31 Mac 2015

Dotters of Mohd Din Birthday Giveaway!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lama tak join segmen... kebetulan free dan dapat jemputan untuk segmen ringkas ni.. maka, ai pun join sebagai tanda support blogger ni.. 

Simple segmen.. 
Tamat 30 April 2015...
KLIK BANNER UNTUK JOIN...

Pecinta Rim BBS!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pecinta Rim BBS | Sport Rim satu aksesori penting untuk kereta atau motor.. MF tak reti sangat bab-bab sport rim ni.. tapi suami MF, memang suka bab-bab kereta ni terutama melibatkan bab menyolek kereta... sejak dari zaman dia bujang, sampai dah beranak dua.. minat dia tetap sama.. Tapi selagi dia tak mengganggu hal rumahtangga, MF tak menghalang.

Salah satu minat dia ialah sport rim.. Jika dulu, dia suka sangat tukar sport rim kereta.. pantang ada duit lebih.. ada je sport rim baru dia tukar... Asyik tak puas hari je... Sehinggalah tahun lepas, dia mula minat kepada Rim BBS.. Rim ni asal dari Jepun... tapi jadi kegilaan buat peminat kereta seluruh dunia... Harga Rim BBS ni mahal juga... tapi kerana minat kan... sanggup la beli...

seksikan... tebal bibirnya... hehe... berkilat... 

Peminat kereta menggelarkan Rim Bibir Angelina Jolie... sebabnya design rim ni yang tebal... nampak seksi dan berkilat bila dikenakan pada kereta... 

Sepanjang pengalaman MF pandu kereta dengan RIm BBS ni... Alhamdulillah... selesa... dan tahan lasak... masuk lubang pun rim tak bengkok atau kemek.. Cuma kena pilih saiz ikut kesesuaian tayar dan kereta.. kalau tak sesuai..guna rim apa pun, tak tahan dan kuat telan minyak...

Sejak suami tukar RIM BBS ni.. dia dah tak tukar lagi dah... nak dekat tiga tahun guna rim bbs ni... Designnya memang jenis susah nak basuh... tapi hantar car wash la kan.. sembur je... sekejap je basuhnya.... hehe... tapi ada juga design RIM BBS yang tak banyak jejari... 

Sebabkan minat suami ni, MF pun jadi terpengaruh gak sekali... nak wat camne kan... kadang-kadang gitulah pengaruh dia kuat... Disebabkan minat dia juga, dia tubuhkan group di facebook BBS LOVERS GRP... dan group whatsapp untuk pecinta Rim BBS... Nak join.. kena la add dulu... semua pecinta RIM BBS dalam dan luar negara ada di dalam group tu... 

Tips Penjagaan Rambut Bertudung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Bertudung bukan bermakna boleh biarkan rambut kita begitu sahaja tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna... Sebab adakalanya kita berhadapan dengan mahram tanpa mengenakan tudung.. Pasti mahram kita tak selesa jika rambut kita kusut masai dan tak terurus... Jadi, penjagaan rapi perlu walaupun bertudung litup...

1)  Basuh Rambut Secara Teratur
Elakkan dari basuh rambut dengan kerap. Memadai dengan membasuh rambut setiap dua hari sekali. Langkah terbaik, pilih syampu yang mempunyai rumusan penjagaan rambut yang semula jadi. Aplikasikan juga pelembap rambut selepas selesai bersyampu.

2)  Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Basah!
Ini satu kesalah besar. Elakkan daripada mengenakan tudung ketika rambut kamu masih dalam keadaan basah atau lembap. Ia boleh menyebabkan rambut kamu berbau dan kering. Jika perlu, gunakan sahaja pengering rambut dalam suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

3)  Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung  yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

4)  Pilih Fabrik Tudung
Kalau boleh, gunakan tudung daripada fabrik yang lembut kerana ia boleh menyegarkan rambut  kamu. Pada masa sama, rajin-rajinkan diri untuk bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

5)  Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

6)  Tudung Praktikal
Sebagai seorang remaja, pastinya kamu mempunyai jadual harian yang padat. Jadi, pakailah tudung yang praktikal dan usah pakai tudung yang terlalu ketat atau sarat dengan aksesori manik kecuali jika kamu perlu menghadiri majlis makan malam bertema.

7)  Rehatkan Rambut
Sama seperti badan, rambut juga perlukan rehat yang secukupnya. Rambut juga perlukan nafas untuk pengaliran darah yang baik pada kepala. Secara tidak langsung, ia juga akan membuatkan rambut kamu kekal sihat.

8)  Makanan Sihat
Pilih dan banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6, B-12, dan C, serta zat besi kerana khasiat tersebut mampu menutrisi rambut dengan semula jadi. Kacang-kacangan, bayam, pisang, juga dapat menguatkan akar rambut.

9)  Rajin Sisir
Pada masa sama, rajinkan diri untuk menyisir rambut kamu empat kali sehari. Tetapi ingat, jangan sisir rambut dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur atau putus. Memadai dengan sisir secara lembut. Pakai jari pun boleh!

10)  Potong Rambut
Bagi yang bertudung, kamu digalakkan untuk memotong rambut lebih pendek kerana memudahkan proses penjagaannya. Selain memudahkan penjagaan, cara ini juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur. 

