07 April 2015

Kelebihan Menyimpan Janggut Dari Sudut Kesihatan!


Menyimpan janggut adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w... Antara hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan sunnah ini ialah:

Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.
Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.
Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut. H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah. 
Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.
Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah s.a.w : Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu. H/R al Bazzar.
Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka. H/R Muslim.
Dari Abi Hurairah berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu. H/R Ibn Habban.

Dari Abdullah bin Umar berkata : Pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda : Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka. H/R al Baihaqi.


Kelebihan Menyimpan Janggut:

  1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
  2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagiaan muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
  3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
  4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
  5. Menghindarkan daripada penyakit tekak dan gusi.
  6. Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem penafasan seperti asma.
  7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
  8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.


Kekurangan Mencukur Janggut
Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tingi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.

Setiap sunnah atau perintah Allah dan Rasul serta amalan Nabi s.a.w.. pasti ada hikmah kan... rugi kalau tak buat.. 

Buah Kiwi Boleh Redakan Demam Yang Berpanjangan???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kiwi

Cuti hujung minggu ni.. diuji dengan demam yang berpanjangan... Mula dari hari Jumaat..dah demam.. on off demam tu hingga melarat ke Ahad... Melihat diri dah tiga hari demam on off, suami nak bawa kan ke hospital... Mula terfikir.. kalau tiga hari demam, mesti doktor syak denggi la ni kan... Pengalaman si kakak dulu yang demam on off, bila pergi check darah, platlet darah rendah kata doktor... jadi kena banyak minum air... Lepastu teringat, dulu ada terbaca... orang yang kena denggi disarankan makan buah kiwi atau sup ketam... teringat kan itu... terus minta suami belikan buah kiwi.. Suami MF cari juga buah kiwi sampai dapat... Alhamdulillah... dapat dia beli.. Terus MF makan... Alhamdulillah.. dengan izin Allah.. mencipta buah kiwi untuk manusia kan... esoknya MF tak demam lagi... Asma pun dah makin kurang... cuma masih bersisa batuk dan sakit kepala je lagi... 

Apa Kandungan dan manfaat dari buah kiwi:
  • Kiwi mengandungi Vitamin C dan E, serat, karoten, kalium, asid folik dan juga antioksidan.
  • Kandungan Vitamin C dari buah kiwi lebih banyak dari pada buah oren.
  • Kandungan Glycemic Index yang rendah dalam buah kiwi mengurangkan risiko penyakit kencing manis , jantung serta membantu menjaga berat badan.
  • Kandungan serat dalam buah kiwi sangat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan melancarkan saluran pencernaan.
  • Kiwi juga mengandungi kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.
  • Kandungan magnesium dalam kiwi membantu menjaga fungsi saraf dan otot, membantu sistem kekebalan tubuh, menjaga kestabilan denyut jantung dan menguatkan tulang. (Meningkatkan imunisasi badan)
  • Kandungan folat sangat baik untuk membantu perkembangan otak baik juga digunakan oleh wanita hamil untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi, selain itu folat boleh menghasilkan dan membantu dalam proses pembaikan DNA.
  • Kiwi juga mengandungi Lutein yang berperanan sebagai antioksidan untuk membantu mencegah terjadinya kerosakan pada mata yang disebabkan oleh kerana faktor usia.
  • Kandungan antioksidan dalam kiwi sangat baik untuk mencegah kerosakan DNA dan juga sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas, selain itu antioksida juga sangat bermanfaat untuk melambatkan proses penuaan.

