07 Januari 2015

WW ~Tunggu di Simpang~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Bagi sesiapa yang biasa memandu... Pasti pernah alami kan... 
Huhuhu... Geram dan rasa nak menyumpah pun ada..
Tapi istighfar je la... 

Sangka baik... Signal nya rosak kot... tak pun dia tak tahu mana lampu signal... huhu...
!@#$%^&&**


WW ~Didik Anak Solat~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Cara Mendidik Anak Solat Dengan Istiqamah:

Jangan Di Suruh, Tetapi Ajak lah Anak itu Solat Bersama-sama... 

Suruh tak kan kekal lama..kerana mungkin dia buat kerana suruhan kita... Tapi jika ajak, dan beritahu kenapa kena solat... Insha Allah.. akan melekat dihati dan istiqamah...dan bila besar tak perlu disuruh lagi... Insha Allah... Sama-sama kita praktikkan... 

WW ~Bapa Tanya Mak Tentang Anak~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Realitinya...
Memang begitulah... 

Jarang sembang...
Tapi maklah yang jadi perantara... 

Tapi ini mak ayah sebelum alaf 21... Sebab sekarang, mak lagi garang dari bapa... 



Nota:
Sedih dan rindu kat mak pak kt kampung... Huhu... Moga Allah pelihara mereka... 

06 Januari 2015

Motivasi: Kekuatan Melalui Ujian!


Tanda Allah sayangkan kita dan nak jadikan kita seorang yang kuat ialah melalui tarbiyah ujian dan dugaan...

Orang yamg redha dan sabar...
Akan membuahkan kekuatan...
Dan itulah kejayaan sebenar...

Lancar 'Perang' Dengan Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah lama gencatan senjata... Tapi semalam MF kembali lancarkan peperangan dengan suami... Memang tentang hebat kali ni... Sama-sama nak menang...

Opss... Jangan salah sangla...

Kami perang dalam ni je...

Pakat lawan game perang kat WeChat...

Tengok... En. Abi Firdzaus dah menang pula... Tak kira... Nak usaha dok atas ranking pertama balik... 

Hehe... Ini lah kami layan kalau dah bosan... Kadang bosan asyik online je kan.. Sesekali layan game hilang tension... 

MF dulu memang kaki game masa kat universiti... Minggu study tu la paling rajin main... Study sikit-sikit je... 

Macam-macam game main... Sampai panas laptop layan game... Sampai ke tengah malam dok main... Memang ketagih betul... Tabiat tu habis bila dah kahwin.. 

Ni start semula... Sebab rasa bosan layan online je... Sambil layan-layan anak main la game... Buat release tension je kan... 

Haha... MF akan usaha untuk kalahkan en.somi tu... Tengok lah...


Somebody Love You!


Seseorang yang mencintai kita sebelum kita diciptakan lagi...

Tapi adakah kita cintai dia...
Kita sering lupakan dia...
Padahal dia menangis kerana akan meninggalkan kita...

Dia wasiatkan dua perkara supaya kita tak sesat di dunia...
Tapi kita sering juga leka dan lupa...

Itulah dia ... Muhammad Rasulullah s.a.w... Yang begitu sayangkan kita... Mohon Allah ampunkan dosa kita... Jangan balas dosa kita di dunia... Sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita... Tapi kita mencari cinta manusia yang belum tentu dapat bawa kita ke syurga...

Renungkanlah...

Jangan Merosakkan Amalan!


Jangan rosakkan amalan kebaikan kita dengan rasa ujub dan bangga dengan kebaikan diri kita sendiri...

Kadang mungkin kita nak kongsikan agar orang ikut, tapi salah gaya orang akan nampak kita bangga diri.... Mungkin niat kita baik tapi cara kita salah...

Buatlah sebanyak mana kebaikan...tapi sebaik-baik kebaikan ialah yang disembunyikan...

Moga Allah ampun dosa hati kita... Insha Allah...

05 Januari 2015

Kisah Teladan: Tradisi Membuang Orang yang Sudah Tua Ke Hutan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sumber: google images


SIFAT SEBAHAGIAN UMAT
MENGHUMBAN IBU
SYAITAN KETAKUTAN
HAIWAN PUN HAIRAN

Dikatakan di Jepun dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan..

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak-anak..

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya.
Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.

Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.. Dalam senyumnya, dia berkata,
"Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku.

Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu.

Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah."

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.

Sahabatku semua,
Renungilah..
"Orang tua" bukanlah barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya.

Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.

"Orang tua" tidak pernah meninggalkan kita, macamanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada mereka.

Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita. Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita selagi mereka masih hidup.

I LOVE YOU PAPA & MAMA

"HORMATILAH ORANG TUAMU, KERANA ITU MASA DEPANMU; 
SAYANGILAH ANAK KECIL KERANA ITU MASA SILAMMU."

10 Perkara yang Isteri Suka Suami Buat!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Suami Suami wajib baca ni....!!!!
10 PERKARA YANG ISTERI SUKA.....!! 
Tapi Suami Susah sangat nak buat.... ;P

Adakah anda tahu apa sebenarnya yang isteri anda suka dan sentiasa mahu suami lakukan didalam perhubungan anda sebagai suami isteri?

Pada kebiasaannya, wanita tidak begitu berterus terang.Itu memang salah satu tabiat wanita.Mereka suka membiarkan sesuatu perkara yang mereka inginkan menjadi satu misteri kepada suami atau pasangan.

Tapi memang sudah menjadi lumrah seorang wanita ,walau diamanapun di dunia ini, Kalau diajukan soalan berkaitan hubungan intim dengan pasangan, anda akan sukar mendapat jawapan.Tetapi melalui kajian serta pengalaman, anda dapat mengetahui apakah yang isteri anda suka anda lakukan.
===

1."Saya suka suami mencuim saya bila nak pergi kerja"
Memang menjadi kebiasaan terutamanya masyarakat melayu,pasangan suami isteri tidak menunjukkan keintiman hubungan suami isteri di di khalayak ramai.Ini disebabkan faktor masyarakat yang penuh dengan tatatertib serta adab sopan.Tetapi masih ada ruang lain yang suami isteri boleh mengambil peluang untuk melakukannya.Seperti waktu suami isteri keluar bekerja.

