07 November 2015

Jenis-jenis LIDAH!

Jenis-jenis LIDAH!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

1. Lidah hikmah
Lidah yang ucapannya sentiasa menyampaikan kebaikan dan perkataannya akan menyentuh hati orang lain.

2. Lidah rahmah
Lidah yang ucapannya sentiasa menjaga hati orang lain, terutama pasangan dan ibu bapa. Dengan ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang menunjukkan orang tua kita dimuliakan (qaulan karima). Dengan orang lain, ucapan kita kategori qaulan layyinan, iaitu kata-kata yang lembut.

Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Perah limau, tidak akan mengeluarkan air epal. Apa yang terbit di mulut, pastilah ia berasal daripada hati yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya." - Riwayat Ahmad

Intipati Rancangan Al-Kuliyyah. Ustaz Elyas Ismail.
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Agak-agak kita kategori mana??? Jika tak mampu jaga lidah perbanyakan zikir dan istighfar.. insha Allah.. lama kelamaan kita lebih banyak sebut nama Allah berbanding mengumpat dan kata yang sia-sia... Belajar untuk diam dan banyakkan bermuhasabah diri.. 

Senarai Blogger Dari Group Homeschooling Genius Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Meluaskan lagi kenalan bila join group baru... Ini, senarai blogger yang MF dapat dari Group Homeschooling Genius Syurga. Memang blogger ni berstatus ibu dan bapa tetapi tak semua bercerita tentang kaedah homeschooling yang betul-betul ikut silibus tu... Tapi menggunakan pelbagai kaedah homeschooling untuk mendidik anak... 


Jom jenjalan ke blog mereka... 
  1. http://hanyadihatiku.blogspot.my/
  2. http://puankutu.blogspot.com
  3. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
  4. http://ayielifememory.blogspot.my/
  5. http://ayielifememory.blogspot.com
  6. http://dialoguda.blogspot.my
  7. http://dialoguda.blogspot.com
  8. http://ihaveasweetsmile.blogspot.my/
  9. http://akudiadangarage.blogspot.my/
  10. http://eelleebeauty.com
  11. http://sabrina-ismail.blogspot.com
  12. http://www.jemariibu.wordpress.com
  13. http://www.ayuzan.com
  14. http://www.natrahmohamed.com
  15. http://littleazfarshoppe.com
  16. http://ericanurul.blogspot.com
  17. http://faraheliana.blogspot.com
  18. http://ctamanaqim.blogspot.com
  19. http://www.kisahsidairy.com
  20. http://mamaleensihat.blogspot.my
  21. http://sunflowergo2.blogspot.com/
  22. http://sitibadariahbaharin.blogspot.my
  23. http://loveinsyirah.blogspot.com
  24. http://www.teratakusang.com
  25. http://penyisirrambut.blogspot.my/
  26. http://lanabusybee.blogspot.com
  27. http://puanainadayanahilmi.blogspot.com
  28. http://mommygonature.blogspot.com
  29. http://kidsbooksestore.blogspot.com/
  30. http://raihanahwardrobe.blogspot.com
  31. http://teratakmukmin.com
  32. http://atiekamis.blogspot.com
  33. http://artventurekids.com
  34. http://sweetlittlemom.blogspot.com
  35. http://www.addinieshop.squarelet.com
  36. http://www.ourkiddyshop.com/blog
  37. http://danishdamiadaris.blogspot.com
  38. http://tulippetals.com/
  39. http://belajardirumahfayyadh.blogspot.com
  40. http://justminimalist.blogspot.my/
  41. http://www.anaksayabijak.blogspot.my/
  42. http://www.edutoysworld.com
  43. http://ariffda.blogspot.com
  44. http://mybbcanread.blogspot.com
  45. http://ibubapaislamcemerlang.com
  46. http://akudiadangarage.blogspot.com
  47. http://sayepunyebelog.blogspot.com
  48. http://ceritatentangahmad.blogspot.com
  49. http://darwisydarwisyah.blogspot.com
  50. http://www.mommyvengers.com
  51. http://assyakura.blogspot.com
  52. http://miszhafiza.blogspot.com
  53. http://azlindhia.blogspot.com
  54. http://syamilmiracle.blogspot.com
  55. http://ceriteraibu.blogspot.my/
  56. http://ijaie.blogspot.com
  57. http://eliyanaramly.com
  58. http://www.sakinahamid.com
  59. http://arnisasoga.blogspot.com
  60. http://83zaza.blogspot.com
  61. http://silawatizulkifli.blogspot.com hihi
  62. http://www.fadzirazak.com
  63. http://www.mariafirdz.com
  64. http://www.mommyjane.com
  65. http://kembaraseorangmuslimahs.blogspot.com
Setakat ini yang berkongsi blog mereka.. Tapi rasanya ramai lagi yang ada blog... sebab jumlah ahli Group ni dah mencecah 30k dah... Tapi, apa pun ini salah satu cara untuk eratkan silaturrahim di alam maya sebab MF tak suka nak join group whatsapp... Cukuplah kita jenjalan di blog mereka dan komen apa yang patut kan..

