07 Disember 2015

Kesalahan Dalam Menyambut Hari Lahir!

Dalam Islam hanya ada dua perayaan yang kita sambut.. Iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Selain daripada tu memang tiada... Tapi Islam tak melarang nak sambut asalkan tak melanggar hukum Syarak dan tidak membazir...

Sama juga dengan sambutan hari lahir...

Buatlah secara sederhana sahaja... MF tak pernah dalam hidup buat sambutan hari lahir... Sekadar ucapan ingatan sahaja...

Kalau rajin pun beli kek gitu je lah... Nak kata sambut beriya... Hias-hias, nyanyi-nyanyi memang takdelah...

Anak-anak pun dah dibiasakan tak buat sambutan... Cukup sekadar ingatan je...

Tapi bagi yang nak sambut takde salahnya asalkan ikut syariat dan tidak berlebih-lebihan...


Senarai Barangan Yang Perlu Diboikot!

Senarai produk yang perlu diboikot...
Nak boikot dengan iman...

Ada orang kata macam mana nak boikot, barangan buatan Malaysia ni mahal-mahal...  Macam susu, coklat dan barangan yang biasa orang guna...

Hmmm... Itu mungkin alasan yang dicipta... Ada saja produk yang murah... Rasa sama... Orang milo bukan sebab khasiat... Tapi sebab dah terbiasa minum... Tapi, kalau ikut rasa hampir sama je dengan coklat yang lain...

Banyak dah produk buatan Malaysia yang berkualiti setanding produk luar...

Yang mana mampu kita buat... Buatlah... Jangan tak buat langsung...

Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua...

Boikot dengan iman atas dasar kemanusiaan dan kesatuan jiwa sesama Islam...

Moga sedikit usaha kita ni Allah berikan ganjaran pahala... Insha Allah...


Hanya 3 Perkara!!!

Pesan Nabi s.a.w...
Ringkas... Tapi nak buat perlukan iman yang tinggi... Tambah zaman di penghujung dunia ni...

Namun, insha Allah... Kuatkan iman dan tekad dalam diri... Dapat kita lakukan tiga perkara ni...


Doa Untuk Jantung!

Jom doakan jantung kita supaya sihat sentiasa...

Tapi dalam masa yang sama kena jaga kesihatan jantung juga...

Makan dan gaya hidup kena jaga...
Kalau tiada usaha untuk jaga, dan harap doa sahaja takde gunanya...


06 Disember 2015

Yang Baik-baik Allah Ambil Dulu!

Sejak minggu lepas, kita terima berita kematian kan... Kematian mengejutkan semua iaitu Yus Raja Lawak... Minggu ni diikuti pula berita kematian Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil..

Usia mereka masih muda... Tapi Allah dah jemput dulu.. Bila mereka dah tiada Allah muliakan mereka.. Sana sini berkongsi cerita dan kebaikan mereka semasa hidup...

Yang baik-baik Allah ambil dulu.. Allah sayang mereka...
Tapi kita, belum tahu lagi... Sebab tu lah... Bila bangun tido.. Istighfar... Maknanya ada lagi dosa kita tak terampun... Tak dengan Allah (mustahil takde dosa dengan Allah) dengan manusia...

Allah ambil mereka awal... Kemudian Allah beri peluang untuk orang lain ceritakan kebaikan mereka semasa hidup sebagai pengajaran buat kita...

Moga kita ambil ikhtibar..  Terus buat kebaikan semasa hidup ...
Pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk semua...


4 Teknik Didik Anak Mengikut Saidina Umar!

Menarik teknik ni...
Untuk tambah ilmu keibubapaan buat MF sendiri dan juga buat semua...

Moga dapat diaplikasikan sebaiknya walaupun mencabar nak aplikasi...
Kena lebih sabar nih...


Siapa Suruh Cari Pasal Dengan Blogger!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam terkejut dapat Mesej dari satu company yang pernah MF review dalam blog sebab lambat siapkan order... Malas nak citer panjang atau throwback... Baca aje kat sini...