Bagaimana cara yang paling baik untuk mencium isteri dan meninggalkan kesan positif kepadanya?
Mengucup bibirnya sambil tangan anda memegang kedua-dua belah tangannya.Kucuplah dengan ikhlas dan rasa cinta kepada isteri anda. Ketika pulang kerumah, buat perkara yang sama tetapi kucuplah pipinya. Mengapa pipi pula? Setelah seharian bekerja,berkemungkinan mulut anda sudah mula berbau. Ini akan memberikan rasa yang tidak selesa poda isteri anda. Tapi sekiranya anda seorang suami yang selalu menggosok gigi walaupun di pejabat,maka tak salah mencium bibir isteri.Lakukannya setiap hari dan anda akan melihat kesan positif bukan sahaja kepada isteri malahan kepada diri anda sendiri.
===

2."Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
Salah satu perkara yang membuatkan isteri atau wanita merasakan ketenangan dan cinta adalah dengan cara memeluknya dengan erat.Bilakah waktu yang sesuai untuk memeluk isteri anda?
Waktu yang sesuai memeluk isteri adalah ketika berpisah dengannya seperti keluar bekerja dan sebagainya.Anda hanya perlu melakukan satu pelukan yang ikhlas beserta rasa cinta kepada isteri anda.Peluk isteri anda dengan erat selama sekurang-kurangnya lima saat.
===

3. "Saya suka suami peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"
Datang dari belakang isteri anda yang sedang berdiri atau sedang melakukan kerja di dapur,peluklah tubuhnya dari belakang sambil bibir anda mencium pipi isteri anda. Anda boleh membisikkan sesuatu ke telinganya seperti "I love U", "hi sayang" dan sebagainya.Pastikan isteri anda sedar akan kehadiran anda,kerana sekiranya si dia tidak sedar kehadiran anda dibelakangnya,berkemungkinan isteri anda akan terperanjat.
===

4. "Saat paling gembira ,adalah ketika tangan dipegang erat suami"
Bagi lelaki, memegang tangan merupakan perkara biasa.Tetapi bagi wanita, tangan merupakan anggota yang sangat sensitif.Bagi wanita, tangan bagaikan mewakili seluruh jiwa dan raga. Suami perlulah kerap memegang tangan isteri kerana disitulah terletaknya titik kemesraan serta rasa dihargai.
===

5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
Boleh dikatakan hampir kesemua wanita suka kepada lelaki yang boleh membuat mereka tersenyum dan ketawa. Senyum adalah ubat segala duka. Sentiasa mencari idea bagaimana menceriakan isteri akan membuatkan isteri anda sentiasa ingin anda bersamanya sentiasa.
===

6. "Saya sangat suka, suami selalu ucap i love you pada saya"
Satu perkara yang agak sukar kepada suami-suami di Malaysia khususnya untuk mengucapkan "i love you" atau " abang sayangkan sayang" kepada isteri. Hakikatnya perkataan itulah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua isteri.
===

7. Memasak untuknya
Sekali sekala suami juga perlu masak untuk isteri.Sering kita dengar ungkapan "nak pikat hati suami adalah dengan perutnya".Maksudnya isteri kena pandai masak. Ungkapan ini memang ada kebenarannya pada lelaki dan bernar juga kepada wanita.Kajian di Amarika mendapati 60% wanita akan melakukan hubungan seks selepas menikmati makanan yang dimasak lelaki tersebut. Anda bagaimana?masak untuk isteri sekali sekala apa salahnya.
===

8. "saya suka suami senyum pada saya"
Lemparkanlah senyuman manis anda kepada isteri setiap kali anda pergi atau pulang dari kerja.Ia menggambarkan kepada isteri anda bahawa dia sentiasa diterima disisi anda.
===

9."Suami saya jarang memuji saya.Saya suka kalau dipuji"
Jika isteri anda menggayakan baju baru dan bertanya "cantik tak baju ni?"apa anda akan jawab? "cantik!".
sebenarnya bukan baju yang ditanya oleh isteri anda.Anda patut menjawab"cantik sayang pakai baju ni".
===

10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"
Adalah cukup memuaskan hati seorang isteri jika mendapat SMS dari suami "sayang dah makan?" atau "sayang buat apa tu?". Lebih hebat lagi kalau anda menalifonnya atau menghantar SMS " i love you".Bagi suami SMS atau menalifon isteri adalah satu perkara biasa.Tapi tidak pada isteri atau wanita.

Sumber: Rahsia Perkahwinan

Ok... Buat checklist... agak-agak ada tak para suami buat perkara-perkara ni.. kalau tak mengerti juga, share artikel ni kepada pasangan masing-masing.. print dan bagi suami baca, kadang-kadang suami tak memahami...sebab memang wanita sukar difahami.. jadi, info ni mungkin boleh menyinari kegembiraan seorang isteri....

Ganjaran Mengenyangkan Perut Orang Lain!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ganjaran memberi orang lain makan:

"Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan 500 tahun."(HR Hakim)

Banyaknya ganjaran memberi orang lain makan... Untung lah bagi sesiapa yang rajin memasak yang memberi ahli keluarganya dan saudaranya makan... Untung juga bagi sesiapa yang rajin masak dan buat pot luck kat tempat kerja tu kan... 

Nak juga dapat ganjaran ni... Tapi kena rajin memasak la dulu... masak makanan yang sedap dan enak... bukan bagi makan kek tak jadi... kuih yang dah expired kat orang kan... 

Begitu juga... untung sesiapa yang sedekahkah makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur tu... Moga beroleh ganjaran yang besar...insha Allah... 

Giveaway Pertama Blog Cinta Itu Indah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Simple GA dari anjuran Mimi.. 
Tamat 5 Februari 2015... Lambat lagi... tapi kebetulan ada masa, terus je join ni... sebab takut nnt takde masa pula nak support GA pertama Mimi ni... 

Klik Banner untuk Join..
Jom support rakan blogger... 

Larangan Berdiri untuk Hormat!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
sumber: fb

Larangan Berdiri untuk Hormat!

Hadis sahih Riwayat at-Tirmidzi yang bermaksud:

"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w.Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah s.a.w (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut."


Rasulullah s.a.w melarang dan membenci perbuatan bangun untuk tunduk hormat... kerana Rasulullah s.a.w amat melarang perbuatan tunduk hormat kepada manusia... Perbuatan tunduk hormat sesama manusia yang dibenarkan hanyalah perbuatan hormat isteri kepada suami yang taat kepada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau mulia, walau terkenal, walaupun pemimpin negara sekalipun, Rasulullah s.a.w melarang dan membenci perbuatan bangun untuk hormat. Namun, budaya tersebut telah pun meresap masuk dalam protokol majlis-majlis rasmi di negara kita... 