Mana-mana blogger yang join group Homeschooling Genius Syurga tapi takde link di atas, boleh tinggalkan link di ruangan komen.. Nanti saya akan update... 

Rezeki November Bersama Nuffnang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah..
rezeki dengan NUffnang masih ada...
Tak sebanyak mana tapi syukur dengan apa yang ada...

Terima kasih buat pengiklan dan buat nuffnang..
Terima kasih juga buat pengunjung yang sudi klik menabung untuk anak-anak solehah kami..
Moga Allah merahmati.. 

15 Blogger Pengomen Setia Oktober!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, dah seminggu masuk bulan November, tapi MF baru nak update carta pengomen tegar blog ini bagi bulan Oktober... Maaf atas kelewatan... Sedikit sibuk... eh, bukan sikit.. banyyyakkk... Tak terkejar dengan pelbagai kerja...

Alhamdulillah, hari ni ada masa sikit untuk MF keluarkan 15 blogger yang aktif mengomen di entry-entry MF sepanjang bulan Oktober...

Mereka ialah:

http://athirahdiyana87.blogspot.com/ (37 komen)


http://www.azhafizah.com/ (33 komen)

http://perducinta.blogspot.my/ (32 komen)

http://adianiez.blogspot.my/ (27 komen)

http://lissa-lissalalissa.blogspot.my/ (26 komen)

http://mardiahdiana.blogspot.my/ (24 komen)

http://lobaksusue.blogspot.my/ (23 komen)

http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my/ (19 komen)

http://vitaminwawa.blogspot.my/ (17 komen)

http://lynndamya.blogspot.my/ (16 komen)

http://www.dianarashid.com/ (15 komen)

http://www.mizzaiza.com/ (11 komen)

http://kathyrbain.blogspot.my/ (9 komen)

http://www.kisahsidairy.com/ (9 komen)

http://ceritaejoy.blogspot.my/ (9 komen)

Mereka yang setia komen di sini.. tahniah dan terima kasih MF ucapkan...
Terima kasih juga buat yang singgah komen dan tak tersenarai di sini... Sokongan kalian inspirasi buat MF... Terima kasih juga buat silent reader dan pembaca yang pernah singgah sini... 

Maaf dan Memaafkan!

Semua orang buat salah... Tak kiralah ustazah sekalupun... Bukan malaikat, bukan Nabi yang maksum... Tapi kita manusia biasa... Kadang tersalah bicara... Kadang berkata mengikut rasa...

Jadi, rendahkan ego dan minta maaf..
Mengalah tak bererti kalah...

Dengan meminta maaf, hati kita tenang...
Buang ego dan minta maaf... Tak kira siapa salah... Yang penting buang yang keruh dan ambil yang jernih...


06 November 2015

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom join tanda support Syira...
Klik SINI untuk join.

Tarikh tamat: 25 November 2015


Suami Ugut Gantung Tak Bertali!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, baru-baru ni, MF dapat satu persoalan dari sahabat maya MF. Hal suami isteri... Nak tahu status hukum berkaitan hal suami seorang wanita yang mengugut isterinya. Dia nak "Gantung Tak Bertali" isterinya atas sebab-sebab marahkan isteri atau ugutan... Biasalah bergaduh suami isteri kan.. Tapi si suami cuma ugut, tapi tak buat pun.. masih balik ke rumah seperti biasa. Disebabkan nak tahu la apa statusnya. 

