru kemudian kepentingan peribadinya. Mereka bekerja mengambil madu untuk kepentingan kumpulan itu. begitu juga dengan lebah yang bertugas menjaga sarang, semuanya dilakukan demi kepentingan kumpulan itu. Mungkin kelihatan tak menyenangkan kerana perlu banyak berkorban. Namun, dengan mendahulukan kepentingan kawanannya, sistem kerja lebah berjalan dengan lancar, kerana semua menolak ego peribadinya dan bersama-sama membina kawanannya. Cuba bayangkan jika lebah penjaga tak mau menjaga sarang kerana egonya? Maka sarang dan seluruh kawanannya akan terancam rosak dan mati. 

Nah, itu dia enam etika kerja yang boleh dipelajari dari haiwan lebah. Dengan melaksanakan enam cara di atas, anda akan semakin dekat dengan kejayaan.
Sumber

Lebah haiwan istimewa yang diciptaakan oleh Allah untuk hamba-hamba Nya yang berfikir.... 

27 Februari 2016

10 LALUAN...

10 LALUAN...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 LALUAN...

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?


1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah

* Bencikan segala yang diharamkan-Nya 

26 Februari 2016

Cara Pikat Anak Makan Buah: Jajan Berkhasiat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Si adik agak susah nak makan buah...
Kakak pula agak memilih nak makan buah..  Jadi, MF olah jadikannya sebagai jajan untuk tarik minat anak-anak supaya makan buah...


Potong buah bentuk dadu...
Campurkan dalam satu mangkuk... 
Nak bagi wangi boleh perah lemon.. 
Tapi MF tak letak apa-apa pun... 

Menarik kan... 
Kita sendiri tengok pun rasa sedap je... 
Waktu anak-anak selesema elok perbanyakkan makan buah yang kaya vitamin C seperti limau dan kiwi. 

Cara Rasulullah s.a.w Memujuk Isteri Yang Merajuk dan Marah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ ، قَالَ : كَانَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا إِذَا غَضِبَتْ عَرَكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْفِهَا ، ثُمَّ يَقُولُ : " يَا عُوَيِّشُ ، قُولِي : اللَّهُمَّ رَبَّ مُحَمَّدٍ ، اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي ، وَأَجِرْنِي مِنْ مُضِلاتِ الْفِتَنِ " .

Maksudnya;
“Daripada Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, katanya : Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”Wahai 'Uwaiyish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan".( Riwayat Ibnu Sunni  dalam kitabnya Amal Al-Lail wa Al-Lailah : 455)

Huraian ringkas :

Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu perkara.

Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya 'Uwaiyish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”.

Disamping itu juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.

Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap ibarat kebakaran akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga manusia. Kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan bahagia.

#tipskeluargasejahtera
#IniBahagianDakwahJakim

Perempuan memang manja... Dan perlukan perhatian... Tak susah memujuk asalkan kalau dah suami pujuk tuh tak payah la nak jual mahal pula... Tu yang buatkan lelaki malas nak pujuk lagi...

Tak Payah Simpan Dosa Yang Ada...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hidup kita ada dua pilihan...
Dosa ke pahala
Syurga ke neraka
Baik ke jahat

Akal yang diberi untuk kita memilih...
Rasul dan al-Quran ada sebagai panduan...

Namun, kita tak terlepas buat dosa kecil...
Kerana kita bukan maksum...
Dosa kecil ni jika dikumpul jadi banyak...
Jadi, tak perlu nak simpan lagi atau biarkan ianya bertambah...
Buatlah amalan, agar dosa yang ada tak bertambah dan dapat dihapuskan...

Antara amalan yang boleh menghapuskan dosa...

1. Memperelokkan wuduk
2. Solat tasbih
3. Berpuasa
4. Mengucapkan syukur
5. Duduk sebentar di dalam masjid
6. Berzikir selepas solat
7. Berjalan dari rumah ke masjid dalam keadaan wuduk
8. Berzikir
9. Banyakkan tasbih, tahmid dan tasbih serta takbir
10. Mengerjakan solat secara berjemaah
11. Solat di saf hadapan
12. Mandi solat Jumaat
13. Membelanjakan harta ke jalan Allah... 


Jadi, jom ambil peluang hari Jumaat ni untuk hapuskan dosa yang ada... Tambahkan amal dan kurangkan dosa.


