31 Disember 2015

Geram Dengan Komen Iklan Macam Ni..

Makin banyak pula komen iklan macam ni... Semakin berleluasa nampaknya...

Nasib baik setting untuk comment moderating... Kalau tak memang bersepah dan menyemak la iklan begini kat komen tuh...

Kebanyakan dari Indonesia la... Yang Malaysia pun ada... Dan majoriti iklan pasal pinjaman peribadi... 

Rimas...
Dulu masuk kat bahagian Spam komen... Senang, terus delete je... Sekarang ni memang akan masuk kat bahagian komen.. Kena baca la dulu komen sebelum approve... 

Geram... Tapi tak tahu cara nak bendung masalah ni... Rimas kot iklan macam ni... Tak suka...

Blogger lain mungkin tak kisah... Tapi aku kisah... Sebab rimas tengok komen iklan...


Dihukum Kerana Pertahankan Diri Sendiri!

Undang-undang Manusia yang semakin caca merba...

Memang apa yang Nabi s.a.w katakan... Di akhir zaman akan datang satu zaman yang mana yang benar disembunyikan dan yang salah dipertontonkan... 

Yang betul kata salah
Yang salah kata betul...

Memang sedih dan kesian la kepada yang terima ujian ni... Tapi takpe... ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG TERANIAYA...

Jika kita betul... Jangan kita takut, kerana jika kita mati itu adalah jihad.... Huhu... Tak semudah kata... Tapi hanya yang kuat iman dan teguh pendirian je terima ujian hebat dari Allah ni...

Moga mereka dapat pembelaan suatu hari nanti...

Takpe para hakim... Buatlah... Hukumlah... Allah tu ada... Tak tidur dan tak leka... Ini hukuman dunia... Akhirat sana takkan terlepas punya...


#bergetar juga hati nak taip entry ni... Kerana takut kita juga diuji... Namun yang pasti... Hanya yang kuat Allah akan pilih untuk melalui semua ini... Yakin dengan Allah... Allahu Akbar... Kuatkanlah iman kami...


My New Workplace!

Siapkan semalam...
Tempat kerja baru...

Tempat ni ada penghuni, tapi dia dengan lapang dada dia berpindah tempat... Dia bagi tempat duduk ni kat MF...  Alhamdulillah...

Selesai tukar pembalut... Tapi tak berapa nak kemas sangat sebenarnya... Tapi boleh la...

Memang sengaja pilih tema bunga matahari sebab nak nampakkan keceriaan tu... Bila tempat kerja kita ceria baru semangat nak buat kerja ye tak...

Insha Allah... Buku dan aksesori lain akan ditambah dari semasa ke semasa...

Moga, tempat kerja baru dapat beri motivasi untuk diri sendiri... Agar lebih bersemangat di tempat yang baru pada tahun baru... Insha Allah...


Rahsia Rezeki Tak Pernah Putus!

Selagi mana kita berbuat baik dengan ibu bapa, selagi itulah rahmat Allah bersama...

Sayang Allah dari sayangnya ibu bapa...
Murka Allah,  dari murkanya ibu bapa...

Selagi hidup, selagi mampu bahagiakanlah kedua ibu bapa kita..

Bagi yang dah kahwin dan bergelar isteri... Bahagiakanlah ibubapa dan ibu bapa mertua.. Tiada bezanya...

Peringatan untuk diri sendiri... Agar terus berbakti...selagi hayat masih ada..


30 Disember 2015

Realiti di Facebook VS Realiti Kehidupan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



BILA KITA KONGSIKAN KEBAIKAN DENGAN ORANG, KITA JUGA KENA BERUSAHA BUAT APA YANG KITA BUAT TU...
JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

PENYAMPAIAN DARI HATI AKAN MEMBERI KESAN DIHATI
TAPI
PENYAMPAIAN UNTUK DIHARGAI, HANYA AKAN BERLALU SEBAGAI PESANAN


TAPI JANGAN TAK TAHU

ADA ORANG SEBALIKNYA...

DI FACEBOOK NAMPAK GANAZZ DAN TERUK PERANGAINYA SEMACAM JE
TAPI REALITINYA, HANYA ORANG MENGENALI KENAL DIA MACAM MANA...

