07 Jun 2015

Persiapan Menjelang Ramadhan!

Sumber: google images

Syaaban: Pecutan persiapan Ramadhan🌙

1⃣ Persiapan iman.
🌸Segera bertaubat dari semua dosa.
🌸Memperbanyak doa agar diberi umur panjang sehingga bisa menjumpai bulan Ramadhan.
🌸Memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban agar terbiasa secara jasmani dan rohani.
🌸Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an.
🌸Meresapi kelezatan shalat malam.
🌸Meresapi kelezatan dzikir dengan menjaga dzikir setelah shalat, dzikir pagi dan petang, dan dzikir-dzikir rutin lainnya.
🌸 Mengulang hafalan alQur'an

2⃣ Persiapan Ilmu
🌸Mempelajari hukum-hukum fiqih puasa Ramadhan
🌸Mempelajari rahasia-rahasia, hikmah-hikmah, dan amalan-amalan yang dianjurkan atau harus dilaksanakan di bulan Ramadhan.
🌸Mempelajari tafsir ayat-ayat hukum yang berkenaan dengan puasa.
🌸Mempelajari buku-buku akhlak yang membantu menyiapkan jiwa untuk menyambut bulan Ramadhan.

3⃣ Persiapan dakwah, meliputi:
🌸Menyiapkan materi-materi untuk kultum, taushiyah, ceramah.
🌸Membuat serlebaran, brosur, pamflet, majalah dinding, buletin dakwah dan lembar-lembar dakwah yang mengingatkan kaum muslimin tentang tata cara menyambut Ramadhan.
🌸Mengadakan daurah pengisian tentang Ramadhan.

4⃣ Persiapan Keluarga.
🌸Menyiapkan keluarga untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan mengenalkan kepada mereka persiapan-persiapan yang telah disebutkan di atas.
🌸Membiasakan mereka untuk menjaga shalat lima waktu, shalat sunnah Rawatib, shalat dhuha, shalat malam (tahajud dan witir), dan membaca Al-Qur’an.
🌸Memberikan taushiyah /kultum harian jika memungkinkan.
🌸Meminimalkan hal-hal yang melalaikan mereka dari amal shalih seperti muzik dan lagu-lagu jahiliyah, menonton TV.

5⃣ Persiapan Harta
🌸Menyisihkan sebahagian harta untuk sedekah di bulan Ramadhan khasnya.

6⃣ Persiapan Mental
🌸Menyiapkan tekad yang kuat dan sungguh-sungguh untuk membuka lembaran hidup baru dengan Allah SWT, sebuah lembaran putih yang penuh dengan amal ketaatan dan berisi sedikit amal-amal keburukan
🌸Berazam membuat hari-hari kita di bulan Ramadhan tidak seperti hari-hari kebiasaan kita di bulan lain yang penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan
🌸Meramaikan masjid dengan ibadah2.
🌸Membersihkan puasa dari hal-hal yang merosak pahalanya dan perbuatan lagho.
🌸Menjaga dan membiasakan sikap lapang dada dan pemaaf.

7⃣ Persiapan Jihad
🌸melawan hawa nafsu dr kebiasaan-kebiasaan buruk.
🌸Membiasakan lisan untuk mengatakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat
🌸Mencegah hawa nafsu dari keinginan untuk melampiaskan kemarahan, kesombongan.
🌸Membiasakan diri untuk hidup sederhana.
🌸Melakukan muhasabah (introspeksi) harian.


Homemade Heat Press Printing!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Homemade Heat Press Printing!  | Alhamdulillah, bisnes usaha sama suami isteri ini, bergerak selangkah lagi ke hadapan. Dari Homemade Sticker yang mengeluarkan sticker cutting, kini bertambah dan berkembang lagi dengan produk baru iaitu heat press printing.

Heat Press Printing adalah cabang produk terbaru keluaran Homemadesticker. Antara produk Heat Press Printing yang kami buat ialah:

Printing T-shirt (T-shirt Muslimah, Tshirt Cotton dan Jersi)
Ini contoh printing pada kain jersi sebagai cenderamata

Printing Puzzle

Printing Mouse Pad

Printing Label Sticker
Ini contoh printing sticker event untuk ditampal pada kereta.