Nak rambut cantik dan tak banyak masalah.. memang patut bertudung... rambut yang bertudung dan tak bertudung lebih mudah dijaga.. sebab rambut yang sering terdedah dengan sinaran UV, habuk, debu dan pencemaran alam..lebih mudah rosak... Lihatlah bagaimana Islam itu amat prihatin dengan penjagaan kecantikan dan kesihatan manusia kan... Hukum Allah tu banyak hikmahnya... cuma kadangkala kita yang tak ketahuinya... :)
Deko: Tips Memilih Warna Dapur

Deko: Tips Memilih Warna Dapur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Warna dapur idaman MF.. hijau yang menenagkan.. 

1. Warna Hangat
Biasanya warna hangat digunakan pada dinding yang tidak terlalu lebar. Contoh warna hangat adalah merah. Namun jangan sampai menggunakan warna merah terlalu banyak kerana warna ini boleh menimbulkan perasaan penat. Agar lebih lembut, padukan warna tersebut dengan warna putih atau coklat. Selain merah, oren dan kuning juga termasuk warna hangat. Warna-warna hangat ini sesuai untuk dapur dengan rekaan tradisional seperti gaya country. Bagi dapur dengan gaya moden gunakan warna yang lebih terang.

2. Warna Dingin
Warna biru dan hijau secara natural boleh membawa perasaan tenang jika diterapkan di ruang dapur. Warna-warna dingin juga sesuai diterapkan baik pada dapur gaya tradisional atau moden. Warna dingin yang lebih terang boleh diaplikasikan pada peralatan dapur seperti kayu-kayuan. Sedangkan warna dingin yang gelap, seperti biru dan hijau tua, sebaiknya dikontraskan dengan sedikit warna merah atau putih, agar tidak membuat penghuninya kurang bersemangat.

3. Warna Neutral
Mengecat dapur dengan warna neutral bukan bermakna membuat dapur tersebut tampak membosankan. Menggunakan warna seperti coklat muda, kelabu ataupun putih boleh memberikan anda lebih mudah bermain dengan warna lain. Misalnya menggunakan warna merah atau warna terang lainnya agar dapur semakin berwarna.

4. Warna Campuran
Di dapur, kemungkinan besar ada lebih daripada satu dinding dan tentu sahaja tidak semua dinding harus memiliki warna yang sama. Gunakan perpaduan warna untuk menciptakan suasana yang dinamis. Aplikasikan warna hangat seperti merah atau kuning sebagai aksen di dinding dan cat sisa dinding dengan warna putih atau nude.

Setiap warna pilihan mempengaruhi mood... jadi, buat pilihan yang bijak dalam memilih warna dapur idaman... 

Kenali Penyakit Hati : Riak | Ujub |Takkabbur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Sumber pic: Facebook...

Moga kita sentiasa membersihkan hati dari penyakit-penyakit ni...


Senarai Peserta Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berikut ialah senarai peserta Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015 yang telah berlangsung dari 20 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015. Seramai 40 orang blogger telah menyertai segmen kali ini...

  1. http://flizzy86.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  2. http://www.jiakreatifelt.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  3. http://www.cikgufarha.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  4. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  5. http://ceriterahidup97.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  6. http://ridmasrm.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  7. http://cikcandysour.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  8. http://www.pokcikblogger.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  9. http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  10. http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  11. http://ibuadambatrisya.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  12. http://kieyrah97.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  13. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  14. http://www.mialiana.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  15. http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  16. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  17. http://athirahdiyana87.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  18. http://seindahcerita.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  19. http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  20. http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  21. http://adianiez.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  22. http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  23. http://www.aimisyahirah.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  24. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  25. http://azraq-hydrangea.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  26. http://duniazumal.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  27. http://www.shiemz.net/2015/03/contest-segmen-pencarian-bloglist-april.html
  28. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  29. http://kathyrbain.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  30. http://aunidenovella.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  31. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  32. http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  33. http://eryati.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  34. http://nokuchemong.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  35. http://mdm7781.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  36. http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  37. http://bahejabella.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  38. http://www.kisahsidairy.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  39. http://khatyaiman.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html
  40. http://ohresepiku.blogspot.com/2015/03/segmen-pencarian-bloglist-april-mei-2015.html

Terima kasih atasa sokongan semua... walaupun tak seramai yang lepas join kali ni... tapi rasa terharu sebab ramai blogger baru join kali ni.. terima kasih atas sokongan semua.. Insha Allah.. saya akan blogwalking dari masa ke semasa. 

30 Mac 2015

Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz dan like page ni:
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015"
4. Copy banner di atas dan backlinkkan ke Entry ini. 
5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula  20 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015.

Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)




Nota: Bagi yang dah join sebelum entry ni diedit atas masalah teknikal tetap diterima... Maaf atas segala kesulitan. 

Pengalaman Siapkan Signboard Tempahan Pelanggan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman Siapkan Signboard Tempahan Pelanggan | Satu pengalaman baru dalam bisnes suami isteri ni...Siapkan signboard ataupun papan tanda kedai untuk kawan suami... 

Kawan suami ada tempah signboard dari kami... Dia tanya kedai lain tak nak buat sebab dia nak cepat... Jadi, suami sedia bantu... Memang satu pengalaman indah juga... 

