31 Julai 2015

Kurang Vitamin C!

Sok sek sok sek...
Hidung berair...
Katanya tanda kurang Vitamin C la ni...
Jadi, bekal hari ni... Sebotol air oren sunquick...

Nanti nak cari buah kiwi pula...
Tambah imun badan...
Empat-empat beranak berair hidung...

Penangan bulu kucing la ni..
Geram betul si kucing jalanan yang tak tahu adab ni... Dah banyak kali warning... Jangan tido atas motor... Tido juga... Dah la daku alah benoorr dengan bulu kucing ni...

Saborr je la dengan ragam binatang...  Nak marah pun takdak akai..

Ni dah reda sikit la ni.. Alhamdulillah... Lepas telan minyak kelapa dara...redaa sakit tekak.. Tinggal selesema yang bersisa...

Sesekali Allah bagi sakit ye dak.. Terima la dengan redha... Sakit sikit je ni.. Tanda Allah Sayangggg...  Terima kasih Allah... (^___^)


Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan!

Ciri Kawan yang tak boleh dibuat kawan...

Moga kita tak jadi kawan macam ni...  Dan kawan kita pun bukan kawan yang ada ciri-ciri ni... Nauzubillah... 

Tapi kalau ada... Hmmm... Nak tegur pun payah orang spesis ni tau...

Jadi, doakan je la agar kawan berubah...

Muhasabah diri juga...
Takut juga ciri-ciri ni ada kat diri sendiri... Sebab kadang kita tak sedar kita macam tu kan...

Mohon maaf, jika MF ada sakiti hati kawan-kawan ya...


Resepi: Ikan Bakar Sambal Pemanggang Ajaib!

Hari Jumaat...  Banyak masa untuk memasak sebab masuk kerja selepas Zohor...

Dari semalam dah plan nak masak ikan... Sebab dah agak lama tersimpan dalam peti sejuk beku tu...

Memandangkan ikan kembung yang kami beli banyak isi... Sedap kalau dibakar... Cicah air asam pun sedap.. Tapi tak cukup bahan nak buat air asam... Tukar menu, buat ikan bakar sambal... Lagipun lama tak masak guna Pemanggang Ajaib (PA).

Tak susah nak masak sebab bahan tumisan dah tersedia...

Bahan-bahan untuk sambal:
Bawang merah atau bawang besar... (MF suka guna bawang besar sebab baunya lebih wangi dan rasa masakan lebih manis)
Bawang putih
1 batang serai
Cili giling
Sos cili
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Air
Gula dan garam

Cara memasak:
Bakar ikan yang telah dibubuh garam dan kunyit di dalam Pemanggang Ajaib atau Non Stik Pan.

Sementara ikan tu tengah bakar, kita buat sambalnya...

Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk atau dikisar. Tumiskan sekali dengan serai...

Bila dah naik bau, masukkan cili giling dan sedikit air... Kacau rata dalam 2 minit.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam.

Kacau hingga serata dan pekat serta keluar minyak. Dah masak, tutup api...dan ketepikan.

Bakar ikan separuh masak..  kemudian sapukan sambal tadi atas dan bawah ikan... Jangan guna semua sambal tu... Sebab baki sambal tu nanti, nak buat kuah untuk ikan tu... Dah letak sambal, bakar ikan tu sampai masak...

Dah masak, hidangkan dan curahkan lebihan sambal tu pada ikan... Perah air limau kasturi untuk lebih rasa...

Sedia untuk dimakan... 


Taip entry bukan main panjang tapi nak masak tu kejap je sebenarnya...

Resepi biasa-biasa je ni. Takde yang istimewa pun... Alhamdulillah.. Syukur rezeki hari ini...


Cara Mudah Nak Dapat Pertolongan Allah!

Berdoalah di waktu susah dan senang... Agar doa mudah dikabulkan... 

Jangan waktu susah je nak ingat Allah... Waktu senang, gembira, suka lupa Allah... Sedangkan kegembiraan, kesenangan, sihat dan segala nikmat tu juga dari Allah... Jadi jangan lupa untuk berdoa dan bersyukur... 

Namun, lumrah manusia, bila Allah uji dengan sakit, susah derita dan kepayahan barulah masa tu nak ingat Allah...  Nak minta doa... Sedangkan Allah sentiasa menanti doa kita waktu Dia juga bagi nikmat dan kesenangan...


30 Julai 2015

Pengalaman Shopping di Nile.com.my

Pengalaman Shopping di Nile.com.my... Sebenarnya dah lama dah dok usha web Nile.com.my ni.. Dan dua kali la juga pernah join contest dari Nile.com.my, cuma tak de rezeki nak menang...

Memang teruja tengok barang di Nile.com.my sebab harga yang memang murah berbanding webshop lain... Rambang mata.. Tapi cuma tak berkesempatan nak membeli dan membelek lelama barang di situ...

Lepas raya, bajet shopping bulan Julai masih ada... Jadi, suami izinkan dan guna la kemudahan yang diberikan sebaiknya... 

Sebelum membeli terbaca satu review tak best pasal Nile.com.my...  Barang lambat dan tak update...  Tapi MF tak serik pun... Itu memang risiko beli online... 

Minggu lepas mula membeli... MF cuma beli pakaian... Dress untuk pakai di rumah, seluar dan skirt chiffon... Jadinya tiga helai je barang...  Harga ketiga barang tu dalam RM50 je... Campur kos pos dari Gdex dalam 60 lebih...  MF pilih Gdex sebab murah sikit dari kos pos Pos Laju...

MF beli hari Isnin pagi... Lepas membayar online terus dapat email... Dalam proses... Dalam jam 6 petang, dapat email barang dah diposkan... Anggaran.. Esok sampai la tu... Tekaan MF tepat... Esok pagi barang siap sampai di pejabat tempat kerja MF... 

Alhamdulillah...  Semuanya dipermudahkan...  Cepat servis Nile.com.my...

Barang yang MF dapat pun berkualiti dan sejuk je kainnya... Best sangat...

