GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Darah Selepas Keguguran!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita ni amat banyak hukum fekah bagi dia... sebab banyak permasalahannya... Banyak perkara nak kena belajar, jaga dan ambil tahu. Wajib bagi wanita dan lelaki belajar pasal fiqh wanita. Kalau kat rumah tu wajib ada buku fiqh pasal lelaki ataupun wanita... Supaya mudah nak buat rujukan. Tak semua nak google je... Tak semua yang ada di Google boleh dipercayai. 

Baik, kali ni, MF nak kongsikan ilmu tentang hukum darah akibat keguguran. Ramai keliru lagi termasuk diri sendiri pun kadang keliru bab darah wanita nih... Terutama bila yang dah berkahwin ni kan... Macam-macam masalah... 

Bab keguguran.. Apa status darah selepas keguguran??? Adakah darah haid??? Darah nifas atau darah istihadhah??? 

Ada tiga versi pasal ni, yang telah dibahaskan... Baca je dulu ketiga-tiga perbahasan ni, nanti MF akan nyatakan kesimpulan permasalahan ni.

PERBAHASAN 1:

Menurut mazhab Syafiie, Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak). 

Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid). 

Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.


PERBAHASAN 2:

Penjelasan lain Berkaitan status darah keguguran yang dialami wanita, para ulama memberikan butiran sebagai berikut:
Sumber: Google Images

Pertama, keguguran terjadi ketika janin berada pada dua fasa pertama, iaitu fasa nutfah yang masih bercampur dengan mani, berlangsung selama 40 hari pertama dan fasa 'alaqah, iaitu segumpal darah yang berlangsung selama 40 hari kedua. Sehingga total dua fasa ini berjalan selama 80 hari.

Apabila terjadi keguguran pada dua fasa ini, ulama sepakat bahawa status darah keguguran tidak dihukumi sebagai darah nifas. Para ulama menghukumi darah ini sebagai darah istihadhah. Sehingga hukum yang berlaku untuk wanita ini sama dengan wanita suci yang sedang mengalami istihadhah, sehingga tetap wajib solat, puasa, dst. Dan setiap kali waktu solat, wanita ini disyariatkan untuk membersihkan darahnya dan berwudhu. Jika ada darah yang keluar di tengah solat, tetap dilanjutkan dan status shalatnya sah, serta tidak perlu diulang.

Kedua, keguguran berlaku pada fasa ketiga, iaitu fasa mudhghah, dalam bentuk gumpalan daging. Pada fasa ini, mulai terjadi pembentukan anggota badan, bentuk, wajah, dst. Fasa ini berjalan sejak usia 81 hari hingga 120 hari masa kehamilan.

Jika berlaku keguguran pada fasa ini, ulama memperincikan menjadi dua:

  • Janin belum terbentuk seperti layaknya manusia. Pembentukan anggota badan masih sangat tidak jelas. Hukum keguguran dengan model janin semacam ini, statusnya sama dengan keguguran di fasa pertama. Status wanita tersebut dihukumi sebagai wanita mustahadhah.
  • Janin sudah terbentuk seperti layaknya manusia, sudah ada anggota badan yang terbentuk, dan secara zahir seperti prototype manusia kecil. Status keguguran dengan model janin semacam ini dihukum sebagaimana wanita nifas. Sehingga berlaku semua hukum nifas untuk wanita ini.
  • Oleh kerana itu, jika mengalami keguguran pada usia 81 hingga 120 hari, untuk memastikan apakah statusnya nifas ataukah bukan, ini perlu dirujuk kepada doktor berkaitan, mengenai bentuk janinnya.

Ketiga, ketika keguguran berlaku di fasa keempat, iaitu fasa setelah ditiupkannya ruh ke janin. Ini terjadi di usia kehamilan bermula 121 hari atau masuk bulan kelima kehamilan. Jika berlaku keguguran pada fasa ini, ulama sepakat wanita tersebut statusnya sebagaimana layaknya wanita nifas. (Disadur dari fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah (21/437))

PERBAHASAN 3:

Dua keadaan darah wanita selepas keguguran. Iaitu dikira:

1.Darah nifas
Jika yang keluar dari rahim wanita itu adalah bukan berupa gumpalan semata, namun sudah berbentuk manusia. Dalam keadaan ini wanita keguguran tidak boleh melakukan apa-apa yang dilarang bagi wanita yang sedang nifas, seperti shalat, puasa dan tidak boleh digauli suami.

