GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita mana tak suka, suami sayang dan tatang isteri bagai minyak yang penuh kan... Memang berbunga-bungalah hati isteri jika isteri dilayan bak permaisuri kan... Tapi, kalau terlebih sayang, macam mana pula??? Apa pula tanda suami yang terlebih sayangkan isteri ni??? Meh baca nih...

1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejap isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.

2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.


4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.


5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.

8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.


10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.


“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Macam mana??? semak balik, jika ada salah satu tanda tu, kira suami sayang la tu, kalau ada lebih dari satu atau ada semua sekali, memang suami terlebih sayangkan isteri dan keluarganya... Biasanya suami jenis ini digelar "Family Men"... Mementingkan keluarga dari segalanya. 
Thanks for reading: 10 Tanda Suami Terlebih Sayang Pada Isteri!

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top