Dari proses order material... hingga ke proses trace logo, edit, cutting sticker dan menampal... penuh cabarannya... 
sticker

Hasil kerjasama suami isteri.. akhirnya signboard ni siap juga pada Sabtu lepas jam 3.30 pagi.. memang stay up la kami laki bini siapkannya... 

Keesokan petangnya pada hari yang sama... kami siap tampal pada kedai pelanggan di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur.. 

homemadesticker
Signboard yang siap ditampal pada kedai pelanggan...

Bisnes yang kawan suami buat ialah bisnes sewa kereta... nak sewa kereta??? boleh saja hubungi nombor yang tertera pada papan iklan tu ye.. 

Alhamdulillah,.. walaupun penat tapi berbaloi tengok orang puas hati... 
Alhamdulillah... 

Berminat nak tempah...boleh saja PM kami di page Homemadesticker atau whatsapp bos 0192733794... harga memang berbaloi-baloi.. 

Redeem Bonuslink Point Kali Ketiga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Redeem Bonuslink Point | Lama tak tebus mata ganjaran Bonuslink.. Semak minggu lepas banyak juga point nya... Guna Bonuslink ni, time isi minyak je... Jarang guna untuk shopping kat Parkson.

Semalam suami ke Pasar Tani, terus singgah kat Shell.. tebus mata ganjaran ni sebelum kena tolak. Mulanya nak ambil tuala... tapi dapat satu je katanya, sebab tak cukup point nak tebus untuk dua unit. Akhirnya, dia ambil mangkuk tingkat...


Alahai... comel mangkuk tingkat ni... Lepas tu dia tahan panas... memang comel.. MF tengok buatkan rasa semangat nak bawa bekal ke tempat kerja... Memang kena betul la suami tebus point kali ni... Perlu berjimat la kan nak hadapi GST.. jadi, bawa bekal ke tempat kerja... hehe.. Jimat belanja... :)

JJCM : Nikmati Pau BTS!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nikmati Pau BTS | Kisah hari Sabtu lepas... Lepas tuisyen pagi Sabtu lepas, petang tu kami ke Kampung Malaysia Tambahan.. Tujuannya hal bisnes sikit la.. Tapi dalam perjalanan ke sana, kami singgah di Bandar Tasik Selatan dekat dengan area Sg. Besi...

Penuh bekalan makanan.. ginilah gayanya bila travel... tak kira dekat atau jauh.. hehe... 

Biasa dan dah jadi satu kelaziman.. bila jenjalan je, mesti beli makanan.. buat kudapan dalam kereta.. barulah tak bosan kan.. Sepanjang jalan dari Bandar Tasik Selatan ke Sg. Besi tu, banyak gerai jualan tepi jalan.. Mulanya singgah beli buah je.. lepas tu ternampak gerai jual Pau.. mula lah mengidam...

Si suami pun u-turn balik... Dia kata, gerai pak cik ni.. pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 bersama Qi... Wah.. mesti sedap kan. teruja nak rasa...

Tengokkan gerainya, biasa je.. gerai buka payung je... ada banner kecil tergantung kat payung tu.. Tengok harganya.. fuh... biar betul... semua Paunya tak kira perisa apa, harganya RM1 je...


Paunya ada macam-macam perisa... Kacang, kaya, kelapa, ayam, daging, sardin, bilis, blackpapper, blueberry, coklat dan kaya pandan. Semuanya perisa inti ni harga RM1 je.. kecuali inti ayam.. RM1.30..


Suami belikan 4 biji... baru RM4...
Tak sabar nak makan, panas-panas...sedap... memang sedap rupanya... lembut betul pau ni... dah sejuk pun tetap lembut... intinya pun sedap.. memang terbaiklah pak cik ni jual...

Gerai Pau ni, dijaga oleh suami isteri yang nampak dah berusia, tapi masih kuat tenaganya.. Gerai ni buka tak tentu juga... kadang dok lalu situ tak buka... biasalah kudrat orang lama kan... Tapi harga murah dan rasa memikat... buatkan MF nak rasa lagi nanti.. insha Allah..

Moga pak cik dan mak cik ni dilapangkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik... sebab murah sangat dia jual pau ni... sedap pula tu.. tak rugi beli...

Sesiapa nak rasa... lalu lah area BTS tu... kalau nampak gerai pau pak cik ni.. jangan lupa singgah ye... Murah dan sedap paunya.. berbaloi-baloi... 

Ikut Kemampuan!

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. {Surah al-Baqarah 2:286}

Allah tahu kita mampu... Kerana itu, kita diuji sebegitu.  Dan tak diberikan kepada orang lain... Cuma.. Bermohonlah doa..merintihlah...supaya Allah berikan kekuatan dan kemampuan itu kepada kita... Insha Allah.. Segalanya indah pada waktunya...


29 Mac 2015

Larangan Membatalkan Jualan Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Potong Line namanya ni.. 

Dalam berniaga, bersainglah secara sihat.. 
Tak salah main harga, tapi jangan memburukkan peniaga lain, hanya semata-mata nak dapatkan keuntungan... 

Sebab ni juga, peniaga online tak letak harga ketika post gambar barang yang hendak dijual... 
Sebab mereka bersaing dengan barang jualan yang sama... 

Tapi kalau barang jualan tu berbeza dengan orang, atau produk sendiri... tak salah kiranya letak harga terus kan.. memudahkan pengguna untuk buat pilihan.. 