2.Darah rusak (fasad)
Iaitu gumpalan darah yang keluar tidak berbentuk manusia, dalam hal ini hukum darah tidak dihukumi/mengikuti hukum nifas namun hukum darah rusak (fasad) atau darah istihadhah. Hal ini mengandung pengertian jika wanita keguguran dalam keadaan ini, dihukum wanita suci, tetap wajib solat, puasa dan digauli oleh suami.

Umur minima kehamilan yang dengannya janin sudah terbentuk adalah 81 hari, kerana janin dalam kandungan, sebagaimana yang dikatakan oleh 'Abdullah bin Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w telah bercerita kepada kami dan beliau adalah orang yang jujur ​​dan beritanya dibenarkan-:' Sesungguhnya salah seorang di antara kalian penciptaannya dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa mani, kemudian 40 hari berupa darah, kemudian 40 hari berupa sekerat daging. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan ruh dan memberitakan tentang 4 perkara: ketentuan rezekinya, ajalnya, amalannya, dan nasibnya apakah menjadi orang yang sengsara atau bahagia '. "(Muttafaqun' alaih) - (halaqah.net)

Jadi, nak ikut yang mana nih??? 

Senang kita simpul macam ni... Kita perhati corak dan tempoh haid sendiri... Kerana itu perlu tahu tempoh haid... Jika haid tak menenti perlu jumpa doktor periksa darah untuk tentukan tempoh kehamilan... Pengalaman peribadi sendiri pula... Pernah alami macam darah fasad... Tapi masa turun darah tu betul waktu yang sepatutnya haid... Jadi, kira haid... dan tempohnya macam tempoh haid... Tapi jika tempoh turun darahnya lama dan diluar waktu haid dikira darah istihadah... 

Tapi, jika keliru lagi... Kita ikut hukum mengikut pendapat mazhab imam Syafie... Iaitu keguguran anak, dikira nifas.. dan tempoh maksimum adalah 60 hari... Mudahkan... 

Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama ni satu rahmat... Jangan susah-susah fikir... Lagi satu kita belajar kenal darah yang keluar tu sendiri... 

Sumber: Majalah Solusi
Di atas adalah ciri-ciri darah haid dan istihadhah.

Ciri-ciri darah nifas:
Hari pertama hingga hari ke-3 adalah merah. Ini dikenali sebagai lochia rubra. Warnanya bertukar menjadi merah pucat (lochia serosa) sehingga hari ke-10. Selepas hari ke-10, darahnya mula bertukar kepada warna kuning keputihan kerana bercampur dengan sel-sel darah putih yang dikenali sebagai lochia alba. Kandungan cecairnya pula berkurangan. Darah nifas ini biasanya berpanjangan sehingga sebulan dan mungkin berterusan sehingga 60 hari. Setiap wanita mempunyai tempoh nifas tersendiri. Tempoh nifas juga dipengaruhi oleh faktor umur, bilangan kandungan, berat bayi dan juga penyusuan.

Jadi, perlu yakin dalam diri nak berpegang kepada satu pendapat yang sahih. Semua pendapat ulama bab hukum ni takde yang salah mutlak dan takde yang betul secara mutlak. Jadi, yakin dengan hukum yang kita pegang. Dan nak mudah, itulah.. kenali darah yang keluar tu... serta tempohnya... jadi, dari situ kita boleh tahu hukum yang sepatutnya kita fahami. 

Harap jelas... Jika tak jelas, boleh tinggalkan kat bahagian komen.. kita sama-sama belajar dan MF akan usaha untuk cari sumber rujukan lain untuk lebih jelas. Tapi nak lagi jelas, belilah buku Fiqh yang sahih... ada dalil serta rujukan jelas. Bukan mudah nak bagi faham kan... Nak tulis entry ni pun puas membaca bagi faham, rujuk lima enam kitab juga la... Supaya jelas dan kita sendiri yakin dengan entry nak dikeluarkan bab hukum ni kan... Moga bermanfaat.