Rasa nak shopping barang lain pula nanti... Insha Allah...  Rasa yakin la juga nak shopping dengan Nile.com ni bila servisnya bagus kan..

Harap, mereka dapat kekalkan perkhidmatan yang baik macam ni... Barulah orang suka kan...



P/s: Cari masa dan ketika nak membeli belah di Zalora pula untuk kali ketiga... Hehe...


Ciri-ciri Orang Yang Dikasihi Allah dan Rasulullah S.A.W!

Jom checlist...

Bestnya kalau jadi orang yang Allah dan Rasul sayang kan..

Biar orang tak sayang, tapi Allah sayang...
Biar orang tak suka, tapi Allah suka...
Biar orang hina, asalkan Allah kasih...

Kerana hidup dan mati kita hanya kerana Allah...


Penghayatan Asma al-Husna Untuk Ibu Selepas Bersalin!

Jom amalkan...
Asma al-Husna mudah diingat bila selalu dengar kan..

Pasanglah setiap pagi asma al-Husna di rumah... Agar meresap di hati ahli keluarga kita... Dan menjadi amalan dan zikir setiap hari... Insha Allah... 





P/s: busy day... Huhu... Lambat up entry hari ni... Huhu...


29 Julai 2015

WW | Kerja Overtime!

Lama dah tak buat kerja Overtime nih...
Sejak anak membesar ni, memang jarang buat kerja sekolah kat rumah, sebab tak sempat nak buat...

Kali ni kena juga buat Overtime sebab duedate nak cepat, tapi kerjanya lambat diberi... Redha je la kan... Standart la keje makan gaji kan... Nak komplen banyak keje la sendiri... Hehe...


P/s: Kami dapat big boss baru... Camnelah rupa sistem pendidikan nanti ya... Hmmm... Harap semuanya lebih baik... Ameen....


Hukum Melihat Aurat!

Sumber: Google images

Aurat jangan pandang mudah!!!

Antara tips nak mudah ingat sesuatu hafazan :
Jaga pandangan dan jangan pandang aurat bukan mahram.

Ustaz pernah kata, akhir zaman ni memang mencabar nak jaga pandangan kan... Jadi, jika terpandang tu rezeki mata... Tapi cepat-cepat lah tundukkan pandangan... Jika dilihat banyak kali tu yang berdosa tu... Contohnya, macam iklan minyak wangi, iklan krim kecantikan kat tv tu... Haram tengok dengan pandangan macam tu...

Jadi, hati-hati dan sama-sama jaga pandangan.. 


WW | Nak Yang Mana?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak yang mana???
Tepuk dada tanya iman...
Berapa ramai orang kaya, tapi kufur nikmat...
Perintah Allah tak buat!
Dan tambah parah jahil agama, dan permainkan agama tanpa sedar. Nauzubillah...

28 Julai 2015

Bukan Untuk Dipuji, Tapi Biar Orang Puas Hati!

Alhamdulillah...  Tahun ni dah masuk tahun keempat perniagaan usaha sama kami suami isteri... 

Pelbagai suka duka, pahit manis dan dugaan yang ditempuh sepanjang tempoh itu... Walaupun masih baru...tapi Syukur alhamdulillah kerana perniagaan ini adalah hasil minat dan bakat suami isteri...

Alhamdulillah jugalah sepanjang berniaga ramai yang puas hati... Perniagaan yang kami jalankan bukanlah untuk dipuji tetapi untuk kepuasan pelanggan itu adalah keutamaan kami!

Buat perniagaan biar bersungguh... Biar orang puas hati... Insha Allah... Bila orang puas hati, orang akan kongsi dengan orang lain... Dari situ perniagaan kita boleh maju...

Perniagaan kami bukanlah jenis barang siap, tapi jenis tempahan... Bila perniagaan jenis ni, kepantasan siapkan tempahan, kualiti bahan dan kualiti perkhidmatan mesti dijaga...

Alhamdulillah.. Suami sebagai boss dan pengeluar produk, akan siapkan secepat mungkin sebaik sahaja pengesahan tempahan diterima...  Malam ke pagi ke, janji barang pelanggan siap cepat!

MF bertindak sebagai marketing dan kadangkala jadi penasihat dan designer... Alhamdulillah... Kombinasi yang cukup cantik Allah aturkan...

Entry ni bukan nak menunjuk...sekadar kongsikan Testimonial dari pelanggan kami... Testimonial tu penting bagi peniaga... Sebagai pemangkin kemajuan kita... Bagi orang lebih percaya...

Alhamdulillah..  Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak bagi sokongan kepada kami... Doakan perniagaan kami terus maju...  Insha Allah...  Moga Allah pelihara dan terus permudahkan perjalanan bisnes kami...


Rombakan Kabinet: Senarai Menteri Kabinet Baru Bermula 29 Julai 2015!

Terkejut dapat info pasal rombakan kabinet dan tukar TPM.. Cepat je cari info.. Rupanya betul.info ni... Ni antara berita MF dapat dari Astro Awani... 

KUALA LUMPUR: Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalammenghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14

Keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baru telah dilantik.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: 
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:  Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Nancy Shukri
Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
(Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: 
Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan:
P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:  Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi:Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia :Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching

Sumber: Astro Awani

Yang pasti berita ni memeranjatkan semua rakyat jelata. Biasanya kabinet dirombak lepas pilihanraya tapi tetiba dirombak... Mesti adalah yang rasa pelikkan..

MF tak nak komen panjang...  Cuma harap pemimpin kita boleh memimpin dengan baik... Agar Malaysia aman dan damai... Jom kita doa kepada Allah... Moga Allah pelihara kita semua dari perkara yang tak diingini...  Ameen...


Bila Anak Berat Mulut!

Lain anak, lain ragam...
Lain anak, lain pengalaman...

Itulah pengalaman MF yang punyai anak sama jantina tetapi perangai dan pengalaman ibarat langit dan bumi... Sangat jauh berbeza... 