Berniagalah secara sihat.. 
Peniaga yang jujur, bukan sahaja rezeki berkat, insha Allah juga rezeki tak putus dan pelanggan pun mudah lekat... 

Peniaga Ambil Kesempatan Dengan GST!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


GST nak bermula dah... Berapa hari je lagi kan... Sana-sini orang dah standby dengan GST... Walaupun kerajaan dok keluarkan info barangan yang dikecualikan GST... Tapi peniaga tetap ambil peluang ni untuk naikkan harga barang... Macam ambil kesempatan pula.. 

Contohnya... Barangan basah atau barang mentah seperti ikan, ayam, daging mentah tak naik harga... Dan tak dikenakan GST.. Tapi tetap naik harga... 

Pagi ni suami ke Pasar Tani... Beli ikan merah tiga potong dan bawal tiga ekor pun dah cecah harga RM59.00... Fuhh... Memang melambung harga naik... 

Dulu beli ikan merah sepotong kecil baru belasan ringgit je... Hmm... macam ambil kesempatan je kan.. tak pe lah.. Diorang jawablah kat akhirat... 

Semua peniaga pun nak naikkan harga... Padahal tak semua barang kena GST... Peniaga yang pendapatan setengah juta setahun je kena GST... Yang lain tu takde lah kena pun... Hmmm... 

Bila orang tanya... Dulu kita kena cukai tersembunyi 10%... Tapi sekarang kena 6% je... Tapi kenapa harga naik pula... Hmm... tak reti jawab soalan ni... 

Apa-apa pun... 6% tu besar nilainya bagi orang yang sederhana ni... bertabah je la kan... Moga Allah permudahkan segalanya... 

Bersediakah dengan GST??? Hmm... Sedia tak sedia kena la hadap kan... 

Kena jimat-jimat la pas ni kan... 

Tips Cinta Sejati Berpanjangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cinta itu fitrah..
Anugerah Allah kepada hamba-Nya...
Kerana cinta, Allah ciptakan manusia bepasang-pasangan...

Namun, pupuklah cinta hanya kerana menggapai cinta Allah...
Cintalah manusia, kerna kita cinta Allah...

Pasti indah... jika sesuatu itu kerana Allah...
Cinta sesuatu jangan lebih cinta kepada Allah...
Kerana cinta sejati ialah cinta Ilahi...



Nota:
Jika kita berkahwin sebab dah lama kahwin, sebab kecntikan, sebab-sebab keduniaan, cinta tak dapat bertahan lama... Tapi jika perkahwinan dibina kerana menggapai cinta Allah.. Insha Allah pasti kekal sempurna.. Pupuklah cinta kerana Allah... Binalah mahligai cinta hanya kerana Allah... Insha Allah... cinta berkekalan dan pasti dapat rasai manisnya cinta sejati itu... 

28 Mac 2015

Sabtu Tanpa Kata: Dulu dan Kini Selamanya!

Sumber: whatsapps

Sabtu tanpa kata...

Beza dulu dan sekarang ibarat langit dengan bumi jauhnya kan...

Tanda bumi dah makin tua juga...


Orang Yang Sempit Dalam Hidup!

Renungan bersama...
Sucikan hati dari sifat benci...

Layakkah kita membenci orang lain...
Sedangkan sebanyak mana dosa kita buat Allah tak pernah benci kita... Bahkan tetap ampunkan dosa kita selagi mana kita tak menduakan Dia....


27 Mac 2015

Reward Hasil Berblog!

Alhamdulillah... Hasil berblog yang tak dijangka... Ada jee Allah dah tetapkan...

Dapat je hasil... Terus fikir nak beli apa... Sebab kalau duit Nuffnang... MF memang masukkan dalam tabungan anak-anak... Tapi kali ni...hasil lain... Jadi fikirkan sesuatu... Untuk dikongsi bersama...

Kebetulan... Hari Selesa lepas ada orang yang selalu datang jual buku-buku ilmiah kat tempat kerja... Jadi... MF terus grab dua buah buku... Reward hasil berblog untuk sesuatu yang bermanfaat...

Alhamdulillah... Syukur... MF memang suka kumpul buku-buku ilmiah... Ada masalah...ada masa memang akan belek dan baca... Dulu ada kumpul buku motivasi... Ingat dah dok rumah sendiri nanti nak buat perpustakaan mini kat rumah... Didik ank cinta buku dan ilmu... Insha Allah...

Alhamdulillah... Rezeki tu Allah dah tetapkan kan... Asalkan syukur walaupun sedikit... Rasa puas hati sangat bila kita nampak hasil kita berblog... Walaupun berblog bukan untuk dapat duit... Tapi tetap ada hasilnya... Walaupun sekadar suka-suka... Alhamdulillah...


5 Perkara Mesti Guna Duit Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI.
*Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini
1) makan minum isteri.
duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan...jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan suami )
duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~
***********************
Nasihat saya... kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais...terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni...isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri....duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur...konon cakap, "duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak"....Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu...takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api...juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat. [Sumber]

Apa-apa pun redha meredhai dan saling mengetahui tanggungjawab masing-masing... Setinggi mana pun darjat dan gaji si isteri.. balik rumah, suami tetap wajib dihormati dan ditaati.... Redha suami penting dalam berbuat sesuatu... Itulah syurga bagi si isteri... 

