GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cinta Kutub Utara Kutub Selatan!

Pernah tengok tak drama bersiri yang pernah popular di TV2 zaman 90-an dulu?.. Kutub Utara Kutub Selatan... Kisah suami isteri yang kahwin lain budaya, lain negeri.. Yang selalu berlaku perbalahan...

Rupanya drama tu dah jadi realiti dalam kehidupan berumahtangga MF sendiri... Bab bergaduh nak balik kampung tu takde lah... Tapi kisahnya, kutub utara Kutub Selatan.. Maknanya itulah perjalanan kami bila nak balik kampung...

Hampir 1000 km perjalan pergi ke utara... Tapi tak susah... Dah ada PLUS kan.. PLUS pun dah banyak kemudahan sekarang... Tak susah nak musafir...

Apa pun halangan... Tanah kelahiran tak dilupakan... Ibu bapa dan saudara mara MF masih di utara... Jadi, walaupun berada jauh di Selatan insha Allah, ada rezeki balik juga... Walaupun jauh tetap balik... Itu bukan satu alasan...

Moga terus diberikan rezeki Allah untuk kami terus dapat balik ke utara... Jauh perjalanan luas pengalaman... Dah jodoh dengan orang jauh kan... Siapa kita nak menghalang . itu semua rezeki dari Ilahi... Syukur seadanya..


6Ulasan

  1. Bestnya utara selatan! Yang paling best msti anak2 kan..sebab dapat balik dua tempat yg jauh..hhe

    BalasPadam
  2. semoga dipermudhkan buat mf

    pengalaman saya sendiri, memang jauh terasa bila ddk selatan balik ke utara satu ketika dulu.
    bertolak selepas subuh dari Masai, hampir maghrib bru sampai ke kedah nun di pendang.byk kali juga menyinggah. hikhiks.

    bas pon hnya ada waktu mlm je kalu nk blk kedah.pernh juga naik bas balik nk ziarah arwh tokwan, kemalangan. huhuhu. pon kenangan juga

    BalasPadam
  3. Lebih kurang jer kita mf..lya ngn suami pun kg brjauhan brtemu d tgh2 hhe

    BalasPadam
  4. Tak kisah la jauh ke dekat jaraknya. Yang penting persefahaman. Betul tak?

    BalasPadam
  5. Jauh perjalanan luas pemandangan. Itulah hikmahnya. Nanti anak-anak pun seronok sebab balik kampung pun dah dikira cuti-cuti MAlaysia!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