GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dah Tahun Baru Ni, Jom Semak Diri Dengan 21 Perkara Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahun baru 2016 ni, jom semak diri, adakah kita termasuk dalam peratusan yang negatif atau peratusan yang positif... Sama-sama muhasabah diri...

Sumber: google images

  1. 50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirnya atau menghafalkannya. (Astaghfirullah, muhasabah diri...)

  2. 80% umat Islam memiliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS. (Atas kesedaran ni, tamatkan kontrak Astro sebaik sahaja tamat tempohnya.)

  3. 70% umat Islam tertarik dengan perkara yang membawa kepada KARNIVAL atau unsur yang membawa kepada hiburan. (Alhamdulillah, lepas kahwin dah tak minat perkara sebegini, mungkin usia juga memainkan faktor serta kesibukan dengan urusan kehidupan seharian.)

  4. 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yang seumpanya. (Tak pernah tonton dan tak minat langsung program realiti TV)

  5. Hanya 10% umat Islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sebuah kawasan. (Muhasabah diri, perlu lebih usaha untuk tahun 2016 ni)

  6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. (Tak kisah sekolah mana pun, asalkan ibu bapa berperanan penting yang didik agama untuk anak-anak.)

  7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji. (Ada betulnya, sedih sebab ada pelajar sendiri tergolong dalam golongan ini..)

  8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt. (Tak kisah nak berseluar, tapi patuh syariat...jangan ketat dan jangan jarang...)

  9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang. (Hanya pernah tonton wayang sekali je seumur hidup... tu pun selepas kahwin... sebelum kahwin memang tak pernah jejak panggung wayang.)

  10. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam. (Pernah berlaku... sampaikan bapa MF ambil masa sebulan untuk ajar bapa yang akan jadi wali untuk anaknya tentang ilmu asas agama. Astghfirullah...muhasabah diri)

  11. 95% umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama Islam itu sendiri. (Muhasabah diri)

  12. 100% anak-anak Islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakan minda. (Anak-anak MF dipantau pemilihan kartun dan tak belikan kartun aksi begitu untuk anak-anak.)

  13. 50% umat Islam adalah kaki botol dan minum arak. (Nauzubillah)

  14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dgn perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur. (Nauzubillah)

  15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memiliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak. (Moga dipelihara tak tergolong dalam golongan yang cintakan dunia.)

  16. Hanya 30% umat Islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu. (Moga saudara lelaki kita tak tergolong dalam 70% golongan yang tak tunaikan solat Jumaat.)

  17. 3% umat Islam menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari. (Muhasabah diri... moga isteri dapat bantu suami jadi ahli jemaah masjid.)

  18. 90% umat Islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang. (Muhasabah diri...)

  19. Hanya 10% umat Islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamnya dalam soal duit. (Muhasabah diri...)

  20. Dan hanya 1% sahaja umat Islam yang mengetahui sifat 20 dalam ilmu ketuhanan. (Muhasabah diri...)

  21. 90% umat Islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duti, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yang menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH... (Nauzubillah, dan muhasabah diri...)

NotaKaki : SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI
Sumber: Facebook


MOGA KITA TAK TERGOLONG DALAM PERATUSAN YANG DISEBUTKAN... MEMANG ADA SESETENGAHNYA TAK SALAH, TAPI SAMA-SAMA MUHASABAH JUGA, SUPAYA MUNGKIN TAK SALAH PADA KITA TAPI SALAH PADA AGAMA KITA.

8Ulasan

  1. muhasabah jap. mudah2an dapat diambil iktibar.
    selamat tahun baru sis ;)

    BalasPadam
  2. salam tahun baru 2016 sis maria...

    BalasPadam
  3. huuurm.. banyak lagi yang CT tersasar ni.. =(

    BalasPadam
  4. Semoga kita sama² Muhasabah diri agar lebih baik dan mendekatkan diri kepadaNya...

    BalasPadam
  5. masyallahh.. kene buat banyak perubahan ni

    BalasPadam
  6. Bila baca ni rasa macam ya Allah teruknyaaa dunia sekarang TT_TT Takut.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