Senarai Barang Dikecualikan GST!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Info terbaru pasal GST... Barangan yang dikecualikan GST diperluaskan... Antaranya:


Tapi barang yang disenaraikan ni secara umum.. untuk lebih detail.. kena rujuk banyak bahan bacaan pasal GST... Kena rujuk bahan-bahan yang sahih dan terkini.... Sumber dari laman sosial seperti facebook dan blog perlu ditapis.. sebab banyak juga yang dibuat cerita... 

Ini pun MF amik dari Utusan Online... senarai ni dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Dari sumber yang MF percayai...tapi MF tak dapat nak nyatakan dari mana.. Syarikat yang berdaftar memang ada sistem GST iaitu syarikat yang berpendapatan RM500 ribu ke atas setahun... Bawah dari pada jumlah digalakkan daftar.. Syarikat yang tak daftar, tapi ambil kesempatan dengan mengenakan GST boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Nak cakap lebih pasal GST ni, MF pun tak faham sangat... MF cuma kongsikan dari sumber dan berita yang sahih je la... Bukan copy dari mana-mana... 

Apa-apa pun memang pasti ada yang ambil kesempatan naikkn harga barang sebab GST... 
Kesannya memang terasa...

Cuma harapan MF sebagai rakyat biasa.. 
Harap pihak kerajaan gunakan duit cukai gst ni secara telus.. 
Harap..tiada lagi jalan berlubang, paip bocor, catu air dan segala kemudahan untuk rakyat dipermudahkan.

Dalam hadapi GST ni, jangan lupa doa.. moga Allah berkati dan dilapangkan rezeki kita semua...

Qana'ah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Barangsiapa yang merasa qana'ah (cukup), maka hatinya tenang."

1. Pengertian Qanaah
Dari segi bahasa bererti merasa cukup. Menurut Istilah qanaah bererti merasa cukup atas apa yang telah dikurniakan Allah swt kepada kita sehingga mampu menjauhkan diri dari sifat tamak, sifat tersebut berdasarkan pemahaman bahawa rezeki yang kita dapatkan sudah menjadi ketentuan Allah swt. A

Firman Allah swt:
Maksudnya: "Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun di bumi ini, melainkan Allahlah yang memberi rezekinya." (QS Hud: 6)
Ayat diatas menjelaskan bahawa setiap rezeki yang kita peroleh adalah dari Allah swt, Akan tetapi, tidak bererti kita mesti pasrah tanpa usaha, justru kita dituntut untuk berusaha yang terbaik demi meningkatkan kesejahteraan hidup.

Sifat qanaah tidak membuat orang mudah putus asa atas ujian dan dugaan yang diberikan Allah swt, baik berupa ketakutan, kelaparan, bencana, dan kekurangan harta benda. Akan tetapi, mereka akan tetap bersabar menerima ujian tersebut dan tidak patah semangat untuk menjalani kehidupannya kembali. Hal ini sebagaimana Firman Allah swt dalam Al qur`an surah Al Baqarah: 155)
Maksudnya: "Dan sungguh akan kami berikan dugaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. "(QS Al Baqarah: 155)

Orang yang mempunyai sifat qanaah merasa cukup dengan apa yang dia dapatkan walaupun sedikit. Dengan demikian, hati kita boleh menjadi tenang dan jauh dari sifat ketamakan. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw, yang menjelaskan bahawa seseorang yang dapat melaksanakan hidup dengan sifat qanaah, maka ia termasuk orang-orang yang beruntung.

Sabda Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: "Dari Abdillah bin Umar ra berkata Rasulullah SAW," Sungguh beruntung orang yang masuk Islam mendapat rezeki secukupnya dan ia merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepadanya. "(HR. Muslim)

Contoh Sifat Qana'ah
Diantara beberapa contoh yang mencerminkan sifat qanaah adalah sebagai berikut:
* Menerima dengan ikhlas setiap rezeki yang diberikan Allah swt.
* Sentiasa berfikir positif menerima ujian, dugaan, kegagalan, bahkan nikmat dari Allah swt.
* Bekerja keras dan tetap optimis.
* Tidak berlebih-lebihan ertinya membelanjakan harta sesuai keperluan.

Jom didik hati dengan sifat Qana'ah... Syukur dengan apa yang ada... dan usah melampau dalam mencari rezeki...dan yakinlah segala rezeki kurnia Allah SWT.

26 Mac 2015

Blog Menguntungkan Atau Merugikan Masa???

Sumber: google image


Topik bagus ni... Dari group Sahabat Blogger... 

Blogger ni menguntungkan atau merugikan masa??? Kalau orang biasa...bukan blogger... Mesti fikir merugikan masa kan... Tapi as a blogger... Tanya balik why you become a blogger... Either full time blogger or part time blogger... Mesti ada sebabkan kenapa jadi blogger... 

Kebanyakan yang MF lihat... Jika berblog sebab mengikut orang... Memang merugikan masa... Blog terabai dan akhirnya tenggelam begitu sahaja... 

Buat apa-apa kena ada sebab... Kena ada niat... ان اعمال بنية

Bila kita buat dengan niat..  Kita sendiri lah tahu kat mana untung ruginya.... 