Nauzubillah... selama ini kita ikut budaya yang Rasulullah s.a.w benci... Inikah yang dikatakan mencintai Rasulullah s.a.w??? Hmm... Renungkanlah... dalam tak sedar...zaman kini, kita banyak buat perkara yang Rasulullah s.a.w tak suka sebenarnya... 

04 Januari 2015

PM oh PM!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


PM oh PM..
PM ni takde kena mengena dengan Perdana Menteri pun... 
PM ialah satu fenomena biasa bagi urusan jual beli di facebook...

Biasa kalau peniaga... Memang akan minta pembeli PM harga... Satu yang buat MF tertanya kenapa tak letak je harga terus??? Harga borong ke harga runcit ke... Letak je terus... 

Kengkadang tu...kita dah PM... Menunggu hari pula nak tunggu dia PM balas bagitau harga... Kalau letak je harga terus kan senang... 

MF tengok konsep Cina berniaga... Dia akan usaha untuk memudahkan pembeli beli barang dia... MF tahu sebab suami selalu berurusan untuk beli barang aksesori kereta... Di facebook pun... Diorang akan terus letak harga... Yang berminat dengan harga tersebut... Terus hubungi penjual sama ada PM atau whatsapps... 

Tapi.. Kalau MF dok perhatikan penjual melayu...terutama jual baju ke..tudung ke... Memang minta kita PM harga... Lepas tu kalau je page.. Mmg kita la yang kena PM dia terus... 

MF dan suami juga buat bisnes... Memang kalau orang minta atau tanya harga.. Kami tak PM... Kami terus tag nama orang yang tanya dan bagitau harga...sebabnya untuk mudahkan orang yang seterusnya tengok dan buat pilihan... Kami tak boleh nak letak harga terus sebab design kereta bukan jenis ready made.. Ikut corak, warna dan sebagainya... Tapi kalau orang tanya terus je jawab kat situ... 

Kita nak mudahkan urusan jual beli... Insha Allah... Kalau mudah...orang akan mudah beli dan suka untuk berurusan dengan kita lagi... 

Bagi MF kalau dah tahu harga... MF tak perlu nak PM... Ni kadang kita berminat tapi tak mampu nak beli bila dah PM tanya... Rasa macam tertunggu dan tertanya je.. Itulah.. Apasalahnya letak harga je terus... Mudahkan pembeli buat pilihan... 

Hmm... Mungkin ada penjual barangan online nak jawab pertanyaan dan persoalan MF ni.. Kenapa perlu PM.. Tak boleh ke letak harga terus... Dan jika setuju dengan harga tersebut baru PM... 

Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!

Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

sumber: google images

Lelaki tak banyak cakap..terutama yang jenis pendiam dan lepas kahwin... Bahkan...ada lelaki, masa bercinta banyak cakap dan rajin bercakap...tapi jadi pendiam lepas kahwin... Pening kepala dan huru-hara rumah tangga kalau isteri tak dapat nak faham lelaki... Lelaki pendiam banyak berkomunikasi dengan bahasa tubuh atau body language... Jadi, jom memahami bahasa tubuh lelaki supaya tak berlaku misscommunication...

Anggukan kepala
Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.

Dekatkan badan
Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan  dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.

Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Diam ketika marah
Lelaki lebih banyak diam ketika marah..berbanding wanita yang membebel bagi melepaskan marahnya... 

Sedapnya Original Dorayaki Doraemon!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Gaya mengidam dah rupanya... 
Minggu lepas ke kedai kek Pitachios Danau Kota... 

Beli kek untuk birthday mak mentua..sekali masa nak balik tu nampak pula kuih dorayaki...tapi tak beli.. mula la mengidam... haha... 

Tapi tak cakap kat suami pun..dah balik baru cakap.. sekali hari ni..dia keluar ke rumah bos dia... terus pesan suruh beli... 

Bila si suami balik dan bawakan dorayaki.. Memang teruja nak makan...
Rupanya ... memang sedappp... sedappp sangat... lembuttt sangat... orang takde gigi boleh makan... patutla doaremon suka ... hehe... Cream coklat di dalam..menambahkan lagi kelazatan original dorayaki ni... berbaloi dengan harga la rasanya... RM2.90 satu... 

Setakat ni MF pernah lihat kat Pitaschios Danau Kota je la.. tak tahu la cawangan yang lain atau kat kedai lain... Tapi memang sedap la.. adeehh... dah ketagih pula nak makan lagi... sedap dan lembut.. 

Bagi yang rajin, boleh je buat sendiri.. boleh google resepi... tapi MF rajin makan je... hehe... maka beli la senang kan.. hehe... 

Alhamdulillah... lepas rasa mengidam... hehe

Entry Popular Sepanjang Tahun 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dah empat hari masuk tahun baru.. membelek blog... apa yang popular tahun lepas... Banyak juga entry popular sepanjang tahun lepas. Antaranya:


Ada empat entry berkaitan hukum yang menjadi popular post sepanjang tahun lepas... Memang MF suka buat entry pasal hukum hakam...sebab tahu, orang kita pandang remeh bab hukum feqah ni... Jadi, memang entry berkaitan hukum menjadi pilihan... Tapi tahun ni..MF belum target nak keluarkan entry berkaitan hukum..sebabnya bukan senang...nak kena baca, cari sumber dan rujuk kitab sebelum MF taip entry pasal hukum ni...

Lain-lain berkaitan dengan hal keibubapaan... entry tentang teknologi dan resepi juga melekat kuat sepanjang tahun lepas... Dan kesemua entry ni... telah menjadi top search dalam google search...
Alhamdulillah... MF rasa, semua entry ni bermanfaat untuk semua...

Terima kasih atas sokongan semua.. Moga tahun ni.. lebih banyak entry bermanfaat MF dapat publishkan.. insha Allah... 

Kenapa Aku Masih Hidup Hari Ini???


Kenapa aku masih hidup hari ini???

Jawapannya:

Kerana dosa kita banyak... Allah sayangkan kita dan bagi peluang untuk kita terus bertaubat sebelum terlambat...

Nota: Speechless dengan kata-kata Imam al-Ghazali ni... Memang ada betulnya... Sebab kalau kita lihat di akhir zaman ni... Ramai orang yang alim dan kanak-kanak serta orang yang baik-baik meninggal dulu.... Bahkan orang yang masih ada peluang taubat ni... Masih hidup...bahkan panjang usianya...