25 Februari 2016

Jubah ala Dress A Cut Cotton Untuk Kanak-kanak!

Jubah ala Dress A Cut Cotton Untuk Kanak-kanak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Satu lagi hasil tangan en.somi...
Potong dan cantum baju-baju yang reject...

Jubah kanak-kanak dari kain cotton...



Jubah ni untuk percubaan si adik la ni.. 
suka pula dia pakai... tak nak tanggalkan pula dia... 

Dan kami ambil tempahan sesiapa nak buat jubah ala dress A cut macam ni... 
Dijamin selesa sangat untuk kanak-kanak... 
Boleh request kombinasi warna yang dikehendaki... 

Kalau berminat...
boleh je PM di 
WHATSAPP: 0192732794

Kacang Pedas Legend!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh plak... Jenjalan cari kudapan petang...terjumpa kacang pedas ni...

Lama tak makan tu...
Dulu harganya sepuluh sen atau dua puluh sen je sebungkus... Sekarang ni seringgit dah.. Jauh beza...

Cukuplah makan 

Aku Menangis Bila Allah Tunjukkan Kehebatan Redha dan Tawakal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MF nak kongsikan pengalaman MF hari ni.. Bukan nak menunjuk..  Tapi sebagai motivasi... Terutamanya bab rezeki...

Hari ni, hari gaji kakitangan awam... Tapi MF berpindah sekolah ada masalah sikit bab gaji... Lepas rujuk dengan kerani, gaji MF mungkin masuk lambat seminggu dari tarikh gaji sebenarnya...

Masa dia bagitau tu, MF dah risau... Risau sebab dengan gaji tu banyak komitmen kita nak kena bayar...

Sekali betul la kata kerani tu... Memang gaji MF lambat masuk... Penyata gaji pun takde, semak duit dalam akaun... Hanya tinggal dua angka... Hmmm...

Sedih... Tapi redha... MF tawakal sahaja la... Redha la duit kereta dan segala bil lain tertunggak sebulan... Redha je la.. Seterusnya tawakal sahaja... Bab duit belanja MF tak risau... Itu suami uruskan... Tapi duit bayaran tetap bulanan MF bayar... Bila jadi begini... Hanya redha dan tawakal MF panjatkan kepada Allah... Berserah sepenuhnya kepada Dia...

Tapi... Hebat perancangan Allah... Sangat hebat... Allah nak tunjukkan kepada MF ajaibnya tawakal tu... Hebatnya redha tu...

Dalam tengah taklimat pagi tadi, MF belek handphone... Suami MF SMS minta tengok Whatsapp...  Berdebar MF.. Apa yang penting sangat tuh...

Sekali dia tunjuk... Duit dia masuk... Duit apa dan dari sumber mana tak perlu MF nak ceritakan disini...

Tahan tangis MF... Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tuh... Syukur tak terkira... Mungkin juga Allah kabulkan doa dhuha MF dan suami...

Ya hebat sungguh kuasa Mu...
Hebat juga kuasa Nabi dan sabda Nabi s.a.w...

Tawakallah seperti burung..
Insha Allah.. Ada rezeki yang tak disangka..

Alhamdulillah... Dengan duit tu..  Terlebih lepas nak bayar bayaran tetap bulanan... Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat ya Allah...

Itulah MF nak ceritakan... Jangan putus asa bab rezeki... Dalam usaha dan doa kita... Letaklah sepenuh pengharapan kepada Yang Maha Esa... Pasti ada jalannya yang akan Allah tunjukkan...

Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang... Berserahlah diri kepada Dia.. Hanya Dia yang Maha Berkuasa... 

Iman Tak Dapat Diwarisi...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teringat lagu Raihan...

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai...


Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah...


Iman perlu diusahakan dan dicari...
Walaupun teruk pun keluarga kita...
Masa kecil kita tak dapat didikan agama.. 
Tapi bila kita dah lepas umur baligh dan dewasa... Kita kena usaha untuk mencari iman dan hidayah Allah.. 

Allah tak kan ubah nasib hidup kita, jika kita tak berusaha untuk berubah...

Hidayah Allah tak kan datang bergolek tanpa usaha dan kesedaran kita nak kembali dan mencari hidayah Allah... 