Dia mengadu la pasal review MF.. Rupanya ada yang share dengan dia pasal review MF tuh... Hmm... 

Boleh baca kan apa komen MF tu kan.. Bukan niat nak tutup periuk nasi orang... Tapi tu lah.. Siapa suruh cari pasal dengan blogger... MF review pengalaman sebagai peringatan dan pengajaran... 

MF juga peniaga online.. Tapi sebolehnya kami jaga pelanggan tak kisah la walau RM5 pun.. 

Kami berpindah ni pun.. Bagitau pelanggan awal-awal... Sebulan dah tutup... Tu pun masih ada yang tanya nak order...tapi kami bagitau awal, kami tak ambil order sebab dalam proses pindah... Kita tak nak pelanggan tunggu order... 

Maaf la... Saya tak kan delete entry tu... Jadikannya pengajaran la ye... Itulah akibat kalau pelanggan dah hilang kepercayaan... 

Pengajaran dan peringatan buat MF juga yang buat bisnes ni... Jaga pelanggan sebaiknya... Tirulah cara orang cina berniaga... Ambillah tokoh Islam Jutawan zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat sebagai model... Insha Allah... Akan berjaya dunia akhirat dalam berniaga... 

Terlalu Berkira!

Mudahkan urusan orang lain...
Insha Allah... Allah akan mudahkan urusan kita...

Jangan terlalu nak ikut protokol dan prosedur hingga menyusahkan orang lain...

Protokol dan prosedur manusia yang buat... Boleh ubah ikut kesesuaian dan keadaannya kan... Mudahkanlah urusan orang... Insha Allah... Allah akan permudahkan segala urusan kita...


05 Disember 2015

Johor Berdukacita Atas Kemangkatan Tunku Laksamana Johor!

Johor dan seluruh rakyat Malaysia Berdukacita atas berita Kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul  Jalil yang mangkat jam 7.10 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

Dikhabarkan, TJ meninggal akibat kanser hati tahap empat...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...


============

Berderet berita kematian kita terima...
Yang diambil Allah ada yang muda ada yang berusia...
Petanda...mati tak kira siapa...
Tua atau muda...

Berita sebegini untuk kita yang hidup...
Masih adakah esok kita melihat dunia???

Ais Boleh Jadikan Anda Kekal Cantik Sambil Tonton Filem Korea!

Ais Boleh Jadikan Anda Kekal Cantik Sambil Tonton Filem Korea!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais

Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni.


Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat. Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang-liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek? Jadi, letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut. Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis-garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada.

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .
Sumber: Internet

Mudah sangat tips nih... boleh sangat buat petua ni... sambil tengok tv dan layan movie pun boleh cantik.

Pasal Kahwin Pun Nak Mengata!

Pasal kahwin pun nak mengata..
MF akui bab ni.. Sebab MF pun pernah kata sebab kahwin mengejut..

MF belajar jauh.. Kat Johor.. Tup-tup lepas habis konvo kahwin...
Ada orang terkejut.. Sebab majlis kenduri kahwin MF tu sekali dengan kenduri korban bapa MF buat..

Memang tak rancang pun.. Agak ad hock la... Tapi niat baik, Allah permudahkan... MF kahwin simple..  Takde tunang-tunang pun... Baju kahwin tempah jahit kat mak kawan adik MF... Tu pun dua minggu siap... Baju nikah beli baju kurung siap dah je... Suami beli sendiri.. MF beli sendiri...

Bila ad hock camtu.. Memang mulut orang mengata gak la...
MF la citer nih.. Ada khabar angin.. Ingat MF kahwin mengejut sebab perut dah ada isi.. Hahaha... MF bantai gelak la... Isi memang ada.. Isi perut la.. Kalau tak camne nak hidup...