Beberapa manfaat buah kiwi bagi kesihatan:
  • Untuk kesihatan jantung , dengan mengambil 2-3 buah kiwi setiap hari sangat baik untuk membantu mengekalkan kesihatan jantung , menurunkan kadar lemak dalam darah, membantu mengurangkan terjadinya pembekuan darah.
  • Untuk Ibu hamil , buah kiwi mengandungi 0.25mg asam folat sehingga sangat baik untuk ibu hamil kerana boleh membantu mencegah kecacatan saraf pada bayi dan juga perkembangan otak.
  • Untuk pesakit kencing manis , kandungan glisemik yang rendah serta kandungan serat yang tinggi dalam buah kiwi sangat baik untuk mencegah peningkatan kadar gula darah sehingga sangat baik untuk pesakit kencing manis.
  • Untuk kesihatan kulit , kandungan vitamin C yang tinggi, kalium, vitamin E dan asid lemak essensial sangat bermanfaat untuk membantu kesihatan kulit.
  • Untuk mencegah asma , kandungan vitamin C, vitamin B6 dan Vitamin E sangat bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fungsi paru-paru sehingga sangat sesuai untuk mencegah terjadinya gangguan pernafasan.
  • Untuk mencegah masalah pencernaan , kandungan actinidin dalam kiwi hijau berperanan untuk memecah protein dan kandungan serat dalam kiwi sangat baik untuk melancarkan saluran pencernaan sehingga sangat baik untuk mencegah sembelit.
  • Untuk pesakit anemia , kandungan zat besi dalam buah kiwi sangat baik untuk mengatasi masalah kekurangan sel darah merah atau anemia .
Sumber: Dicampur aduk sumber dari internet

Rupanya, memang bagus amalkan makan buah kiwi... Lepas ni.. nak rajin beli kiwi la... Dulu MF tak makan.. tapi sekali makan, tak de la teruk sangat rasanya... sedap juga kalau dapat yang manis tu kan.... kecil je buahnya... tapi khasiatnya hebat... Itulah kuasa Allah yang Menciptakan kan... Allahu Akbar... 

Resepi: Paprik Mudah, Ringkas Tapi Rasa Terangkat!



Resepi: Paprik Mudah, Ringkas Tapi Rasa Terangkat! | Paprik ringkas dan mudah ni adalah rekaan MF sendiri... Bahan yang ada memang tak cukup .. Kacang takde... Dan bahan nak naikkan bau paprik iaitu daun limau purut pun takde... Jadi... MF reka la sendiri... Tapi tak sangka rupanya menjadi dan bau paprik.. Hehe...

Bahan-bahannya mudah sahaja...
Bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, cili giling, sos tiram, sos cili, gula atau madu, garam, minyak, pes tomyam, kubis bunga, air, lobak merah dan bahan utama iaitu ayam atau daging...

* MF goreng dulu ayam yang telah dipotong tu... goreng separuh masak.
* Sukatan, main agak-agak je la ye

Cara-caranya...

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.. kemudian tumbuk pula cili padi sekali..tapi jangan sampai lumat.
  2. Tumiskan bawang yang dah ditumbuk sehingga garing...
  3. Masukkan cili giling, dan kacau hingga agak naik bau... kemudian masukkan sos tiram, sos cili, pes tomyam... dan serai.
  4. Masukkan sedikit air...
  5. Kacau lagi sehingga nampak sebati semua bahan tadi... 
  6. Kemudian, masukkan ayam...kacau rata, pastu masukkan pula sayur-sayuran seperti kubis bunga dan lobak merah...
  7. Kacau rata... dan masukkan air jika perlu... 
  8. Masukkan garam, gula atau madu... 
  9. Kacau sehingga ayam masak dan sayur-sayur empuk elok... 
  10. Kemudian dah masak boleh la hidang... 

Simple je masak ni.. sekejap sangat... Tak cukup bahan, tapi tetap rasa paprik... Kalau masak ni... satu keluarga suka meratah je... Boleh aje kalau sesiapa nak mencuba resepi paprik tak cukup bahan tapi rasa paprik ni ye... 

Doa Agar Terhindar Dari Riya'

Jom amalkan doa ini...
Moga hati bersih dari sifat riya'

Riya' adalah syirik kecil yang memberi kesan kepada seluruh ibadah kita...

Nauzubillah...
Moga hati kita jauh dari sifat riya'


06 April 2015

NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE GIVEAWAY 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Simple segmen... dan ditag oleh Cikgu Norazimah... 