Pengalaman itu indah bagi MF sebagai ibu... Sebab ianya sebagai satu ilmu baru bagi kita.

Si kakak sangat cepat perkembangannya... Tetapi si adik ni agak lambat... Antaranya bab bercakap...

Kini usia adik dah cakap Setahun Enam Bulan, tapi masih tak bercakap... Perkataan yang hanya dia boleh cakap Abah!!!

Lain-lain perkataan agak lambat cakapnya... Dia tak suka mengikut ajuk cakap kita... Diam saja...

Bagi MF dan suami tak risau mana, sebab si adik ni walaupun lambat cakap perkembangan lain dia normal... Dia banyak memerhati tindakan orang lain... Tapi panjang akalnya...

Tapi tu lah.. Kalau ke klinik mesti dah suruh rujuk pakar dah kan.. MF yakin, adik ni ada kelebihan lain walaupun berat mulut...

Sesuai dengan makna namanya iaitu Faqiha yang bermaksud pakar atau bijak dalam sesuatu perkara... Jadi, orang bijak memang tak banyak cakap kan... Dia banyak memerhati dan berfikir... Bahkan Albert Einstein sendiri, tokoh sains tu mula dan boleh bercakap masa usia dia empat tahun... Jadi, buat pe nak risau sangat kan..

Setiap perkembangan anak itu istimewa... Cuma, MF dan suami tetap ajar... Dia boleh sebut cuma berat mulut nak cakap...

Rata-rata bila MF kongsi dan tanya anak-anak kawan MF anak kedua mereka punyai sifat dan perangai yang hampir sama... Jadi, tak risau sangat...

Insha Allah... Boleh la bercakap nanti tu kan... Nanti dah boleh bercakap tak terlayan nanti... Macam si kakak... Bercakap je..sampai kita pula tak larat nak jawab... Hehe...

Di atas tu, antara doa dan amalan yang pernah buat untuk si adik... Cuma tak istiqamah buat... Bila teringat tu buat juga la... Tapi, istiqamah doa moga adik sihat membesar dengan normal dan bijak...


Orang Paling Sempurna Imannya!

Orang Paling Sempurna Imannya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. [Riwayat:  at-Tirmizi Hadis Hasan Sahih]

Huraian Hadith: 
  • Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.
  • Iman yang sempurna dan akhlaknya yang baik adalah dua faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.
  • Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT
.Sumber: JAKIM

27 Julai 2015

Tips Keselamatan Ketika Shopping Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Internet banking
Sumber : Google image

Sejak kenal perbankan internet, makin seronok shopping online.. Shopping dengan perempuan tak dapat dipisahkan. Sejak orang jadikan facebook macam shopping mall,  sejak tu MF reti shopping online. Jika dulu, tak kerap sangat sebab takde perbankan online dan masih ragu-ragu dan takut... tapi belajar, dan tengok ramai yang guna..serta bank pun bagi jaminan, MF mula buat Cimbcliks masa tukar kad ATM. Dari situ la reti dan kenal shopping online, dan mula ketagih juga la.. tapi dapat control sebab bukan orang kaya kan,.. jadi dahulukan keperluan dari kehendak.  

Kini, MF guna perbankan online setiap bulan untuk bayar bil, buat transaksi dan bayar cukai serta untuk bisnes kami... mudah dan cepat... tapi, kena hati-hati...sebab ada juga pencuri dalam sistem online ni... jadi, kena utamakan keselamatan bila guna perbankan online ni. 

MF nak kongsi beberapa tips mudah bagi sesiapa yang selalu guna perbankan internet:

ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.  

Pastikan berada di laman web yang selamat dengan menyemak "Universal Resource Locators (URLs)" untuk memastikan URL bermula dengan "https" dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web (browser). Hendaklah sentiasa memasuki URL laman web secara terus ke pelayar web. Elakkan daripada diarah masuk ke laman web tersebut atau hiperpautan ke laman web ini daripada laman web yang mungkin tidak dijamin keselamatannya. Terus je taip URL website pada browser,  elakkan guna pautan dari website tertentu.

Pasang dinding keselamatan peribadi dan program penentang virus yang bereputasi. Hendaklah sentiasa memastikan bahawa sistem kendalian dan pelayar web adalah yang terkini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru, untuk melindunginya daripada menjadi lemah dan mudah terjejas. Pasang malware protection dan pastikan anti virus juga sentiasa update.

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program penentang virus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Clear history dan cache pada browser.  
   
Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa

Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian.
 Elak menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet. 
 Nyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail dan mesin pencetak dalam sistem kendalian. Seperti printer guna wifi, sharing file dan sebagainya. 

Sumber: bankinfo


Mudah shopping online ni, jimat masa jimat tenaga,  tak payah sibuk nak cari parking,  tapi tu la.. setiap yang mudah tu ada risikonya kan.. jadi, selain tips di atas, mohon juga perlindungan dari Yang Maha Esa agr dipermudahkan segala urusan kita... 

Perlancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah!!!

Minggu ni dah penghujung bulan Julai...
Bulan depan dah masuk bulan Ogos...

Semua orang tahu, bulan Ogos bulan kemerdekaan bagi negara kita iaitu disambut setiap tahun pada 31 Ogos.. 

MF pun tak lupa untuk sambut... Selain kat sekolah... Anak sulung MF lahir pada 31 Ogos... Anak merdeka... Alhamdulillah...  Moga dia benar-benar jadi anak merdeka yang merdeka zahir dan batin dari penjajahan dan anasir yang tak elok...

Alhamdulillah... Di peringkat sekolah, sambutan pelancaran bulan kemerdekaan telahpun dijalankan oleh panitia Sejarah... Bulan Ramadhan panitia Pendidikan Islam yang sibuk, bulan Kemerdekaan panitia sejarah pula yang sibuk... Begitulah lumrah di sekolah kan...

Pelancaran tadi dimulakan dengan persembahan pentas oleh para pelajar...  Kemudian diikuti persembahan penyerahan bendera Malaysia dan nyanyian lagu Negaraku.