Sebelum nak tahu hukum, kena tahu apa maksud gantung tak bertali tu kan.. Gantung tak bertali tu istilah orang kita... Maksudnya, suami berniat nak tinggalkan isteri tanpa cerai dan tanpa nafkah. Apa hukum gantung tak bertali ni??? Hukumnya haram dan berdosa... Suami tadi berdosa kerana meninggalkan isteri dan berdosa kerana tidak memberi nafkah zahir dan batin. 

Ini ada hukum berkaitan dalam buku Halal Haram dalam Islam dari Dr Yusuf al-Qardhawi. MF kongsikan dalam bentuk gambar je ye... Tak dan nak menaip,,,


Jadi untuk persoalan tu, perlu dirujuk pada Pejabat Agama... Apakah status ugutan tu ada niat nak cerai atau sekadar ugutan untuk takutkan isteri. Jika ada niat nak cerai, maka jatuh talak... Tapi jika sebaliknya, tak jatuh talak... 

Bab macam ni, si suami kena fikir betul-betul sebelum berkata-kata... Hal macam ni tak boleh main-main.. Dalam gurauan pun boleh jatuh talak... Tak kira la walau berlakon sekali pun.. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w: 

Rasulullah s.a.w bersabda

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ

“Tiga perkara yang sungguh-sungguh jadi sungguh-sungguh dan main-main dikira sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.” (Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jadi, berhati-hati serta berfikir sebelum berkata-kata.

Bab Cerai Taklik boleh baca DI SINI.

Hukum Darah Selepas Keguguran!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita ni amat banyak hukum fekah bagi dia... sebab banyak permasalahannya... Banyak perkara nak kena belajar, jaga dan ambil tahu. Wajib bagi wanita dan lelaki belajar pasal fiqh wanita. Kalau kat rumah tu wajib ada buku fiqh pasal lelaki ataupun wanita... Supaya mudah nak buat rujukan. Tak semua nak google je... Tak semua yang ada di Google boleh dipercayai. 

Baik, kali ni, MF nak kongsikan ilmu tentang hukum darah akibat keguguran. Ramai keliru lagi termasuk diri sendiri pun kadang keliru bab darah wanita nih... Terutama bila yang dah berkahwin ni kan... Macam-macam masalah... 

Bab keguguran.. Apa status darah selepas keguguran??? Adakah darah haid??? Darah nifas atau darah istihadhah??? 

Ada tiga versi pasal ni, yang telah dibahaskan... Baca je dulu ketiga-tiga perbahasan ni, nanti MF akan nyatakan kesimpulan permasalahan ni.

PERBAHASAN 1:

Menurut mazhab Syafiie, Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak). 

Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid). 

Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.


PERBAHASAN 2:

Penjelasan lain Berkaitan status darah keguguran yang dialami wanita, para ulama memberikan butiran sebagai berikut:
Sumber: Google Images

Pertama, keguguran terjadi ketika janin berada pada dua fasa pertama, iaitu fasa nutfah yang masih bercampur dengan mani, berlangsung selama 40 hari pertama dan fasa 'alaqah, iaitu segumpal darah yang berlangsung selama 40 hari kedua. Sehingga total dua fasa ini berjalan selama 80 hari.

Apabila terjadi keguguran pada dua fasa ini, ulama sepakat bahawa status darah keguguran tidak dihukumi sebagai darah nifas. Para ulama menghukumi darah ini sebagai darah istihadhah. Sehingga hukum yang berlaku untuk wanita ini sama dengan wanita suci yang sedang mengalami istihadhah, sehingga tetap wajib solat, puasa, dst. Dan setiap kali waktu solat, wanita ini disyariatkan untuk membersihkan darahnya dan berwudhu. Jika ada darah yang keluar di tengah solat, tetap dilanjutkan dan status shalatnya sah, serta tidak perlu diulang.