Klik banner untuk join

Tag : +suhailah hamid +Siti Yang Menaip

Tarikh Giveaway:

Tarikh mula   : 22hb March 2015
Tarikh tutup   :12 hb April 2015 (11.59mlm)
Keputusan     :15hb April 2015
Pengeposan  :17hb April 2015


Kebaikan Peluk Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Setelah berpuluh tahun membina perkahwinan,  ada kala  kemesraan suami isteri semakin lama semakin menjadi pudar. Ini  bukan bermakna  kasih sayang yang dibina itu sudah hilang  tetapi kemungkinan  isteri sebagai ibu sibuk dengan urusan rumah tangga dengan anak-anak ditambah pula kehadiran cucu. Suami pula sibuk dengan bebanan urusan pejabat yang semakin bertambah. Peluk cium antara suami isteri seakan sepi tidak seperti dua puluh tahun dahulu. 

Menurut kajian, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Berilah layanan yang istimewa kepada suami agar dapat selalu dipeluk olehnya.

1. MURAH PUJIAN
Tidak kira bagaimanapun sikap suami, jangan sekali-kali menjatuhkan air mukanya terutama di hadapan anak-anak. Selalu memberi puji-pujian dan kata-kata sanjungan. Jika suami membuat kesilapan seperti meninggalkan kain pelikat di hujung katil, apabila mahu menegurnya mulakanlah dengan tujuh kali puji-pujian terhadap mereka seperti, “abang nampak kacak hari ini”, “saya tengok abang semakin segak sekarang dan paling tidak saya rasa bahagia hidup di sisi abang  tetapi pagi tadi, abang tertinggal kain pelikat di hujung katil dan  sudah saya basuhkan”. Dengan puji-pujian ini sudah tentu suami akan memberikan pelukan hangat dan mungkin mendapat sebuah ciuman.

2.BERMAAFAN SEBELUM TIDUR
Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri dengan selalu bermaafan setiap kali sebelum tidur. Ucaplah kata-kata maaf atas apa sahaja perlakuan kita sepanjang hari dan berjanji tidak akan mengulanginya pada keesokan hari  dan hari-hari yang mendatang. Suami juga secara tidak langsung akan berbuat perkara yang sama. Peluklah suami sebelum tidur dan anda pasti mendapat pelukan balas. 

3. MENGHORMATI SEMPADAN PERIBADI SUAMI
Sebagai seorang isteri yang baik anda perlu menghormati hak peribadi suami. Memang antara suami isteri tidak patut ada rahsia antara satu sama lain tetapi kadang-kadang suami ada perkara yang tidak mahu isterinya tahu. Bukan maksudnya mahu membelakangkan isteri tetapi niatnya murni tidak mahu menyusahkan isteri. Janganlah mendesak suami untuk menyatakan halnya tetapi sebaliknya katakan padanya “walau apapun yang abang lakukan dan walau apapun keputusan abang, saya sentiasa menyokong abang”.

4. MUHASABAH HUBUNGAN UNTUK MENCARI PUNCA MASALAH
Hubungan suami isteri tidak akan lari dari perselisihan faham. Jika perkara yang kecil cepat-cepatlah perbaiki semula. Jika masalah yang melanda agak besar,  sentiasa muhasabah hubungan dan mencari perkara yang positif dalam usia perkahwinan yang sudah menjangkau jubli perak ini. Paling baik,  sentiasa mencari punca masalah dan selalu berbincang dengan suami. Cara ini paling berkesan dan menguntungkan ke dua belah pihak. 

5. MENERIMA KELUARGA PASANGAN
Tunjukkan kita menyukai dan mengasihi orang-orang yang dihargai oleh pasangan kita. Pasangan yang intim dan bahagia saling suka menyukai kaum keluarga dan sahabat handai masing-masing. Mereka banyak menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan, selalu menolong dan sering mengajak mereka datang ke rumah. Bagi menunjukkan kita menyukai kaum keluarga dan sahabat handainya, pujilah mereka supaya dia tahu apa yang kita sukai berkenaan mereka itu. Jangan sekali-kali mengkritik dan mengumpat mereka.