Memang teruk la mentaliti orang kita kan...
Dah moden pun memang camni lagi fikirannya...
Mulut tu nak mengata je...
Cuba cuci hati tu sikit kan...

Hal kehidupan orang tak payah la dok kata...
Jaga kehidupan kita sudah la...
Tak payah nak prihatin tak bertempat sangat...

Kurangkan mengata tuh..
Takut apa kita kata kena balik kat kita..
Tak ke naya...
Nauzubillah..


Nak Kurus?? Tengok Dulu Jenis Darah!

Mungkin ada betulnya info ni..
Kita salah diet tu yang tak kurus dan tak juga gemuk tuh...

Lepas ni boleh atur menu...
Cuba la buatkan...
Mana tau berkesan lepas ni..

Nak cuba ikut tips ni...
Kot boleh naikkan berat badan tahun depan...
Azam ni... Nak naikkan berat badan... Hehe...


Doa Amalan Supaya Kelihatan Cantik dan Kacak!

Amalkan waktu mandi...
Baca dan niatkan dalam hati..

Tapi awas!!!
Niatkan nak cantik dan tampan tu untuk hati kita sekali...
Apa guna wajah cantik dan tampan,
Tapi hati bagaikan syaitan kan..

Niatkan juga cantik kerana Allah...
Buat isteri atau suami..
Niatkan nak cantik tu hanya untuk suami atau isteri..
Bagi sedap mata memandang...
Bukan untuk mencari tarikan mata bukan mahram yang lain.


04 Disember 2015

Anti Betul Dengan Kereta Myvi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anti betul dengan kereta Myvi... Banyak kisahnya... Tapi kisah petang tadi buatkan kami bertambah anti dengan kereta Myvi...  Memang kereta tak salah... Tapi kebanyakan pemandu Myvi macam tu... Buatkan kami jadi lengik kata orang Baling dengan kereta Myvi nih...


Petang tadi geram dengan satu Myvi Putih dipandu seorang perempuan Melayu bertudung... Dia dari lorong kiri nak terus, tapi elok je sampai simpang nak u-turn dia bagi signal dan terus masuk dan potong Q untuk u-turn... Memang menyirap la tengok orang potong Q ni... Buat depan kete kita plak.. Terus himpit dan hon bagi amaran... Ingat nak insaf ngaku salah.. Angkat tangan ke kan... Tapi tak rupanya...  Dia tunjuk lagak... Dia balas hon panjang kat kami... Menyirap en.somi... Terus dia himpit dan bagi signal ke tepi... Jerit dia..  Ko berhenti tepi...  Gelabah badak perempuan tu... Terus mengejut bagi signal masuk simpang laju je menghilangkan diri... Tahu takut... Sayangnya kejadian ni tak dirakam pula oleh car recoder kami sebab tak terpasang la pula.. Tak ingat la no plat kereta tuh... Yang MF ingat WB **** H. No tengah tu tak ingat...

Bukan nak kata kat kereta Myvi tapi selalu dok jumpa pemandu Myvi memang berhantu macam tu... Geram tau tak...

Kebanyakan perempuan yang bawa kereta Myvi ni... Pernah cakap dengan suami... Myvi ni nama Jin ke Syaitan ek ke hantu... Sebab kebanyakan pemandu Myvi ni..  Bawa kereta macam kena rasuk... Kalah bawa Lamborgini dan Ferrari ataupun Audi...

Owhh... Perempuan Myvi... Jagalah adab kat jalan raya... Dah la pakai tudung... Kereta tampal kalimah Allah tu nak bagi orang mengucap dulu ka... Memang buat malu agama sendiri... Orang Islam lain buat... Tapi kita yang tak buat ni malu...

Kalau ingat peristiwa Kiki dan stereng lock... Kisah Enam Myvi Di DUKE... Yang itu semua melibatkan perempuan juga... Dasyat perempuan bila dapat stereng kan... Patutlah Arab Saudi haramkan perempuan memandu pun... Sebab perempuan ni kalau dapat stereng...  Tak tahu la nak kata...

