GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Boleh Ke Sambut Maulidur Rasul???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

PADA HARI ITU AKU DILAHIRKAN."

Abi Qatadah al-Anshari berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ سُئِلَ عَن صَوْمِ يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ، فَقَالَ: فِيهِ وُلِدتُّ وَفِيهِ أُنزِلَ إِلَيَّ.

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai puasa hari Isnin. Rasulullah menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.

Keterangan:
• Sebahagian ulama mengatakan isyarat menyambut Maulidur Rasul telah ada pada zaman Rasulullah ﷺ lagi.
• Buktinya Baginda sendiri menyambutnya dengan cara berpuasa setiap hari Isnin sebagai tanda mensyukuri kelahiran dan awal penerimaan wahyunya.

Guru Imam Nawawi, Imam Abu Syamah berpendapat:
"Termasuk perkara baharu yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (merujuk kepada perayaan Maulidur Rasul ) dengan memberikan sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia. Sesungguhnya semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah dan penghormatan kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga merupakan suatu tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam semesta."

~ Petikan: Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya.

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM 

Sambutan tu ada tapi caranya berbeza ikut zaman... Apa pun sambutan biarlah penuh ibadah bukan pembaziran... bukan selawat berarak semata-mata tapi sunnah Nabi s.a.w ditinggalkan.

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