Kemudian barulah diikuti dengan persembahan tarian tradisional oleh para pelajar... Seronoknya, sekolah MF ni, pelajar dari Sabah dan Sarawak agak ramai... Jadi, dapatlah kenal dan tengok tarian tradisional dari kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Seronok juga tengok persembahan dan tarian mereka.. Lembut je... Penuh sopan... Itulah baru Malaysia...  Bukannya tarian terloncat.. Tergelek...Dan budaya luar... Kekalkan identiti Malaysia itulah baru Malaysia... Bukan tiru budaya luar...

Moga Malaysia terus merdeka dan aman... Untuk kekal merdeka perlukan usaha dari pemimpin dan juga dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia...

Moga kita dapat didik anak bangsa kita agar dapat kekal dengan identiti negara kita...

Sama-sama kita doakan keamanan negara kita Malaysia...


Menipu Untuk Mendidik Anak???

Jika zaman dulu, ibu bapa mendidik anak dengan cara menakut-nakutkan...

Tapi cara tu tak relevan dengan zaman anak generasi Y sekarang...

Didik anak secara terus-terang dan jawapan yang relevan dengan akidah dan syariat Islam...

Kaitkan jawapan dengan Allah... Misalnya, jika anak takut, yakinkan diri anak dengan Allah itu ada...tak perlu takut...

Jika anak nakal dan buas, ingatkan Allah tak suka perangai sebegitu...

Fitrah anak kecil itu bersih dan suci... Insya Allah jika kita selalu sebut tentang Allah dan ciptaan Allah...  Lebih muda h diserap di hati dan mindanya...

Elakkan dia percaya kepada hantu dan sebagainya... Sebab setiap yang kita cakap, dia mudah percaya... Dan terkesan hingga dewasa...


Luruskan Lidah Mu!!!

Peribahasa Melayu berkaitan dengan kata dan lidah:

"Lidah tak bertulang, pandai bermain kata-kata."

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

"Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya."

Hadis berkaitan bahaya lidah:


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata: “Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi dan dia berkata: Hasan Sahih)

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda, “Apabila anak Adam memasuki waktu pagi, maka sesungguhnya setiap anggota tubuhnya tunduk kepada lidah, seraya berkata, “Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu. Jika kamu lurus maka kami pun lurus. Jika kamu bengkok maka kami pun bengkok.” (Hasan, riwayat Al-Tirmizi)

Kesimpulan :
- Berhati-hati dengan lidah...
- Lidah adalah salah satu anggota badan yang berbahaya jika tidak dikawal dan dijaga.
- Berfikir sebelum bercakap...
- Diam adalah lebih baik dari berkata menyakitkan hati orang.
- Makin banyak cakap, makin banyak salahnya... Jadi cakap apa yang perlu...dan tidak sia-sia.


26 Julai 2015

Tip: Kalau Nak Murah Rezeki, BUAT NI!!!

Alhamdulillah...

Jaga dan pelihara hubungan silaturrahim selagi ada..

Elak cari pasal dengan orang...

Kalau orang cari pasal dengan kita...
Berlapang dada dan maafkan...

Insha Allah...
Tips yang mudah untuk diamalkan tapi agak susah nak kekalkan sebab atas faktor tertentu...

MF pun sedih juga bila ada saudara, ada kawan yang dikenali tapi diorang putuskan perhubungan dan jauhkan diri dari kami sebab tak sependapat... Patut ke camtu???

Hmmm... Takpe la kan... Yang pasti bukan MF yang putuskan perhubungan tu kan..  Dan MF dah maafkan diorang...  Biarlah... Kita bukan boleh paksa kan...

Apa pun MF syukur, sebab persahabatan MF dengan kawan karib MF dari zaman sekolah masih terpelihara...  Dan MF juga berusaha pelihara hubungan antara adik beradik kami... Insya Allah... 


Bahaya Sudu Plastik dan Cawan Polistrin di Rumah Terbuka!!!

Pengalaman beraya ketika anak tengah lasak...

Semalam pergi beraya ke rumah kawan sekerja suami.. Tak jauh mana, area Kuala Lumpur je...

Lepas Zohor gerak, ketika sampai sana hujan lebat siap angin dan kilat...

Nak tak nak redah juga... Tapi lecun juga la walaupun berpayung sebab angin kuat... Sesekali main hujan... Hehe... Empat-empat beranak basah...

Sampai rumah kawan, tak ramai lagi yang datang sebab hujan... Makanlah apa yang disediakan... 

Suapkan kakak dan adik mee sup... MF pula suapkan anak, bergilir juga masuk mulut sendiri... Si suami kat sebelah suap nasi himpit dengan rendang...  Dah kekenyangan...

Dalam dok ralit makan dan bersembang... Sekali si suami suap adik pula... Tup!!! Hah.. Patah, hah!!! Garpu patah, cepat-cepat korek takut adik telan... Tapi keluar satu je..  Satu lagi dah tertelan...  Hadoii.. Tawakal je la... Lepas la tu ke dalam perut dia tu..

Dah sudah tu, bagi minum air pula... Sekali tengok cawan dah robek.. Sambil minum sambil makan cawan pula si adik ni... Makin suruh minum, makin galak dia gigit cawan tuh.. Hadoii.. Bahaya sungguh...

Hati-hati la sesiapa ada anak yang tengah melasak tu ek... Anak-anak kami ni perempuan tapi perangai waktu kecil ni tak macam perempuan sikit...  Hehe...

Apapun.. Si adik dah tak takut orang.. Cuma tak boleh dipegang... Jinak merpati.. Pergi beraya satu rumah ditawafnya.. Adoii.. Nasib rumah kengkawan terdekat kan... Kalau tak buek malu joo... Hehe.

Tu lah kisah dan pengalaman beraya dengan anak tengah melasak ni... Saborr je la kan...