Bagaimana kita berubah dari miskin kepada lebih senang... 
Bagaimana kita berusaha untuk berubah dari tiada kelayakan sijil sehingga pelajaran sijil tertinggi... 
Begitu jugalah kita kena berusaha untuk berubah dan mencari hidayah Allah... 

24 Februari 2016

WW | KALAU AKU MATI NANTI...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Ada betul gak cik adik ni...
Cukuplah sekadar ucap takziah dan sedekah al-Fatihah... 

Moga maaf salah silap ya kawan..  Andai ini malam terakhir ku di alam dunia...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Cara Berkenalan Zaman Sebelum Ada Facebook!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nostalgia betuii...
Memang best ni wat gini...
Time cuti sekolah panjang... Hadam la baca buku biodata ni...


Lagi satu.. 
Cari dalam majalah... 
MF dulu kakak ada beli komik KAWAN. 
Suka la baca part kenalan tuh... 
Berangan juga nak berkenalan... 
Tapi tak reti nak pos surat... Haha... 

Kenangan semua tu...
Tapi tak sangka juga...
MF jumpa jodoh melalui Internet walaupun bukan dari facebook... Hehe... 
Kira canggih la juga kan... Cara jodoh MF ni kan.. Hehe... 

Tips untuk suami: Cara Kembalikan Mood Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perempuan ni... Tak tahu nak kata... Makhluk yang beremosi... Dalam masa satu saat, emosi dia boleh berubah.. Tambah kalau tengah mengandung atau PMS...

Tapi, bagi suami... Tak susah sebenarnya nak kembalikan mood isteri nih...

Jangan tambah moody dia... 
Tapi peluk, cium dan belai macam baby... 

Buatlah selalu... 
Confirm.... Korang minta nak makan apa, dia buatkan aje... 

Perempuan ni manja dan perlukan kasih sayang serta perhatian... Jangan sia-sia kan... Fahami wanita... Belajar kenali sifat perempuan... Dari ibu kita sendiri... Kerana wanita begitu berharga... 

Resepi Minuman Untuk Kurus!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF nak simpan resepi ni... Mana tahu MF perlukan resepi ni satu hari nanti... Hehe...


Nampak sedap bila ada epal tu...

WW | TAK BUAT APA PUN DAPAT PAHALA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tulis yang baik-baik 
Dan terusan ajak orang buat baik...
Insha Allah... 
Lama-lama kita juga akan jadi baik... 

23 Februari 2016

Dah Setahun Rupanya Template Ni...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah setahun rupanya guna template ni...
Belek kat facebook tadi... Tengok kat On The Day tu... Dah setahun rupanya... Template yang lama juga MF guna rupanya...


Responsive template.... Buat ni masa tengah sibuk... Tapi buat sebab nak release tension layan hobi sendiri... Alhamdulillah... Kesannya memberangsangkan... PV dan UV mudah nak maintain... Walaupun template ni sama dengan 5 blog yang lain... Tapi setiap reka bentuk dan susunan widget berbeza serta kandungan entry yang berbeza ... Menjadikan blog ini tetap lain dari yang lain walaupun ada blog lain guna template yang sama...

Pernah ada rasa nak tukar... Tapi rasa sayang... Jadi, guna selagi ada... Lagipun dah terkenal dengan identiti blog biru MF ni... Mungkin blog ini akan kekal dengan template ini sahaja...

Moga blog Maria Firdz akan terus maju...
Terima kasih buat suami yang menyokong penuh minat dan hobi MF dalam berblog, berdakwah dan bersosial melalui blog... 

Hasil Kekreatifan Dua Beranak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kalau dah anak mak kan... Begitulah hasilnya... Kalau tak kuah tumpah ke nasi, ke mana lagi kan...

Tengah layan sukan sekolah pagi tadi, dapat Whatsapp dari en.somi...
Hasil kreativiti dia dan mak dia... Mak mentua MF la tu... Hehe...

Alter baju yang salah cetak tu dengan baju lain... Cantum dan jahit...

Maka jadilah baju lain...


Ni lah baju yang terhasil... 
Baju muslimah kanak-kanak... 

MF tengok pun teruja... 
Bakat tuh... Bila ntah nak menuntut ilmu menjahit dari mak mentua nih... Paling kurang dapat jahit baju sendiri ok la kan... Nak tempah dah makin mahal... 