Printing Mug

Button bagde

Ini antara produk terbaru kami.. tempahan telah dibuka... jika berminat boleh saja PM di Page Utama kami (Homemadesticker) atau whatsapp : 0192732794.

Moga bisnes terus maju dan diberkati Ilahi...

Wahai Suami! Jangan Ingat Nikah Tu Mudah!


Musim cuti sekolah ni kan... Pasti ramai yang berkahwin... Alhamdulillah... Perkahwinan sangat dituntut dalam Islam... mengembangkan zuriat dan keturunan serta menambahkan silaturrahim.. Tapi ingat para suami... nikah tu tak semudah di sangka.. 

Jangan jadi suami dayus dihari pertama perkahwinan!!!
Membiarkan aurat isteri dipertontonkan oleh orang ramai di hari bahagia anda... Suami boleh tentukan baju yang sesuai untuk isteri di hari perkahwinan... 

Dalam berkahwin, carilah berkat Allah... Insha Allah berkat Allah membawa bahagia selamanya. 



P/s: Sedih bila ada yang faham hukum dan agama tapi tetap lupa hal sebegini pabila waktu berkahwin.. Sederhana itu lebih indah... walaupun tak gah di mata manusia, tapi penuh barakah di sisi Allah.. 
PROMOTE | GMBM 1st GIVEAWAY 2015

PROMOTE | GMBM 1st GIVEAWAY 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


PROMOTE | GMBM 1st GIVEAWAY 2015 | Assalamualaikum !! Alhamdulillah dengan rasa rendah diri dan besar hati,kami dari Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM] ingin mempromosikan segmen sulung Belog Projek GMBM iaitu GMBM 1st GIVEAWAY 2015. Kami mengalu-alukan penyertaan rakan blogger seramai yang boleh.

GMBM 1st GIVEAWAY 2015 menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan untuk di menangi di taja khas oleh ahli GMBM sendiri bernilai lebih dari RM 500. Memang berbaloi menyertai segmen ini.  Syarat penyertaan yang kami buat untuk segmen ini juga adalah syarat rutin setiap segmen untuk blogger.

Detail segmen : GMBM 1st GIVEAWAY 2015
  • Mula: 10 Mei 2015 [12.30 tengah malam]
  • Tamat: 7 Jun 2015 [12.30 tengah malam]
  • Cadangan entri: coypaste dari entri segmen ATAU hasilkan entri kreatif sendiri
  • Senarai hadiah
Nak JOIN? Klik Banner--------------.
.
.
.
.
.
V
http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html
http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html


Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy,  Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja,Fara, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza

10 Sumber Ketenangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amalkan 10 Perkara ini untuk capai ketenangan di hati..
Wajah yang gembira tak semestinya hatinya tenang,
tetapi hati yang tenang pasti mempamerkan wajah yang gembira dan ceria... 

06 Jun 2015

Nuffnang: CPUV Awal Jun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Walaupun seminggu sekali je up pasal nuffnang ni.. Nuffnang tetap tak mengecewakan. Alhamdulillah.. setiap kali check earning adalah peningkatan, walaupun tak banyak. 

Syukur dengan apa yang ada...Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. 

Rezeki di awal Jun, tiga iklan berganda... jadinya ada 9 CPUV kesemuanya... Alhamdulillah... Syukur, tambah la sikit tabungan untuk kakak dan adik... 

Terima kasih nuffnang, 
terima kasih buat semua blogger yang rajin menabung di sini... 
MOga kalian juga dilimpahi rezeki.. ameen..

Pengomen Setia Mei

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lambat keluarkan senarai top komentor bulan ni.. maklumlah.. cuti sekolah.. masa untuk keluarga.. blog sedikit terabai...

Baiklah, jom lihat siapa yang terpilih dalam top komentor bulan Mei...