Kedua, keguguran berlaku pada fasa ketiga, iaitu fasa mudhghah, dalam bentuk gumpalan daging. Pada fasa ini, mulai terjadi pembentukan anggota badan, bentuk, wajah, dst. Fasa ini berjalan sejak usia 81 hari hingga 120 hari masa kehamilan.

Jika berlaku keguguran pada fasa ini, ulama memperincikan menjadi dua:

  • Janin belum terbentuk seperti layaknya manusia. Pembentukan anggota badan masih sangat tidak jelas. Hukum keguguran dengan model janin semacam ini, statusnya sama dengan keguguran di fasa pertama. Status wanita tersebut dihukumi sebagai wanita mustahadhah.
  • Janin sudah terbentuk seperti layaknya manusia, sudah ada anggota badan yang terbentuk, dan secara zahir seperti prototype manusia kecil. Status keguguran dengan model janin semacam ini dihukum sebagaimana wanita nifas. Sehingga berlaku semua hukum nifas untuk wanita ini.
  • Oleh kerana itu, jika mengalami keguguran pada usia 81 hingga 120 hari, untuk memastikan apakah statusnya nifas ataukah bukan, ini perlu dirujuk kepada doktor berkaitan, mengenai bentuk janinnya.

Ketiga, ketika keguguran berlaku di fasa keempat, iaitu fasa setelah ditiupkannya ruh ke janin. Ini terjadi di usia kehamilan bermula 121 hari atau masuk bulan kelima kehamilan. Jika berlaku keguguran pada fasa ini, ulama sepakat wanita tersebut statusnya sebagaimana layaknya wanita nifas. (Disadur dari fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah (21/437))

PERBAHASAN 3:

Dua keadaan darah wanita selepas keguguran. Iaitu dikira:

1.Darah nifas
Jika yang keluar dari rahim wanita itu adalah bukan berupa gumpalan semata, namun sudah berbentuk manusia. Dalam keadaan ini wanita keguguran tidak boleh melakukan apa-apa yang dilarang bagi wanita yang sedang nifas, seperti shalat, puasa dan tidak boleh digauli suami.

2.Darah rusak (fasad)
Iaitu gumpalan darah yang keluar tidak berbentuk manusia, dalam hal ini hukum darah tidak dihukumi/mengikuti hukum nifas namun hukum darah rusak (fasad) atau darah istihadhah. Hal ini mengandung pengertian jika wanita keguguran dalam keadaan ini, dihukum wanita suci, tetap wajib solat, puasa dan digauli oleh suami.

Umur minima kehamilan yang dengannya janin sudah terbentuk adalah 81 hari, kerana janin dalam kandungan, sebagaimana yang dikatakan oleh 'Abdullah bin Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w telah bercerita kepada kami dan beliau adalah orang yang jujur ​​dan beritanya dibenarkan-:' Sesungguhnya salah seorang di antara kalian penciptaannya dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa mani, kemudian 40 hari berupa darah, kemudian 40 hari berupa sekerat daging. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan ruh dan memberitakan tentang 4 perkara: ketentuan rezekinya, ajalnya, amalannya, dan nasibnya apakah menjadi orang yang sengsara atau bahagia '. "(Muttafaqun' alaih) - (halaqah.net)

Jadi, nak ikut yang mana nih??? 

Senang kita simpul macam ni... Kita perhati corak dan tempoh haid sendiri... Kerana itu perlu tahu tempoh haid... Jika haid tak menenti perlu jumpa doktor periksa darah untuk tentukan tempoh kehamilan... Pengalaman peribadi sendiri pula... Pernah alami macam darah fasad... Tapi masa turun darah tu betul waktu yang sepatutnya haid... Jadi, kira haid... dan tempohnya macam tempoh haid... Tapi jika tempoh turun darahnya lama dan diluar waktu haid dikira darah istihadah... 

Tapi, jika keliru lagi... Kita ikut hukum mengikut pendapat mazhab imam Syafie... Iaitu keguguran anak, dikira nifas.. dan tempoh maksimum adalah 60 hari... Mudahkan... 

Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama ni satu rahmat... Jangan susah-susah fikir... Lagi satu kita belajar kenal darah yang keluar tu sendiri... 