Seronok je tengok orang jahit buat baju sendiri... Kita yang tak reti ni tengok je la... Tapi memang nak belajar juga satu hari nanti... Insha Allah... Moga diberi kesempatan itu.

Cara Pagar Isteri Dari Syaitan dan Sihir!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang  telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Bacalah... Bagi pengantin baru atau yang akan berkahwin nanti... Bagitau bakal suami... Tapi kalau tak pernah buat... Terlepas dah...

Boleh saja nak buat... Cuma tambahkan dengan ayat-ayat pendinding seperti ayat kursi, dan empat qul.

Dan banyakkan berdoa agar Allah memelihara kerukunan rumahtangga...

Zaman moden ni... Tapi kepercayaan dan perbuatan macam ni masih banyak dalam masyarakat kita.. Jadi,berhati-hati...
Sumber: Google images 

Jadi, pesan juga pada isteri... Supaya tak perlu tayang gambar dan selfie di laman sosial.. Kita tak tahu siapa baik dan jahat di laman sosial tu... Nauzubillah..

Kenali Jenis Sakit Kepala!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sakit kepala...
Tambah panas macam ni..
Tapi sakit kepala banyak puncanya...

Ada sebab darah tinggi...
Darah rendah, migrain atau stress...

Jom kenali jenis sakit kepala... Supaya mudah cari ubatnya...


Yang MF tahu sakit kiri kepala memang migrain... Sebab suami MF memang ada migrain... 

Jadi, kalau lain dari sebelah kiri tu mesti sebab lain.


Riakkah Aku???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang ni riak pun orang bangga...  MF pernah jumpa orang kata begini... "nak riak sikit" ... Nauzubillah... Sedangkan riak tu adalah syirik kecil... Syirik ni... Ishhh.. Doaa yang Allah tak ampunkan.. Nauzubillah...

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tolonglah ye.. Jangan rasa bangga dengan perasaan riak yang ada dalam diri... Nauzubillah... Moga Allah jauhkan dari sifat hati yang membinasakan ini. 

22 Februari 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Hati-hati Dengan Perlakuan, Kerana Akan Ada Yang Meniru!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Betui kan... 
Cakap tak dengar sangat tapi apa kita buat memang anak akan mengikut... 

Kepimpinan melalui teladan... 
Jika anak suka membentak... Mungkin kita juga begitu... Tapi kita tak perasan... Anak sekali tengok melekat kat otak dah... Dan dia akan buat balik apa yang kita buat... 

Jadi, hati-hati dengan tindakan... 
Pesanan untuk diri sendiri...

Rimas Isteri Selalu SMS dan Call!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

:Alkisah suami-isteri  sekrg ini....

Telefon Ahmad berdering. Ahmad dan rakan-rakannya sedang sibuk berbual di kedai kopi.

Ahmad terkejut mendengar suar di sebelah telefon itu. Pemanggil ialah isteri Ali, sahabat karibnya yang sedang minum teh bersama dia. Ahmad memberikan telefon kepada Ali.
Sumber: Google images 

Ali terkejut. “Buat apa telefon sini?” tanya Ali pada isterinya.

“Tak ada apa-apa. Ingat abang terjadi apa-apa. Telefon sms tak jawab. Cuma nak tanya abang balik makan ke tak?,” kata isteri Ali dengan nada yang keras.

“Tak. Ayang tak perlu tunggu. Tidur dulu. Abang balik lewat,” kata Ali sambil cepat-cepat menggantung telefon.

Rakan-rakan Ali yang melihat bergurau. “Ajarlah kami apa rahsia anta buat isteri begitu ambil berat pasal enta,” kata mereka sambil ketawa.

Ali terasa malu. Isteri macam ini yang mengongkong kebebasannya seolah memalukannya.

Malam itu, Ali balik lewat. Ego lelakinya memberitahu dirinya, isteri tak boleh mengonkong kekebasannya. Balik dia terus tidur di tepi isteri tanpa bertegur sapa.

Perkara itu berulang-ulang. Ali terasa bosan dengan karenah isterinya. Terasa isterinya seperti getah yang terlekat. Ali terasa penat dan keletihan. Meskipun demikian, isteri Ali tetap telefon dan sms bertanya di mana Ali setiap hari, apa yang dia lakukan dan samada Ali akan pulang ke rumah. Bagi Ali, semua pertanyaan itu bagaikan rungutan yang tidak henti. Ali semakin hilang sabar semakin tidak menjawab.