6. MENGUBAH DIRI UNTUK MERANGSANG PERUBAHAN PASANGAN
Peredaran zaman membuatkan kehidupan manusia turut berubah. Jangan samakan kehidupan suami kita dua puluh tahun dahulu. Jika dahulu pendapatannya kecil tetapi kini sudah jauh berubah. Perubahan itu membuatkan komitmen juga turut berubah. Ubahlah diri dari segi mental dan fizikal selari dengan perubahan suami. Dalam erti kata lain berubah mengikut peredaran zaman. Jangan suami sudah sampai ke bulan kita masih mahu bertatih di bumi.

7. BERCAKAP DARI LUBUK HATI
Bercakaplah secara tulus dari hati berkenaan apa yang sedang difikirkan dan dirasakan. Masing-masing mempunyai ‘instinct’ terhadap satu sama lain. Kadang-kadang apa yang bermain di fikiran suami sudah boleh diduga oleh isteri. Itulah kehebatan sang isteri. Jangan berdusta dengan cara memendamkan perasaan yang sebenarnya. 

8. BENTUK KOD-KOD KASIH SAYANG UNTUK SUAMI
Kadang-kadang bila anak-anak sudah besar,  kita  malu menyatakan sayang kepada pasangan. Apa kata anda ciptakan kod-kod istimewa yang hanya anda dan suami sahaja yang faham. Misalnya ‘1-4-3’ yang mempunyai maksud ‘I love you’ atau kod-kod yang mudah seperti ‘ikan keli’ dan sebagainya. Dengan kod-kod ini pasti anak-anak akan terpinga-pinga apa yang diucapkan oleh anda dan suami.

Peluk jangan tak peluk... dah halal jangan tak peluk pula... selain panjang umur.. tu la pahala paling mudah nak dibuat selepas kahwin.. pegang tangan pun boleh gugur dosa kan... apatah lagi la peluk dengan penuh kasih sayang... 

I AM BLOGGER!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


I AM BLOGGER | Sebelum ni orang design kat baju t-shirt.. sekarang dah keluar pula design dalam bentuk sticker... Nak tampal kat mana tu terpulang... Designnya diubah dari yang asal..iaitu dari kuning ke warna oren...dan design ni mengekalkan warna blogger iaitu oren... tapi andai korang nak warna kuning hitam tu juga.. boleh aje.. no hal.. 

Sticker I AM BLOGGER comel kalau tampal kat kereta atau gadjet... Buat peminat blog.. Jom la dapatkan sticker ni... Murah je... RM5/pcs je... Free pos guna setem... 

Camne nak dapatkannya???
Boleh KLIK SINI atau Whatsapps kat nombor ni: 0192732794

15 Benda Yang Menjadi Kenangan Kanak-kanak 90-an!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenangan menjadi kenangan.. Namun bagi kanak-kanak era 90-an .. banyak kenangan yang tersimpan yang sukar lagi nak saat di abad-21 ni...

Antara yang menjadi kenangan:

1. Gula-gula asam.. harga tak mahal pun.. RM0.10 je masa tu..
2. Kad pokemon.. main tepuk-tepuk... 
3. Brick Game atau game block... mahal masa ni harganya.. cecah harga RM20.. sekarang dah murah.. RM7.50 je.. Pernah belikan kat anak..buat dia main...
4. Chewing Gam Tatoo... Kumpul la pembalutnya ni.. letak air liur pastu tampal kat lengan.. buat macam tatoo.. bebudak.. mana la tahu tatoo tu haram.. hehe..
5. Gelung air.. ralit main ni.. usaha sehabis daya nak bagi gelung tu masuk kat batang silinder tu.. hehe.. sampai senget-senget kepala main.
6. Gula-gula cincin.. sedap .. macam puting pun ada... 