WW | PEMANDANGAN SEKELILING DI TEMPAT KERJA!

Sejuk mata memandang...
Menikmati kehijauan alam ciptaan Allah Yang Maha Menciptakan!
Tenang dan mendamaikan...

Alhamdulillah...


Motivasi: La Tahzan!

Tak payah sedih sangat...
Allah tahu apa yang terbaik...

Allah ada... Dan Allah lebih tahu..
Tak semua kita hendak kita dapat kan..
Kerana Allah tahu, yang baik untuk kita...


Wanita Yang Tau Malu!!!

Renungkanlah...
Wanita...
Jadikan dirimu ibarat pohon semalu dan mawar berduri...
Cantik dipandang, tapi tak boleh sentuh...dan sentiasa malu pabila disentuh walaupun sekadar sentuhan mata...

Jadilah wanita yang tahu malu...
Jangan tahu mengaku wanita Islam, tapi tak malu untuk berpakaian ketat tak menutup aurat...


29 Disember 2015

Kecoh Buat Lebih #2Kerja | Lihat Kerja Cikgu 2016!!

Sumber: Google images

Viral betul pasal kerja sekarang ni kan... Sana sini orang pasal kerja dan lebih dari dua kerja... Malas nak sebut siapa mula... Tapi cuma kesian... Dia tak faham dan tak boleh beza antara kerja dan tugas biasa...

Kalau nak cakap pasal lebih #2kerja macam dia tu kata... Meh la kita tengok cikgu ada berapa kerja kena buat untuk tahun 2016.

📢 101 senarai tugas guru 2016 📢

1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLEFrog
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 penandaan buku latihan, bla
38 gubal soalan ujian
39 penghasilan abm
40 persediaan buku rekod mengajar
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti koakedemik
45 kajian tindakan
46 spsk
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran dan kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 kursus2
66 taklimat2
67 bengkel
68 kolokium
69 simposium
70 laporan bulanan denggi
71 laporan aadk
72 jumpa tok batin cari pelajar
73 latihan bercerita, pantun, sahibba dll
74 hadir ke program mentri2 yg datang
75 program keselamatan jalan raya
76 hari knk2
77 hari kantin
78 pengurusan aset
79 5s
80 sambutan hr kebangsaan
81 RMT
82 hantar mrd ke klinik
83 perkhemahan
84 selia tmn herba
85 pengurusan blk2 khas
86 progran hr alam sekitar
87 gotong royong
88 minggu bahasa
89 lukis mural
90 hias kelas
91 baiki kerusi meja
92 pemeriksaan kebersihan diri murid
93 mengecat kelas
94 menghantar murid tertinggal bas
95 mengiringi rombongan murid
96 LADAP
97 pengadil kejohanan daerah/negeri
98 mengendali mesyuarat agg PIBG
99 mngutip yuran PIBG
100 menyiasat salah laku murid.
101 Lain2 tugas yg diarahkan dari semasa ke semasa

Haaa... Berderet tuh... 101 kerja kena buat...
Kalau suri rumah pun kalau di tafsirkan kerja ikut seperti dia faham tuh, tak terkira dek jadi...

Jadi, nak bagi tau ni... Maksud buat dua kerja ialah... Dua kerja dalam masa yang berlainan... Contoh, 8 jam kerja pomen, 4 jam kerja salesman... Jadi campur dua tu 12jam kerja... Dan pendapatan dua-dua dapat dicampur supaya jadi banyak...

Tapi kalau dalam masa 8 jam buat banyak kerja... Itu tak dipanggil kerja, tapi TUGAS ATAUPUN NAMANYA JAWATAN... Jawatan itu AMANAH, amanah itu TANGGUNGJAWAB...  Dan tanggungjawab WAJIB BUAT!!!

Hadoii... Pening la dengan yang sorang tuh... Sampai alergik nak taip nama dia dalam blog saya ni... Tak sebut pun orang faham kan... Biaq p la kat... Tak nak la pv naik sebab nama dia kat blog ni...


PASTI | Selesai Urusan Persekolahan Kakak!

