بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, jenjalan scroll wall fb terjumpa satu info menarik yang rakan fb share... MF baca dan tuan post tu dengan rela hati benarkan sesiapa untuk kongsi info menarik nih...

Resepi minuman tradisional untuk kesihatan dalaman wanita.

Minuman ni diamalkan selepas habis datang bulan.



BAHAN-BAHAN

halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak )
air 3 cawan

tambahan jika perlu :::

:::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan

::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

===============
CARA MENYEDIAKANNYA:

basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jd 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )

selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )

KELEBIHAN MINUMAN INI
========================
menbersihkan rahim selepas period
mengeluarkan angin
anti kanser
 memecahkan lemak-lemak
 mengurangkan masalah bau badan
 kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni

🏼🏼minum sebulan sekali selepas period saja

# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )

tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
===
SEDAP KE ?? rasa apa ?
🏼 tak rasa apa-apa malah air ni wangi (sebab sesuai untuk bau badan) ada gula batu di jamin tak pahit tapi halia jangan lebih nanti rasa pedas pula.

jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA  kalau tak tambah ok je

-------
boleh amalkan jika  period tak teratur. Tapi SEBULAN SEKALI SAJA! Jangan nak buat banyak kali ye dalam sebulan. minuman ni memang untuk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh , kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dlm erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee.... petua ni elok untuk badan.. Tapi kalau berlebihan akan beri kesan pada badan lak. Sama mcm ubat.

Kredit: Facebook Nurul Diana

Menurut penulis dan pengamal minuman ni... Sebulan sekali amalkan minuman ni boleh rasa kesannya... Rasa ringan badan dan tak berangin serta merapatkan bahagian intim wanita. Anak dara atau bakal pengantin juga galak diamalkan.. Tapi sebulan sekali sahaja.

MF kongsi kat sini sebab tak hilang dan cari tak jumpa pula kat Facebook tu nanti.. Jadi, simpan kat blog ni.. Insha Allah tak hilang dan orang lain pun boleh amalkan.

Teruja nak amalkan juga sebab maklumlah anak dah dua kan.. Kerja pula lasak... Makan tak jaga sangat.. Tak tentu masa makannya.. Kena la jaga.. Tak kan nak harap supplement je.. Yang ni minuman original.. Insha Allah takde yang memudharatkan jika ikut apa yang penulis dan pengamal minuman ni sarankan...

Apa pun ni usaha kita kan.. Selebihnya tawakal la pada Allah.. Kita usaha dan doa untuk cantik bukan kerana lain.. Kerana Allah untuk mudahkan kita beribadah dengan sempurna.. Dan untuk suami kita juga kan... Kan dapat pahala tu.. 

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Terima kasih sebab berkongsi kak maria.... selalu tengok orang minum jamu je.... tak sanggup le pulak.. kalau gini boleh kot nak minum... part manjakani tu lah yang takut... hahaha.... kita ni ikhtiar je untuk kesihatan diri kan :)

    BalasPadam
  2. betul betul berkhasiat ni..kunyit halia serai daun pandan tu semua ada khasiat tersendiri. bila campur, agak agak apalah rasanya ye. Tapi untuk kesihatan, sedap tak sedap jatuh nombor 2 :)

    BalasPadam
  3. Bagus minuman ni. Tp kan... Tak sanggup nak minum huhu....

    BalasPadam
  4. tima kasih atas perkongsian resepi ni. nasib baik sy takde masalah nk telan yg pahit2 ke payau ke...org dulu2 kata, yg pahit tu la penawar sakit :)

    BalasPadam
  5. Sis maria, nak tanya..kenapa anak dara tak boleh campur sekali manjakani? tak bagus eyh?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama