31 Mei 2015

Minyak Naik 10 Sen Mulai 1 Jun 2015!

Minyak petrol naik lagi.. Kecoh kat facebook... Nak gelak ke nak syukur ke nak hape ni eh...

Diam je la... Nak mengamuk pun tetap naik juga kan... Apa pun... Pandai-pandai la cari alternatif nak teruskan hidup di zaman yang mencabar nih...

Nampak gaya... Memang balik nek kete kecik je la balik raya kali ni... Naik viva 660 je la... Perdana pun kebetulan tak siap repair lagi... Jadi, kita peruntukan untuk viva je la... Kena modified bagi jadi MPV sikit... Selesa untuk anak-anak...

Cakap banyak tak guna gak... Kena la hadap walau macam mana pun kan... Huhu.. 

Moga Allah lapangkan rezeki kita semua ni... Usahalah cari rezeki yang halal... Dan teruskan usaha tanpa meminta...


Antara Masa Berblog dan Masa Keluarga!

Family time... Dan ofkos belog memang terabai... Ranking merudum dan segala statistik belog terancam.. .. Namun, itu tak perlu dirisaukan kerana keluarga melebihi segalanya... Belog boleh dibuat dua tiga... Tapi keluarga tiada galang gantinya...


Ada masa kita berblog ya... Dan blogwalking semua... Insha Allah...

Selamat bercuti... Dan selamat beristirehat bersama keluarga...


Belon Old School

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belon Old School | Budak tahun 90-an pasti pernah main belon old school ni.. dulu murah je belon ni.. sepuluh sen je.. dapat dua.. sekarang.. boleh kata murah juga la.. satu tiub tu sepuluh sen. 

Belon old ni, best juga sesekali main... Ajar si kakak main belon ni.. cuma la tolong dia tiupkan.. Walaupun sama cara main, tapi kualitinya dah tak sama... cecair belon ni dah kurang kualitinya.. tiup kejap je dah pecah.. dah tu cepat masuk angin...dah tak leh tiup lagi.. 

Pengalaman berharga kan... walaupun nampak old school tapi, permainan ni perlukan kemahiran untuk main.. guna minda dan juga tangan... Dulu, takde teknologi canggih, tapi sangat indah bila dikenang.

Berapa Kali Nak Maafkan???

Berapa kali nak maafkan orang kan... Jika asyik buat kesalahan yang sama...

Tapi berapa banyak kita minta maaf dengan Allah dan Allah tetap maafkan kita walaupun kita buat kesalahan yang sama...

Renungkanlah...


30 Mei 2015

Ranking Alexa | 30 Mei 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru sangat update pasal ranking alexa ni... Rupanya dah nak hujung bulan dah...

Jadi, jom semak ranking alexa blog:

Keputusannya:

Ranking Global : 443, 999
Ranking Malaysia: 3,816

Ranking global menaik dari 486 129 kepada 443, 999 tapi ranking malaysia yang menurun dari 3332 kepada 3816. 

Apa-apa pun selagi tanda anak panah tu hijau MF tak risau sangat... Normallah tu naik turun kalau blogger part time macam MF ni... Update blog setiap hari tapi ikut mood juga.. Ni cuti sekolah, mood mula nak down sikit... tapi tak tahu la camne nak update blog ni... ada mood dan idea, idup la blog ni.. kalau tak kita peram je diam-diam.. hehe... 

Ranking sebelum ini (15 Mei 2015) : Di Sini

Semak Ranking Alexa Anda DI SINI

Nuffnang: CPUV Di Akhir Mei!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Nuffnang: CPUV Di Akhir Mei! | CPUV bulan Mei ni tak semeriah bulan-bulan sebelumnya... Namun, Alhamdulillah, masih melekat kat blog MF ni... Rupanya boleh tahan juga CPUV di hujung bulan Mei, berderet juga... 