Renungkanlah... Bertaubatlah..dan sentiasalah beristighfar kepada Allah...

أستغفر الله العظيم....

03 Januari 2015

Game Versi Islamik!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Jom main Game versi Islamik
.
Confirm Enjoy
.
*Tarik nafas. 1,2,3*
Ok! Jommm. >_<






1. Assalamu'alaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.
2. SubhanAllah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!
3. Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin. Ermmm... Dekat nombor 7 lah.
4. Laa ilaaha illallah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.
5. Wa'alaikumussalam. Pergi kat nombor 2.
6. Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil 'Azim. Singgah ke 4.
7. SubhanAllahal'adzim. Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.
8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.
9. Alhamdulillah'alani' Matalislam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.
10. Astaghfirullah al 'adzim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.
11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala! 
12. Selawat lah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad. Move to number 10.
13. MashaAllah. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.
.
Hehe. ^^ 

Moga beroleh pahala.. insha Allah... macam mana??? semput ke??? hehe
Bukan Susah Nak Jadi Suami Romantik!

Bukan Susah Nak Jadi Suami Romantik!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.

3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

4. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

5. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

6. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

7. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

8. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.


Tak susah nak jadi romantik... namun perlukan usaha juga..jika suami tak romantik, tak semesti dia tak sayang... cuma dia tak pamerkan kasih sayang... Romantik ni tak semestinya dilafazkan, tapi dari segi layanan kepada keluarga juga boleh dikatakan dia romantik.. apa-apa pun syukur dengan kurniaan Allah... kerana pasangan hidup kita..itulah anugerah dari DIA.

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w Secara Ringkas!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Tanggal 12 Rabi'ul Awal setiap tahun, adalah tahun memperingati tarikh kelahiran kekasih Allah...Muhammad, Rasulullah s.a.w... Namun, kita mengaku umat Muhammad, tapi sejauh mana kita kenal Nabi Muhammad s.a.w... Jom kenali Rasulullah secara ringkas... 

Ringkasan Sejarah Nabi Muhammad Saw dari Lahir Hingga Wafat

Satu-satunya rasul Allah yang diutus untuk semua bangsa dan golongan adalah nabi Muhammad saw. Kerana itu ajarannya sangat universal; tidak hanya tentang ibadah dan keakhiratan, tetapi juga urusan-urusan diniawi yang merangkumi semua sisi kehidupan manusia, mulai dari masalah makan hingga urusan kenegaraan. Namun demikian, masih banyak orang yang buta terhadap peribadi dan kehidupan beliau. Akibatnya, mereka terhalang untuk melihat dan merasakan kebenaran yang dibawanya.

1. Nama dan Gelar Nabi Muhammad Saw
Di dalam HR Bukhari dan Muslim disebutkan nama dan gelar Nabi Muhammad SAW, antara lain:
- Ahmad
- Al-Mahi
- Al-Hasyir
- Al-'Aqib
- Muqaffi
- Nabiyyuttaubah
- Nabiyyurrahmah.

Pengertian nama-nama nabi Muhammad Saw:
  • Ahmad: yang paling terpuji kerana akhlak karimahnya, dan paling banyak memuji Allah.
  • Al-Mahi (pengikis / pemadam): kerana Allah mengikis kekufuran dengan mengutusnya,
  • Al-Hasyir (penghimpun): sebab nanti di hari kiamat seluruh manusia berhimpun di hadapan beliau, ada yang mengatakan di bawah arahan beliau.
  • Al-'Aqib (penutup): kerana beliaulah nabi dan rasul penutup.
  • Muqaffi (yang mengikuti): maksudnya mengikuti dan meneruskan jejak risalah para nabi.
  • Nabiyyuttaubah (nabi taubat): meski beliau sudah ma'shum dalam artian bersih dari dosa, namun beliau banyak bertaubat. Dalam satu riwayat beliau bertaubat hingga 70 kali sehari, dan dalam riwayat lain hingga 100 kali.
  • Nabiyyurrahmah (nabi ramhat): beliau adalah seorang nabi yang penuh kasih hatta dalam peperangan pun, diutusnya beliau ke bumi ini adalah sebagai rahmat bagi semesta alam.

Nama-nama tersebut berdasarkan penuturan beliau sendiri. Dan kita tahu bahawa setiap sabda beliau adalah berdasarkan wahyu. Jadi boleh disimpulkan bahawa yang memberi nama / gelar tersebut adalah Allah swt.

2. Nasab Nabi Muhammad Saw
Di dalam buku Shahih Bukhari bab Mab'ats an-Nabiyyi saw, Imam Bukhari merincikan silsilah nasab Nabi Muhammad saw sebagai berikut: Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.

Imam Bukhari menambahkan di dalam Kitab Tarikh al-Kabir: Adnan bin Udud bin Al-Maqum bin Nahur bin Tarh bin Ya'rab bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim. Menurut para pakar - sebagaimana yang disebutkan oleh sejarawan Syeikh Abdurrahman bin Yahya Al-Yamany -antara Adnan dan Ismail ada sekitar 40 datuk.

3. Kelahiran Nabi Muhammad Saw
Nabi Muhammad saw lahir di Makkah pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah dalam keadaan yatim.

Penamaan tahun Gajah berkaitan dengan peristiwa pasukan Gajah yang dipimpin oleh Abrahah, Gubernur Yaman yang ingin menghancurkan Ka'bah. Namun sebelum sampai ke bandar Makkah, mereka diserang oleh pasukan burung yang membawa batu-batu kerikil panas (lihat QS Al-Fil: 1-5).

Kelahiran Nabi Muhammad Saw bertepatan dengan tarikh 20 April 571 Masehi.

4. Masa Menyusui
Nabi Muhammad saw pertama kalinya disusui oleh ibunya Aminah dan Tsuwaibatul Aslamiyah. Namun itu hanya beberapa hari. Selanjutnya beliau disusui oleh Halimah As-Sa'diyah di perkampungan bani Sa'ad.

Nabi Muhammad saw tinggal bersama keluarga Halimah selama kurang lebih empat tahun. Di akhir masa penjagaan keluarga Halimah ini terjadi pembedahan nabi Muhammad saw.

5. Muhammad Saw di Mata Penduduk Makkah
Sejak kecil Muhammad Saw jauh dari tradisi-tradisi jahiliyah dan tidak pernah melakukan penyembahan terhadap tuhan berhala. Namun demikian beliau tetaplah seorang yang santun dan jujur, dengan itu beliau terkenal dengan gelaran Al-Amien (orang yang dipercayai).