Tak kata kat semua... Ramai juga yang memandu ok.. Tapi bila ada segelintir ni.. Tu yang busuk semua pemandu perempuan kat jalan raya ni kan..

Sebelum kes Myvi tu pun... Hon satu kereta proton Saga lama... Pemandu perempuan juga... Himpit kereta kami sampai ke tepi... Lepas dia laju je siap langgar lampu isyarat merah lagi...

Seram dok KL ni... Memang tak boleh MF nak hadap orang KL ni lelama... Mujur sangat dapat pindah Johor ni... Biarlah dok dalam hutan...ngadap kera lagi ok dari hadap manusia akhir zaman... Yang perangai menyakitkan perasaan...

Maaf kalau entry ni menyinggung mana-mana pemandu perempuan yang bawa Myvi...  Harap korang tak buat perangai macam ni... Ingat!!! Hari ni kita buat kat orang... Satu hari orang buat kat kita... Baru kita tau apa rasa... 

Statistik Blog www.mariafirdz.com Bulan Oktober dan November!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dalam kesibukan, tetap juga melayan blog... Blog ni dah jadi hobi MF... Tempat MF release tension... dah terbiasa kan... jadi, tetap gak layan dan update blog walaupun sibuk uruskan itu dan ini...

Dalam kesibukan, rupanya MF tak update pun statistik dan status blog untuk bulan lepas... Jadi bulan ni MF buat terus la statistik blog untuk bulan Oktober dan November.

Statistik blog untuk bulan Oktober melalui Google Analytic:


Statistik blog untuk bulan November melalui Google Analytic:

Nampak penurunan sikit... Tapi masih mampu maintain lagi la ranking Pageview tu..Masih atas 50 000 pageview untuk sebulan... 


Ranking Alexa ni memang menurun lah.. bukan senang nak maintain nih... Tapi ni lama MF tak semak alexa ni.. Last semak bulan Mei... Entrynya di sini .. Memang mencabarlah bab ranking nih.. Tapi, takpe.. yang penting Pageview tu membantu...sebab yang tu kebanyakan pengiklan nak tengok tu... MF pun dapat banyak tawaran dalam waktu kelam kabut.. tapi tak mampu nak ambil job.. Takut tak terbuat. 

Memang akui, bulan November yang serba serbi kelam kabut dengan banyak urusan kehidupan... Dengan jadi pengawas SPM, kerja hakiki di sekolah, urusan pindah dan sebagainya.. Tak cukup kaki tangan, tapi blog maintain update empat entry kan... hehe... tu la ajaibnya MF ni.. Blog tak tinggal tuh.. Dah hobi kita kan.. Blog kita, cara kita la kan.. Jadi, busy camne pun, blog ni tetap berupdate., insha Allah.. setakat ni mampu lagi maintain.. tak tahu la akan datang macam mana... Harap mampu lagi bagi yang terbaik untuk pembaca blog ni.. insha Allah.. 

Doakan yang terbaik ya untuk MF.. 
Terima kasih buat pembaca dan blogger yang terus bagi sokongan pada blog yang tak seberapa nih..

15 Blogger Top Komentor November 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agak terlambat untuk keluarkan list top komentor bulan ni... MF sibuk dengan pelbagai urusan terutama urusan pindah. Alhamdulillah, hari ni diberi ruang dan kesempatan untuk MF keluarkan carta 15 blogger yang jadi pengomen setia di blog ini. Ini sebagai penghargaan buat pengunjung setia blog ni... Jom lihat.. 15 blogger pengomen setia blog ini sepanjang bulan November 2015.