Nuffnang, masih mengekalkan iklan berganda dua dan tiga.. Kali ni, blog ini dapat 14 CPUV iklan dari empat pengiklan. Iaitu:

Insidious: Chapter 3
McDonald's Family [PC]
Maxis OnePlus One
Colgate 360 Charcoal Gold

Kesemua iklan ni, adalah produk popular dan kebiasaan bagi masyarakat Malaysia..

Terima kasih nuffnang..
Terima kasih para pengiklan..
Terima kasih blogger yang sudi datang menabung sini juga.. 

Terima kasih semua.


Minyak Wangi Kereta Yang Terlajak Wangi!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Minyak Wangi Kereta Yang Terlajak Wangi!!! | Sebelum ni untuk kereta MF guna Ambi Pur je... Tapi Ambi Pur pun dah mahal, dan tambah GST juga... Wanginya pun tak tahan lama pun...

Tapi kini tak lagi... Suami MF belikan minyak wangi kereta jenama EP Echo dari kawan dia.... sebotol RM10.. Tapi,, baunya serius terlajak wangi... tahan lama... antara wangian yang pernah guna, Lavender, Honey Dew (warna hijau) dan Vanila (warna merah)... antara ketiga-tiga ni.. Tapi MF suka wangian Vanilla .. kuat baunya... buka je penutup, satu rumah bau.. kalau letak kat dalam kereta lagi lah.. 

Minyak wangi ni tahan lama, sebabnya minyak wangi dalam botol kaca.. bila nak guna terbalikkan..biarkan minyak wangi tu meresap kat tali dan juga penutupnya... Jadi, jimat...dan walaupun letak kereta kat tempat panas, ia tak cepat habis... bila guna, baru terbalikkan minyak wangi tu. 

Memang wangi habis... rasa macam nak je dok dalam kereta. Yang wangian honey dew, kami letak dalam bilik... fuh,,, bau wangi buah... rasa lapar jee... Memang best la minyak la minyak wangi ni... Terlajak wangi... 

Jika ada yang nak beli, boleh la hubungi kawan suami MF ni... En. Zudin SEi (Klik Link ni, atau Cari di FB, nama ini)... Insha Allah, servicenya cepat je... 
Tips Panjang Umur dan Dilapangkan Rezeki!

Tips Panjang Umur dan Dilapangkan Rezeki!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Tips panjang umur dan murah rezeki yang didedahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Mudah dan simple pada zahirnya, tapi susah juga sebenarnya nak kekalkan.. Antara tipsnya ialah:

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. [Bukhari dan Muslim]

Huraian Hadith: 
  • Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan dipanjangkan umur.
  • Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
  • Hadith ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.
  • Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.

Sumber: JAKIM

Cubalah pelihara hubungan baik sebaik mungkin... bukan mudah..tapi cubalah jadi orang yang positif dan rendah egonya, agar hubungan silarurrahim kekal terpelihara.

29 Mei 2015

Tantrum Bagai Dirasuk!!!

Pengalaman berharga buat MF yang bergelar ibu... Pengalaman buat suami sebagai bapa kepada anak yang sedang membesar...

MF kongsikan pengalaman ni untuk panduan buat ibu bapa lain juga... Bersedia dengan anak yang makin membesar ni... Makin besar makin kuat dan makin banyak kena sabar...

Si kakak yang menginjak usia 4 tahun... Hari ni MF ada sambutan hari guru sampai ke petang... Lepas balik dari sambutan dan jamuan... Si kakak dah mula eksited nak buka hadiah-hadiah yang MF dapat..tak banyak mana pun... Tapi nampak dengan si kakak dia mula nak buka...

Layankan saja... Lepas dah buka... Dia mula nak itu dan ini... Paling dasyat...bila si kakak tantrum bila MF tak penuhi keinginannya nak beg kertas, nak buat main la tu... Memula cakap baik-baik je... Tak jalan juga... Mula tunjuk rotan... Biasa kalau tunjuk rotan, dia dah berhenti... Tapi kali ni tak... Mula geram juga... Suami pun naik geram... Makin teruk dia... Cakap baik-baik, pujuk semua tak jalan juga... Ajak mandi... Tak nak... Makin menjadi tantrum dia..