6. Pernikahan Nabi Muhammad Saw
Pada usia yang ke-25 tahun, Muhammad saw menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang janda kaya berusia 40 tahun. Perkahwinan ini diawali dengan lamaran Khadijah kepada Muhammad saw setelah melihat dan mendengar kelebihan-kelebihan dan akhlaknya.

7. Isteri-isteri Rasulullah Muhammad Saw
Selain Khadijah, isteri-isteri beliau adalah: Saudah binti Zam'ah, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah (Hindun binti Umayyah), Zainab binti Zahsy, Juwairiyah binti Al-Harits, Ummu Habibah (Ramlah ), Shafiyah binti Huyay, Maimunah binti Al-Harits dan Maria Al-Qibtiyah.

Nabi Muhammad menikahi mereka semua setelah Khadijah meninggal dunia. Dan mereka semua beliau nikahi dalam keadaan janda, kecuali Aisyah ra.

Jika dilihat dari faktor tiap pernikahan beliau, semuanya mempunyai hubungan yang kuat dengan dakwah dan ajaran Islam yang dibawanya.

8. Anak dan Putri Nabi Muhammad Saw
Anak dan putri nabi Muhammad saw adalah: Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, Abdullah dan Ibrahim. Mereka semua lahir dari rahim Khadijah kecuali Ibrahim dari Maria Al-Qibtiah. Anak-anak beliau yang laki-laki semuanya meninggal sebelum usia dewasa.

9. Muhammad Saw Menjadi Rasul Allah
Turunnya wahyu pertama QS. Al-A'la: 1-5 di gua Hira pada hari Senin di bulan Ramadan pada usia yang ke 40 menjadi awal kerasulan Muhammad saw. Wahyu pertama tersebut berisi: "1) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, 2) Yang menciptakan manusia dari segumpal darah, 3) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, 4) Yang mengajar (manusia) dengan pena, 5) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. "

Selepas menerima wahyu tersebut, Muhammad saw pulang menemui Khadijah dan mendedahkan kebimbangan terhadap dirinya. Khadijah menenangkan: "Bergembiralah! Demi Allah, Dia tidak akan pernah mensia-nyiakanmu. Demi Allah, engkau ini menyambung shilaturrahim (hubungan kerabat), berkata jujur, menanggung beban orang lemah, membantu orang yang tidak punya, memuliakan tamu, menolong orang-orang yang ditimpa bencana. "

Khadijah lalu mempertemukannya dengan anak bapa saudaranya Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah menjelaskan peristiwa yang baru dialaminya di gua Hira, Waraqah menjelaskan bahawa yang datang kepada Muhammad saw itu adalah malaikat yang pernah datang kepada nabi Musa As.

"Andai kata aku masih hidup dan kuat di saat engkau diusir oleh kaummu" kata Waraqah.
"Apakah mereka akan mengusirku?" Tanya Muhammad Saw. "Ya ...," jawabnya. (lihat HR Bukhari dan Muslim).

10. Nabi Muhammad Saw Hijrah ke Madinah
Nabi Saw hijrah ke Madinah pada tahun ke 13 kenabian yang bertepatan dengan tahun 622 M. Di dalam riwayat Ibnu Ishak dijelaskan bahawa beliau keluar dari rumahnya yang saat itu sedang dikepung oleh pasukan bersenjata kaum musyrik Makkah yang ingin membunuhnya. Lalu Allah swt menidurkan mereka. Sambil membaca QS. Yasin: 1-9 beliau manaruh pasir di kepala mereka semua, kemudian pergi ke rumah Abu Bakar untuk hijrah bersama ke kota Madinah. Nabi Muhammad saw tiba di Madinah pada hari Isnin tarikh 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijriyah.

11. Peperangan Nabi Muhammad Saw
Yang mendasari peperangan nabi Muhammad Saw adalah ayat-ayat berikut:

- "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi." (Al-Hajj: 39).

- "Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (QS. Al-Baqarah: 190).

Dalam hal ini ada peraturan-peraturan perang, antara lain: Jangan membunuh anak-anak, orang tua, orang yang menyerah, pendeta dan petugas rumah ibadah yang tidak menyerang, haiwan tanpa tujuan maslahat, jangan membunuh dengan cara yang sadis dan berlebihan (Tafsir Ibnu Katsir).

Dari sini jelas bahawa peperangan nabi Muhammad saw adalah sebagai usaha pembelaan terhadap hak, bukan wasilah untuk Islamisasi apalagi balas dendam. Adapun jumlah peperangan yang diikutinya ada sebanyak 27 kali.

12. Akhlak Nabi Muhammad Saw
Allah SWT menggambarkan akhlak nabi Muhammad secara umum di dalam QS. Al-Qalam ayat 4: "Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur"

a. Kesabaran Nabi Muhammad Saw
Tidak sedikit beban yang ditanggung oleh nabi Muhammad saw dalam menyebarkan dakwah ajaran yang dibawanya. Ejekan, makian, perlakuan kasar dan ancaman pembunuhan diterimanya dari orang-orang musyrik Makkah. Namun itu semuanya tak membuat kesabarannya luntur.

Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Uqbah bin Abu Mu'ith pernah mencampakkan najis unta kepada Rasulullah Muhammad saw sementara beliau dalam keadaan sujud. Beliau terus sujud hingga putrinya Fathimah datang membuangnya.

Perlakuan kasar kaum Quraisy semakin bertambah setelah pamannya Abu Thalib dan isterinya Khadijah meninggal dunia pada tahun 10 kerasulan. Karenanya beliau hijrah ke wilayah Thaif. Namun ternyata disini juga beliau tidak diterima, malah penduduk setempat menyuruh anak-anaknya untuk melemparinya dengan batu.

b. Kasih Sayang Nabi Muhammad Saw
Kasarnya tindakan pengusiran penduduk Thaif terhadap nabi Muhammad saw tidak membuat beliau serta merta mendoakan mereka dengan azab. Tapi justru sebaliknya: "Bahkan saya berharap agar Allah menjadikan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah dan tidak berbuat syirik kepada-Nya sedikit pun," kata beliau ketika malaikat penjaga gunung menawarkan kepadanya untuk menimpakan gunung Abu Qubaisy dan gunung yang di sebelahnya kepada penduduk Thaif. (Shahih Bukhari).