Namun, isteri Ali tetap menunggu kepulangan Ali setiap malam. Walaupun tidak bertegur sapa, apabila melihat Ali selamat kembali ke rumah, isteri Ali pun ke kamar berehat tidur.

Kerana sikap dingin Ali yang memberikan reaksi kurang enak setiap kali isteri mengambil berat padanya, tanpa sedar isteri Ali semakin jarang bertanya di mana suaminya. Isteri sibukkan diri dengan anak-anak, kerjaya dan kawan-kawannya. Isteri Ali mulai malas mengambil berat pada suaminya.

Satu hari ketika Ali bersama Ahmad ke negeri lain untuk menguruskan hal kerja, terjadi sesuatu malapetaka, mereka terjatuh ke dalam gaung. Segala talian komunikasi hancur. Ali dan Ahmad berjaya menyelamatkan diri selepas 12 jam.

Ketika mereka mendapat talian komunikasi kembali, telefon Ahmad mempunyai 20 miscall dan berpuluh sms daripada isteri. Ali cepat-cepat membuka telefonnya.

Tiada satu miscall mahupun sms. Kosong tiada. Line penuh. Tiada orang yang mencarinya 24 jam yang lepas walaupun dia hampir kehilangan nyawa. Ali terasa sedih dan sayat hati.

Ketika itu, Ali menelefon isterinya. Tiada orang yang menjawab. Sms pun tidak dibalas. Ali terasa lagi.

Siapa lagi yang sanggup menelefon diri tengah malam tatkala kamu tak pulang ke rumah selain ibubapa atau isteri sendiri? Tapi selama ini, Ali mengganggap telefon dan sms isteri adalah satu kongkongan, satu penghinaan pada ego lelakinya.

Ali baru sedar. Rupanya telefon dan sms isteri adalah kasih sayang. Kalau isteri tak sayang, mengapa dia nak tahu keadaan suaminya dari semasa ke semasa. Telefon dan sms yang kerap itu tanda isteri hati yang mengambil berat sangat-sangat pada suaminya. Itu bukan rungutan, itu adalah kasih sayang. Ali baru tersedar.

Ali tiba di rumah lewat malam. Isterinya tidak lagi menunggunya. Isteri sudah tidur bersama-sama anak-anak. Ali terasa hatinya masam. Bukan salah isteri, ini salah dia.

Ali berubah sikap untuk memenangi hati isterinya semula. Ali bertukar watak. Kini Ali yang memaklumkan di mana dia berada dan apa yang dia lakukan pada isterinya sebelum isterinya bertanya. Ali pulang ke rumah awal dengan lebih kerap untuk makan bersama isteri.

Telefon dan sms isteri juga kembali seperti biasa. Ali berasa bangga kini apabila menerima panggilan isterinya di tengah-tengah perbincangan dengan kawan-kawan.

“Sayang aku telefon. Diam sekejap,” kata Ali kepada rakan-rakannya sebelum bercakap manja dengan isteri.

Wahai anakku,
Telefon dan sms daripada orang tersayang adalah perkara yang paling bahagia di dunia. Ada orang yang mengambil berat. Ada orang yang mengingati kamu. Jangan sesekali kamu rasa bosan pada panggilan mahupun sms sedemikian. Jangan lihat bahagia itu sebagai rungutan.

Jangan bersikap seperti Ali, akhirnya kamu akan berasa kekosongan dan penyesalan. Kamu mungkin tidak bertuah seperti Ali, kerana banyak bas yang terlepas tidak datang semula.

Hargailah orang tersayang. Kerana di dunia ini, sebagai tambahan kepada ibu bapa, tiada siapa lagi yang sanggup “mengganggu” kamu dengan kerap atas mengambil berat pasalmu. Jangan biarkan mereka merasakan kamu tidak diperlukan dari hati mereka.

Hargailah.
Sumber: Facebook 

TIPS BERNIAGA: BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG, JANGAN KENA MATAHARI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.