Sumber: Majalah Solusi
Di atas adalah ciri-ciri darah haid dan istihadhah.

Ciri-ciri darah nifas:
Hari pertama hingga hari ke-3 adalah merah. Ini dikenali sebagai lochia rubra. Warnanya bertukar menjadi merah pucat (lochia serosa) sehingga hari ke-10. Selepas hari ke-10, darahnya mula bertukar kepada warna kuning keputihan kerana bercampur dengan sel-sel darah putih yang dikenali sebagai lochia alba. Kandungan cecairnya pula berkurangan. Darah nifas ini biasanya berpanjangan sehingga sebulan dan mungkin berterusan sehingga 60 hari. Setiap wanita mempunyai tempoh nifas tersendiri. Tempoh nifas juga dipengaruhi oleh faktor umur, bilangan kandungan, berat bayi dan juga penyusuan.

Jadi, perlu yakin dalam diri nak berpegang kepada satu pendapat yang sahih. Semua pendapat ulama bab hukum ni takde yang salah mutlak dan takde yang betul secara mutlak. Jadi, yakin dengan hukum yang kita pegang. Dan nak mudah, itulah.. kenali darah yang keluar tu... serta tempohnya... jadi, dari situ kita boleh tahu hukum yang sepatutnya kita fahami. 

Harap jelas... Jika tak jelas, boleh tinggalkan kat bahagian komen.. kita sama-sama belajar dan MF akan usaha untuk cari sumber rujukan lain untuk lebih jelas. Tapi nak lagi jelas, belilah buku Fiqh yang sahih... ada dalil serta rujukan jelas. Bukan mudah nak bagi faham kan... Nak tulis entry ni pun puas membaca bagi faham, rujuk lima enam kitab juga la... Supaya jelas dan kita sendiri yakin dengan entry nak dikeluarkan bab hukum ni kan... Moga bermanfaat.


Rujukan:
Buku Fiqh Perubatan
Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Ustaz Ismail Kamus)
Buku Fikah Wanita (Mohd Zuhdi)
Sumber-sumber bacaan dan rujukan dari internet.


Entry Berkaitan:

Bertabahlah Untuk Tanda Kertas Periksa!

Entry fresh... Bukan autopublish...

Pepagi buta update entry..  Sebab take five jap... Ambil nafas... Hilangkan Stress.. Maka update entry... Bebel kat blog je...

Nak hilangkan tekanan kejap menanda kertas exam... Rasa nak nangis pun ada.. Kuatkan semangat nak tanda... Ikutkan badan tak larat...

Penat dengan tugasan lain di akhir tahun lagi kan.. Tapi redha... Bukan nak merungut.  Tapi cikgu pun manusia kan.. Ada perasaan... Bukan robot kan.. Tau buat kerja ja kan...

Baru sekelas menanda... Tu pun tak habis lagi. Malam ni rasa free sikit.. Lepas kemas barang sebagai persediaan nak pindah tadi.. Lepas tidurkan anak-anak.. Baru boleh menanda.. 

Sementara suami menemani sambil tengok movie... Hilang la sikit stress tu... Terima kasih buat si dia yang memahami...

Ya Allah... Berilah daku kekuatan untuk tanda kertas exam ni bagi siap cepat... Walaupun lambat lagi datelinenya... Tapi nak siapkan cepat, sebab banyak kerja lain menanti... Huhu...

Bertabahlah wahai diri...


05 November 2015

Gaduh Zaman Kanak-kanak Dulu dan Sekarang!

Beza kan zaman kanak-kanak kita dulu...
Budak sekarang tak berapa matang pun tak advance...

Sebab???
Pengaruh media dan rakan sebaya..
Banyak membaca novel dan tengok drama tv yang banyak pamerkan hal cinta berbanding cita-cita...

Moga Allah lindungi anak-anak kita zaman akan datang...
Dari terjebak dengan perkata yang dimurkai Allah...


Skinny Jeans Punca Lelaki Mati Pucuk! Biar Betul!