The Kehalusan Kelembutan (66 komen)

adianiez AIDA (33)

Sheila Adziz (30)


Mardiah Diana (30)


Melissa Muklis (24)


Athirah Diyana (23)


Azhafizah Md Nor (21)

Puan Wawa (20)


Mizz Aiza (16)


Diana Rashid (13)

QasehnyaRania (11)

Kathy R'bain (8)

Muhammad Khairuddin Lim (8)

Nurhuda Ismail (9)

Inilah 15 blogger yang menjadi top komentor sepanjang bulan November. Tahniah dan terima kasih buat blogger yang rajin komen di sini sama ada yang tersenarai ataupun tak tersenarai dalam carta ini. Komen anda inspirasi buat MF untuk terus mencoret sesuatu yang bermanfaat untuk hidup kita semua di dunia dan di akhirat sana.

Happy Blogging Uuoolllss.. 
Madu Wrap: Cara Mudah Redakan Batuk dan Kahak Anak Hanya Satu Malam!

Madu Wrap: Cara Mudah Redakan Batuk dan Kahak Anak Hanya Satu Malam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Info terbaru MF terbaca di sini. Cara mudah untuk sembuhkan kahak dan lendir dari paru-paru kanak-kanak hanya dengan satu malam. Tanpa buat wap atau sedut kahak.. Kaedahnya lebih kurang macam tampal detox pada kaki... Tapi kali ni, buat sendiri di rumah hanya menggunakan madu dan bahan-bahan mudah.


Bahan-bahannya:

  • Madu
  • Tepung
  • Minyak Sayuran
  • Kain kasa
  • Napkin
  • Bandage


Caranya:
Campurkan tepung dengan sedikit madu supaya dapat campuran yang tidak melekat pada jari anda. Ini adalah campuran yang akan anda gunakan untuk compress. Tambah sedikit minyak sayuran ke dalam adunan dan kemudian gaul dalam tepung sekali lagi. Sekarang campuran siap, letakkan ia pada napkin dan balut napkin dalam kain kasa.

Gunakan bandage atau plaster untuk lekatkan wrap madu ini ke dada atau belakang, dan kemudian pakai baju tidur.

Jangan letakkan pada kawasan di sekeliling hati, ia perlu di atas sikit dari jantung.

Masa terbaik untuk letakkan wrap ini adalah sebelum  tidur. Bagi kanak-kanak, ia adalah disyorkan letak wrap madu selama 2-3 jam dan kemudian mengeluarkannya. Tetapi untuk orang dewasa, ia adalah disyorkan ditampal sepanjang malam. Untuk hasil yang lebih baik, orang dewasa juga boleh menambah beberapa serbuk mustard di atasnya.

Pada waktu ni, kita akan aktif berpeluh, dan tilam mungkin boleh basah. Jadi, lapik la dengan kain untuk lebih selesa. 

Ini kerana wrap madu mempunyai kesan-kesan anti-radang dan pemanasan. Hasil yang terbaik dapat dilihat pada peringkat awal penyakit, yang lega tanpa apa-apa komplikasi.

Rawatan ini boleh diulangi beberapa hari berturut-turut, tetapi walaupun selepas kali pertama, boleh nampak kesannya.

Wrap madu ini terutamanya digunakan untuk merawat batuk. Bagi had umur, ia boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas.

Nota: Sebaiknya, rujuk doktor jika nak cuba buat terutama bagi bayi..
Diterjemah oleh: Google translate

Menarik kaedah ni... Boleh cuba juga... sebab tak menyakitkan... Namun bagi anak-anak MF yang suka madu, memang takde masalah la.. Si kakak pantang demam selesema atau batuk, dia akan minta nak minum madu atau VCO tanpa perlu disuruh. Itu memang natural remedy yang tersedia di rumah. Tapi cara ni mungkin boleh guna untuk bayi atau orang dewasa yang susah nak minum madu. 

MF yakin, madu antara remedy semulajadi yang terbaik dan berkhasiat untuk seluruh manusia. 

KIta hanya usaha, Allah yang mengizinkan kesembuhannya. Tawakallah... 