Dan bagaimana pun juga kasarnya perlakuan dan azab dari kaum musyrik penduduk Makkah kepadanya dan ummat pengikutnya, tapi itu tak membuatnya dendam kepada mereka di saat pembebasan Makkah pada tahun 8 H. Malah beliau saw memberikan pengampunan besar-besaran kepada penduduk Makkah.

13. Keistimewaan yang Allah Berikan Kepadanya

a. Lima kelebihan yang tidak diberikan kepada orang sebelumnya
Dari Jabir bin Abdullah ra, nabi Muhammad saw bersabda: "Saya diberikan lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelum saya;
  • diberi kemenangan dengan rasa takut (yang ditimpakan kepada musuh-musuhku) dalam jarak satu bulan perjalanan,
  • bumi dijadikan tempat shalat dan suci untukku, maka siapa pun di antara ummatku yang mendapatkan waktu solat hendaklah dia melakukannya,
  • dihalalkan untukku harta ghanimah dan itu tidak dihalalkan kepada orang sebelum saya
  • diberi syafa'at
  • dahulu nabi diutus hanya kepada kaumnya, tetapi saya diutus kepada seluruh manusia. "(HR. Bukhari dan Muslim)

b. Keistimewaannya di hari kiamat
Dari Anas ra., Nabi Muhammad saw bersabda: "Saya adalah orang pertama yang diberikan syafaat pada hari kiamat nanti, nabi yang paling banyak pengikutnya di hari kiamat, dan orang pertama yang mengetuk pintu syurga" (HR. Muslim).

Keistimewaan lain disebutkan di dalam riwayat Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: "Saya adalah pemimpin anak-anak Adam pada hari kiamat nanti, saya orang pertama yang dibangkitkan dari kubur, dan saya orang pertama yang diberi syafaat (oleh Allah) dan orang pertama yang memberi syafaat (kepada ummat manusia). "(HR. Muslim).

14. Ibadah Beliau
Aisyah ra. Berkata: Rasulullah saw pernah sembahyang hingga dua kakinya membengkak. Lalu beliau ditegur, beliau menjawab: "Apakah aku tidak pantas menjadi hamba yang bersyukur?"

15. Nabi Muhammad Saw Wafat
Beliau saw wafat pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah di waktu Dhuha dengan usia 63 tahun.

Sebelum ruhnya dicabut, beliau membaca:
"مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, اللهم اغفر لى وارحمنى وألحقنى بالرفيق الأعلى, اللهم الرفيق الأعلى."


* Rujukan:
- A'rif Nabiyyaka Saw, Qism Ilmiy, Dar Al-Wathan, Riyadh
- Al-Mu'in ar-Raiq min Sirah Khairi al-khalaiq, Prof. Dr. Sa'id M. Saleh Shawabi, Risywan Kaherah, 2008.
- Mushaf Al-Qur'an Terjemah, Pena, Jakarta, 2002
- Sirah Nabawiyah, Ibnu Katsir, Maktabah Syamilah
- Subul al-Huda wa ar-Rasyad, Maktabah Syamilah
- Tafsir Ibnu Kathir
- Raudhatul Anwar, Shafiurrahman Al-Mubarkafury, Pustaka Raja Fahd, Riyadh 1427 H
- Uyun al-Atsar, Maktabah Syamilah

Di olah dan diterjemahkan dari SINI

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua...semoga kita lebih mengenali Nabi Muhammad s.a.w... Teruskan berselawat... 

Tak Payah Tanya!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Tak payah tanya...

Kita sebagai hamba memang kena uji..untuk lihat sejauh mana keimanan kita...
Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Jadi, tak perlu tanya... kerana ujian untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah... jika berjaya lalui dengan sabar, tabah dan redha maka "naik pangkatlah" hamba Allah itu, jika sebaliknya... perlu koreksi diri di mana silapnya kita... 

02 Januari 2015

Ketika Lelaki Cemburu...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Lelaki akan cemburu jika kehilangan status dan harga diri di depan umum. Egonya akan terluka parah jika dirinya diperlecehkan dihina dan disindir tajam di depan orang ramai oleh pasanganya atau apabila suami kelihatan diperlakukan lebih rendah daripada isternya senidiri.

Misalnya isteri bekerja di pejabat dengan jawatan tinggi sedangkan suami kerani biasa sahaja.

✔ Berusaha tidak ambil peduli (pura-pura tak acuh)
✔ Menasihati bahawa perilaku yang membuat dia cemburu adalah penghinaan terhadap masyarakat, bukan terhadap dirinya sendiri.
✔ Berusaha mempertahankan kuasa atau mengawal pasangannya dengan ancaman dan permohonan atau terus menerus mengawasi segala kegiatan pasangannya.
✔ Menyatakan bahawa dia cemburu yang ertinya dia masih cinta dan masih memiliki perasaan terhadap pasangannya.

Namun Suami tetap akan rasa nyaman dan dicintai jika dia dikagumi oleh isterinya sebaliknya suami tetap akan rasa cemburu apabila pasangannya mengagumi orang lain selain dirinya. Dan kagum pada orang lain kelihatan seperti berlebihan.
sumber: Rahsia Perkahwinan

Berusahalah menjaga hati dan perasaan masing.2
Kemestian Masa untuk Anak: Jaga Solat!

Kemestian Masa untuk Anak: Jaga Solat!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

sumber: google images

Ada lima kemestian masa untuk anak... Dalam Membantunya Jadi Anak Cemerlang Akademik
Salah Satunya : Jaga Masa SOLAT

Selain mentaati perintah Allah Azzawajalla

Berikut implikasi anak bersolat.
Sehari 5 waktu, 17 rakaat (Solat fardhu sahaja)
17 kali sujud kepada Yang Maha Esa sehari
119 kali sujud kpd Allah seminggu
6,188 kali sujud setahun (119 X 52 minggu)

Katakan anak mula bersolat pada umur 10 tahun:
(Memang ramai juga yang bersolat penuh lebih awal dari itu)
Bayangkan bilangan anak bersujud menjelang:
-- UPSR (12 Thn) : 12,376 kali (6,188 x 2 tahun)
-- PT3 (15 thn) : 30,940 kali (6,188 x 5 tahun)
-- SPM (17 thn) : 43,316 kali (6,188 x 7 tahun)

Sebab itulah anak yang bersolat:
-- lebih mudah dengar teguran mak-ayah
-- lebih senang dinasihati guru
-- lebih peka dengan apa jua suruhan

KERANA:
Mereka sentiasa bersujud kepada Allah
Hati mereka lebih lembut
Perasaan mereka lebih halus
Emosi mereka lebih terkawal
Nafsu mereka lebih jinak

JUSTERU MUDAH
Mendidik
Membimbing
Menegur
Menasihati
Menunjuk ajar

Malah ... lebih mudah marah mereka.