Alhamdulillah... Selesai sudah urusan persekolahan kakak hari sabtu yang lepas...

Siap daftar dan bayar.... Setelah bertangguh beberapa minggu... Dipermudahkan juga Sabtu lepas...

MF dan suami buat keputusan bersama, sekolah pilihan untuk beri pendidikan awal kepada si kakak... Akhirnya pilih PASTI untuk pengenalan dan pengetahuan ilmu agama untuk si kakak...

Walaupun MF ustazah tapi MF tak mampu nak ajar sendiri... Sebab si kakak tak nak mengikut apa MF ajar... Haha... Jadi, MF ambil keputusan untuk cari sekolah PASTI.

Keputusan ni selepas pindah... Memang tak risau sebab kawasan perumahan kami tu banyak tadika dan PASTI yang berdekatan...

Jadi, cari kat Google alamat dan nombor telefon untuk berhubung sebab nak tanya pasal pendaftaran. Alhamdulillah... Pendaftaran masih dibuka sampai hujung tahun... Ye lah... Tadika banyak kan... Jadi, banyak persaingan... Ibu bapa banyak pilihan... Dan semestinya pelajar tak ramai... Tu yang pendaftarannya lama...

PASTI yang MF pilih tu tak ramai... Dalam 10 orang je kot... Jadi, cikgu dia boleh fokus mengajar...

Kakak memang teruja... Tiada istilah takut nak ke sekolah... Tapi tu masa kita teman dia ke sekolah... Harap ok la masa hari pertama tinggalkan dia di sekolah... 

Selain faktor nak bagi lebih ilmu agama... Kami pilih PASTI sebab dekat dengan rumah..  Kemudian yuran bulanan yang rendah... Sebulan RM70 je yuran bulanannya...  Alhamdulillah...  Bukan tak mampu nak bagi yang tinggi, tapi jika ada yang lebih baik kan...

Alhamdulillah.. Selesai bab sekolah kakak... Dengan cikgu pun takde masalah... Apa masalah MF terus je Whatsapp cikgu dia... Moga dipermudahkan urusan sekolah kakak... Dan bermulalah episod kena uruskan anak bangun pagi... Sebab MF pun dah bersekolah pagi mulai tahun depan...

Sebelum ni bangun pagi relax je... Siap layan blog... Tapi tak dapat la tahun depan nak layan blog pepagi... Tak nampak lagi gaya macam mana nak layan blog ni... Sebab kerja lebih sikit untuk tahun depan... Apa-apa pun moga dipermudahkan Allah... Kita fokuskan apa yang lebih utama kan... Jadi, jangan marah la kalau MF abaikan blog dan rakan blogger MF tahun depan... Tanggungjawab lain lebih utama...


Tips Rawatan Demam Panas Anak di Rumah!



Bila ada anak, ibu bapa kena peka...
MF pun lepas ada anak mula beli termometer kat rumah...
Ubat demam kanak-kanak mesti standby ada... Semak selalu supaya tak tamat tarikh luput...

Ubat bontot tu pun memang standby... Doktor kata kalau suhu 38-39 darjah celcius boleh dah bagi ubat bontot...

Teruskan jelum dengan air biasa... Tapi petua orang kampung... Jelum dengan air ramasan asam jawa...

Antara makanan untuk redakan suhu badan...
Sup ayam, air buah kembang semangkuk, cincau... Dan air kelapa...

Jika berlarutan dan suhu tak reda... Jangan tangguh lagi untuk rujuk ke hospital..


Hukum Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia!

Hukum Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Thalassaemia adalah penyakit keturunan berkaitan darah... Kawan sekerja suami ada anak yang mengidap penyakit ni... Masa mengandung anak yang ketiga, doktor bagitau risiko anaknya akan terkena juga thalassaemia... Dan mencadangkan supaya gugurkan kandungan... Memang dilema masa tu... 

Apa hukum gugurkan kandungan sebab ada penyakit???


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan

Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .


Keterangan/Hujah:

Thalassemia adalah sejenis penyakit autosomal recessive sel-seldarah merah di mana berlakunya kekurangan sintesis rantaian globin (globin chains). Ini mengakibatkan eritropoesis yang tidak berkesan (ineffective erythropoiesis), hemolisis yang kronik dan anemia. Dengan erti kata mudah, ianya sejenis penyakit bawaan keturunan yang diturunkan kepada generasi baru (anak-anak) melalui genetik (baka). Akibatnya, sel-sel darah merah tidak stabil dan ianya mudah pecah (hemolisis). Pemecahan ini dan hasil-hasil pemprosesan bahan-bahan yang terurai inilah yang menimbulkan masalah kepada pengidap penyakit Thalassemia.

Pesakit Thalassemia memerlukan pemindahan (transfusi) darah dan rawatan menyahkan (membuang) unsur besi (iron chelation) seumur hidup. Perawatan ini melibatkan kos yang tinggi. Pesakit yang tidak menjalani perawatan menyahkan unsur besi, akan mengalami kelebihan unsur besi (iron) di dalan tubuhnya dan kebanyakan daripada mereka akan meninggal dunia di akhir usia belasan tahun. Kelebihan unsur besi di dalam tubuh pada umumnya melibatkan organ-organ utama yang mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure), pendek tubuh-badan (short stature), masalah baligh (puberti) dan diabetes mellitus. Manakala kekerapan pemindahan darah pula boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan hepatitis B, hepatitis C dan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Pilihan perawatan lain untuk pesakit Thalassaemia adalah transplantasi sum-sum tulang (bone marrow transplantation) dan transplantasi darah tali pusat (cord blood transplantation).

Memandangkan kepada implikasi kos yang tinggi untuk menyediakan ‘Penjagaan Yang Sebaik Mungkin (Best Possible Care), satu strategi harus dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kelahiran keskes baru Thalassaemia. Ujian saringan dan kaunseling semata-mata, tanpa pengguguran janin, tidak akan mengurangkan jumlah kes-kes baru Thalassaemia dan seterusnya tidak akan dapat mengurangkan beban penderitaan terhadap pengidap tersebut, beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Menggugurkan kandungan selepas 4 bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana darurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)

Pendapat Fuqaha’ membahagikan peringkat pembesaran janin dalam kandungan untuk digugurkan berdasarkan kepada tiga peringkat selaras dengan Kaedah Fiqhiyah (memilih yang lebih ringan di antara dua kemudharatan) bagi mengelakkan bahaya yang berat:
Peringkat 1 hingga 40 hari (nutfah - alaqah).
Peringkat 40 hari hingga 4 bulan (Mudghah - Berbentuk).
Peringkat 4 bulan ke atas (sesudah ditiup roh).

Keputusan diambil kira dengan mengikut peringkat umur serta berdasarkan syarat berikut:
Menurut ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untik menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

Ijma’ Fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Sumber: JAKIM

Kawan suami tak gugurkan... Dia teruskan juga kandungan.. Alhamdulillah... Anaknya sihat sempurna cuma takde lah seteruk yang doktor jangkakan... Itulah, doktor bukan Tuhan... Masa mengandung kena banyak berdoa agar Allah pelihara anak kita... Macam MF ada penyakit keturunan iaitu asma.. Namun, alhamdulillah anak-anak MF takde yang ikut MF.. Sihat wal'afiat dan moga dalam pemeliharaan Allah sentiasa.

Jadikan DOA seperti AIR!

Jangan jadikan DOA seperti UBAT;
Hanya diambil ketika sakit

Tetapi
Jadikan DOA seperti AIR ;
Yang diperlukan setiap hari.

======================

Berdoalah dan bersyukurlah setiap masa tak kira masa susah atau senang...
Jangan ingat Allah hanya bila diuji...


28 Disember 2015

Segalanya Baru Di Tahun Baru!

Sekadar coretan peribadi untuk diabadikan dalam blog yang tak seberapa ni...

Alhamdulillah... Hari ni bermulalah episod baru di tempat kerja yang baru dengan suasana baru, rakan sekerja dan pentadbiran yang baru...

MF rasa, satu transformasi yang totally berbeza dengan sekolah lama MF di bandar metropolitan Kuala Lumpur dulu...