Azhafizah Md Nor (64)
Cikgu Norazimah (60)
Khir Khalid (27)
Athirah Diyana (22)
suhailah hamid (20)
Siti Rohaida Yusof (17)
Mohamad Khairil (17)
Farah Waheda Wahid (15)
Kathy R'bain (14)
Cik Ash (14)
Eka Tikah (13)
NURUL AQIDAH AZAHAR (13)
Diana Rashid (13)
Afidah Azmi (13)
Mad Parihh (11)


Mereka lah 15 blogger yang setia mengomen di sini... Tahniah semua...
Terima kasih juga buat semua yang datng singgah, baca dan juga anonymous ya..
tanpa sokongan anda.. apalah makna blog ni kan... 

05 Jun 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Sate: Lain Tempat Lain Rasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sate: Lain Tempat Lain Rasa! | Satu makanan yang MF rasa pelik bin ajaib ialah sate... sebab apa.. resepi sate ni sama je.. tapi rasanya boleh jadi lain-lain pula di berlainan tempat dan berlainan orang yang membuatnya.

Contohnya, MF bandingkan dua sate ni...

Johor 
Sate ni ialah sate yang diusahakan oleh seorang mama blogger di Kota Tinggi, Johor iaitu Blogger Kathy R'bain. Cuti Hari Pekerja yang lepas, MF balik Johor.. dan ada sedikit masa, buat temu janji nak jumpa Kak Kathy.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan... MF berjumpa kak kathy di gerai jual sate dia... Kak Kathy mengusahakan sate ni bersama suaminya... Kat mana lokasinya??? Di Food Court Kota Tinggi...berhampiran Pizza Hut dan Hotel Seri Kota. Boleh rujuk entry di blog kak kathy... 

Alhamdulillah, dapat jumpa kak kathy... dan masa balik, kak kathy bekalkan satenya sebagai buah tangan kami... Alhamdulillah.. dapat merasa sate kak kathy... Selepas suami merasa, perkataan pertama yang keluar dari mulut suami ialah "SEDAP!". Maknanya sedap la tu.. sebab orang lelaki tekaknya berbeza kan.. kalau tak sedap, maknanya tak sedap la tu.. tapi dia puji walaupun pertama kali rasa.. maknanya betul la tu sedap!

MF rasa pun lain... sedap sate Kak Kathy ni... rempahnya terasa sampai ke dalam daging.. kuahnya pun sedap... Memang berbeza rasanya dengan yang lain.. Jadi, MF dah tahu la port terbaik kalau nak merasa makan sate... memang serbu sate kak kathy la jawabnya bila balik Johor. Harga pun masih murah... Masa MF pergi harganya RM0.50 secucuk. Rugi kalau siapa ke Johor tak rasa nih... Jangan lepas kan peluang tau! Blogger Popular Aku Penghibur a.k.a Acik pun pernah merasa sate kak kathy ni tau.. Boleh baca review Acik di SINI.



Bentong

Ini pula sate pilihan MF pabila kami jenjalan ke Bentong, Pahang. Gerai sate ni menjadi pilihan MF dan suami sejak dulu... Suami MF la perkenalkan pada MF sebab selama 9 tahun dia bekerja di Bentong... Gerai sate ni terletak betul-betul di Corner Pekan Bentong, berhampiran KFC Bentong. Rasanya sangat berbeza dengan sate Kak Kathy... Tapi sedap... Kuahnya pun rasa lain... Harga sate ni RM0.60 secucuk...

Satu lagi gerai sate pilihan MF ialah berdekatan dengan rumah sewa MF di Kuala Lumpur. Iaitu di Jalan Gombak... Lokasinya dekat dengan bengkel tayar Continental... bertentangan dengan Sen Heng. Sedap juga satenya... Tapi, rasanya berbezza dengan Sate Kak Kathy di Johor dan Sate Corner Pekan Bentong di Pahang. Harga sate ni RM0.70 secucuk... masih murah jika nak dibandingkan dengan gerai sate yang lain di KL ni... Kami dah macam pelanggan tetap dah... kadang dapat la diskaun bila beli banyak.

Ini antara sate pilihan MF.. tiga perbandingan, tiga rasa yang berlainan... Rahsianya??? MF pun tak tahu.. tapi rasanya bahan asas membuat sate sama je kan.. itulah mungkin kuasa air tangan kan.. lain tangan, lain rasanya... Bagi yang nak JJCM, boleh la cuba ya... 