Apa pun, untuk bayi ada petua untuk elak batuk dan selesema yang memang MF amalkan sejak dari dulu... ikut mak MF amalkan dulu-dulu... kira petua turun temurun... Alhamdulillah... anak terutama dalam pantang atau bawah setahun jarang kena demam, selesema dan batuk kecuali atas izin Allah nak diuji dengan sakit. Apapun kena usaha untuk mencegah kan... Petuanya... next entry MF akan kongsikan... insha Allah.

Siapa Sebenarnya Lelaki DAYUS!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF pernah menulis beberapa entry pasal lelaki dayus. Antara bab auratlah yang MF selalu mention bab dayus ni... Namun, MF perasan ada yang tersentap dengan perkataan DAYUS tu... Kononnya, entry tu nak kata MF suka-suka nak men'dayus'kan suami orang... Takpe lah.. demi nak sampai ilmu dan dakwah... Jom, MF nak ajar semua pembaca, kenali SIAPA SEBENARNYA LELAKI DAYUS!!!

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278)

Dalam sebuah hadith lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي


Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Sumber: google images
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram" (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )


Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45).


OK.. dah baca maksud penjelasan dayus??? Dayus ni... bukan MF yang bagi title ye.. tapi memang ada Hadith Nabi s.a.w sebut pasal lelaki dayus dan tak cium bau syurga... Memang bakal masuk neraka. Lelaki dayus juga dianggap dosa besar oleh sebahagian ulama. 

Suami Dayus ni senang kata, takde rasa cemburu dengan apa yang isteri dia buat. Isteri dia nak tayang diri dengan pakaian tak tutup aurat ke.. Nak pamer diri dikhalayak ramai ke... Nak menghampiri zina ke.. dia tak de rasa cemburu... Bahkan bangga isteri dia dok pamer diri depan khalayak ramai sama ada di alam nyata atau alam maya... 

Lelaki mesti ada rasa cemburu... Bapa mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) dengan anak perempuannya... Suami mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) terhadap isterinya... Lelaki yang tak rasa cemburu ni... bukan lelaki namanya.. membiarkan lelaki lain menatap aurat isterinya atau anak perempuannya, sedangkan aurat itu adalah milik mahramnya sahaja. 

Jika kita pakai tak kena, suami kita tegur tu, dia suruh pakai yang elok dan lebih menutup aurat itu tanda suami yang sayang bini dan pelihara maruah isterinya... wajib taat suami begitu. Bukan kerana cemburu, tapi kerana sayang Allah dan Rasul-Nya. 


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Jelas dan nyatakan... ada faham??? Jadi, isteri yang baca ni kongsi ilmu ni dengan suami... Kawan yang baca info ni, kongsi dengan rakan sekerja... Bagi faham dan jelas ye... Moga bermanfaat... dan moga kita dapat jaga maruah kita sebagai isteri dan anak perempuan. 

Maaf jika ada tersentap terasa... saya hanya nak sampaikan ilmu melalui ilmu yang saya baca, fahami dan teliti... Wallahu'alam.
Sumber rujukan: Ustaz Zaharuddin

03 Disember 2015

Sifir Kira-kira Sebelum Upload Gambar!

Kredit: Ayul Ashrul

Nak upload gambar kena belajar buat kira-kira...
Salah kira...
Tanggunglah akibatnya..
Tak di dunia akhirat sana...


Perempuan Memang Macam Ni.

Untuk makluman lelaki. .
Kebanyakan perempuan memang macam ni..
Sebab... Dah memang Allah cipta perempuan ni makhluk beremosi...

Jadi, kalau kahwin dengan perempuan memang macam tu la perangai perempuan...


Doa Lebih Baik Dari Mengata!

Doakan buat mereka...
Agar hidayah Allah ada bersama mereka... Dan juga kita..

Iman kita hari ni belum tentu sama untuk esoknya...