P/s: Mak pernah kata dulu,  mak memang tak berjalan ke rumah orang waktu anak tengah melasak ni... Walaupun ke kenduri... Aku pun macam tu la juga..  Rasa malas nak berjalan pun ada... Tapi pergi dengan suami tak la terasa sangat...  Kalau sorang tak rela la kot mana nak handle bebudak dua orang yang sangat baik budi ni...


Petua dan Penawar Penyakit Kencing Tikus!

Daun serai jadi penawar kencing tikus...
Hmm... Sejauh mana kebenarannya, tak pasti... Tapi boleh cuba...

Cuma yang MF tahu, cara nak halau tikus ialah dengan pokok serai wangi... Memang lari...dan tikus tak datang lagi...

Cubalah...  Insha Allah dengan izin Allah...


Kemanisan Hidup!

Manisnya hidup bila silaturrahim terjaga...

Apa makna hidup kalau asyik dendam, bermusuh, tak puas hati kan...

Bermaafan dan eratkan silaturrahim menenangkan hidup...

Jadi, jom raya... Hehe.. Eratkan silaturrahim untuk capai kemanisan hidup... Hehe


25 Julai 2015

Tak Payah Nak Bajet Bagus!!!

Fikir-fikirkanlah...
Tak guna buat baik...
Pastu citer kat semua orang...

Hmmm... Susah nak tegur orang camni...
Egonya tinggi...
Jadi, doa je la moga dia berubah...


Zaman Ini Zaman Fitnah!!!

Akhir zaman, fitnah berleluasa...
Jangan mudah percaya,  jangan pula jadi penyebar fitnah... Nauzubillah...

Begitu juga dengan blogger...
Jangan kerana nak sangat kejar trafik dengan up isu semasa tanpa usul periksa...

Nanti tak pasal blogger terpalit sama...
Hati-hati...
Zaman ini zaman fitnah...


24 Julai 2015

Repair Je, Jangan Beli Baru!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Terkesan dengan kata-kata pak cik ni...
Begitu nasihat orang tua...
Kerana itu, perkahwinan orang dulu walaupun aturan orang tu...pilihan keluarga tapi mampu bertahan hingga ke akhir hayat...
Setia hingga hujung nyawa...

Dr. Fadhilah Kamsah pun pernah kata, cinta perlu dipupuk setiap hari...
Bukan bermakna kita dah bercinta dan lepas kahwin kita biarkan cinta tu kembang sendiri...
Ianya tak kan kembang kalau kita tak baja dan belai setiap hari...

Bercintalah setiap hari...
Suburkan rumahtangga dengan iman dan takwa...
Agar suami isteri berkekalan hingga ke syurga.. 

Nanti Korang Ambil Pahala Aku!!!

Baca dengan mata hati...
Antara sebab aku selalu post pasal aurat...
Bukan nak kata aurat aku dah sempurna...
Tapi aku cuba buat sampai jadi sempurna...
Dan aku nak ajak orang lain jadi sempurna auratnya... 
Sebab aku takut nanti korang tarik pahala aku...
Aku takut di akhirat nanti, korang tuntut pahala aku depan Allah...
Jadi, aku tegurlah masa kat dunia ni...

Tolonglah... 
Belajar dan paksa diri tutup aurat dengan sempurna... 
Tak susah mana pun...
Memula memang rasa rimas kalau tak biasa.  Tapi kalau dah biasa... Seronok tau...

Jadi tutuplah...
Benda cantik kena tutup kan...
Nanti orang tengok nak ambil...

Jadi, kalau rasa diri dan badan cantik...
Tutuplah...
Nanti orang ambil free korang marah pula kan...


JUDGING!!!

Judge = Bersangka

Bersangka-sangka kepada orang lain bukan menunjukkan siapa dia tapi menunjukkan siapa diri kita.

Kita sangka buruk pada orang...
Mungkin juga ada orang yang bersangka buruk dengan kita...

Bersihkan hati...
Jauhi prasangka...
Fikirkan yang baik-baik...
Insha Allah yang akan datang kepada kita juga yang baik-baik...


23 Julai 2015

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga | Orang tua dulu banyak pantang larang dan juga petua. Kebanyakkan petua dan pantang larang ni hasil dari kebetulan atau pengalaman orang terdahulu. Jadi kepercayaannya tu diwarisi turun temurun.  

Begitu juga dengan bab jodoh... arwah nenek MF antara yang pandai la tengok keserasian jodoh ni... antara yang MF pernah tahu dari mak MF sendiri ialah melihat keserasian jodoh dari urutan dalam keluarga.  

Yang pernah MF warisi pengetahuan ni ialah, hubungkait urutan dalam keluarga dengan unsur alam. 

Anak sulung = Tanah
Anak kedua = Air
Anak ketiga = Api
Anak keempat = Angin

Diulang unsur tersebut untuk anak yang seterusnya. 

Ini hanya kepercayaan orang lama... tak perlu percaya atau ikut, MF cuma kongsi pengalaman dan pengetahuan yang MF ada. Tapi, ada satu kajian dari Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman yang membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak kerana ini hanya satu kajian kan. Jika terjadi itu hanya satu kebetulan. 

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Anak tunggal??? Dia mewakili sulung dan bongsu. Jadi, boleh guna pakai dua-dua watak... hehe

Nak kata betul atau tak pun tak boleh nak kata.. sebab perwatakan seseorang berdasarkan hasil didikan dan juga pengaruh persekitaran seseorang... mungkin unsur dan kepercayaan lama ini, hanya satu pengetahuan untuk menambah pengalaman. Jika ada yang sama mungkin satu kebetulan kan... 



Pssttt... MF dan suami sama-sama anak tengah, cuma bilangannya lain-lain... hehe... 

Nak Duit Raya??? Baca Ni Dulu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai anak-anak suka datang beraya dari rumah ke rumah nak duit Raya, tetapi apa yang saya buat hari ini memeranjatkan diri saya sendiri.

Kenapa? 