Nah ... bayangkan anak yang tidak pernah bersolat.
Hati keras
Nafsu buas
Telinga pekak
Perasaan membuak-buak
Emosi tidak tenteram

Justeru:
.... mana boleh mendidik seperti ini
.... mana mungkin menegur mereka
.... mana dia mahu dengar apa jua nasihat mak-ayah
.... mana dia peka apa saja rayuan mak-ayah
.... mana ada perasaan kpd segala hujjah2 ibubapa

TIADA - TIADA - TIADA - TIADA.

Apabila mereka menjauhkan diri dengan perintah Allah
Lebih lagi jauhlah mereka dengan teguran dan nasihat mak-ayah.
Sebab itu sering juga saya dengar complain mak-ayah seperti berikut:
"Entahlah anak saya tak dengar cakap ..."
"Susahlah kita tegur dia buat dak saja ..."
"Tak tau dah nak buat apa ... liat sangat anak saya"
"Degil, degil, degil ... walaupun macam-macam saya buat"

Baik Mak-Ayah yang terlibat,
Kini mungkin terjawab kemusykilan anda
Didik jiwanya
Pupuk rohaninya.

TETAPI
Diri mak ayah dulu yang kena diperbetulkan.
Mak ayah kena kukuh solat dulu.

Rumusan:
Jaga masa solat anak anda
Mudah mendidik anak anda
Senang menegurnya
Tak sukar membantu.
JAGA SOLAT ANAK
PASTIKAN SOLATNYA 100% MENCUKUPI

Sumber: Facebook Dr Shukri Abdullah

Pengalaman MF sebagai guru pula... Kebanyakkan ibu bapa solat namun, tak tegas dalam menyuruh dan mengajak anak solat... Jadi, hasilnya... anak-anak anggap solat itu tak penting bagi mereka.. 

Resepi: Nasi Goreng Cinta Sayang 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Resepi dinner semalam... Memang cuti habis semalam... Cuti tahun baru katakan... Memang tak pegang kuali... Alhamdulillah... En.suami berbesar hati nak memasak... Lagipun memang lama dia tak memasak...

Jadi, dia masak nasi goreng semalam... Tung tang tung di dapur... MF tunggu sampai siap...sambil layan anak-anak je... Bau menyelerakan... Hmmm... Tahu dah.. Mesti ada kejutan...  Tara... Inilah Nasi Goreng Cinta katanya...

tips cinta

Dan resepi nya:

Nasi Goreng Cinta Sayang 2015

Bahan2nya:

Beras 2 sukat (dimasak)
5 Batang Lada Hidup (ditumbuk)
4 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 Ulas Bawang Besar (ditumbuk)
Serbuk Kari Daging Pedas (1 sudu besar)
Sedikit Isi Ayam (dipotong kecil2)
Sedikit Ikan Bilis (digoreng dahulu)
Minyak (5 sudu besar)

Bahan2 hiasan:

Telur 1 Biji (digoreng dadar)
Sedikit Sos Chili

Cara Membuatnya:

Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, lada hidup... Masukkan garam secukup rasa... Masukkan isi ayam... Masukkan serbuk kari... Tumis hingga pecah minyak... Masukkan nasi dan ikan bilis yang digoreng... Kacau nasi hingga rata bersama bahan tumis...

Setelah siap masukkan nasi di dalam bekas berbentuk hati dan letakkan di dalam pinggan... Hias keliling nasi dengan telur dadar yang dicarik2... Letak sedikit sos chili di tengah2 nasi...

Nasi goreng siap utk dimakan...

‪#‎menuringkasairtangansuami‬
‪#‎buatisteritercinta‬
‪#‎sharingiscaring‬
‪#‎selamatmencuba‬


Nota:
Alhamdulillah... Entry ni bukan nak menunjuk kebahagiaan... Cuma kongsi resepi...dan secara positifnya... Inilah salah satu cara untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri... Sesekali suami masuk dapur... Biarkan isteri melayan anak-anak... Ringankan beban isteri... Bahagiakan hati isteri... Itulah tanggungjawab suami... Bukan cari duit je... Kebahagian suami isteri banyak caranya...cuma kena kreatif dan saling bekerjasama dan memahami... Insha Allah... Cinta kerana Ilahi...semuanya anugerah dari Dia... 
Kisah Teladan: Syiling yang Berjatuhan

Kisah Teladan: Syiling yang Berjatuhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya .

 Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang    sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Sumber: whatsapps

Terkesan dengan kisah ni untuk renungan bersama...

01 Januari 2015

Tutorial: Letak Kalimah "Bismillah" atau "Assalamualaikum" Setiap Post Entry

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah... akhirnya dah tahu cara nak buat sticky note dalam setiap entry..

Dulu pernah buat, tapi kalimah Assalamualaikum.. tapi bila kita membaca kita akan sebut kalimah tu.. kita jarang jawab salam..tu kepada penulis entry... jadi, MF nk gantikan Assalamualaikum tu dengan tulisan dan kalimah "Bismillah" sahaja.. tanpa gambar... mungkin ada yang dah tahu.. tapi MF buat untuk perkongsian ni untuk blogger baru dan yang nak tahu..

Mudah je caranya.. tutorial ni takde coding


Pergi kat Setting > Post and Comment > Post Template

Copy coding di bawah ni:



Pastekan pada Post Template

Kalau nak tukarkan perkataan "Bismilaah", korang, copy dan paste dalam notepad.. edit dulu tulisan yang korang nak tukar tu dan baru paste kn post template...

Kalau nak letak gambar... guna kod ini..



URL image boleh tukar ikut kehendak masing.. banyak freebies yang blogger lain sediakan.. contohnya di sini..

Simple je.. jadi tak perlu la lain setiap kali nak tulis entry.. sebab dah siap-siap ada...
Moga bermanfaat.. tujuan MF letak perkataan Bismilaah supaya kita dapat pahala.. membacanya dan membiasakan diri dengan bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan... insha Allah.. moga beroleh keberkatan... 

Suka Duka 2014!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk terus melihat alam pinjaman-Nya ini... Dah masuk tahun baru..pasti ramai dah pasang azam baru kan...