Gempa Bumi Di Sabah | Peringatan Besar Di Hari Jumaat!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Terkejut juga bila dapat tahu, berita pasal gempa bumi yang melanda Sabah pagi Jumaat 5 Jun 2015...

Berita pertama MF terima adalah dari rakan group whatsapp... Lepas tu lihat kawan MF di Sabah pun update... Jadi betullah... Gempa bumi berlaku di Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi...

Gempa bumi pada 6.0 skala ritcher tu menggegarkan sabah... Dan dilaporkan gegaran tu berlanjutan dengan gegaran kecil sehingga jam 9.45 pagi...

Allahu Akbar... Gempa bumi berlaku pada hari Jumaat, maknanya peringatan Allah pada Hari Jumaat...

Padahal, kita tahu Malaysia bukan dalam lingkaran api... Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya... Kun Fayakun... Peringatan Allah buat kita semua..

Kiamat dah hampir... Tapi masih ramai yang lalai dengan dunia...


Hadith Rasulullah SAW tentang kiamat:

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (yang bererti) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Sunnah Rasulullah s.a.w Dalam Kehidupan Seharian!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)










Banyaknya sunnah Rasulullah s.a.w

Mudahnya nak dapatkan pahala kan... 
Jom amalkan..
Jika tak mampu lakukan semua, jangan tinggalkan semua... 

Selamat beramal...

04 Jun 2015

Amalan: Empat Qul

Amalan dan ayat mudah untuk dihafaz...
Banyak kelebihannya... Terutama terkenal sebagai ayat pelindung dari gangguan jin dan iblis.

Jom amalkan selalu...


Latih Anak Belajar Tanpa Suruhan dan Paksaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak dah besar, baru tahu... Rupanya setiap perkembangan anak tu unik dan memang fitrah yang Allah dah tentukan... 

Setiap hari bila lihat perkembangan si anak... Baru tahu bahawa anak belajar secara fitrah sebenarnya.

Pada usia 1-4 tahun kita tak perlu paksa anak belajar... Anak akan belajar secara fitrah... Kita mungkin perlu ajar, tapi tak perlu terlalu ghairah nak anak cepat pandai... 

Ada ibu bapa yang paksa anaknya belajar ABC, 123 dan buat kelas khas untuk anak cepat belajar... Tapi sebenarnya ada kesan negatif juga... Anak cepat bosan bila dah meningkat remaja... Dan dia baru fikir nak main bila ke sekolah... 

Jadi, latih dan ajar anak ikut usia... Dia belajar sendiri ikut usianya tersendiri... Pendekatan belajar sambil main lebih praktikal... Kerana itu, pembelajaran di Barat banyak berasaskan video dan tari menari... Anak-anak terhibur dan dalam masa yang sama belajar... 

Jangan terlalu obses nak anak pandai cepat... Tengok anak orang pandai baca ABC umur dua tahun kita pun nak anak kita macam tu... Hentikan budaya berlumba sebegitu... Kerana kesian kat anak tak dapat nikmati zaman perkembangannya secara alami dan fitrah dia sebagai kanak-kanak. 

Perbanding ada kebaikan, tapi jika terlalu nak dibandingkan boleh bagi kesan negatif juga... Setiap anak tu istimewa walaupun adik beradik... Perkembangannya tak sama... Jadi, nikmati perkembangan setiap anak secara fitrah... Ajar dan biar dia belajar secara fitrah..

MF tak tuduh yang bukan-bukan ye pada ibu bapa yang hantar anak ke tadika atau taska seawal usianya... Cuma sebagai ibu bapa... Kita biarkanlah anak tu membesar dan belajar secara fitrah tanpa suruhan dan paksaan tapi gunakan teknik pertolongan dan juga ajakan... Insha Allah... Setiap ibu bapa nak yang terbaik.. Terpulanglah kepada cara masing-masing... MF hanya berkongsi pengalaman peribadi... 