Mula terpikir... Agaknya ada "benda" la ni.. Petang-petang...time guruh, kilat, angin dan hujan lebat pulak tu kan.... Bila MF sebut ada syaitan ni.. Minta suami bagi minum air Yassin.. Dia tolak...dan terus menangis, jerit dan MF tak pernah lihat dia jerit nyaring macam tu...

Lepas dia tolak tu... Suami minum air Yassin...baca ayat Quran dan terus sembur kat muka dia... Terus dia jerit nyaring... Macam sakit sangat... Lepas tu... Terus diam, ajak mandi... Dan kembali pulih macam biasa... Terus dia datang peluk dan cakap... "kakak minta maaf Ummi..."

Memang pengalaman buat MF dan suami... Si kakak ni mudah dengar cakap... Bila lain macam tu yang pikir ke lain dah...

Memang kena bersedia... Anak usia 4-10 tahun antara tempoh mencabar, jin syaitan memang suka usia kanak-kanak segini... Kena tanamkan dan terapkan dengan aqidah yang kuat... Dekatkan diri mereka dengan cara hidup Islam...

Tu pun kat rumah ni, setiap masa dengarkan zikir dan nasyid sahaja... Jarang dah buka lagu kanak-kanak yang melalaikan...

Ya Allah, moga Allah lindungilah anak-anak kami dari makhluk dan perbuatan yang Engkau murkai...

Pengalaman dan pengajaran berharga buat Maria dan Firdz...


Senarai Makanan dan Minuman Larangan Ketika Berpantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)







Senarai yang penting untuk ibu selepas bersalin... Makanan dan minuman yang perlu dijaga...dielakkan... Semasa berpantang. 

Tempoh berpantang yang biasa perlu dan mesti dijaga betul-betul ialah selama 44 hari... 100 hari dan setahun itu, optional bagi sesetengah orang dan sesetangah makanan dan minuman. 

Makanan dan minuman ni juga ikut gaya dan adat sesuatu tempat... Senarai ni ikut kebiasaan ramai... Dan ada juga ikut ketahanan badan... Ada badan yang tahan... Boleh je makan...

Moga info ni jadi panduan untuk semua ibu dan bapa semua... Insha Allah...


Sumber: whatsapp group

Alamak!!! Plastik Bocor!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salam Jumaat semua

Jom kita renungkan kisah plastik bocor ini... Moga, kita sama-sama dapat perbaiki diri..


Hati2 dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi mmbazir air (plastik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. Jadi...(plastik bocor)

Kamu beri banyak sedekah pada org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)

Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Muhasabah diri bersama... 

28 Mei 2015

Kuatnya Pengaruh Drama dan Artis!!!

Kuatnya Pengaruh Drama dan Artis!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam masa blogwalking... Terjumpa pasal fenomena tudung bawal satin... rupanya,baru MF tahu tudung tu rupanya tudung gaya Yuhanis dalam Drama Hati Perempuan...

MF mana la tahu... Sebab tak sempat nak melayan drama dah la ni..

Kuat betul pengaruh drama dan artis kan... tak tahu la artis sedar tak bahawa diorang ni bawa pengaruh besar dalam pembentukan akhlak remaja... Apa sahaja artis buat mesti nak tiru..

Bukan remaja je... Mak budak pun terpengaruh... Iaitu dalam memberi nama anak... Baca novel ke.. Tengok drama ke... Drama adaptasi novel ke... Mesti akan ada nama yang terikut... Siap ramai-ramai pernah tanya makna nama-nama watak novel dan drama dalam Group Nama-nama Indah Yang Bermakna kat facebook..