Hari ini hari ke-5 Syawal dan masih ada lagi mood Raya di sana sini. Hari ini saya sempat singgah rumah mak saya sebentar di Tengkera, Melaka sebelum menziarahi rumah abang saya. Kebetulan seusai tiba di rumah mak saya, beberapa orang anak-anak "Geng Raya" rumah ke rumah memberikan salam dengan jeritan "Assalammualaikum, kami datang nak Raya!'. Well, itu ayat yang saya biasa "Dengar" ketika umur saya di dalam lingkungan 10-12 tahun. Saya pun biasa pergi Raya dari rumah ke rumah dan kebanyakkan rumah yang saya pergi bersama kawan-kawan adalah rumah yang tidak saya kenali tuan rumahnya. 

Nak ceritanya hari ini, budak-budak ini "Langkah kiri" sikit sebab saya menyambut mereka. Biasanya mereka dan saya dahulu, misi kami adalah untuk menambah koleksi duit Raya. Yalah, bukan keluarga senang pun. 

So, petang tadi bila mereka ini saya ajak masuk ke rumah, saya tidak mahu biarkan mereka datang Raya tanpa ada manfaat yang banyak dan hanya sekadar nak collect duit Raya? No way!

Saya memanggil mereka seorang demi seorang duduk berdekatan dengan saya dan saya mula bertanya seorang demi seorang beberapa soalan. Umur anak-anak ini paling rendah 11 tahun (tahun 5) dan ada yang 13 serta 14 tahun. 

Saya mula bertanya mereka siapa nama mereka, siapa nama ayah mereka, ibu ayah kerja apa dan saya tidak tanya banyak dapat duit Raya.... Tetapi soalan maut saya mula datang menerpa mereka bertubi-tubi selepas itu. Saya tanya adakah mereka telah solat Zohor dan ada yang belum, saya terus suruh dia ambil wudhuk dan solat.

Saya mula meminta mereka seorang demi seorang membaca Surah Al-Fatihah, membaca surah-surah lazim, membaca Doa Iftitah (Anda tahu kan doa apa itu?). Saya meminta mereka membaca doa Qunut dan membaca Tasyahud awal atau akhir. Pendek kata, saya ingin tahu betapa gigihnya mereka pergi rumah ke rumah beraya dan mengutip duit Raya, adakah mereka mampu solat dengan bacaan-bacaan asas yang penting ini? 

Dan apa yang saya dapati amat memeranjatkan saya. Kebanyakkan mereka tidak mampu membaca Doa Qunut yang dibaca ketika solat suboh. Ada yang membaca tahiyyat awal atau akhir berpusing-pusing macam round about tidak pasti ayat-ayatnya, ada yang Al-Fatihahnya sangat berterabur dan ada 1-2 yang agak bagus bacaannya. Salah seorang daripada mereka berumur 13 tahun tetapi tidak boleh membaca doa Qunut langsung sehingga saya minta anak saya seusia beliau membantu budak ini menghafal doa Qunut sehingga dapat sebelum saya beri duit Raya dan benarkan mereka beredar. Saya percaya tahun hadapan samada mereka akan datang rumah mak saya dengan lebih bersedia atau mereka tidak datang langsung sebab saya akan cakap, nak duit Raya? Baca ayat ini dahulu.....

Saya tidak berkongsi ini nak cerita saya baguslah sangat bacaan saya tetapi sebenarnya apa yang saya buat petang tadi merupakan satu ulang tayang atas apa yang pernah berlaku kepada saya satu masa dahulu ketika saya kecil. Saya dan kawan saya beraya di rumah seorang ustaz ketika saya membesar di Parit Masjid, Pontian, Johor ketika umur saya dalam lingkungan 11 tahun. Saya beraya ke rumah ustaz ini tanpa mengetahui bahawa dia adalah ustaz. Dia mengajak kami masuk, beri kami minum dan makan kuih muih, tetapi beliau tidak berikan saya duit Raya terus seperti banyak rumah lain. Ustaz tersebut meminta kami membaca bacaan-bacaan lazim di dalam solat termasuk doa Qunut yang dibaca ketika solat suboh. Kawan saya "sangkut" di banyak ayat dan Alhamdulillah saya dapat membaca semuanya. Terima kasih kepada mak saya yang telah melatih saya membaca bacaan dalam solat serta surah-surah lazim seawal usia 3 tahun.

Saya tidak bercadang menyalahkan mana-mana menteri atau cikgu dalam hal anak-anak yang datang Raya rumah saya ini yang tidak dapat membaca doa Qunut atau bacaan Tahiyat awal/akhir dengan lancar. Tetapi saya ingin mengajak anda yang bergelar ibu dan bapa untuk berfikir sejenak. Adakah kita benar-benar sayang anak-anak kita dan kita mahu anak-anak kita disediakan menjadi anak yang soleh atau solehah serta seorang Muslim yang baik mudah-mudahan nanti? 

Saya tidak kata saya baik atau anak-anak saya baik. Tidak sekali-kali. Saya share ini tentang apa yang saya buat secara spontan petang tadi amat memberikan saya satu impak untuk berfikir betapa saya sendiri kena sentiasa "test" anak-anak saya tentang solat mereka, bacaan dalam solat mereka, mengaji mereka dan wirid mereka serta mewujudkan suasana yang semua ini adalah rutin penting untuk perbaiki diri mereka. Saya ingat lagi ketika saya aktif dengan jemaah tabligh ketika muda, mereka mempunyai satu sistem tidak kira usia tua atau muda untuk duduk bersama serta saling dengar mendengar bacaan-bacaan yang lain agar dapat sentiasa memperbaiki bacaan kita Insya-Allah.