7. Kapal terbang kertas... Cantum-cantum jadi kapal terbang...

8. Lagu yang jadi kenangan... lagu mat kool... dengar aje..tahu dah motosikal aiskrim tu datang.. 

9. Aiskrim Paddle Pop ni pun sama.. dah lama bukan main... lagu dia tetap segar diingatn..

10. Pembaris gelang... warna-warni... dia boleh gulung sendiri bila diletakkan pada lengan.

11. Kanak-kanak perempuan suka gula-gula ni... macam lipstik pun ada... 
12. Kumpul pen warna warni... beli kat kedai RM2 je... penuh pencil box.. tapi hujung tahun habis hilang.. hehe

13. Spring rainbow ni pun best main.. sekali berbelit.. hadoii.. penat nak cari penyelesaian.

13. Zaman sekarang guna bluetooth atau MP3 kan.. tapi zaman dulu dapat miliki pemain kaset atau tali pita a.k.a walkman pun dah kira hebat.
14. Jajan popular zaman 90-an.. kalah kinder joy... beli sebab nak dapatkan mainan kat dalam tu je... 
15. Mesin telur... memang menarik.. nasib la tekan dapat apa pun... entah pape je dapat.. Dulu kena 20 sen je... pastu dah naik pula 50 sen.. Permainan ni kira judi la ni.. tapi zaman bebudak kan.. tahu pula tu judi kan.. haha... 
Indah kenangan zaman kanak-kanak 90-an.. walaupun tak canggih zaman sekarang tapi cukup bermakna... rasa terisi dan penuh penghayatan... kadang nak juga kenalkan kat anak.. tapi dah tak dapat nak cari semua permainan dan kenagan ni kan.. best sangat sesekali dikenang...


Sumber gambar: Google Images dan sini

Renungan: Bertambah dan Berkurang!

Umur semakin bertambah jangan dibiarkan dosa juga makin bertambah;

Hayat semakin berkurang, jangan biarkan iman turut berkurang...

Semakin bertambah usia... Berusahalah tambahkan iman...
Semakin kurangnya hayat di dunia... Berusahalah untuk kurangkan dosa...

Jangan tahu seronok saja bila sambut hari lahir... Setiap usia yang bertambah... Maknanya kita semakin dekat dengan kematian... Usia makin berkurang di dunia sebenarnya... Dan kubur makin dekat... Apa yang kita miliki itu semakin jauh dari kita setiap kali kita sambut hari lahir...

Renungan dan muhasabah diri bersama...


05 April 2015

Contest Buy AVON Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!

Klik Banner Untuk Join!!!

Pengendap Yang Dikehendaki!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengendap yang rajin sangat mengendap cheq nih.. memang nak kena depa ni taw... Nak kena terjah nih.. Kasi basuh cukup-cukup sebab suka sangat ngendap cheq... haha... gaya macam marah aaa... tapi suka ... sebab depa ni penyumbang kepada nuffnang cheq... Terima kasih buat hangpa yang rajin dok mengendap cheq naa...

Cheq nak ajak orang len p terjah dan ngendap hangpa pula.. bulihhh naa..

Pengendap yang dikehendaki itu ialah:

http://www.azhafizah.com/
http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/
http://syaza-applemints.blogspot.com/
http://najihah90.blogspot.com/
http://cikimm.com/
http://macikzkonah.blogspot.com/
http://kakaktiricinderella95.blogspot.com/
http://afidahazmi88.blogspot.com/
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/
http://mama3farhanah.blogspot.com/
http://muhammadshahril97.blogspot.com/
http://naflyna.blogspot.com/
http://firzanahazhar1.blogspot.com/

Memang teruk kena hendap kali ni.. Makcikkonah dengan kakaktiri pun ngendap sekali.. hehe... Apa-apa pun.. terima kasih sebab hangpa rajin dok ngendap sini.. bawa la geng ramai-ramai hendap blog kami ni naa... baru la popular kami... haha...

Jom kita p terjah depa ramai-ramai plak.. 