1.BILA KAMU BERNIAGA ,JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story
````````````````````````````````````

Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Kredit : Hidayatul Karimah

Sumber: #bahagiandakwahjakim

21 Februari 2016

Anak-anak Gembira Katanya...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak kata apa kan bila lihat situasi ni...
Anak bijak dan gembira katanya...
Maka, kena syukur lah seadanya...


Nak kata apa kan...
Melainkan ajak kemas sama-sama la jawabnya... 

Resepi: Rendang Kerang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Akibat belek buku resepi Chef Wan, dah terliur sendiri... Mengidam betul semalam nak masak dan makan rendang kerang... Memandangkan bahan pun senang... cuma nak dapatkan kerang tu takde jaminan.

Tapi suami ai, cuba dapatkan juga... Nak dijadikan rezeki, ada pula jual kat pasar... Alhamdulillah, dibelinya kerang sekilo... Kerang sekilo, berat kulit je la lebih kan...

Gagah la membuat rendang kerang semalam... Ikut resepi Chef Wan walaupun tak 100% cukup bahan.


Bahan-bahannya:

1 kilo kerang, direbus dan diambil isinya.

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang sederhana besar
5 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 batang serai (serai MF kecil sebab tu guna 2 batang, kalau serai yang besar, cukup sebatang je)

2 sudu cili giling
100ml santan
1/2 sudu kerisik
1 1/2 sudu air asam jawa (boleh guna asam keping atau asam gelugur)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili giling dan kacau rata
Masukkan santan, air asam jawa dan gaul sehingga pekat.
Masukkan kerang, garam dan gula. Kacau lagi sehingga rata.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata sehingga sebati semua rempah dan bahan.
Biarkan dalam 2 minit dan angkat serta hidangkan panas bersama nasi. 

Memang sedap walaupun resepi ni tak cukup bahan. Bahan asal ada daun kunyit dan daun limau purut. Tapi dah takde... MF buat aje guna bahan sedia ada. Tetap sedap. Tergoda juga en.somi... haha.. dia tak boleh makan sebab resdung... Jadi, tengok dan ambil bau je la.. hehehe..

Sesiapa nak mencuba resepi-resepi ni... dipersilakan... 

7 Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cari semula kawan lama.. Dan hubungkan semula hubungan persahabatan atau silaturrahim yang terputus dek masa...

Banyak kelebihannya orang yang menghubungkan semula silaturrahim dan menjaga silaturrahim...


Jadi, berusahalah untuk pelihara silaturrahim... Bila berhubung jaga jangan sampai terputus... 

20 Februari 2016

Nuffnang: Tak Meriah Tapi Masih Ada

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

CPUV bulan Februari 2016 ni agak sambar... Kurang dari kebiasaan... Tapi masih ada yang melekat satu dua...


Syukur walaupun sikit...
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Harap kembali meriah seperti dulu...
Kerana ianya satu pendapatan sampingan kebanyakan blogger... 

Rezeki Berblog Awal Tahun: Menang Shawl Dari GA Lollipop Manis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Dalam dok sibuk curi gak masa join GA.

Biasa MF join GA bila takde idea atau takde mood nak karang entry... Jadi join GA adalah cara mudah untuk update entry blog.


Satu GA yang MF join dihari akhir dan tak sangka rezeki menyebelahi MF... 

Alhamdulillah... Rezeki menang shawl tahun ni... Bertambah lagi koleksi shawl yang sedia ada... Cantik shawl MF dapat kali ni... Shawl bertemakan rama-rama... Berwarna hijau... Alhamdulillah... 

Terima kasih buat blogger Lollipop Manis atas hadiah cantik ni... Moga terus dilapangkan rezeki... 

Join GA ni kena ikhlas.. Insha Allah... Tak dapat hadiah pun tak kita akan dapat ramai kawan... Jangan harapkan hadiah sangat. 

MF pernah menang satu lagi GA awal tahun ni juga, tapi redha takde rezeki sebab MF lambat respon... MF tak tahu MF menang... Jadi, penganjur segmen tu dah buat cabutan lain.. Takpe la.. Takde rezeki la kan..walaupun hati sedikit terkilan sebab tak dimaklumkan... Kadang kita tak sempat pun nak semak GA mana satu dah tamat tempoh dan sebagainya. 