Tak tahu nak komen apa... Tapi apa yang MF nampak... Banyak merosakan... Ustaz Badli Shah pun pernah bagitau satu fakta dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang MF pernah tonton di TV1... bahawa 99% rancangan dan siaran tv adalah TIDAK HALAL!!! Maknanya... Banyaknya perkara melalaikan disajikan kepada anak-anak kita kan..

Sebagai ibu bapa... MF memang sekat dan kawal penggunaan tv untuk anak... MF rela langgan internet dan download video pembelajaran untuk anak dari tengok rancangan di tv... lega rasanya bila dah tak langgan astro. TV pun MF jarang tengok... Seminggu sekali je.. Bila ada rancangan menarik je...

Takut sangat... Kita penat, berdoa... Minta orang doakan yang baik... Tapi iman tak kuat...mata melihat.. Akhirnya terpengaruh juga... Sekarang masih kecil kena mantapkan akidahnya sebaiknya... kurangkan hiburan...dan banyakkan dia dengar zikir dan nasyid yang baik...

Huh.. Mencabar sungguh... Sama juga cabarannya jadi guru agama... Penat kita ajar.. Bab solat, bab aurat... Tapi bila dirumah, di luar bukan kita tengok lagi... Jadi, terpengaruh lagi... sedih rasanya... tapi sampaikan juga ilmu....tegur selagi boleh... Selainnya berserah lah kepada Allah kan..

Moga Allah pelihara anak-anak kami... Dan juga zuriat keturunan kita Dari perkara yang dimurkai Allah.


nota: segalanya dari hati... Huhu... 

Bukan Untuk Dipuji, Tapi Biar Orang Puas Hati!!!

Alhamdulillah...  Tahun ni masuk tahun keempat perniagaan dan usaha sama kami suami isteri...

Perniagaan yang berasaskan minat dan bakat kami... Alhamdulillah...

Banyak cabaran, halangan dan juga dugaan sepanjang berniaga ni... Tapi semuanya kami hadapinya dengan tabah... Ditipu, tak bayar itu perkara biasa... Rugi itu satu lumdah berniaga...cuma berusaha untuk tak rugi lagi...

Gambar di atas sebahagian feedback customer kami... Alhamdulillah...  Kami berniaga bukan untuk orang puji... Tapi berniaga biar bersungguh dan biar orang puas hati.

Walaupun perniagaan kami bukan ready made, jenis tempahan...tapi orang tempah, bayar dan secepat mungkin kami akan siapkan...

Alhamdulillah... Pelanggan puas hati.. Termasuk juga dengan material yang kami gunakan...

Harga kami, bukan untuk cekik orang... Insha terendah di pasaran buat masa ni... Alhamdulillah... 

Entry sebagai Testimonial dari pelanggan kami di Homemadesticker.. Bukan untuk menunjuk.. . Alhamdulillah...  Doakan perniagaan kami terus maju... Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian...


P/s: Alhamdulillah... Puas hati berniaga dengan produk sendiri.. Alhamdulillah.. . Allah tunjukkan jalan...


Homemade Shawl | Batch II



Homemade shawl batch kedua yang MF buat... Dah lama beli kain baru jadi shawl...

Kali ni MF buat dua jenis shawl... Yang warna pink shawl butterfly guna kain satin... Warna hijau... Kain chiffon tapi MF potong jadi halfmoon je...

Kos kali ni murah je... Sebab kos upah jahit tepi pun murah... RM5 je sehelai... Dia tak kira meter... Suami MF bawa jahitkan di kedai belakang OTK Jalan Gombak... Kedai tu ada jual alat jahit gak...

Alhamdulillah... Tercapai la impian nak buat shawl sendiri... Dah dua kali buat sendiri... Rasa seronok Pula.. Belum belajar jahit lagi ni..  Kalau pandai jahit mesti best gak kan.. Hehe.. insha Allah.. Memang nak belajar jahit pun... Tunggu free-free sikit nanti...