Nuffnang : Biar Sedikit Asalkan Ada

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sana sini orang update pasal nuffnang... tapi MF seminggu sekali je kot update.. takde masa sangat nak update pasal en.nuff ni... Tapi tetap berterima kasih buat en.nuff yang masih percayakan blog ini, untuk menawarkan iklan... 

Kali ni, ada beberapa iklan je tinggal.. tak banyak dah... sebab ada yang singgah kejap je..dah dikreditkan.. Kiranya ini yang masih kekal... 

Biarlah sedikit asalkan ada ye en.nuff.. terima kasih sudi berikan CPUV lagi untuk blog ini... Alhamdulillah.. satu-satunya rezeki berblog untuk anak-anak kami... 

Dah boleh cashout...tapi ingat nak kumpul lagi... En.nuff bagi la banyak-banyak ye.. baru saya cashout nanti... hehe.. 

Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yang tak seberapa ini... 

Edit Video Untuk Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Edit Video Untuk Anak! | Lama tak edit video... Skill pun dah hilang... Software pun kena download semula... 

Ni gara-gara episod baru untuk musim ke-9 Upin dan Ipin... Dah tayang kat TV pada 20, 21 dan 22 Mac yang lalu... Jadi, cari kat youtube la apalagi untuk tatapan anak-anak... 

Seronok juga Episod terbaru yang bertajuk Cip Cip Cip... Kisah pasal anak ayam... Siap ada lagu lagi... 

Lagu tu la yang MF edit... Kali ni edit guna software NCH Video Editor... Free Software je ni... Nak guna movie maker, tapi tak diinstall pula masa upgrade... Jadi...lambat nak install yang tu... Guna je NCH dulu... 

Godek-godek je sendiri... Sebab tak pernah dan serius dah tak ingat camne nak edit video ni... Alhamdulillah... Lepas godek..try and error.. Menjadi juga video yang MF edit... 

Jadi... Dapat la video lagu sahaja untuk episod Cip Cip Cip Upin Ipin kali ni... 
Boleh tengok kat SINI

Nak bagi anak diam... Tak kacau time buat kerja rumah.. Inilah upahnya... Memang tak kan bagi anak tengok kat tablet atau smartphone... No Gadjet For Our Children!! Haha... Bunyi tegas disitu kan.. Tapi itu lah.. Belum masa diorang nak kenal dengan teknologi ni... Suatu masa diorang akan kenal sendiri... Insha Allah... 

Top Komentor Mac 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Maaf atas kelewatan keluarkan senarai pengomen setia blog ini untuk bulan Mac... Tuan blog yang busy mengalahkan PM.. eh.. dan juga kesihatan yang tak mengizinkan...

Berikut ialah 20 blogger yang setia tinggalkan jejak di sini sepanjang bulan Mac:

Cikgu Norazimah (46)
Kathy R'bain (33)
Nurul Hidayah (30)
Azhafizah Md Nor (23)
QasehnyaRania (22)
Afidah Azmi (22)
Dunia Zumal (21)
Diana Rashid (21)
Farha Kimah (19)
Siti Rohaida Yusof (19)
Muhammad Khairuddin Lim (19)
suhailah hamid (19)
nayfatimah rasyid (18)
adianiez AIDA (18)
hidayu ayumie (18)
Siti Yang Menaip (18)
Cik Candy (13)
Nik Ainaa (12)
Akif Imtiyaz (12)
Mad Parihh (11)

Terima kasih sangat-sangat dengan sokongan kesetiaan mengomen dan menyokong blog ini...

Terima kasih juga buat semua blogger yang pernah tinggalkan komen di sini, dan juga kepada yang pernah singgah serta silent reader blog ini...

Terima kasih buat semua yang menyokong blog ini...
Komen anda inspirasi untuk saya terus mencoret untuk manfaat bersama... 

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

04 April 2015

Game Cari Jodoh!

Kenangan lama...

Sapa yang lahir dan membesar di era 1990... Mesti terkenangkan dan pernah main kan..