Jika dulu sekolah besar... Sekarang sekolah kecil sahaja...
Jika dulu sekolah bandar... Sekarang sekolah luar bandar...
Jika dulu pelajarnya ramai lebih seribu orang, sekarang pelajarnya tak lebih 300 orang...
Jika dulu hanya ajar menengah rendah...sekarang kena ajar menengah atas yang teratas... Fuhh.. Gaya macam naik pangkat mendadak... Tak pasal kena cari buku, study balik sukatan menengah atas pula nih...
Jika dulu rakan sekerja 100 orang lebih... Sekarang rakan sekerja termasuk staff sokongan hanya 30 orang lebih...
Jika dulu lihat hutan batu.. Kini lihat kehijauan gunung ganang yang tenang dan sejuk.. Jauh dari kesibukan kota...
Jika dulu dikelilingi dengan rakan sekerja majoriti perempuan... Kini majoritinya lelaki...

Memang transformasi betul... Nak kata kejutan budaya ye juga lah.... Cara kerja yang berbeza...  segalanya baru dan berbeza di tahun baru...

Apa pun... MF bersangka baik dengan Allah..  MF yakin... Apa yang Allah beri itu yang terbaik... Walaupun masa mohon sekolah lain...tapi dapat sekolah lain... MF redha... Sekurang-kurangnya MF lulus permohonan tukar berbanding kawan lain kan... Syukur di situ...

Baru sehari pergi sekolah kan.. Masih banyak yang perlu dipelajari.. MF kena sesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai rakan sekerja lelaki... Sebab MF jenis segan dan pemalu sikit... Adeehhh... Lemah betul bab nih... Tapi tak pe lah... Atas urusan kerja kena la buang rasa malu tapi dalam masa yang sama jaga ikhtilat kan... Insha Allah... 

Apa pun... Harapan di tahun baru.. Adalah selari dengan apa yang MF katakan dalam alasan isi eg-Tukar tuh... Iaitu... Untuk memotivasikan diri dan meningkatkan semangat kerja di tempat baru...

Moga lebih bersemangat di tempat baru... Insya Allah...  moga Allah permudahkan segala urusan...  


Kenapa Kena Pastikan Letakkan Kunci Kereta Tepi Bantal Sebelum Tidur?

Sumber: Facebook

Info yang menarik untuk dikongsi...

Ni juga mungkin antara sebab kenapa orang ciptakan alarm kereta dengan punat berwarna merah!!!

Ya!!! Tujuannya untuk amaran dan keselamatan kita...

Boleh digunakan dimana sahaja...
Sesuai untuk yang berada di kejiranan rumah taman atau teres kan... Kalau rumah kampung yang rumah jauh-jauh payah gak la... Tapi rumah taman sesuai camni...

Hmmm... Menarik untuk kita praktikkan...


Cara Ajar Anak Kenal Allah!

Dalam banyak-banyak ilmu... Ilmu mengenal Allah atau mengenal Pencipta kita yang perlu dan wajib kita terapkan dalam diri anak-anak. Bahkan diri kita sendiri sebagai ibu bapa pun jangan pernah putus untuk terus belajar ilmu akidah dan tauhid.

Fitrah anak yang belum baligh suci... Buktinya... Cuba dengarkan anak dengan azan dan zikir... Dia pasti akan diam dan tenang... Nak diamkan anak yang aktif, selalulah pasangkan zikir dan berzikir bersama anak-anak... Insha Allah... Tenang dia...

Jadi, masa umur anak belum mumaiyyiz lah waktu terbaik untuk terapkan ilmu aqidah...

Biasa dia dengan alam dan kehidupan semulajadi.. Tengok pokok, tengok binatang, kenal anggota badan... Dan kaitkan dengan Pencipta alam dan makhluk yang Maha Besar... Insha Allah... Lama-lama ia menyerap di hati...

Bila anak pandai menyebut, biasakan dia dengan kalimah syahadah... Tak guna anak pandai macam mana sekalipun tapi syahadah tak reti, Allah tak kenal...

Pengalaman MF sebagai guru agama... Umur 14 tahun tak tahu mengucap lagi... Allahu Rabbi... Nak salahkan cikgu ke???