Apa-apa pun.. Tahun ni ingat nak buat juga GA... Tapi tunggu stabil sikit.. Sekarang ni sibuk dan hidup kelam kabut lagi... Hehe... Insha Allah...  

Menu Sarapan: Resepi Karipap Roti Berinti Daging!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hati minggu adalah hari untuk MF ke dapur... Balas dendam la... Sebab hari bekerja kadang tak sempat masak yang sedap...

Jadi, awal pagi memang akan sediakan sarapan... Tengah hari dan juga makan malam...

Semalam, dapat idea nak sediakan sarapan mudah dan ringkas... Tengok roti ada.. Terus dapat idea tu...

Karipap roti berintikan daging.


Bahan-bahan:
Roti Gardenia (bilangan terpulang nak buat berapa biji)
Minyak masak untuk menggoreng
Cawan atau apa untuk buat terapan. 

Bahan-bahan untuk inti:
Daging kisar. (MF guna daging burger dan juga bebola daging yang dipotong dadu sebab takde daging kisar)
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji Bawang besar potong dadu
2 ulas Bawang putih dicincang halus
1 sudu cili giling
1 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap lemak manis
Garam
Gula
1 sudu Minyak masak untuk menumis


Cara memasak inti:
Goreng daging dan kentang dalam 1 sudu minyak masak. Tak perlu minyak yang banyak sebab menu untuk sarapan kan...
Dah garing dan masak, angkat, tos minyak dan ketepikan.

Guna baki minyak goreng tadi, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau...
Masukkan cili giling, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa...
Gaul sebati. Dan seterusnya masukkan daging dan kentang yang digoreng tadi.
Gaul rata dan siap!

Untuk buat karipap roti.
Ambil sekeping roti gardenia, letakkan inti daging yang telah dimasak ditengah-tengah... Lipat roti... Dan terapkan macam nak buat karipap tu dengan cawan atau gelas.
Lepas dah terap tu, gorengkan dalam minyak yang betul-betul panas... Supaya roti tak diserap minyak ketika menggoreng.

Sedap makan panas-panas... Roti goreng tu wangi dan rangup je...

~ Selamat Mencuba ~

Kata Motivasi Dari Tukang Jahit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menarik kata-kata bijak dari tukang jahit ni...

Jangan jadi seperti GUNTING...
meskipun berjalan LURUS, 
namun memisahkan yang telah MENYATUKAN...

Berjalanlah seperti JARUM DAN BENANG....
Meskipun menusuk dan MENYAKITKAN....
Namun MENYATUKAN yang terpisah..

Penuh makna tersirat..  
Renungankan...

19 Februari 2016

Alamak!!! Minyak Kereta Dah "E"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan panik jika indicator fuel anda menyala di julat E.


AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM Isnin lepas :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

2. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Sumber: Facebook

7 Tanda Ni Bukti Anda Pasangan Sehati Sejiwa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak dapat pasangan hidup yang serasi bukan mudah...
Orang yang kita tak pernah kenal... Tak pernah terfikir nak jadi pasangan hidup tetiba kena hidup sebumbung, sekatil, sebantal...

Namun, itu bukan alasannya...
Ada yang tak pernah kenal, tapi lepas kahwin jadi pasangan yang sangat serasi... Sehati sejiwa lagi...

Ini 7 tanda anda adalah pasangan sehati sejiwa yang ideal dan cinta sejati...


Melaksanakan tanggungjawab dengan rasa TAQWA
BAHAGIA bila bersama, RINDU bila berjauhan. 
Saling MELENGKAPI walaupun banyak PERBEZAAN 
Saling MEMERLUKAN. Tak boleh hidup berjauhan dan sendiri... Kalau hidup jauh, mesti salah sorang atau keduanya akan jatuh sakit.. 
Mudah MEMAAFKAN. Tak tunggu dan tak cari siapa yang salah... Tapi saling memaafkan... 
Sentiasa mengharapkan REDHA ALLAH. 
Saling MEMPERBAIKI DIRI untuk KEBAHAGIAAN BERSAMA. Buang ego dan berusaha untuk jadi pasangan yang terbaik. 

Jika ada 7 tanda ni... Andalah pasangan serasi, selati dan sejiwa yang diredhai Allah.. Insha Allah.... 

Berperang Bagi Lelaki dan Wanita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pahala yang banyak ialah pahala jihad..