MF pun pernah buat dulu ni... Habis buku tulis dok buat benda nih... Dok cari keserasian dengan entah sapa-sapa la...

Memula dengan kengkawan sekolah la... Pastu try buat dengan artis la... Dengan orang kat majalah la...

Kelakar pula kalau tengok kan..
Tapi tak pernah la pula try dengan nama pasangan sendiri... Haha... Takde keje boleh la buat ye...

Saja suka-suka... Seronok-seronok kan.... Bukan percaya pun...

Bestkan kenangan zaman silam... Hehe... Tersemat erat diingatan walaupun zaman tu takde gadjet, dan kamera canggih kan....

update!!
MF saja buat dengan nama suami... Haha... Saja suka-suka...


Sihat Sebenarnya Tak Sihat!

Sihat tapi sebenarnya tak sihat... Petanda yang patut kita amik perhatian dengan kesihatan diri kita dan ahli keluarga kita...


Ayat Al-Quran Sebagai Anti-Biotik

Jom amalkan... Hafaz dan hayati maknanya...

Moga segala penyakit yang ada dalam diri kita disembuhkan Allah...

Ayat al-Quran sebagai ikhtiar, namun Allah jua berkuasa menyembuhkannya...


03 April 2015

Amalan Agar Dapat Membayar Hutang!

Amalkan.... Pendek je ayat ni... Berulang-ulang je...

Surah ali-Imran ayat 26-27...

Amalkan selalu... Baca sebelum tidur...
Bagi yang banyak hutang setiap bulan tu... Memang mesti amalkan dan berusaha untuk keluar dari hutang...

Tak lena tidor dalam hutang sebenarnya... Jadi, usahalah untuk bebas hutang... Dan antaranya dengan amalkan ayat di atas...

Selamat beramal...


Amboiii... Sombongnya!!!

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat di kesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. 

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan. 

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 

7. Dalam pergaulan, ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. 

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. 

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf. 

12. Dia suka dihormati. 

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar. 

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu. 

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang. 

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain. 

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang. 

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. 

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji ,dia berasa bangga dan senang hati.

Jauhkan sikap ini.

Sumber: Page PDH

Tapi... Bagi wanita bergelar isteri mesti ada sifat sombong bila berhadapan atau berbicara dengan lelaki ajnabi...atau bukan mahram... Maksud sombong tersebut ialah...tidak bercakap dengan nada lemah lembut gemalai atau terlalu mesra dengan lelaki bukan mahramnya...
Sombong biaq la bertempat naa... Sombong sangat pun tak bawa ke mana...


Cara Hadapi Orang Yang Mulut Longkang!

Cara hadapi orang mulut takde insurans... Memang diamlah yang terbaik... Sebab jika dibidas..dia akan membidas balik... Jadinya, kita dan dia sama sahaja...

Marah itu dari apa...dan lawan api adalah air... Air itu ialah DIAM!!!


02 April 2015

Pangku Anak Ketika Memandu!

Entah kenapa nak share pasal ni entah... Owh... Sebab terpandang satu gambar yang jadi viral... "ibu pangku anak ketika memandu"...

MF suka nak kongsikan... Sebenarnya MF pernah alaminya masa anak kedua... Masa anak pertama... Pernah juga anak menangis ketika memandu.... Memang dah teresak-esak... Meraung melalak dalam car seat... Jadinya... Terpaksa bagi lampu kecemasan dan berhenti kat tepi... Yang ni tak pernah pangku masa anak pertama ni...

Itulah cabaran kalau anak minum susu ibu ye... Walaupun dari rumah tak jauh mana... Tapi sebab tersangkut dengan jammed setiap hari... Buatkan anak-anak rimas... Bila anak dah besar sikit... Suami MF la yang ambil anak time balik kerja... Sebab tak nak lagi jadi kes macam tu...

Masa si adik pula... Memang pernah la pangku adik ketika memandu... Masa tu dah dipakaikan seat belt baby... Sebab dia dah boleh duduk... Jadi, tak guna lagi baby car seat... Belikan baby seat belt... Pasang je teruskan tempat duduk kereta...

