GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Orang KL Jangan Salah Faham Dengan Kelantan Ya!

Uniknya Malaysia bila ada kepelbagaian bahasa, loghat negeri dan budaya...

Seronok bercampur dengan orang diluar budaya dan loghat kita... Kita jadi banyak pengalaman...

MF mula bercampur dengan orang luar masa belajar di universiti... Antaranya orang Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Sabah.

Bagi MF tak susah MF nak faham loghat Kelantan... Sebab lebih kurang loghat Baling je... Tapi bagi orang KL, Johor memang bermasalah juga nak faham kan... Hehe...

Dialeknya lain... Loghat Baling sendiri pun berbeza ikut kawasan... Memang pening juga... Tapi itulah uniknya...

Belajar lah bahasa dan loghat bahasa orang lain...supaya pengetahuan kita lebih luas... Insha Allah... Tak rugi belajar, bahkan memudahkan kita bila kita melencong ke negeri lain dalam negera...


6Ulasan

  1. teringat masa kecik dulu. sebab saya orang kulim so loghat kedah dia biasa jer. Tapi bila pergi baling jadi pelik.. awat depa cakap macam orang kelantan. Mula2 ingat depa saja2 je cakap macam tu.. rupanya itulah loghat daerah baling.. tu masa kecik. Memang tak berapa tahu loghat daerah orang tapi meningkat remaja memang banyak bergaul dengan orang selatan & lembah klang.. Tak sangka pulak jodoh memang orang Kl jugak. Tapi yang pasti Family in law memang rojak loghat daerah. Mak mertua orang Perak batu gajah.. so style kome2 dia tu memang ada lagi walau dia berhijrah ke kl dari umur 13 tahun. Ayah mertua orang perak, taiping. dia punya slang utara pun tak hilang walau dah bermastautin kat sini. 2 orang anak depa anak KL.. memang slang kl la. Jadi dalam rumah tu ada slang taiping, batu gajah & KL..

    BalasPadam
  2. Bila tahu banyak loghat lebih memudahkan

    BalasPadam
  3. Haha, saya kalau cakap loghat terengganu, memang orang kl takpaham haha terpaksa cakap kl jugak XD

    BalasPadam
  4. Hihi...kena ambil tahu juga sikit sikit..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