Design Banner Isra' Mikraj!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kerja-kerja mendesign banner telah selesai dua minggu lepas lagi.. Tapi baru hari ni nak update...

Lama tak design banner, sekali ditugaskan buat design... Best pula...sebab cungkil skill yang terpendam..

Design ni hasil idea suami isteri Maria Firdz... alhamdulillah... Design diluluskan..

Siapkan dan terus diemailkan ke kedai printing... Alhamdulillah... Isnin lepas dah siap...


Dan hari sabtu lepas siap dipasang oleh MF dan juga dibantu oleh KP dan para pelajar... Alhamdulillah... Puas hati...walaupun ada pula tercacat sikit... Hehe...

Alhamdulillah... Ceramahnya pun telah selesaikan tadi... Alhamdulillah... 

19 GAMBAR AWAN YANG AWESOME!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




















SUASANA YANG MENAKJUBKAN... GAMBAR NI BUKAN EDIT SEBAB MF SENDIRI PERNAH LIHAT FENOMENA AWAN NI...TAK SEMUA,.TAPI IANYA MEMANG BERLAKU KERANA BUKTI KEKUASAAN ALLAH...

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN... 



Sumber: Rockley

27 Mei 2015

WW | Kejutan Dari Anak Didik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kejutan dan sambutan hari guru dari anak didik... MF guru tingkatan 2 Cekal... Tak sangka... Anak didik merangkap anak angkat MF kat sekolah..buat sambutan hari guru khas untuk guru tingkatan diorang ni... Rasa terharu sangat... Alhamdulillah... Anak didik yang cute dan comel ni adakalanya nakal juga... istimewa buat MF bergelar guru... Alhamdulillah... Doa ustazah mengiring kalian ke mana kamu pergi... Moga jadi insan soleh dan solehah di masa hadapan... Insha Allah... 


WW | Tips Disiplinkan Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Untuk melahirkan anak yang berdisiplin, ibu bapa/guru kena jadi orang berdisiplin dulu. Setuju???

WW | Rawatan Semulajadi Untuk Demam Akibat Bengkak Tonsil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa jika demam berlarutan, doktor akan periksa tekak kita... Jika ternyata tekak kita (tiroid) bengkak, itulah antara penyebab demam kita lambat sembuh..

Jadi, ada beberapa jenis tumbuhan semulajadi, boleh meredakan demam akibat bengkak tiroid ini:

Tiroid fever
Sumber: fb

Amalkan.. insha Allah berkesan dengan izin Allah, berkat tumbuhan ciptaan-Nya.
Garlic: buat sup letak bawang putih lebih sikit.. insha Allah.. 

Petua ni, sesuai untuk anak-anak yang demam juga... tanpa ubat dan tiada kesan sampingan.

14 Hikmah Sakit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

  1. Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

  2. Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

  3. Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

  4. Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

  5. Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

  6. Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

  7. Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

  8. Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

  9. Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

  10. Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

  11. Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

  12. Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

  13. Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

  14. Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Sakit itu nikmat bagi orang yang berfikir dan mengambil pengajaran. Lihatlah sakit itu dari sudut positif, insha Allah segalanya akan positif dan indah pada waktunya... 

Semoga perkongsian pagi ini bermanafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur dan sabar...

26 Mei 2015

Salah Satu Je...

Salah sikit je... Nampak macam salah besar dan berpanjangan...

Sucikan... Kembali kepada Ilahi...
Allah sangat Maha Pengampun... Mohonlah pada Allah, moga kita pun jadi seorang yang penyayang dan pemaaf... Insha Allah...orang yang memaafkan...sangat tenang hatinya...


Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 (SBB2015)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 (SBB2015) | Sepetang Bersama Blogger (SBB) satu acara atau majlis yang besar.. menghimpunkan semua blogger dari seluruh Malaysia termasuk juga Brunei dan Indonesia... SBB dianjurkan oleh Denaihati Network dengan kerjasama Syarikat dan Pengeluar Makanan dan minuman popular iaitu Yeo's.