Gambar atas: hasil kakak sambung titik-titik... Tak pernah ajar, tapi rupanya dia reti buat sendiri... Dulu ajar... Dia tak ikut...rupanya bila sampai usia dia, dia akan dapat kemahiran tu sendiri... Inilah pembelajaran secara fitrah...

Gambar bawah: Hasil lipatan kakak... Tak pernah ajar... Tapi dia lihat macam mana kita lipat.. Tak pernah suruh tapi ajak dia buat sama-sama... Upahnya, hanya ucapan terima kasih... Itu galakan agar dia buat sesuatu... Jangan terlalu kerap beri galakan dengan barang atau benda...

12 Tanda Ikhlas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



12 Tanda Ikhlas! | Ikhlas, salah satu sifat mahmudah... Yang susah dimiliki dan susah juga untuk dijaga... Bukan mudah nak ikhlas...kerana sifat manusia yang sukakan ganjaran dan pujian dalam melakukan sesuatu... Namun, ada beberapa tanda...untuk kita ketahui bahawa sesuatu perbuatan itu ikhlas atau tidak... 

Tanda seseorang itu ikhlas:
  1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita.

  2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.

  3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.

  4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.

  5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.

  6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.

  7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.”

  8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.

  9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.

  10. Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, kalau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat.

  11. Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.

  12. Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Untuk kita dapat tahu kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati.

Ikhlas ibarat semut hitam yang berada diatas batu hitam di malam yang gelap pekat... Maknanya, susahnya nak dikatakan ikhlas tu... Hanya Allah sahaja boleh nilai ikhlas yang sebenar-benarnya.... 

03 Jun 2015

WW | Female Dictionary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kena fahami bahasa wanita... 
Diorang ni suka cakap terbalik...

Lelaki pula lebih straight to the point...
Tu sebab la selalu terjadi misscommunication... Hehe... 

Penggemar Kopi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Empat jenis kopi yang menjadi amalan MF dan suami... 

Amalan tu tak bermaksud setiap hari minum... Bila terasa nak minum... Inilah stok kopi yang MF dan suami minum... 

Nescafe dan segala jenis kopi campuran di pasaran bukan jadi pilihan... Kecuali keluaran Power Root... 

Kopi susu kambing bioasli dah lama MF amalkan.. Kelebihan susu kambing Madu Bioasli ni... Memberi tenaga dan juga milkbooster untuk MF yang menyusu badan... Kawan MF pun amalkan juga...untuk redakan migrain... Alhamdulillah dengan izin Allah. 

Kopi Red Guara tu, baru tahun lepas MF cuba... Serasi juga.. Suami yang de migrain pun boleh minum.. Sebab orang de migrain ni tak semua kopi dia boleh minum... Red Guara ni pun sama je kesannya dengan Kopi Bioasli tu... Kalau takde yang Bioasli, MF minum Red Guara Kopi keluaran DCL.

Kopi Ali Cafe, suami MF yang minum... Tak kerap... Sesekali terasa nak minum... Tapi Abang MF pengamal kopi nih... Setiap hari dia minum... Dah kira macam supplement dia la juga tu... 

Mineral Coffee MF baru beli... Teruja nak cuba... Katanya banyak khasiat... Insha Allah... Nanti kita kongsikan lah kesannya... 

MF minum kopi kengkadang je... Nak minum kopi kampung tapi failed betul nak bancuhnya... Hehe... Jadi, beli je yang pek segera camni... 

Bila bulan Puasa jarang minum... Sebab kopi kan panas... Kalau minum kopi kena banyak minum air... Supaya badan boleh proses dengan baik... 

Bagi penggemar kopi.. Mesti nak minum juga walaupun seminggu sekali... MF minum juga waktu mengandung... Hehe... Sebab dah nama pun penggemar kopi... Kena minum juga...cuma tak kerap... Dari kecil minum kopi, bahkan mak MF pengusaha kopi kampung... Jadi, mau anaknya ni tak jadi penggemar kopi kan... 

Benarkah kopi banyak mendatangkan kesan buruk??? Nak tahu jawapannya, BACA SINI...

WW | Tudung Labuh!

Tudung labuh tak bermakna baik...
Tapi kerana Allah yang suruh...