Bagi MF... MF berblog kerana minat dengan blog... Soal nak dapat duit tu lain cerita... Bila buat kerana minat...tiada istilah rugi sebab buat dengan minat kan... Contohnya, kita baca novel.... Kita minat baca novel...jadi seharian baca novel pun tak kan rasa masa tu rugi... Tapi cuba kita tak minat...dan dipaksa baca novel... Kita pasti rasa... Ruginya masa tu... 

Rugi masa atau tak tu bergantung bagaimana kita isi dengan masa berblog tu... Jika kita berblog sehingga mengabaikan masa-masa berharga... Masa yang dipertanggungjawabkan pun kita abaikan sebab nak berblog... Itu memang rugi sangat-sangat!!! Sebab masa kita tak dapat nak putar balik... 

Contoh... Kita da sesuatu info yang menarik nak kongsi dengan pembaca... Tapi dalam masa yang sama... Suami atau keluarga kita ada bersama... Tapi kita masih juga hadap blog...sebab nak kejar pembaca blog... Makanya itulah kerugian masa yang kita dah buat... Kita mensia-siakan masa dengan keluarga semata-mata dengan blog... 

Untung rugi juga boleh dilihat pada jangka masa panjang... Jika kita kongsi sesuatu yang bermanfaat... Ilmu yang bermanfaat... Kita tak kan rugi... Bahkan untung dan insha Allah pahala tu mengalir walaupun kita dah meninggal dunia... Dan kemungkinan itulah pembela kita untuk ke syurga... Jadi, jadikanlah masa berblog tu satu keuntungan buat kita bukan di dunia sahaja... Tapi berterusan hingga ke akhirat... 

Sekian bebelan pasal untung rugi dalam berblog... Agak-agak jawab soalan tak??? Dah lama tak jawab soalan ni... Asyik bagi soalan kat budak je..hehe... Harap-harap fahamlah apa yang MF nak sampaikan...

Tak Guna Lipstik Mahal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terasa tak???
Kalau tak buat kenapa nak terasa kan...

Betullah tu...
Buat apa pakai lipstik mahal tapi mulut takde insurans!!!

Mengata orang je... Mengumpat dan memfitnah...

Tapi sekarang advance... Zaman teknologi... Mengumpat pakai jari...

Hmmm.. Jadi apa guna la tangan licin comei... Tapi jadi keyboard worrior... Ye dak... Fikir-fikirkanlah...

Murah ke Mahal???

Murah ke mahal agak-agak korang la kan... Semua ni harganya RM10.

Agak terkejut dengan harga ni...
Moga murah rezeki tauke kantin tempat kerja MF ni...

Ni harga untuk dua hari MF makan...
Memang tulis kat kertas la... Sebab kadang tak sempat nak bayar...

Jadi, tulis dan bayar secara pukal...

Murah ke mahal??? Nilai la sendiri... Tapi MF rasa ni memang murah... Sangat murah...


Kemahuan Anak!

Anak-anak inginkan perhatian ibu bapa...
Semahal mana pun hadiah yang diberi tak kan sama dengan perhatian dan kasih sayang ibu bapa...

Hargailah...

Menyusuk qalbu betul kata-kata nih...
Terutama bagi ibu bapa bekerjaya kan...


25 Mac 2015

Earn More with Shopback Malaysia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

There is a saying ‘City girls go for online shopping’. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa online shopping kini merupakan kaedah paling mudah untuk melakukan sebarang urusan jual beli. Malah, untuk membeli keperluan asas juga kini boleh dilakukan secara online!


So, are you a Shopaholic? Berapa kerapkah anda berbelanja dalam sebulan? Atau seminggu? Jika anda kerap berbelanja secara online dan memang gila online shopping, Shopback Malaysia (https://www.shopback.my/) is definitely your best online shopping platform! Berbeza dengan online stores yang lain, syarikat yang berasal dari Amerika ini merupakan sebuah affiliated platform yang membawakan anda puluhan online stores yang cukup terkenal di rantau Asia seperti ZALORA, ZALORA, BOOKING.COM dan banyak lagi.


So kenapa anda harus membuat pembelian online di Shopback? Ini kerana, Shopback Malaysia merupakan online portal yang memberikan anda cashback ke atas setiap pembelian. Dengan hanya mendaftar bersama Shopback, terima cashback pertama anda yang bernila $5 dan teruskan pembelian anda.

Hanya klik pada mana-mana online stores kegemaran anda dan buat pembelian seperti biasa. Selepas anda selesai membuat pembayaran, cashback akan dikreditkan ke dalam akaun Shopback anda! Menarik bukan? Anda bukan hanya boleh memiliki barangan yang anda ingini dengan mudah, malah mendapat pulangan semula wang anda!


But how? Well, Shopback menerima komisyen pada setiap pembelian anda di affiliated partner dan komisyen tersebut kemudian diagihkan untuk pihak Shopback serta sebahagian lagi dikongsikan untuk anda. Jadi, tunggu apa lagi? Let’s earn more with Shopback Malaysia today and find all promotions here!

WW ~ Data Semput | Blogwalking Tergendala ~

Internet dah semput...
Blogwalking pun makin la lambat...
Sorry bebanyak semua...
Memang rindu nak blogwalking lelaju...
Tapi masa juga tak mengizin + internet pun semput sebab dh hujung bulan...

Insha Allah.. Ada masa MF blogwalking anda ya...
Terima kasih atas kunjungan semua...