Doakan kebaikan orang lain..
Insha Allah yang baik-baik akan datang kepada kita...


Mohon Agar Terhindar Daripada Sifat Dengki!

Sumber: Facebook

Jom amal bersama...
Mudah sangat nih...
Biasa sangat baca surah ni kan...

Surah empat Qul antara surah amalan mudah yang perlu diamalkan...

Banyak fadhilat dan kelebihan terutama mengelakkan fitnah, sihir, gangguan jin, syaitan dan manusia...


02 Disember 2015

Kadang Terpaksa Unfollow atau Unfriend!

Berkawan di alam maya ni... Banyak juga cabarannya...

Antaranya salah faham... Sentap menyentap..

Jadi untuk jaga hati dan mata sendiri.. Baik Unfollow atau Unfriend je... Hati sendiri pun kena jaga juga kan...

Bukan niat nak putus silaturrahim... Tapi lebih baik dari seksa hati sendiri.. 


Homeschooling: Cara Buat Warna Air Untuk Kanak-kanak!

Menarik dan menjimatkan...
Selamat jika anak termakan...




Insha Allah...
Tak sabar nak mulakan homeschooling...
Sabar dulu buat sementara ni...
Settle kan hal pindah dulu....
Insha Allah...


WW | SEMAK GROUP WHATSAPP ANDA!

Sumber: Facebook

Semak balik group whatsapp anda!!!
Jika lari dari matlamat asal, lebih baik left aje group tu...
Jaga ikhtilat, pelihara maruah...
Ingat!!! Malaikat kiri kanan kita pun join juga group whatsapp kita tu..


01 Disember 2015

4 Amalan Baik Sebelum Tidur!

Amalan yang mudah sangat nak amal kan...
Kalau dah jadi ibu lagi mudah nak amal...
Sambil tidurkan anak, sambil baca amalan ni.. Sambil zikir..
Terapi untuk anak... Terapi untuk diri sendiri juga...

Jom amalkan agar tidur berpahala dan dirahmati serta diredhai Allah.


Rasa Insaf Nak Shopping Baju!

Tinggal seminggu lagi bakal berhijrah ke dan menetap terus di JDT... Insha Allah...

Mula packing barang sejak tahu penempatan dan kelulusan MF dapat berpindah tu lagi...

Buat secara peringkat...
Minggu ni kira pecutan akhir nak packing barang...
Antara barang yang terakhir nak packing ialah baju bajan...
Baju bajan yang paling banyak tentulah baju MF... Haha... Ingat-ingat dekat suku lori gak la baju bajan MF ni... Tudung je dua plastik hitam... Baju bajan segala jenis pakaian satu plastik dan 3 beg roda...

Rasa insaf nak shopping baju lagi... Haha... Tapi insaf kejap je tu kan... Perempuan dengan shopping la katakan...

Penat mengemas baju...
Suami pun senyum je... Haha... Tak terkata dia... Tambah dengan baju anak-anak perempuan... Memang banyak baju je...

Barang kedua yang banyak ialah pinggan mangkuk....  Tu nasib tak terpengaruh dengan geng Tupperware... Kalau tak masak nak packing...

Barang ketiga yang banyak ialah buku... Biasa la cikgu kan...
Tu pun dah buang separuh yang tak guna...

Baru lima tahun di perantauan...
Kalau puluhan tahun bagaimana la agaknya...


Menu Sarapan Atas Katil...

Sedap tengok menu sampai atas katil...
Memang makan hati tengok menu ni...
Tak lena tido dibuatnya...  Hehe...

Tapi.. Ini design kat luar negara MF rasa.
Harap tiada kat Malaysia...

Kerana apa...
Makanan perlu dihormati juga..
Tak kan sanggup nak baring atas makanan walaupun sekadar gambar...

Sekadar post entry suka-suka..
Saja nak bagi anda terbeliak mata.
Makan hati tengok menu atas katil... Hehe