Sama kes macam kakak... Terperangkap dalam jammed... Adik bosan... Mulanya dia menangis... MF biarkan je... Tapi entah macam mana... Tetiba...dia tolak tali keselamatan... Dia loloskan diri... Dan panjat dan terus duduk di riba MF yang tengah memandu.... Fuhh... Terpaksa la memandu sekejap dengan keadaan di pangkuan MF tu...

Tapi...sampai je kat trafik light... MF angkat dan terus letak semula dia di tempat duduk dia... Tapi tangan sebelah pegang dia dan sebelah lagi pegang stereng... Mujurnya masa tu... Dah nak sampai ke rumah...

Tapi mencabar dan memang agak hilang fokus... MF biar je dia menangis... Tapi tangan tetap gilir-gilir pegang dia dan tukar gear...sebab MF bawa kereta manual...

Atas sebab tu lah... Time balik suami MF la amik anak-anak naik motor je... Bukan kata selamat naik motor... Tapi sekurang-kurang cepat sampai kat rumah dan anak tak meragam bila naik motor... Tu pun penuh dengan ciri keselamatan la bila naik motor pun kan... Semuanya, Sebab takut sejarah berulang.. Maklumlah jalan KL ni tak tentu masa jam nya kan... . Dan jika terpaksa MF yang amik... MF dan sediakan pelbagai jenis makanan untuk tenangkan dia... Dan atas sebab itu juga... Kami berhabis duit pasang DVD Player dalam kereta... Dan memang tersedia DVD, CD satu pendrive yang penuh dengan video kartun je... Semuanya untuk tenangkan anak ketika memandu...

Alhamdulillah... Semua tu kenangan... Bahaya memang bahaya... Tapi tiada ibu sengaja nak membahayakan anak sendiri... Jadi, MF faham sangat tentang kes ibu yang dikritik sebab pangku anak ketika memandu... Cuma janganlah selalu... Carilah jalan penyelesaian untuk tenangkan anak ketika memandu... Jangan pangku terlalu lama atau dalam jarak perjalanan yang jauh... Carilah tempat selamat untuk berhenti dan tenangkan anak.... Biar lambat sampai...asalkan nyawa terpelihara...


Teknik Ajar Anak Melukis Gambar Binatang!





Mudah pula tengok teknik-teknik ni...
Boleh ajar anak-anak cara nak melukis binatang...dengan mudah dan ringkas...

Selamat melukis...


Sumber: facebook

Info Penting Tentang GST!!!!


Perkongsian panduan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Salam 1 Malaysia,

Cukai GST 6% telah mula dilaksanakan hari ini bersamaan 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%

#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini. 
Contoh 
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

#Kekal
Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%. Jadi apabila digantikan dengan Cukai Gst 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.

#Turun
Perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.
Contoh 
1000 + 15% SST = 1150
1000 +   6% GST = 1060

Seperti yang sentiasa ditekankan sebelum ini kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST. 

hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.

KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.


Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah

2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal

3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau

salurkan ke :

1800886800 1Malaysia Centre
0388826245 War Room Kpdnkk
sms : ADU (maklumat aduan)
hantar ke 32255

whatsapp : 0173436433
(whatsapp nama dan lokasi)

Pastikan anda simpan maklumat aduan anda. dapatkan feedback semula tentang aduan anda. Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai. maklumkan pada


sikap TAKPELAH akan merugikan anda. cukuplah kita berdiam diri selama ini.
kita harus #BERTINDAK

#bertindak
#ambiltahu
#sebardansedar
#hakpenggunatanggungjawabanda
Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GSTi pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

Sumber: whatsapp group

Bila Dah Terkena...

Bila datang satu musibah baru kita akan ingat nikmat yang ada sebelum musibah...

Bila dah kehilangan baru rasa nikmat memiliki...

Kerana itu Nabi s.a.w berpesan INGAT 5 SEBELUM 5...