Rujukan:
Buku Fiqh Perubatan
Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Ustaz Ismail Kamus)
Buku Fikah Wanita (Mohd Zuhdi)
Sumber-sumber bacaan dan rujukan dari internet.


Entry Berkaitan:

21Ulasan

  1. Assalamualaikum MF,

    Saya ada pertanyaan. Saya menetap di luar negara. Alhamdulillah saya mengandung 9mgu. Akan tetapi atas nasihat suami saya, saya terpaksa gugurkan kandungan kerana saya terlalu aktif dgn aktiviti suka. Dan banyak menyertai aktiviti lasak di sini. Dikuatiri akan membahayakan kandungan dan baby saya pada masa akan datang. Saya telah berjumpa dengan doktor dan melalukan proses keguguran dgn cara pill. Pada keesokannya pendarahan mula berlaku sehingga lebih dari 2minggu. Saya kurang pasti darah yang keluar itu darah nifas atau bukan. Dan selepas 15 hari saya telah mandi wajib dan pada hari ke 20 darah keluar semula seperti ketulan darah dan lendir berwarna merah. Tidak banyak. Tapi bila saya buang air kecil ketulan/lendiran merah akan keluar. Apakah itu darah nifas/haid/istihadah? Saya beranggapan itu adalah darah istihadah dan saya solat seprti biasa. Adakah anggapan saya betul?

    Terima kasih MF

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon tinggalkan email.. Supaya senang saya balas untuk beri jawapan...

      Padam
    2. Kenapa perlu gugurkan kandungan disebabkan aktiviti sukan/aktif???apa pula hukumY sekiraY menggugurkan kandungan???subhanallah

      Padam
  2. salam..sy nak bertanya. Saya telah mengalami keguguran 25 hari. pada hari ke 20 darah saya sudah kering. tp pada hari ini berlaku pendarahan semula, merah kehitaman sedikit saja. Cuma, sy masih keliru tentang status darah saya sama ada darah nifas atau istihadhah kerana saya keguguran pada usia kandungan 12mggu,darah tidak berupa janin tp ada uri klua sebesar segenggam tangan. Mohon penjelasan.

    dyabaha@gmail.com

    BalasPadam
  3. Saya keguguran....masuk hari ke 10 cume lendir kuning bertali..maslahnye di bulan puasa..dah 3 ramdhan..adakah saya boleh berpuase jika hanya keluar lendir seperti tadi...

    BalasPadam
  4. Saya keguguran....masuk hari ke 10 cume lendir kuning bertali..maslahnye di bulan puasa..dah 3 ramdhan..adakah saya boleh berpuase jika hanya keluar lendir seperti tadi...

    BalasPadam
  5. Sy juga br keguguran dlm usia 9 mgg.br hr ini suami sy mndpt info ttg mslh ini & mminta sy mncari mklumat brkaitan.alhmdllh info dberi disni byk mnfaatnya..t.ksh..

    BalasPadam
  6. Sy juga br keguguran dlm usia 9 mgg.br hr ini suami sy mndpt info ttg mslh ini & mminta sy mncari mklumat brkaitan.alhmdllh info dberi disni byk mnfaatnya..t.ksh..

    BalasPadam
  7. Sy baru cuci rahim td. Sblm proses cuci, sy solat dan puasa seperti biasa sbb di kira darah istiadah kn sbb janin belom keluar. Ni slps proses cuci sy tak solat n puasa sbb darah mcm drh nifas. Keluar lps janin keluar.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam.. saya bru lepas keguguran dan usia kandungan tersebur berusia 6 minggu. Pada 20/1 sy trun darah sperti darah haid dan kluar ktulan daging yg belum berupa mnusia. Shingga arini hari ke 6 darah sy mulai kering. Adakah sy dikira darah nifas? Darah haid atau darah istihadah. Kerana sy ingin mandi hadas utk solat. Usia kndugan sy ketika gugur 6mggu... hrap Tuan dapat jelaskan.