Bab agama bermula dari rumah... Jadi, kitalah yang didik... Jangan harapkan sesiapa... Pesanan ni untuk MF sendiri... Dan untuk semua ibu bapa juga...

Ilmu akidah penting... Ilmu yang paling wajib dan teratas dalam semua ilmu yg ada di dunia ni... Jadi, jangan pandang remeh... Kita pun kena belajar juga kalau tak reti... Asma al-Husna, sifat wajib, sifat mustahil, sifat 20 paling kurang ingat dah... Renungan bersama...


Manusia Yang Biadap!!!

Sentap kejap...

Kadang kita jadi manusia yang biadap...
Manusia panggil sanggup pergi...

Tapi Allah panggil (masuk waktu solat) kita lengah-lengah kan... Buat tak reti...

Nak Allah tunaikan doa kita cepat...
Tapi kita sendiri tak tunaikan hak Allah (solat) dengan cepat...

Sengaja lengah-lengahkan tanpa sebab...


Rezeki Yang Tak Perasan!

Bila sebut rezeki mesti orang dok fikir duit... Kekayaan dan kesenangan...

Tapi rezeki yang kurang kita perasan...
Tubuh badan yang sihat sempurna... Sebab bila kita sakit atau tak pun sakit satu anggota badan masa tu baru rasa nikmatnya...

Ada ibu bapa sejak lahir... Kerana ada orang yang punyai ibu bapa sejak lahir...

Berpeluang menuntut ilmu... Tak semua orang dapat menuntut ilmu...sama ada secara formal atau pun tidak...

Jadi, syukurlah dengan rezeki yang kita tak perasan ni...

Lepas ni dah perasan kan... Jadi, syukurlah selalu... Selalulah lihat orang yang serba kekurangan untuk didik hati agar lembut dan bersyukur...


27 Disember 2015

Perkhidmatan Pasang Tinted Lampu Kereta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak jaga mata, kita pakai cermin mata atau spek mata hitam.. Kereta pun camtu juga, nak bagi lampu tahan lama, kena pasang "cermin mata" atau "contect lens" pada lampu kereta.

Jadi, caranya, pasang tinted pada lampu kereta... Pernah pergi pasang kat kedai kena cas RM60 untuk kereta viva... Kenapa pasang tinted lampu??? bukan untuk aksesori, tapi untuk pastikan cover lampu tahan lama.. sebab biasanya cover tu plastik.. lama kelamaan akan pudar dan kelabu.. Jadi, kalau dah kelabu dan kabur tak nampak... kena la tukar lain.. Pernah dah tukarkan untuk Viva tu dulu RM300 ++ sepasang... kalau tak silap MF... suami beli kat Mudah.my... tu kira murah la tu.

Jadi, dari melabur lebih... baik tinted je.. sekali buat je.. Jadi suami beli material tinted tu... material ni beli sekali untuk bisnes la juga...

Semalam try la pasang kat satu kereta Proton ni.. Fuhh.. boleh tahan susah juga nak pasang.. Mula nak pasang warna pelangi.. tapi macam tak cantik, jadi pasang warna hitam...


Sebelum tinted

Proses Memasang Tinted

Dah siap sebelah... Nampak gelap kan...

Dah siap pasang...
Hampir dua jam baru siap pasang kedua-dua belah lampu depan sahaja... Patutlah mahal.. kat kedai mau beratus harganya ni... sebab pernah tanyakan nak buat kat kedai RM120 untuk tinted lampu proton Perdana... Alhamdulillah.. jimat duit bila buat sendiri..

Tapi bagi yang tiada alat nak buat tinted ni jangan risau...
Homemadesticker boleh bantu...
Hubungi je homemadesticker atau nombor ni 0192732794 untuk sebarang pertanyaan tentang sticker dan make up kereta..

Kereta pun kena cantik bergaya dan tahan lama... Barulah alah membeli menang memakai ye dak...

Rezeki Hujung Tahun Bersama Nuffnang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Beberapa hari lagi tahun 2015 akan berlabuh tirai... 
Alhamdulillah, rezeki dengan nuffnang tak berlabuh... 
Masih panjang, masih ada walaupun tak banyak mana... 