Skinny Jeans Punca Lelaki Mati Pucuk! Biar Betul!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang)

Tidak kiralah sama ada seluar pendek ketat, skinny jeans mahupun spandex, ianya ada kena-mengena dengan kesihatan lelaki. Elak mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan anda semata-mata mahu bergaya. Melainkan anda seorang fashionable tegar yang menolak tepi akan kepentingan kesuburan untuk masa depan.

Menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, beliau ada menerangkan bahawa pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. Selain itu, jumlah sperma akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.

Sumber: Google image


Kalau korang merupakan peminat selebriti seperti Jude Law dan Russell Brand yang gemar mengenakan seluar ketat, korang juga mungkin menjadi salah seorang mangsa permasalahan ini. Memakai pakaian dan seluar yang ketat dalam tempoh masa yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah jangkitan pada saluran air kencing akibat gangguan aktiviti pada pundi kencing. Ia boleh dikatakan satu hint kelemahan pundi, punca jumlah sperma menurun & jangkitan kulat. Atau lebih tepat, menurunkan faktor kesuburan akibat kepanasan di celah kelangkang!

Tidak salah bergaya tetapi ada baiknya kita patut  lebih mengutamakan keselesaan dalaman serta luaran dan tidak membatasi apa-apa pergerakan. Ketahuilah bahawa sebanyak 40% lelaki telah mengaku bahawa kadangkala mereka sanggup berkorban demi gaya berbanding keselesaan. Apabila memilih seluar jeans, hanya tiga daripada sepuluh orang sahaja yang mementingkan faktor kelembutan dan keselesaan.

Apa pun bagi kami, nak bergaya tu boleh, tapi berpada-pada. Jangan sampai seharian pakai seluar ketat, melainkan korang memang terfikir tidak mahu zuriat. Fesyen jangan sampai seksakan badan sendiri.
sDiolah dari Majalah Maskulin

Geli tengok lelaki pakai seluar ketat pastu singkat... Memang menyakitkan mata.. Ingat lelaki... Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut... Jadi, kalau pakai seluar ketat tu... Memang sah lah tak tutup aurat walaupun seluar tu labuh sampai ke buku lali...aura lelaki sikit sebab tu ramai yang tak berapa nak endah dan ambil kisah.. Tapi, sama je.   Berdosa juga hukumnya tak tutup aurat... Kalau lelaki pakai sendat pun haram, perempuan lagilah berdosa... Keran boleh jadi punca zina... 

Jangan Harap!

Harapkan sahaja pada Allah... Kerana Allah tak pernah membenci... Bahkan sentiasa menyayangi walaupun kengkadang kita lupa bersyukur dan ingat Dia...

Harapkan orang suka... Memang tak perlu... Orang hatinya berubah-ubah... Takut kita akan kecewa...  Merana hati dan jiwa...


Segala Rahsia Kebahagiaan Di Sini, Amalkan Tau!!!

Sumber: Facebook

Rahsia untuk amalan bersama... Jom amalkan mata untuk bahagia di dunia dan di akhirat... Inilah bekalan kita...


04 November 2015

WW | Speculation and Judgement!

Sifat orang kita,
Terlalu ingin tahu hal kehidupan orang lain..
Bila tak tahu, mula buat pelbagai kesimpulan sendiri...

Hentikan budaya sebegini...
Bila lihat orang dapat berita gembira... Doakn yang terbaik... Dan fikirkan yang baik-baik... Insha Allah.. Yang baik-baik juga akan datang kepada kita...


WW | 8 Cara Bermain Dengan Anak-anak Mengikut Umur!

Banyak cara nak main dengan anak...
Dan itulah namanya homeschooling...


WW | Bau Yang Menghilangkan Stress Ibu!

Memang hilang stress... Bau ashhaammm tu yang best..  Hehe...

Bau ibu pula adalah ubat penenang yang mujarab bagi si anak... Jika anak terkejut bila terjatuh... Peluklah dia.. Insha Allah dia akan tenang. 


WW | SIAPA KENAL!

Nak dapat kawan masa ketawa tu ramai...
Tapi kawan menangis tu yang istimewa...

Moga kita dapat jadi kawan yang istimewa tu buat awak semua....


03 November 2015

Yang Patut Dipotong!!!

Jika ada masalah dengan kawan, sucikan hati perbaiki mana yang kurang...

Salah faham itu biasa. 

Tindakan yang tidak matang jika salah faham sikit unfriend kan!!!

Relax la.. Biasa lah tak sependapat tuh... Lumrah dalam berkawan.. Buang ego dan jangan dilayan orang yang ego juga...


Pesanan Untuk Wanita: Lelaki Dan Kerjanya

Sumber: Facebook

Lelaki dan kerja..

Seorang lelaki wajib bekerja tak kira kerja apa sekalipun... Tanggungjawab digalas dan wajib dia bekerja menyara keluarga...

Wajib seorang lelaki sedaya upaya tingkatkan pendapatan menyara keluarga agar semuanya cukup...sehingga isterinya tidak perlu bekerja lagi... Kerana sebaik-baik wanita ialah yang memelihara keluarga nya di rumah...

Tapi akhir zaman ni, wanita pula yang kebanyakannya usaha nak tingkatkan pendapatan keluarga... Ada suami selesa je dengan kerja yang dia ada...

Jika seorang lelaki beriman, dia faham tanggungjawab dia sebagai seorang suami... Saat lafaz sakinah dilafazkan... Gembira tapi yang penuh tanggungjawab...


Keputusan Permohonan Pertukaran Guru (eG Tukar) 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Usaha sudah, doa sudah.. Tawakal sentiasa... Kini, berserah dan redha dengan segala keputusan... Namun, disebaliknya terselit harapan... Agar ada sinar keputusan yang menggembirakan...

Itulah harapan semua guru yang telah membuat permohonan pertukaran sekolah... Sama ada pertukaran negeri atau daerah.. Semuanya berharap akan ada keputusan positif.

Namun, dari semalam semuanya terjawab... Keputusan permohonan pertukaran telah pun dikeluarkan...

Cikgu-cikgu boleh semak di laman web yang sama buat permohonan pertukaran iaitu di https://epgo.moe.gov.my/

Login guna Id, dan kata laluan yang sama masa buat permohonan.


Apa sahaja keputusan kita terima dengan redha... Namun, masih ada peluang untuk buat rayuan bagi yang tidak berjaya.. Buatlah. Usahalah sedaya mungkin... Mungkin tak berjaya itu ujian dari Tuhan... Nak uji lagi sejauh mana kesabaran kita. 

Alhamdulillah...  MF dapat tukar ke Johor... Rintihan dan doa dan menggunakan Kabel yang paling kuat iaitu Allah Taala... Berserah dan meminta sepenuhnya pengharapan kepada Dia... Alhamdulillah.. Allah makbulkan... Dan itulah... Perancangan kami selari dengan perancangan Allah, mungkin... 

Bagi yang berjaya... Tahniah!!! 
Moga penghijrahan ke sekolah baru memberi semangat baru... Moga dapat tingkatkan komitmen dan gandakan tenaga untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara. 

Apa-apa pun... Apa sahaja ketentuan Allah, pastinya ia adalah yang terbaik untuk kita.

Rezeki Itu Dalam Perancangan Allah!

Kita kata: Rezeki datang tanpa disangka...

Silap sebenarnya...
Rezeki itu datang tepat pada masanya...

Tugas kita ialah tawakal sepenuhnya... Usaha tanpa putus asa...
Doa pada setiap masa...

Insha Allah...

Perancangan rezeki kita Allah dah tentukan...
Cuma Allah nak lihat sejauhmana...

Kita berserah kepada Dia...
Kita berusaha untuk mendapatkannya...
Kita berdoa dengan sepenuh jiwa...

Jika rezeki yang diharap tak kunjung tiba...

Mungkin...
Ada perancangan yang lebih baik tanpa kita duga...
Ada hikmah tersembunyi tak tercapai dek minda...
Ada rezeki lain Allah dah aturkan untuk kita..

Insha Allah...
Rezeki Allah Maha Luas...

Syukurlah sentiasa... Insha Allah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...


02 November 2015

Sia-sia Kumpul Pahala!!!