Jihad ni peperangan...

Peperangan fizikal ialah melawan musuh Islam...
Tapi peperangan batin dan rohani pun besar ganjarannya...

Peperangan utama bagi lelaki dan perempuan...


Jika kita berusaha untuk jihad ini... 
Pasti berganda pahala untuk kita.. 

Jom jihad lawan hawa nafsu... 

18 Februari 2016

Fahami Perangai Perempuan, Sebelum Kahwini Perempuan!

Fahami Perangai Perempuan, Sebelum Kahwini Perempuan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Allah ciptakan manusia berpasangan... Pasangan kita pula adalah berlawanan jantina dan kontra dengan kita. Sangat bebeza lelaki dan perempuan... Jadi, bukan mudah nak faham dan nak wujudkan persamaan tu... Nak setiap pasangan perlu berusaha untuk memahami pasangan masing-masing, agar wujud kasih sayang yang unik dan sejati...

Yang paling susah nak faham ialah perempuan... Lelaki yang tak dapat nak faham perempuan, boleh timbulkan isu pergaduhan walaupun sebab isu yang remeh temeh.  Oleh itu, bagi lelaki cubalah kenali dan fahami wanita.

Sumber: google images

Di sini, ada 16 sifat umum yang majoriti ada pada perempuan masa kini.

1. Perempuan ni jenis yang teliti, jangan sesekali tersasul atau terlepas cakap. Apa yang lelaki sebut, sampai akhir nyawa pun dia ingat!


2. Perempuan suka benda yang menyakitkan atau merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Contoh mudah, sanggup belit tudung berjam-jam dan pakai kasut tumit tinggi walau hakikatnya 'seksa'.


3. Jangan sesekali buat wanita terluka cara pahit, sebab dendam wanita dua kali ganda bahaya daripada kaum lelaki.


4. Perempuan payah nak puas dengan apa yang dia ada. Jadi berusahalah sampai hati wanita gembira. Maklum saja perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal. Tolong faham...


5. Perempuan suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri. Dan kadang akhirnya dia yang merana.


6. Ya, perempuan cukup sensitif bab berat badan. Jadi nak komen lebih bab perkataan GEMUK, tolong susun ayat. Tak payah niat nak bergurau sangat!


7. Perempuan suka benda yang cantik dan wangi. Nak dia terpikat, jagalah semua yang patut dijaga jadi wangi. Baru cepat leh 'ngam'.


8. Mungkin nampak lemah, tapi hakikatnya air mata yang mengalir di pipi itulah yang jadi kekuatan mereka.


9. Kelemahan perempuan adalah perempuan lain. Ini kerana mereka cepat merasa iri hati. Jadi tak payahlah rajin nak puji perempuan lain lebih atau zaman sekarang main 'LIKE' gambar wanita lain di media sosial. Kecil hati dia nanti, anda juga yang penat nak pujuk.


10. Matang macam mana pun perempuan, mesti terselit jiwa 'kebudak-budakan' sebab perempuan sifatnya 'baby' sampai ke tua.


11. Perempuan suka lelaki mesej dia dulu walau hanya guna satu perkataan. Itu tanda kau tetap ingat dia.


12. Perempuan senang merajuk tetapi susah nak marah tanpa sebab. Tapi kalau dah marah guna ayat pujuk macam mana pun dah tak 'makan saman'. Sebab perkara kecil pun boleh buat perempuan petik cerita 100 tahun dulu. Hmm... harap berjaga-jaga.


13. Cakap dimulut tak akan sama dengan dalam hati. Mungkin katanya 'OK' tapi sebenarnya langsung tak ok. Ini kes harap lelaki memahami.


14. Perempuan suka bagi petunjuk dekat orang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka. Konon nak berkias. Kalau dia dah sebut tu, mesti dia dah suka.


15. Perempuan banyak fikir, kadang perkara yang belum tentu jadi pun dia boleh bayangkan. Akhirnya 'terbabas' dan jadi stres.


16. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulut bising kata berat naik. Sabar ya, itu kes normal.

waa... susah je kan nak faham... Tapi hati perempuan lembut sangat... mudah diserap dengan pelbagai perasaan... Kadang dari mimik muka pasangannya, dia boleh tarik mimik muka yang lebih dari pasangan tu sendiri... Jadi, jangan nak kata perempuan jangan fikir yang bukan-bukan kerana wanita memang akan fikir yang bukan-bukan kalau lelaki mula buat yang bukan-bukan... hehe...