MF tak pernah berazam...tapi MF simpan harapan setiap hari... Tahun 2014 tahun yang penuh suka duka buat MF dan juga Malaysia.. Dalam konteks kehidupan MF sendiri.. tahun ni juga tahun yang penuh ujian juga sebenarnya..terutama hujung-hujung tahun.. sebab, awal tahun 2014, boleh dikatakan happy time.. Mula Januari, MF menimang cahayamata kedua... kemudian menghadapi hidup berempat...serta Alhamdulillah..

Kemudian masuk pertengahan tu,diuji dengan suami yang sakit.. namun ada juga terselit bahagia, kerana impian nak bercuti ke Cameron Highland tercapai setelah empat tahun menabung bersama suami... Alhamdulillah... Balik dari bercuti.. MF diuji dengan suami yang kena pembedahan Apendiks... kemudian diikuti pula dengan demam panas sekeluarga.... Allahu Rabbi.. Namun, dengan sabar, kuatkan semangat dan doa, semua tu MF dan suami hadapi bersama... Alhamdulillah..

Dugaan MF dalam breastfeeding juga tak kurang hebat... Target nak fully BF adik hancur.. boleh baca di entry ini.

Tahun ni juga, tahun duka buat seluruh Malaysia... Banyak kejadian yang menginsafkan terjadi... Jerebu teruk hingga terpaksa diisyhtiharkan darurat dan sekolah ditutup... Kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih menjadi misteri hingga kini, kemudian diiikuti dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine... kemudian... bencana alam..puting beliung yang melanda negeri Kedah... kemudian banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highland.. diikuti kejadian banjir besar di pantai timur, utara dan selatan Malaysia...serta negeri Sabah dihujung tahun 2014... Banyak dugaan tahun ni... moga kita ambil ikhtibar atas teguran dan peringatan Allah ini...

Imbasan pencapaian MF dalam dunia blogging pula.. MF rasa tahun ni MF betul-betul semangat berblog... MF mula konsisten up paling kurang 4 entry setiap hari.. masih mengekalkan tema info dan ilmu dan diselang seli dengan kisah peribadi MF serta hal-hal yang santai... Tahun 2014, sebanyak 1785 entry MF telah publishkan berbanding 1438 tahun 2013... dan blog ini mula dikenali dalam dunia blogging... walaupun MF tak pernah join mana-mana blogger gathering, tapi mungkin sebab MF suka blogwalking buatkan orang kenal... Tahun ni juga, MF dapat kembalikan kenangan dapat kad raya.. Hasil dari blogging tahun ni... MF dapat banyak hadiah sama ada menang segmen dan juga sebagai top komentar.. dan Hujung tahun ni.. dua kali MF menang segmen yang agak besar anjuran Mialiana.com... Alhamdulillah..

MF belajar coding dan berjaya ubah layout blog MF sendiri... hasil tunjuk ajar kak mia juga... Ranking Alexa pun turun naik.. dan yang terbaik MF pernah capai bawah paras 800 untuk ranking di Malaysia.. dan lepas tukar domain... masih puluhan ribu.. nak kena kekalkan momentom la jika nak dapatkan ranking yang baik... insha Allah akan diusahakan...

Dari segi nuffnang.. tahun ni baru MF betul-betul faham pasal nuffnang... dua kali cash out tahun ni... dan ini menambahkan hasil tabungan anak-anak MF... terima kasih buat yang sudi dan rajin menabung untuk anak-anak solehah kami. Dan paling MF suka, tahun ni juga MF dah pun guna domain sendiri.. hasil sokongan dari suami MF juga... Alhamdulillah...

Penuh warna warni tahun ni... Harapan MF, semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni... sama ada dari segi amalan duniawi dan ukhrawi... Moga ditambahkan keimanan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan mendatang... Moga ikatan kekeluargaan juga bertambah erat... Semoga tahun ni juga, dilimpahi rezeki yang diberkati dan kesihatan yang lebih baik terutama buat suami MF dan keluarga MF sendiri... Insha Allah...



Nota: Insha Allah tahun 2015, akan bertambah lagi ahli keluarga MF, eh...tapi bukan MF... keluarga besar MF la... Insha Allah... 

Top Komentor Sepanjang Tahun 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah... dah masuk tahun baru.. bertambah satu angka pada usia, namun ada apa pada angka kan.. Yang penting kualiti kehidupan kita moga lebih baik dari sebelumnya..

Awal Januari ni... MF suka untuk keluarkan senarai pengomen setia bulan Disember 2014... Berikut ialah insan-insan yang sering memberi kata-kata inspirasi kepada blog ini.


15 Blogger yang setia mengomen di sini...

http://www.iamaproudmama.blogspot.com/

Suka juga MF keluarkan 10 blogger yang memang setia mengomen bagi tahun 2014... Top komentor dari bulan Januari hingga akhir Disember 2014:


Blogger yang terbanyak komen di sini sepanjang tahun 2014 ialah blogger Azhafizah Md Nor dengan jumlah komen 357, Blogger kedua yang rajin meninggalkan komen di sini kak Mimi Azirah dengan 260 komen dan seterusnya diikuti dengan blogger yang merupakan seorang doktor iaitu doktor Nurashikin ZA a.k.a NAZECK dengan 232 komen. Walaupun doktor ni masih baru lagi dalam dunia blog tapi memang selalu dan rajin blogwalking dan tinggalkan komen. 

Seterusnya Cikgu Norazimah dengan 215 komen dan diikuti oleh seorang blogger yang suka bercerita tentang anaknya iaitu Akif Imtiyaz dengan 180 komen. Seterusnya diikuti dengan blogger junainah mohamed dengan 153 komen dan mama amir dengan 142 komen. Blogger Yana Yani tersenarai dua dalam carta ini.. jadi MF gabungkan je jumlah komennya menjadikan 207 komen. Namanya disenaraikan dua sebab sistem baca lain-lain sebab penukaran nama dengan Caplock di depan namanya.... padahal orang yang sama. 

Dua orang puteri setia mengomen di sini iaitu siti zawiah dan  Belog Santai, masing-masing dengan 94 dan 91 komen. 

Terima kasih buat mereka semua... buat yang tak tersenarai.. jangan sedih.. anda tetap berharga untuk saya.. terima kasih kerana sentiasa menyokong blog ini..

Terima kasih juga buat silent reader, stalker dan juga pembaca dan yang pernah singgah ke blog ini... terima kasih atas sokongan semua...