Tudung labuh bukan nak tunjuk warak...
Tapi kerana Agama yang perintah...

Tudung labuh bukan hak ustazah...
Tapi hak semua yang bergelar Muslimah...


02 Jun 2015

Buatlah Walau Terpaksa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siang tadi... Ada sedikit luahan seseorang di facebook... Bukan main marah lagi dia kepada seseorang yang menegur kerana tak bertudung... Katanya, cara teguran tu yang tak kena... Tak pasti apa masalahnya kan... Tapi, biasalah manusia... Bila ditegur... Tegur baik pun kata salah bila hati gelap dan ego kuasai diri... 

Buang ego dan terima kebenaran... Tutup aurat tu wajib... Tak boleh nak elak...kena usaha untuk tutup aurat... 

Buatlah walau terpaksa... Kerana selepas keterpaksaan itu, Allah pasti akan lembutkan hati... Insha Allah... Alaahhh... Macam kita tengok drama Melayu la kan.. Kahwin paksa... Mula-mula tak suka... Akhirnya sayang kan... Gitulah... 

Hidayah Allah Mahal sangat... Banyak duit macam mana pun kita tak mampu nak beli hidayah Allah... Jadi, kena usaha... Tak boleh tunggu... 

Usahalah..mohonlah hidayah Allah..  Berkawanlah dengan orang yang baik-baik...buang ego.. Letakkan tujuan utama...akhirat dan syurga melebihi segala yang lain... Letakkan dunia ni d telapak kaki sahaja... Kerana yang adaa di dunia tak kan kekal selamanya... 

Berdoalah... Usahalah... Tawakallah dan Istiqamahlah... Moga Allah rahmati segala usaha kita ... Insha Allah... 

Free Drypants Dari Drypers Club Malaysia!

Alhamdulillah... Sampai sudah... Sample percuma Drypants dari Drypers Club Malaysia...

Dalam dua minggu juga baru sampai... Drypers Club ni dah lama juga MF join.. Asalnya sebab nak kumpul point je... Tapi rupanya boleh juga minta sample percuma..  Terus la MF apply...

Point terkumpul pun dah banyak... Tapi tak tahu nak tebus apa.. Kumpul la dulu bagi banyak...

Selain tu, boleh juga join forum, chat dan community dalam tu... Dan dapat baca artikel-artikel menarik tentang anak dan ibu mengandung dari Kelab Drypers Malaysia...

Best la juga... Tak rugi pun join.. Semuanya pun free... Beli drypers anak, dapat juga kumpul mata ganjaran untuk ditebus kan...


Sebab Lelaki Perlu Bersabar Dengan Perempuan!

Hehe... Ada benarnya kata UAI ni kan... Perangai baby tak dapat dijangka... Emosinya mudah berubah... Jadi, lelaki kena banyak sabar...

Tambahan pula, wanita akhir zaman yang berusaha untuk jadi wanita solehah kan...


30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan! | Ramadhan hampir tiba... Bagi ibu-ibu dan isteri-isteri, mula memikirkan resepi juadah sepanjang Ramadhan kan... Zaman GST, tak boleh lagi nak harapkan bazar sepanjang sebulan... Perlu turun ke dapur.. Sehari satu juadah pun dah cukup.. Kerana Ramadhan, mengajar kita tak membazir dan besederhana dalam menikmati makanan dan rezeki Allah... Di sini, MF nak kongsikan 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan... Setiap hari, boleh cuba satu resepi... 


Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa
1.  Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 

Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
Cara memasak: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3.   Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4.   Masukkan pati santan dan udang. 
5.   Masak hingga naik bau. 


Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2.  Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3.   Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4.   Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 


Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 

Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
Bahan-bahan B: 
Cara memasak:
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 

5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 

1.     Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3.  Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4.  Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: 
1.       Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.


Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 
1.      Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2.      Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3.      Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4.      Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5.      Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6.      Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
Sedikit serbuk kunyit 
4 biji bawang merah ] 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
Biji sawi 
gula sikit 
garam secukup rasa 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 
1.      Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
2.      Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
3.      lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).


Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) 
rencah ayam/udang/sotong 
sos tiram 
garam secukup rasa 
6 biji cili api 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 
1.   Tumiskan bawang putih dan cili api. 
2.   Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 
3.   Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 
4.   Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 
5.   Masukkan sayur2 an dan mee. 


Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
3 sudu sos tiram 
3 sudu sos cili 
3 sudu cili yang dah diblend 
7 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih yang agak besar 
sepotong halia 
sebiji telur 
garam 
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 
bawang besar 
1.    Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 
2.    Masukkan secawan air 
3.    MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 
4.    Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
5.    Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 
6.    Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 


Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan: 
Cara memasak:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 

1.    Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2.    Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3.    Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. 

Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
1.    Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
2.    Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
3.    Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau. 


Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan 
Cara memasak:
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam 
bhn utk dikisar 
1.       Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
2.       Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
3.       Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
4.       Tuang atas ikan 


Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A: 
Bahan B: 
Bahan C: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) 
- di basuh bersih 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 
2 batang serai di mayang halus 
1 helai daun limau purut di koyak empat 
25 biji cili padi di mayang halus 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar sos minyak ikan 
sedikit ajinamoto 
1/2 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil gula 
10 biji limau kasturi 

Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 


Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 
Cara:
3 keping ikan kurau 
1 biji liamu purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 
1.    Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2.    Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3.    Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4.    Hidangkan bersama roti atau nasi. 


Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 
Blenderkan Halia 
3 inci Bawang merah 
6 ulas Cili api 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah - 2 btg (dipotong) 
Bunga kubis - 150 gram 
Putik jagung - 2 bungkus 
Tomato - 3 biji (potong 4) 
Bawang besar - 3 biji (potong 4) 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air 
Garam 
Bahan perasa - jika berminat 
1.    Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2.    Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3.    Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
4.    ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5.    Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
6.    Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7.    Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8.    Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9.    Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 

Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 

1.       Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2.       Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3.       Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4.       Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5.       Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6.       Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7.       Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Mee Rebus 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 paket mee kuning - celur 
Bahan sayuran: 
50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua 
Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah 
1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2.    Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3.    Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
4.    Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
1.   Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2.   Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3.   Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4.   Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 

1.    Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. 
2.    Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3.    Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4.    Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 

Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 
1.       Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2.       Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3.       Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4.       Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.


Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak 
1.       Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2.       Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3.       Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4.       Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5.       Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6.       Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7.       Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8.       Siap untuk dihidang.
Tips: 
1.       Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. 

Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 

1.    Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2.    Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3.    Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4.    Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 

Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka. 

1.       Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
2.       kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
3.       Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
4.       Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
5.       Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
6.       Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
7.       Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8.       Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
9.       Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
10.   Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
11.   Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... 

Soto Ayam 

Bahan A 
Bahan B 
Bahan c 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 

10 bijik bawang merah 

Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu. 
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula 
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
1.    Semua bahan A nie hendaklah direbus 
2.    Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

1.       Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
2.       Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3.       Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
1.    Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
2.    Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. 
3.    Sedia untuk dimakan .


NASI PAPRIK 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
1.       Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2.       Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.


Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 

1.    Didihkan air didalam periuk kukusan 
2.    Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3.    Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4.    Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
5.    Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6.    Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7.    Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A
Bahan B
Cara memasak:
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 

Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Cara memasak: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 


1.   Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2.   Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3.   Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4.   Masukkan sos tiram 
5.   Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6.   Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat.

Tips
1.   Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1.   Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2.   Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3.   Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4.   Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5.   Hidangkan.

Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan:
Cara memasak :
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis 

1.    Ikan talang direndam. 
2.    Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3.    Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu) 
4.    Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5.    Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6.    Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
7.    Siap dan boleh dimakan. 

Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit gaulkan 
Sedikit garam 
6 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat 
sedikit halia 
4 sudu besar biji ketumbar 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 
4 sudu besar cili mesin/cili boh 
2 asam keping 

1.   Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2.   Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3.   Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4.   Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5.   Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan 

Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

1.   Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2.   Bahan g tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3.   Kecutkan ayam vdengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4.   Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5.   Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6.   Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehlah ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia
cepat empuk.

Boleh la cuba satu persatu kan... Setiap hari satu, mesti menarik Ramadhan kali ni... Cukuplah sehari satu, banyak-banyak takut tak termakan dan membazir kan... Selamat mencuba...


Diedit dari Whatsapp Group