Saya percaya kita semua sayang anak-anak kita dan kita sanggup bekerja atau berniaga pagi, petang, siang, malam ke suboh untuk mencari rezeki buat mereka, tetapi ingatan ini buat diri saya serta anda yang suka sama-sama ambil peringatan. Ambil sedikit masa setiap minggu untuk spend time dengan anak-anak selain daripada solat berjemaah tetapi duduk dan buka Al-Quran atau pegang buku-buku tentang bacaan dalam solat dan ajak mereka ulangkaji samada bacaan mereka betul tak, adakah mereka tahu rukun solat ada berapa? Adakah mereka tahu niat mandi wajib dan tertibnya bagaimana? Adakah anda perhatikan tertib mereka berwudhuk adakah menghampiri sempurna? Jika kita tidak berapa kuat lagi dengan ilmu-ilmu asas Fardhu Ain ini, mungkin sudah masanya sebelum terlambat untuk kita masuk kelas-kelas revision Fardhu Ain samada di masjid-masjid atau cari ustaz untuk mengajar di rumah seminggu sekali ke.... 

Demi masa, kita semua dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh dan mereka yang ingat mengingati kepada kebenaran. (Maksud dari surah Al-Asr).

Jika kita tidak "PEGANG" anak kita kepada agama dari kecil ditakuti tidak mudah untuk memegang mereka selepas mereka "dipegang" oleh anasir-anasir tidak baik di luar sana yang mampu mempengaruhi anak-anak kita menjadi seperti bukan anak kita. Naudzubillahi Minzalik.

Semoga Allah swt sentiasa menetapkan diri kita dan keluarga kita di dalam petunjukNya serta jadikan kita sentiasa suka memperbaiki diri kita. 

Salam Sayang.

Dr Hj Azizan Osman 
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

*************************************************************

Artikel di atas ialah hasil nukilan Dr. Hj Azizan Osman yang MF dapat dari Newsletter E-mail beliau. MF kongsikan di blog ini, sebagai renungan dan munasabah diri kita sebagai ibu bapa. Bab agama, ibu bapa lah orang yang berhak mencoraknya, bukannya harapkan ustaz ustazah di sekolah. Didiklah anak erti raya yang sebenar... bukannya jadikan anak mata duitan dengan mengharapkan ganjaran duit bila berbuat sesuatu. 

Pengalaman Dr. Hj Azizan Osman itu sama lah dengan pengalaman MF sebagai pendidik di sekolah.  Usia dah masuk 14 tahun, tapi masih ada yang tak tahu mengucap, tak tahu surah lazim, bahkan bacaan rukun dalam solat pun masih ada yang tak ingat dan tak tahu baca.

MF tak mampu nak ajar sekumpulan kecil golongan pelajar ini, tapi usaha juga bagi dam dan ajar semampu mungkin.  Selebihnya,  peranan ibu bapa lah untuk mendidik ilmu agama di rumah.  Situasi ini buatkan MF sendiri terfikir,  dan pedoman buat MF yang juga ada anak untuk dididik.

Renungan dan muhasabah diri bersama. ..

Keaiban Yang Paling Besar!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seorang murid bertanya kepada Ustaznya,

Murid : Ustaz, kenapa ye begitu senang kita melihat kesalahan orang lain, tapi untuk muhasabah terhadap dosa sendiri itu sukar?

Ustaz : Begini, kamu lebih mudah melihat wajah orang lain atau wajah sendiri?

Murid : Tentulah wajah orang lain.

Ustaz : Begitu juga dgn dosa, kita manusia terkadang lebih suka melihat dosa orang lain tapi sukar melihat dosa sendiri. Kita boleh melihat wajah sendiri melalui sebuah cermin yang bagus. Kita boleh melihat kesalahan kita sebelum mengata kesalahan orang lain melalui cermin.

Murid : Apa cerminnya ustaz?

Ustaz : Cerminnya adalah sifat rendah hati. Ketika kamu rendah hati, kamu akan malu meyalahkan orang lain sementara kamu sendiri melakukannya.

Motivasi: Segalanya Untuk Kamu!

Segalanya untuk kita...
Semakin tinggi dan besar ujian...
Semakin besar dan tinggi juga 'darjat pangkat' kita disisi Allah.

Jadi, syukur selalu...
Ketika Allah menguji kamu...
Kerana Allah tahu...
Apa yang terbaik untuk kamu!


22 Julai 2015

WW | Tips Ambil Gambar Untuk Nampak Kurus!

Sumber: Facebook

Tips terbaik ni untuk kelihatan kurus di hari raya atau hari bahagia... Hehe...

Lepas raya, mesti dah naik la kan... Cheq la juga tak naik... Hehe...


Gajah Pun Kena Fitnah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam dapat satu gambar yang pernah dikongsikan kat facebook.. gambar gajah berlegar ditepi jalan... Dalam caotion gambar tu hanya tulis, hati-hati je.

Lepas tu malam tadi, dapat pula gambar yang sama.. tapi caption lain pula.. "hati-hati, gajah mengamuk di Banding, Perak" siap tunjuk gambar lagi... fuh,,, dasyat gambar tu.. kereta Myvi hancur... tapi rasa pelik..kenapa tak keluar kat berita kan...


Buat biasa je la, MF memang tak la kongsikan gambar tak sahih camtu.. sekali baca berita kat Metro. Rupanya, viral tu palsu je.. pihak polis dan pihak bomba pun sahkan tak terima pun berita. Jabatan Perhilitan pun tak terima apa-apa berita pun. Lepas tu, Pihak bomba sahkan gambar kereta yang kemalangan tu, bukan kena serang gajah, tapi terbabas akibat jalan licin.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit. 
Jurucakap PERHILITAN negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung sebarang kejadian itu. 
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah itu.“Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,” katanya. (Sumber: Harian Metro)

Ya Rabbi... teruk betul zaman fitnah sekarang ni.., sampaikan gajah pun kena fitnah... kesian gajah tu.. kalau dia reti cakap, mau dia mengamuk betul-betul nanti...Gajah kalau kita tak ganggu dia, dia ok je.. jangan ganggu dan cakap besar dengan dia.. dia ok je sebenarnya.  

Itulah zaman internet sekarang ni, semua berita yang diterima jangan percaya bulat-bulat... kena selidik, kena tapis dulu sebelum sebar.., kalau tak kita pun jadi penyebar fitnah juga,.. sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh

WW | Hak Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan Atau Swasta!