Eh... Kata wordless wednesday .. Haha.. Layan je lah... Memang biasany wordless ku tak menjadi punya... Sebab ada je nak bebel...


Kisah Pisang!

Sumber: google images

Cerita Pisang 🍌

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yangv sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
❤️
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang 🍌masing-masing di dalam beg.
💚
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
😭
”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!.🍌

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Sumber: whatsapp group


24 Mac 2015

Cerita Paling Seram!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Are you Stupid!
that spend money on watching scary movies????

Come here, I'll tell you some hadiths which tell you how scary the hell is... 

****************************

Kita habiskan duit dan masa untuk tengok cerita seram.. 

tak payah lagi dah.. 

Buka je al-Quran yang ada terjemahan... baca dan hayatilah... banyak kisah seram tentang neraka dalam tu... 

Itulah.. cerita seram tu sampai menjerit-jerit tengok... tapi, cerita seram neraka... relax je.. tak rasa apa-apa kan... Ingat cerita dongeng kot... hmm... 

Renungkanlah...

Selamat Malam... 

Nuffnang : Rezeki Berganda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... pagi ni check nuffnang... berpinar mata tengok banyaknya iklan... 

Rezeki berganda-ganda dari Nuffnang... Tak pernah tengok iklan on going sebanyak ni sepanjang MF berblog... lebih 30 iklan on going berlegar bulan ni sahaja.. 

alhamdulillah.. rezeki anak-anak... 

Terima kasih nuffnang.. 
terima kasih juga buat rakan blogger..yang rajin menyinggah dan klik sini... 
moga kalian juga dilapangkan rezeki... amennn.. 

Iklan on going dari South Australia Tourism, MATRADE Brand Awareness, British Council, MCMC: Klik Dengan Bijak, DiGi Project Byte, Sensodyne, Physiogel, Digi Live, IKEA, UMobile, Magic Kinder App, Colgate.

Terima kasi buat para pengiklan juga... 

Hudud Oh Hudud!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isu besar ni sekarang ni kan... sampaikan effectnya sampai kat budak sekolah juga... Semalam lepas bagi latihan kat pelajar... MF tanda buku kat meja... Sekali ada pelajar datang... ustazah, hudud tu macam mana??? Tersenyum je MF.. hehe... Lepas tu dia tanya lagi... Ustazah, kat Kelantan je kan hudud dilaksanakan.. kat Malaysia belum kan... MF angguk je.. MF tanya semula.. kenapa??? Kalau Malaysia laksanakan hudud kenapa??? Uishhh,,, kalau Malaysia buat, kami nak lari la ke negara lain.. Hahaha... tergelak MF dengar jawapan tu.. Dah kenapa nak lari pula.. ishh.. takut la ustazah... nanti kena tuduh mencuri, kena pula potong tangan... 

MF pun mengeluh... alahai kamu ni.. meh sini, ustazah terangkan... Baru muqaddimah nak terang, loceng berbunyi.. tak dapat la nak terangkan habis... diorang dah kecewa... hehe.. Mereka nak tahu sangat pasal hudud ni rupanya... dan MF pasti ramai juga kita kat luar sana, tak faham pasal hudud kan... 

Alhamdulillah.. MF syukur sangat, ilmu MF belajar kat Universiti dulu, MF nak kongsikan sikit dengan semua... Masa tesis Sarjana Muda akhir, MF buat pasal hudud mencuri... 

Memang banyak sangat ilmu pasal hudud MF pelajari... Dan barulah MF tahu, bahawa hudud ni rahmat Allah untuk kita... 

Secara kasarnya, memang nampak hudud tu kejam.. sebab mencuri potong tangan, zina kena sebat, kena rejam sampai mati... murtad je pancung... Tapi sebenarnya, nak melaksanakan hukuman tu bukan sesuatu mudah... banyak syarat, banyak prosedur dan banyak tatacaranya yang ulama-ulama fiqh dah bahaskan... 

Secara dasarnya.. MF kongsikan... ilmu fiqh jenayah Islam:

Fiqh jenayah (فقه العقوبات) ialah undang-undang jenayah mengikut Syariat Islam. Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman Qisas atau Diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman mengikut al-Quran:
  • Hudud
  • Qisas
  • Diyat
  • Takzir

Manfaat pengajaran fiqh jenayah
  • Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
  • Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
  • Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
  • Berhubung dengan keamanan Daulah Islamiyah dan menyelenggarakan keselamatan diri.
  • Berhubung dengan pembunuhan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam Daulah Islamiyah.
Tujuan fiqh jenayah
Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir diperuntukkan dalam qanun fiqh jenayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
  1. Menjaga agama - iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.

  2. Menjaga nyawa - iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman Qisas atau Diyat.

  3. Menjaga akal fikiran - iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat.

  4. Menjaga keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.

  5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.
Sumber: Wikipedia

Ini secara asas je... ilmu pasal fiqh jenayah Islam... Dalam melaksanakan hukuman hudud banyak prosedurnya... misalnya.. hukuman mencuri... perlu tengok pada jenis barang dicuri, cara disimpan, pemilikan barang... syarat barangan... orang yang mencuri... Kemudian dilihat pula dari sudut nilai barangan yang dicuri... Perlukan saksi... dan setiap saksi tu ada syarat-syaratnya pula... Memang ada syarat-syaratnya... bukan mudah nak laksanakan sesuatu hukuman dalam Islam... sebab hukum Islam, bukan nak menghukum... tapi mendidik... 

