GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Anak Mulakan Persekolahan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa yang ibu bapa perlu tahu sebelum anak mulakan persekolahan | Esok sekolah dah nak mula bagi empat negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sepatutnya entry ni keluar awal kan... Tapi tak pe lah... Sebagai rujukan ibu bapa yang akan daftarkan anak masuk sekolah pada masa akan datang kan... 
Sumber: Google images

1. Pemilihan sekolah
Sebelum anak nak mula bersekolah, pastikan ibu bapa buat pilihan yang bijak dan betul ke mana nak hantar anak sekolah. Jika baru nak mula sekolah, banyak pilihan... Nak hantar ke PASTI, TADIKA SWASTA, KINDERGARDEN, TAHFIZ, PRASEKOLAH, TADIKA KEMAS atau TADIKA CINA. Pastikan kita letakkan matlamat awal...corak pendidikan awal anak-anak....

2. Peka dengan tarikh daftar anak untuk tahun berikutnya.
Biasanya, jika anak nak hantar ke sekolah pada tahun berikutnya, pendaftaran akan dibuka akhir tahun semasa... Contohnya, jika anak nak masuk darjah 1 tahun 2016, pastikan dah buat pendaftaran pada tahun 2015 supaya tidak tercicir.. Jadi ibu bapa perlu peka dengan info pendaftaran tahun semasa...

3. Sediakan duit untuk pendaftaran dan keperluan hari pendaftaran
Biasalah, hari pendaftaran mesti akan keluarkan sedikit wang... Tak banyak sikit bergantung pada sekolah... Paling tidak, hari pendaftaran tu lah ibu bapa kena bayar lencana dan tanda nama untuk anak sekolah kan... Jadi, jangan datang sekolah dengan poket kosong.

4. Sediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak sekolah.
Sebelum daftar, pastikan dokumen untuk pendaftaran lengkap... Biasanya dokumen yang kebanyakan pihak sekolah perlukan ialah... Salinan kad pengenalan ibu bapa, jadi fotostat je banyak-banyak bila anak dah mula bersekolah... Antara dokumen lain ialah slip gaji atau penyata pendapatan, surat tawaran masuk sekolah... Slip Keputusan peperiksaan UPSR jika untuk pendaftaran tingkatan satu. Lain-lain dokumen biasanya borang maklumat keluarga yang dikeluarkan oleh pihak sekolah... Jadi, jangan mengeluh jika kena isi banyak borang... Borang tu penting sebab itulah maklumat untuk jaga anak kita di sekolah.

5. Beli pakaian sekolah mengikut peraturan sekolah.
Beli pakaian sekolah ikut apa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Setiap sekolah tak sama peraturannya... Baju memang warna putih tapi bab kasut mungkin tak sama... Bagi anak lelaki pula, pastikan ibu bapa potong rambut anak ikut peraturan yang ditetapkan. Ini mengelakkan dari kena tindakan disiplin.

6. Ambil tahu dengan info semasa dari sekolah anak-anak.
Biasanya, pihak sekolah akan keluarkan memo atau surat makluman ibu bapa dari semasa ke semasa.... Pastikan ibu bapa tahu dan tanya dengan anak jika ada surat dan sebagainya... Untuk lebih kepastian telefon je pihak sekolah.

7. Bina hubungan baik dengan guru-guru di sekolah anak-anak. 
Jika kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita... Pastikan kita sebagai ibu bapa bina hubungan baik dengan guru anak-anak. Hargai dan selalu bertanya khabar serta berterima kasih jika guru ambil berat tentang anak kita. Kesan hubungan ini, kita mudah dapat info yang cepat dan tepat.

Itulah serba sedikit yang MF boleh kongsikan keperluan ibu bapa untuk anak-anak mula bersekolah... Bila anak mula sekolah ni, kerisauan tu macam-macam fikir... terutama bagi yang pertama kali hantar anak ke sekolah.

Perkongsian entry ni adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis sendiri. Segalanya adalah atas pendapat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa... Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilainya secara peribadi dan segala komen adalah terbuka. 

2Ulasan

  1. semuanya dah selesai cuma nak tunggu masuk sekolah je ni. mak berdebar lebih dari anak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