Info untuk semua...
Terutama ibu-ibu muda...
Ini hak kita sebagai pesakit di wad bersalin atau maternity ward...
Kena tahu...Dan ambil tahu... Dan guna hak itu kena pada masanya...
Polisi ni memang ada di hospital tak kira kerajaan atau swasta.. 


Berapa Orang Anak Dah???

Bila tengok gambar ni... Memang setuju sangat-sangat... Sebab mengalaminya dah... Kita relax je dapat dua anak perempuan... Tapi orang sekeliling kita fikir kita nak anak lelaki kan...

Dah macam satu kemestian pula...kalau dapat anak mesti kena sepasang...  Apa masalahnya kalau semua lelaki atau semua perempuan... Sebab tu semua kerja Allah...

Kita ok je tapi orang pula sebaliknya kan... Realitinya begitulah... Tambah waktu ziarah raya ni... Memang senyum dan sabar je la kan...


21 Julai 2015

Cornflakes Bermadu Bersama Badam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lepas raya baru ada semangat nak buat kuih raya... Hari ni tak kemana pun... Simpan tenaga untuk kembali kerja esok... Sambil-sambil cari mood untuk kembali kerja...  

Encik somi la...semangat nak buat... Siap pergi kedai beli bahan tambahan...  
Bahan yang sedia ada cornflakes dan madu... Tambahan badam je...
Biskut yang paling mudah dan senang kan.. Cornflakes madu... Cuma kami tambah badam je... Penambah seri... 

Cukuplah enam jenis kuih buat hidangan tetamu yang datang... Entah sape entah nak datang... Hehe... Jemputlah ye..sesiapa nak datang... Tapi bagitau dulu... Hehe

Rawatan Nebulizer Semulajadi Untuk Pesakit Asma!

Balik dari kampung bawa balik Asma...
Biasalah cuaca kampung kan...
Sejuk semacam...

Balik ke KL asma bersisa...
Tapi, Alhamdulillah.. Anak-anak dan suami makin sihat dah...

Semalam... Semput teruk juga...
Inhaler sebagai teman...
Setiap 15 minit sedut je..
Dah fikir nak pergi Nebulizer kat hospital...  Tapi malas.. Haha..

Masa tu la terfikir nak buat Nebulizer sendiri, semulajadi kat rumah...

Lepas selesai solat Asar, terus jerang air satu periuk... Bila air mendidih... Ketuk 5 ulas bawang putih dan titiskan 7 titik minyak kelapa dara dan habbatus sauda.

Siap bahan-bahan.. Terus wapkan kat muka... Sedut dan hembus macam buat Nebulizer kat Hospital tu juga...

Lima minit buat.. Terasa lapang dada.. Rasa lain... Teruskan lagi lima minit seterusnya... MF ulang dalam setengah jam camtu...

Kalau dalam masa setengah jam tu, bau wap hilang, tambahlah lagi bawang putih dan minyak habbatus sauda tu...

Alhamdulillah... Lepas buat terus keluar segala lendir dari peparu... Rasa lega sikit... Nak lagi berkesan kena ulang banyak kali dan selalu buat...

Alhamdulillah... Rasa lega sikit.. Cuma batuk je bersisa semalam... Semput jadi, sebab batuk dan gatal tekak je... Kalau tak batuk, ok je...

MF hidap Asma dari bayi lagi... Jadi, sedikit sebanyak pengalaman tu MF tahu la.. Rawatan awal untuk pesakit asma bila diserang asma...yang biasa mak MF buat ialah tinggikan bantal... Kalau boleh tidur pun dalam keadaan separa baring... Sapu vick atau jelum air di dada...

Biasanya asma terjadi sebab cuaca panas dalam...tapi sejuk diluar... Selain tu, debu, habuk atau bulu kucing juga penyebab utama asma...

Sangat sikit penyebab asma dari aspek pemakanan... Tapi bagi pesakit asma tetap kena pantang makanan yang sejuk seperti ais, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Makanan berangin pun kena pantang juga macam nangka, durian, pulut, tebu, kobis dan lain-lain ikut kesesuaian badan.

MF rela tak makan dari sakit... Macam durian, MF langsung tak makan sejak kena serang teruk masa tingkatan lima. Biarlah... Dari sakit kan... Memula dulu terasa la juga bila tengok orang makan, sekarang dah tak rasa nak makan...

Itulah pengalaman MF sebagai penghidap pesakit asma...  Moga berguna untuk yang ada asma atau anak-anak yang hidap asma.


Tip: Urutan Untuk Berhenti Merokok!

Petua ni MF printscreen dari facebook... 
Petua mudah bagi perokok yang dalam usaha nak berhenti merokok...

Yang utama sekali kena betulkan niat dan kuatkan semangat dan jangan beralasan!

Urutan tu nampak mudah... Isteri pun boleh tolong buatkan jika si suami dah berniat nak berhenti merokok tu kan... Cubalah...


Adab Menjadi Tetamu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Syawal ni, ramai yang hidupkan kembali amalan ziarah menziarahi. Alhamdulillah, satu amalan yang mulia dan dituntut dalam Islam. Walau bagaimanapun, Adakah kita menjaga adab kita sebagai tetamu? Adakah kita mendidik anak-anak kita menjadi tetamu yang beradab. Ada beberapa adab kita sebagai tetamu, menurut hadis Rasulullah s.a.w:

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah." [Riwayat:  At-Tabrani]

Huraian Hadith: 
  1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
  2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
  3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:
    • Memberi salam terlebih dahulu
    • Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
    • Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
    • Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
    • Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
    • Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
  4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya. 
Sumber: JAKIM


Ini antara adab yang dianjurkan dalam Islam. Banyak lagi adab lain seperti, tidak mengumpat, tidak bertanyakan soalan sensitif, ajar anak beradab di rumah orang. Tegur dan kawal anak sendiri..jangan sampai tuan rumah tarik muka. Adab-adab ini jika kita jaga..insha Allah..ukhwa terpelihara.