    BalasPadam
  11. Salam.. saya bru lepas keguguran dan usia kandungan tersebur berusia 6 minggu. Pada 20/1 sy trun darah sperti darah haid dan kluar ktulan daging yg belum berupa mnusia. Shingga arini hari ke 6 darah sy mulai kering. Adakah sy dikira darah nifas? Darah haid atau darah istihadah. Kerana sy ingin mandi hadas utk solat. Usia kndugan sy ketika gugur 6mggu... hrap Tuan dapat jelaskan.

    BalasPadam
  12. Saya mengalami keguguran pd mggu ke-10. Hanya beberapa titik darah bewsrna coklat yg keluar. Sy telah mnjalani proses D&C iaitu 'cuci rahim' d hospital. Slps proses tersebut hanya beberapa titik darah @ tompokan bewarna coklat yg keluar. Hari kefua ua brhenti nanum keluar sedikit pd hari seterusnya. Adakah ia darah nifas @ istihadah? Tq

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum MF,

    saya mengalami keguguran pada kandungan usia 10minggu. Kandungan saya tidak menjadi dan pada 8/2 kantung saya keluar sendiri, darah keluar sehingga 14/2 dan pada 22/2 darah keluar tidak banyak. adakah itu darah haid? terima kasih.

    nasuhanurul027@gmail.com

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum MF,

    Semasa usia kandungan 11 minggu, Saya mengalami turun darah pada 9/3/17 berlarutan sehingga 12/3/17 saya keguguran, kantung keluar sendiri (completed miscariage). seterusnya darah keluar sehingga 17/3/17 (coklat dan hitam pekat shj.) 18/3/17 dah bersih, dah mandi wajib dan solat. tapi 19/3/17 sehingga hari ini 23/3/17 darah (coklat bersama lendir darah) masih keluar. soalan saya;

    1) Darah saya dikira haid atau nifas?
    2) Tempoh bermula dikira darah keluar sbg nifas/haid adalah dari 9/3/17 atau 12/3/17 (hari keguguran berlaku)?

    Terima kasih.
    emel saya: shafinazshadan@hotmail.my

    BalasPadam
  15. Saya kawin muda . atas sebab tertentu dan nasihat suami kerana sy masih belajar . sy gugurkn kndugn mgunakn pil dan xbuat d&c . dlm masa dua mgu . drh keluar koko . lpas 2 mgu . drah keluar byk . merah pekat dan setiap kali sy kencing . darah akan keluar ketul2 , sy start ambil pil pada 21sept . dan smpai skrg drah still ada . sy nk tnya . tu darah apa ya ? sy kena ke klinik ka ?

    BalasPadam
  16. Nota ini menarik walaupun telah lama dikongsi..pendapat2 yg dikongsi ini dpt sy fahami..tp sy masih ragu adakah blh sy hanya berpegang pd mazhab syafie shj..kerana apa yg membimbangkan sy ialah silat dan puasa yg sy tinggalkan krn berpegang bhw darah yg kluar ialah darah nifas..
    Sy bleeding pd mggu yg ke 12 menghampiri 13..jd approximately umur kandungan ialah 90++ hari
    Tetapi saat janin keluar doktor mengesahkan janin berusia 8 mggu berdasarkan ukuran..dan janin yg ditanam pula telah diserahkan kpd sy..jelas kelihatan kepala,mata,kaki,tangan,usus..
    Jadi sy sedikit ragu..apakah status darah sy..nifas atau istihadhah..tmbah2 pule sudah masuk hr ke7 ramadhan hr ini..n tmbah2 pula sekiranya sy dianggap sengaja meninggalkn solat..mohon berkongsi pendapat dan ilmu

    emel sy : mazirah@gmail.com

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,
    Mohon pencerahan,
    semasa kandungan saya masuk 8 minggu (19/11/2018) ada keluar darah merah pekat kehitaman. selepas 3 hari masih lagi keluar darah tapi merah dan keluar ketulan2 darah beku. Kantung kandungan saya masih ada tapi dah kosong. darah masih keluar sehingga hari ini (13/12/2018), darah yang keluar berbau macam darah haid (busuk) dan kantyung masih kosong dan tak membesar. Doktor bagi tarikh untuk buat D&C pada 28/12/2018. Persoalannya adakah darah saya ni darah nifas atau darah istihadah? saya keliru dan takut sebab dah lama saya tinggalkan solat. mohon pencerahan . tq (zakiahya@gmail.com)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