Tapi target dengan Nuffnang ni macam tak tercapai je.. 
Targetnya nak empat angka baru nak cashout.. tapi tak tercapai lagi empat angka.. simpan lagi..
Mungkin tahun depan la tu baru dapat empat angka.. insha Allah.. 

Moga tahun depan lebih lapang rezeki dengan Nuffnang ni.. 
Terima kasih Nuffnang..
Terima kasih juga kepada blogger yang ada menabung di sini untuk anak-anak kami...

JJCM: Burger Warna Warni Raden Sugeh di Kota Tinggi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dua hari lepas MF ada kongsikan satu post burger warna warni yang diviralkan di Facebook. Burger tu di Kg. Jerai dekat Kupang, Baling. Kiranya dekat la dengan kampung MF. Tapi kecewa la tak dapat nak merasa kan...

Dan dari post tu, MF dapat la beberapa komen... Rupanya di Johor pun ada jual burger warna warni tu... Seorang kawan Facebook MF tag satu nama burger iaitu Burger Raden Sugeh yang terletak di Kota Tinggi... Teruja la.. tak jauh dengan rumah MF dah...

Bila suami MF lihat, dia pun ajak la ke sana.. kebetulan memang takde nak jenjalan ke mana... Kebetulan juga plan nak jumpa blogger +Kathy R'bain dan makan sate gerai dia.. Tapi lepas whatsapp, dia tak buka gerai.. tak pe la.. kami teruskan perjalanan ke Kota Tinggi.

Gerak malam masa tu... Jenjalan malam... sambil bawa anak-anak lihat keindahan alam di malam hari... Teruja tengok bulan...

Kami gerak lepas maghrib, sampai waktu Isyak ke sana... Dari Bandar Tenggara ke Kota Tinggi ikut jalan Linggiu, lebih kurang 30-35 minit perjalanan... Jalan lancar je.. cerah...



Alhamdulillah, sampai je.. Burger ni takde kedai pun, cuma warung tepi jalan... terletak betul-betul di hadapatn Restoran Rafiman.Terus je suami order lepas sampai sebab takde pelanggan lain masa tu... Mulanya nak warna biru dan merah, tapi warna yang tinggal hijau dan merah.. suami ambil je la warna yang ada...

MF makan burger ayam double special cheese dan suami pun sama cuma dia amik daging.

Burger Daging Double Special Cheese warna merah, dikenali dengan nama Burger Iron Man

Burger Ayam Double Special Cheese warna hijau.

Teruja nak rasa... masuk kereta terus makan... haha... Opss.. harga??? Untuk burger double special tu RM6.50 satu... murah ke mahal??? Bagi MF murah sangat... sebab roti lembut buatan sendiri.. daging burger pun buat sendiri... dua keping...sebab double... tambah dengan specialnya tu ada telur... dan tambah cheese lagi... Memang murah sangat harga tu... Sebab kami dok makan burger macam ni kat KL, RM9 lebih satu... jadi, harga tu murah bagi MF, dengan rasanya lain dari yang lain..

Tak rugi JJCM jauh malam-malam sebab nak rasa burger warna warni ni... Memang sedap dan best daging dan roti tu la.. buatan dan resepi pembuat burger tu sendiri...

Bagi yang nak merasa.. Boleh ke Gerai/Warung Burger Raden Sugeh di Kota Tinggi.



Tak rugi anda rasa...
Tak dapat makan yang kat Kupang, dapat juga makan kat Johor ni..
Nanti balik Kupang, kita rasa yang kat sana pula la...

Lintasan Hati!



Lintasan hati dalam berprasagka tidaklah dianggap dosa yang sengaja, namun cepat-cepatlah untuk beristighfar dan memohon keampunan kepadaNya. kerana kita tiada kemampuan untuk mengawal hati untuk meniadakan lintasan itu, namun banyakkan berzikir dan mengawal emosi agar tiada laluan mudah syaitan yang mampu memasukinya...

Beristighfarlah... 

Cepat-cepat istighfar bila hati kita terlintas sesuatu yang buruk dan negatif tentang orang lain... Itulah cara kita menjaga hati dari terus buruk dan buruk...

Giveaway By Mrs Fara Bernilai RM329

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tamat pada : 31 December 2015

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire



Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....

Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.

Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Hadiah 

3 x (2 orang) (hadiah misteri)



1 x (1 orang) planner 2016


1 x (1 orang) diary 2016


3 x (3 orang) shawl H&M


1 x (1 orang) face tower + vase


1 x (1 orang) botol air


1 x (1 orang) beg mickey mouse


3 x (3 orang) pamplet set zikir Asmaul Husna


Setakat ini 12 peserta bertuah dicari dan mungkin akan bertambah dengan kasih sayang Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq.... Keputusan akan ditentukan secara cabutan bertuah pada 31 Dis 2015 InsyaaAllah, Allah Ya Baari'.... 


Senarai Peserta





26 Disember 2015

Cara Kilatkan Duit Syiling Zaman Dulu-dulu!

Kenangan betul...
Jumpa duit syiling yang hitam-hitam...
Letak atas tanah... Dan pusingkan dengan tumit kaki... Nanti kilat semula duit syiling tuh... Memang legend...

Siapa pernah buat zaman dulu-dulu??? Sila angkat keyboard...  Hehe...

Memang kenangan betul kan.. Anak zaman sekarang tak tahu dah semua tu... Duit syiling pun tak pandang dah kan..


Cara Melihat Ujian!

Setiap ujian yang datang untuk hapuskan dosa...
Apa sahaja kesulitan untuk uji kesabaran kita...

Orang yang redha dan sabar dengan ujian Allah.. Akan beroleh pahala...

Jadi, syukurlah jika diuji... Kerana itu tanda Allah sayang kita..


Amy Hilmirda Giveaway 2015

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.

JOM SHOPING DENGAN PS IKEA PERLIS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



HADIAH MISTERI X 10 PEMENANG
HADIAH KASUT X 4 PEMENANG WANITA BERTUAH
BEAR X 2 PEMENANG
SLIM7D UBAT KURUS X 1 PEMENANG
VIETNAM MAS X 2 PEMENANG


TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2015

Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-

1. Barang kemas 916 0.5g - 1.0g (Top Refferel)
2. 1x Voucher Discount 30% pembelian barang kemas 916 2.0g ke bawah di FB page Qiya Infinity Trend atau Sayap Infiniti Network
3. 5x Hadiah saguhati Royalty Card Member (10% Discount pembelian barang kemas) Sayap Infiniti Network.

25 Disember 2015

Ini Yang Jadi Bila Kita Tengah Tidur!!

Malaikat rahmat sentiasa ada... Dengan izin Allah.. Menyebarkan pahala dan rezeki serta perkenankan doa orang yang berdoa dan berbuat kebaikan...

Jadi, jangan sia-siakan masa yang ada... Buatlah sekecil-kecil kebaikan... Kerana semuanya akan diperhitungkan oleh Allah...


Makanan Untuk Cegah Cacing Dalam Perut!

Cacing tu parasit dalam usus.. Tak bagus untuk badan kita.. Sebab tu makan banyak tapi tak besar-besar.. Sebab tak jadi zat dah kena sedut dengan parasit ni...

Ni antara makanan Semulajadi yang boleh diamalkan.. Antara yang mudah.. Air kelapa.. Memang penawar semulajadi dan ternyata berkesan...


Doa Sakit Gigi!

Bila dah berusia lepas bersalinkan anak nombor dua ni baru rasa sakit gigi.. Maklumlah... Kalsium banyak dah transfer pada anak kan.. Gigi pun kurang kalsium dan mudah reput dan berlubang...

Gigi berlubang antara punca sakit gigi.. Sakit gigi ni kesannya kepada satu badan... Sampai boleh demam pun ada... Jadi, boleh amalkan doa ni...perkongsian dari Ustaz Sharhan...

Selain tu, caranya pergi jumpa doktor gigi je la... Tampal...  Tapi MF fobia sikit dengan doktor gigi.. Cara lain MF buat selalu kumur selepas makan... Dan sebelum tidur gosok gigi dan kumur dengan Listerien untuk gigi berlubang.. Insha Allah.. Tak de lagi alami sakit gigi akibat gigi berlubang.