GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenapa Perempuan Berisi Selepas Kahwin?

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.


Sumber: Facebook

MF juga tak de isi melainkan ketika 'berisi' perut je... Hehe... Nak buat camne... Doa suami cheq kan... Dia kata, dia doa supaya bini dia tak gemuk.. Memang tak gemuk sungguh... Makan la banyak mana pun... Hehe...


3Ulasan

  1. Amal pemakanan yang sihat inshaaAllah tak gemuk :D Hihi.

    Tag akak :) - http://theonlygirl98.blogspot.my/2015/12/10-soalan-daripada-kak-shikinrazali.html

    BalasPadam
  2. Memang kebanyakkan wanita yang dah berkahwin.cepat jer berisi@gemuk....Diana pun beberapa bulan lepas kahwin terus berisi tapi sekarang tak dah...hihi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