Tahun lepas MF hanya mampu lihat dari jauh... tarikh SBB tahun lepas, adalah waktu MF dalam pantang bersalinkan anak kedua... jadi, SBB kali ni agak teruja bila tahu tarikhnya jatuh pada bulan Jun... iaitu 13 Jun 2015... tarikh yang cantik sebab hari Sabtu dan dalam waktu cuti persekolahan. Tempat pun tak jauh mana... SBB 2015 diadakan di Taman Cabaran, Putrajaya. 

Selepas berbincang dengan suami...mulanya macam menarik la juga nak pergi kan... tapi selepas difikir dalam-dalam... kami tak jadi pergi...

Kami tak jadi pergi atas dua sebab... pertama, sebab outdoor event... mesti panas juga kan,.. kedua ada anak-anak yang tengah melasak... mau migrain nak bekejaran kan... lagipun, event tu seharian tu.. dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.. huhu.. memang ligatlah nak layan anak kan.. jadi, kami cancel la.., tak jadi pergi SBB2015...

Kecewa kah tak dapat join??? Tak rasa kecewa sebenarnya... walaupun MF tahu, event macam tu bagus untuk perkembangan blog dan bisnes... tapi bagi MF itu tak penting... sebab MF berblog untuk sampaikan ilmu dan motivasi yang bermanfaat... blog MF dah mesra SEO tu pun dah cukup baik dah sebenarnya...ada dalam google search pun kira ok dah...

Bagi yang nak berbisnes, ok la kan.. atau pun jadikan blog tempat jana pendapatan...event camni memang patut hadir... tapi MF berblog sebab minat dan sebagai hobi je... da Mr. Nuff pun dah ok untuk jana pendapatan sampingan...

Buat yang pergi event SBB2015, selamat berevent la ye.. jaga pergaulan, jaga tutur kata, jaga pemakaian... senang kata jagalah ikhtilat... terutama bagi yang bergelar suami dan isteri... sebagai orang Islam, ke mana pun kita pergi jangan lupa kita ni orang Islam yang berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Islam... ada tatacara, da hukum-hakam... MF malas nak ulas panjang-panjang... nanti orang kata kita anti-sosial pula kan... tapi, sebagai rakan blogger MF hanya berpesan di alam maya... tak mampu nak tegur depan-depan... MF tak kata MF baik... tapi sebagai orang Islam... ingatlah tatacara kita sebagai orang Islam.. jaga pakaian...jaga adab, jaga pergaulan... even di alam maya pun ada adab pergaulan, apatah di alam realiti kan...

Untuk SBB2015, MF mampu lihat dari kejauhan... mesti ramai la yang update entry ni... mesti meriah kan... nilai cabutan bertuahnya pun ribu riban,.. ada iPhone 6 lagi... memang menarik sangat... seronok bersosial kan... tapi MF dah tinggal zaman tu selepas kahwin... jadi, sosial di alam maya je la... 

Bagi yang dapat pergi, tahniah tau... moga dapat ilmu dan info yang bermanfaat boleh dibawa balik nanti... jangan sia-sia kan... insha Allah... moga event SBB2015 berjalan lancar dan diberkati Allah... ameen...


Bagi yang berminat nak join dan nak daftar... KLIK DI SINI!!! DAFTAR ONLINE DAN BAYARAN RM30 UNTUK SETIAP PENYERTAAN. setiap peserta akan diberikan T-Shirt untuk event kali ini.