Carilah buku-buku fiqh jenayah Islam yang sahih... dan belajarlah tentang hudud dengan guru yang faqih... Agar kita lebih faham.. bahawa Islam ni indah sangat... Hukum yang Allah tetapkan tu adil.. Hukum hudud, tak perlu takut kalau kita bukan peminum arak, bukan pencuri, bukan penzina dan kekal dalam Islam kan... Tak perlu takut kalau tak salah.. 

JJCM : Restoran Restu Ikan Bakar Petai

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah.. semalam... balik rumah fikir dah nak masak apa... biasalah orang pompuan kan.. tapi, sebaliknya.. suami offer... nak makan kat mana??? Ada rezeki lebih katanya... hehe.. offer kan.. terus la terima...

bila ditanya nak makan kat mana tu, terus lah MF bagitau suami yang restoran tepi jalan tu dah buka... dah ramai orang tengok masa balik kerja tadi...

Restoran Restu Ikan Bakar Petai... tengok kat signboard tu menarik... dah lama tengok.. tertanya.. bila la buka kan... hari-hari tengok, sebab tu laluan MF ulang alik pergi dan balik kerja.. jadi..tahu sangat la kan.. kalau dari rumah.. boleh jalan kaki je..


lepas solat maghrib, kami pergilah.. nak rasa ikan bakarnya kan... Sesampai sana yang perjalanan naik motor.. tak sampai 5 minit... hihi... orang tak ramai sangat.. tapi tak pernah putus pelanggannya.. 

Kemudahan yang disediakan... Tandas, surau siap dengan tempat wuduk...
View dalam restoran.
Kami amik tempat duduk kat belah dalam... selesa sikit sebab ada anak kecil kan.. 

Sesampai je.. terus sampai buku menu... 


Pilih menu... menunya biasa je.. MF tak sempat nak amik gambar, anak-anak kaco la pula time ni.. sempat captured depannya je... 


Dah siap order.. suami pergi pilih ikan, untuk menu ikan bakar... kami pilih ikan siakap... harga RM5.50 untuk setiap 100gram. 

Dalam masa 15 minit semua yang diorder sampai... 

Ini air yang kami order... Fresh oren suam, carrot susu suam, dan air suam.
Airnya boleh tahan sedap... carrot susu tu sedap.. tak terlalu manis dan rasa carrotnya.. oren tu pun sedap.. cuma dia kisar sekali dengan biji oren, jadi pahit air tu... suami adukan pasal air tu kat cashier.. terus diorang datang dan tukar yang baru...


Menu MF order, nasi goreng cina... 
Nasi goreng cina.. sedap.. cukup rasa dan tak terlalu berminyak...


menu untuk suami: nasi goreng thai
menu untuk kakak : sup sayur
Menu nasi goreng thai, boleh la... memuaskan rasanya...ada rasa.. sup sayur tu pula memang sedap.. habis kakak hirup.. meriah supnya... ada pelbagai jenis sayur... banyak.. dan rasanya pun cukup rasa... 

Dan ini menu utama... 

Ikan Siakap Bakar Petai
Besar ikan ni... 1kg... haha... dua orang makan.. memang mengah juga nak habiskan... Tapi memang awesome... Rasanya memang sedap.. Kelainannya, ada petai.. sambal tu buatkan MF rasa nak makan dan ratah sampai habis... memang licin MF habiskan... Sambal tu lain sangat rasa berbanding dengan ikan bakar yang pernah MF rasa.... Sedap kot.. Ish.. rasa macam nak makan lagi je ikan bakarnya.. resepi sambal tu lah.. buatkan MF terasa sampai hari ni... (ishh.. melampau betul MF ni.. tapi sungguh la.. sedap rasanya... )

Restoran ni masih baru dibuka di sini.. MF tak pasti sama ada ini cawangan dari Kuantan atau sebaliknya.. tapi yang dinyatakan signboard tu, Resepi dari Tanjung Lupar, Kuantan.

Restoran ni adalah bekas tapak bengkel satu ketika dahulu... Tapi diupgrade jadi restoran... sebelahnya kedai jual seni khat...

Restoran ni, restoran biasa je.. bukan restoran five star... macam restoran tepi jalan je sebenarnya... tapi menunya buatkan orang ramai datang..

Lokasinya startegik.. takde dalam maps lagi restoran ni.. tapi MF printscreen maps... dan tanda warna merah tu adalah restoran tu... Ianya terletak di Jalan Kampung Bandar Dalam... Iaitu jalan dari Sentul menuju je Jalan Gombak. Kalau lalu je mesti nampak.. sebab signboardnya besar..


Waktu operasi: buka dari petang... sebab tengah hari MF lalu, tutup je semalam.. balik kerja tu baru buka... mungkin waktu standard la jam 6 petang hingga ke tengah malam..

 Alhamdulillah... memang kekenyangan makan semalam.. Berbaloi dengan harga la makan.. sebab menunya kena dengan selera kami.. sedap dan cukup rasa.. Servicenya pun bagus dan pekerjanya semua ada budi bahasa...

Untuk restoran ni MF bagi 4/5 bintang... Tak rasa rugi la makan semalam..
Alhamdulillah... rezeki Allah...