Sumber: facebook

Sia-sia kumpul pahala, semuanya akan terhapus dengan lidah...
Anggota yang lembut tapi amat tajam dan mampu musnahkan segala pahala sedekah yang kita buat...

Hati-hati dengan lidah...
Peliharalah... Dan tahanlah dari mengata orang lain...
Banyakkan diri merenung dosa sendiri, dari mengata aib orang lain...


WANITA: UJIAN YANG PALING BERAT BAGI LELAKI!!!

WANITA: UJIAN YANG PALING BERAT BAGI LELAKI!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. (Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.
  2. Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita kerana itu lelaki diwajibkan tundukkan pandangan untuk mengelak tergoda dengan wanita. Terutama wanita akhir zaman ni... 
  3. Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.
  4. Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.
  5. Isteri juga adalah ujian buat suami, bukan mudah nak mendidik isteri kerana wanita punyai nafsu, hanya wanita yang beragama dan beriman mampu mengekang nafsunya. Buat lelaki yang mendapat isteri yang kurang agama, itulah ujian yang berat baginya. Hanya suami yang beriman mampu mendidik isteri ke arah jalan yang diredhai Allah.
Sumber: JAKIM

Jangan jadi wanita penggoda... buat isteri bantulah suami untuk mereka menundukkan pandangan... Moga tak mudah terpedaya dengan godaan wanita yang amat dasyat di akhir zaman.

Review: Puas Nikmati Ayam Golek di Restoran Ayam Golek Ameen Shah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sabtu lepas, ada masa terluang.. Jadi, gunakan masa yang ada untuk jenjalan la apa lagi.. Bukan senang nak dapat cuti hari sabtu..

Kami ke Banting melawat mak di sana... Kemudian petang balik semula ke KL.. Dalam perjalanan singgah di Giant Taman Medan Petaling Jaya, ingat nak cari telefon mainan... Si kakak sibuk sangat nak telefon mainan... Tapi takde..

Hari dah masuk maghrib... Lepas solat maghrib suami ajak makan.. Perut dah berkeroncong katanya...  Ok la juga makan, sebab penat dah nak masak memalam kan..

Pusing-pusing, sekali terjumpa kedai makan.. Dalam hujan lebat tu singgah juga sebab lapar kan... Hehe.. Terpandang Restoran Ayam Golek Ameen Shah!

Singgah la... Orang tak ramai... Cepat la dapat menu nya..

Menunya ada yang Ala Carte dan ada yang siap Set.

Suami pilih yang Set untuk 2 orang makan...




Dalam Set tu ada:
  • 1 ekor ayam golek
  • 1 pinggan kangkong goreng belacan,  tapi kami tukar sebab tak makan kangkong... Kami ambil kailan goreng ikan masin.
  • Telur dadar
  • 1 mangkuk tom yam
  • Dan dua pinggan nasi putih.


Total harga untuk set dua orang makan RM38.90

Air harga asing... Kami ambil sirap suam dan air suam saja... Air feveret kami ni bila makan kat kedai.... Murah tapi air sirap la menyelerakan...

Sekali rasa... Hmm... Boleh tahan sedap ayam goleknya...

Harga pun murah.. Berbaloi makan...
Jadi, tak risau dah nak makan ayam golek. Boleh makan kat sini lagi nanti...

Restoran ni terletak di:
Taman Medan Perjasa,
PJs 1, Petaling Jaya, Selangor.

Kalau buka Google Maps memang akan terus sampai kat restoran ni... Ada direction ke sana..

Bagi yang tak pernah merasa, boleh cuba.. Bagi yang dah pernah boleh makan lagi...

Keseluruhannya bintang MF boleh bagi:
Menu: 4.5/5
Layanan: 4.5/5
Lokasi: 4.5/5
Suasana: 4.5/5

Keseluruhan boleh bagi 4.5 bintang untuk restoran ayam golek nih... Memang puas makan...

Perkara Yang Patut Dilupakan dan Diingati!

Lupakan kebaikan yang kita buat agar diri terdidik dengan sifat ikhlas...

Dan kenangkan jasa dan sumbangan orang lain pada kita.. Agar diri terdidik dengan sifat syukur dan kasih sayang...