AWAS!!! Ini Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Yang Mungkin Kita Tak Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang! | Buah pinggang atau ginjal satu organ penting dalam badan... Ianya bertindak sebagai organ perkumuhan yang penting untuk memproses bendalir dan sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Antara fungsi buah pinggang:

  • Kilang penapis yang bekerja sepanjang masa. Ia menapis kira-kira 200 liter darah sehari untuk menyingkir bahan buangan dan air berlebihan daripada badan menerusi air kencing.
  • Mengawal jumlah cecair dan elektrolit dalam badan, 
  • Mengawal tekanan darah, ­
  • Membantu penghasilan sel darah merah dengan mengeluarkan hormon eritropoietin yang penting dalam proses pembentukan darah
  • Mengekalkan kesihatan tulang dengan mengawal tahap kalsium serta fosforus dalam darah.

Kebanyakan dari kita tak menyedari bahawa kita hidap sakit ini sehinggalah dah teruk baru dapat tahu. Sakit buah pinggang hanya dapat diketahui melalui pemeriksaan darah. Namun begitu, tanda awal dan siptom-siptom yang berlaku boleh dijadiikan satu aras tanda sebagai langkah dan tindakan untuk berwaspada dengan penyakit ini... 
  1. Perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing.

  2. Mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya pesakit akan mengalami keletihan yang melampau.

  3. Mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang  mengalami kegagalan.

  4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh akan menyebabkan pesakit mengalami kegatalan yang teruk.

  5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

  6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

  7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

  8. Merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

  9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

  10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Ada juga gejala lain penyakit buah pinggang:
  • Berat badan menurun tanpa sebab.
  • Rasa loya atau muntah.
  • Letih, lesu atau sakit belakang.
  • Penukaran kekerapan atau corak pembuangan air kencing.
  • Air kencing yang me­ngandungi darah.
  • Rasa pedih ketika membuang air kencing.
  • Bengkak pada muka, kaki dan abdomen.
  • Kesukaran untuk tidur malam.
Penyakit buah pinggang, boleh dicegah dengan amalan berikut:
  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Sayangi buah pinggang kita.. jaga makan. dan jangan makan makanan dan ubat-ubat serta supplement berat.. kesian buah pinggang nak proses... Buah pinggang kita anugerah Allah yang tiada spare part nya.. Kalau ada pun susah nak dapat kan.. 
Sumber: HMetro, Malaysiakini, utm.my


Nota:
Salah seorang blogger yang hidap penyakit ini ialah +TunSha Ayunie  Moga Sya tabah dan kuat hadapi serta terima 'hadiah' Allah ni dengan redha dan positif.. insha Allah, ada hikmah yang Allah telah sediakan untuk Sya... MF doakan sya cepat sembuh.. 
5 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Loya Ketika Hamil!!!

5 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Loya Ketika Hamil!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mual, loya, rasa nak muntah antara tanda awal untuk seseorang tahu dia hamil.. Ada juga wanita yang tak alami siptom ni... Tapi, bagi yang loya, mual dan muntah memang boleh rasa mencabar.. Di sini MF kongsi lima makanan yang boleh kurangkan rasa mual dan loya ketika awal kehamilan.

Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.

Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.

Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.

Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.

Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat. 
Sumber: Karangkraf

Loya, penat semput dan tak larat satu cabaran ibu mengandung...tapi semua tu buatkan wanita kuat dan tak pernah rasa serik nak mengandung lagi.. 
Kenapa Orang Asyik Mengata Kat Belakang Aku????

Kenapa Orang Asyik Mengata Kat Belakang Aku????

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Manusia, punyai satu mulut, satu lidah tak bertulang dan dua telinga Allah kurniakan... Tandanya apa??? Supaya kita lebihkan mendengar dari bercakap!!!

Tapi, ada manusia...dia suka bercakap belakang pasal orang lain... Ha...ini jawapan kenapa orang asyik mengata kat belakang kita..


 Jika ada orang bicara mengenai kita DI BELAKANG, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

Saat orang MERENDAH-RENDAHKAN diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

Saat orang bicara dengan NADA IRI HATI mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

Saat orang BICARA BURUK mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH BAHAGIA dari mereka...

"Payung kita tidak dapat menghentikan hujan... Tapi blh membuat kita berjalan meredah hujan untuk mencapai tujuan..."