GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Anggap Boyfriend/Girlfriend Sebagai Suami/Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isu semasa juga ni... galak gaya bercinta remaja zaman sekarang... Belum kahwin dan ber'papa mama' dah... alahaii... memang nampak menggelikan bagi kita yang dah kahwin ni... Tapi realiti remaja zaman sekarang. 

Jadi ada beberapa persoalan remaja yang berkaitan dengan hukum... yang perlu ibu bapa, masyarakat dan golongan remaja ambil tahu. 

Sumber: google images

Persoalan:

Soalan 1:
Saya ingin bertanya, apakah "pinang kinayah" dan adakah pinang ini sah?


Soalan 2:
Apakah hukum mengangap 'lelaki itu suamiku' dan 'wanita itu isteriku' padahal mereka belum menikah.

Jawapan : 

Soalan 1
Pinangan kinayah bermaksud :

Lafaz pinangan secara kinayah atau sindiran .
Harus seseorang lelaki meminang seseorang perempuan yang beriddah bukan iddah raji;ah secara sindiran (kinayah).

Perempuan yang beriddah bukan iddah raji’ah ialah yang beriddah kerana kematian suami atau persetubuhan syuhbhah atau bercerai bain dengan talak atau nasakh atau ternasakh kerana murtad.

Haram dengan ijmak, meminang perempuan yang beriddah bukan iddah raji’ah secara terang (sorih).

Tidak harus seseorang lelaki meminang seseorang perempuan yang masih di dalam iddah raji’ah walaupun secara sendirian kerana hukuman seperti meminang secara terang iaitu haram.

Soalan 2
Menganggap (lelaki itu suamiku) dan (wanita itu isteriku) pada hal mereka belum bernikah hukumnya adalah haram.

Wallahu’alam..
Sumber: Mufti Selangor

Jadi, tak payah nak berpapa mama sangat la ye kalau belum kahwin... Yang bertunang pun belum tentu jadi suami isteri apatah lagi yang tengah mabuk cinta. Sebaiknya, usaha untuk kahwin secepat mungkin jika dah mabuk sangat... Ibu bapa wajib kahwinkan anak perempuan mereka jika dah terlalu mabuk tuh... jangan nak pegang adat sangat hingga maksiat melarat.

3Ulasan

  1. itulah hakikat kehidupan sekarang. Malah ada yang lebih advance daripada itu, bukan setakat panggilan, malah perbuatan juga sama seperti pasangan suami isteri. Menakutkan!

    BalasPadam
  2. kalau dah cinta memang masing2 boleh jadi gila.salah satu tanda gila ni la dia..heheh..ada yang dapat gaji siap kongsi2 pun ada..dah macam bagi wang saraan bagai..ekekek..;lawak!

    BalasPadam
  3. nk muntah sy kalu yg guna gelaran mcm tu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