30 November 2015

Penyakit Umat Islam Masa Kini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Penyakit Umat Islam Masa Kini
Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim)

 Semua penyakit ni dah nampak secara terang-terang dah... Petanda kecil nak kiamat tu habis dah...
Tapi orang sekarang insaf kejap je...
Dah habis tu buat la balik.. Insaf kejap je..

Sombong macam hidup tak mati dah..
Mewah tapi papa sebenarnya...
Kumpul harta lebih dari kumpul pahala... Kalau orang kata, kononnya mewah untuk buat amal... Tapi amal menunjuk ada la...
Nak kumpul harta tak kisah halal haram... Janji dapat duit . menipu pun tak la.
Dengki tu dah jadi hobi.. Tak boleh tengok orang lebih mula nak dengki.. Dah dengki pastu sanggup fitnah pula sebab tak nak tengok orang lebih dari dia..

Tak tahu la nak kata apa..
Rasa takut nak hadapi penghujung zaman...
Moga Allah lindung lah zuriat keturunan kami akan datang ni..

Tak mention dan tak kata kat sapa..
Tapi apa yang penulis tulis dan gambar melalui realiti hidup dan pengalaman diri penulis sendiri..
Moga sama muhasabah diri..
Tak payah nak fikir dunia yang dah tua ni..
Cari dan rebut pahala untuk kekal di akhirat sana.. 

Resepi Minuman Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam, jenjalan scroll wall fb terjumpa satu info menarik yang rakan fb share... MF baca dan tuan post tu dengan rela hati benarkan sesiapa untuk kongsi info menarik nih...

Resepi minuman tradisional untuk kesihatan dalaman wanita.

Minuman ni diamalkan selepas habis datang bulan.



BAHAN-BAHAN

halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak )
air 3 cawan

tambahan jika perlu :::

:::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan

::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

===============
CARA MENYEDIAKANNYA:

basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jd 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )

selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )

KELEBIHAN MINUMAN INI
========================
menbersihkan rahim selepas period
mengeluarkan angin
anti kanser
 memecahkan lemak-lemak
 mengurangkan masalah bau badan
 kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni

🏼🏼minum sebulan sekali selepas period saja

# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )

tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
===
SEDAP KE ?? rasa apa ?
🏼 tak rasa apa-apa malah air ni wangi (sebab sesuai untuk bau badan) ada gula batu di jamin tak pahit tapi halia jangan lebih nanti rasa pedas pula.

jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA  kalau tak tambah ok je

-------
boleh amalkan jika  period tak teratur. Tapi SEBULAN SEKALI SAJA! Jangan nak buat banyak kali ye dalam sebulan. minuman ni memang untuk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh , kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dlm erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee.... petua ni elok untuk badan.. Tapi kalau berlebihan akan beri kesan pada badan lak. Sama mcm ubat.

Kredit: Facebook Nurul Diana

Menurut penulis dan pengamal minuman ni... Sebulan sekali amalkan minuman ni boleh rasa kesannya... Rasa ringan badan dan tak berangin serta merapatkan bahagian intim wanita. Anak dara atau bakal pengantin juga galak diamalkan.. Tapi sebulan sekali sahaja.

MF kongsi kat sini sebab tak hilang dan cari tak jumpa pula kat Facebook tu nanti.. Jadi, simpan kat blog ni.. Insha Allah tak hilang dan orang lain pun boleh amalkan.

Teruja nak amalkan juga sebab maklumlah anak dah dua kan.. Kerja pula lasak... Makan tak jaga sangat.. Tak tentu masa makannya.. Kena la jaga.. Tak kan nak harap supplement je.. Yang ni minuman original.. Insha Allah takde yang memudharatkan jika ikut apa yang penulis dan pengamal minuman ni sarankan...

Apa pun ni usaha kita kan.. Selebihnya tawakal la pada Allah.. Kita usaha dan doa untuk cantik bukan kerana lain.. Kerana Allah untuk mudahkan kita beribadah dengan sempurna.. Dan untuk suami kita juga kan... Kan dapat pahala tu.. 

Entry Kurang Kata: Erti Bahagia Yang Sebenar!

Segalanya indah kerana Allah...
Memang betul-betul bahagia...


TEGURAN!!!

Pernah dengar???

Jika dalam hati kecil kita niat nak buat baik.. Insha Allah... Allah akan hantar orang baik-baik untuk tegur dan nasihat kita untuk jadikan diri kita lebih baik...

Allah tahu hati kita... Yang penting terima teguran kerana teguran tu sebenarnya dari Allah untuk tunaikan niat kita nak buat baik...


29 November 2015

TARBIAH SENTAP: Mu Jangan Nak Marah!!!

Memang kalau tak tersentap tak tau la kan...
Kata-kata ni khas buat wanita bergelar isteri yang kaki selfie, post gambar kat fb...

Mu bangga orang puji mu...
Jadi jangan marah la kalau lakimu buat macam tu gak kalau nampak pompuan comei di Facebook dia...

Whats you give you get back kata omputih...

Nak Allah jaga hak kita, kita kena la jaga hak Allah dulu...
Buat apa Allah suruh... Tinggal apa yang Allah larang...

Jangan nak marohh dehh...


5 Langkah Mudah Simpan Mesej Dalam Whatsapp!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lagi info grafik dari Facebook...
Cara mudah untuk simpan mesej dari whatsapp.
Tak perlu nak copy dan paste ke lain-lain tempat...

Ikuti langkah mudah ini... Untuk simpan mesej dari whatsapp.







Mudah kan... 
Sebenanrnya.. Semua ikon yang ada tu ada fungsinya... 
Bagi yang rajin menggodek... Memang mudah la kan... 
Tapi yang tak rajin nak godek, info begini sangat membantu...
Terima kasih yang buat info grafik ni...
Moga beroleh keberkatan share ilmu begini...

Himpunan 25 Kisah Nabi Berirama!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF terjumpa info grafik menarik ni kat Facebook..  Suka sangat sebab boleh edit tambahkan lagu dan irama sendiri... Boleh print dan jadikan buku lagu untuk anak-anak nanti...

MF kongsikan di blog ni untuk rujukan semua...


























Klik pada gambar untuk lebih jelas... 
Sumber: Facebook

Masih Ada Rezeki Bersama Nuffnang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nuffnang ni, kalau pemurah, pemurah betul kan... Meriah CPUV tuh.. Tapi kalau masa takde, takde langsung plak...

Alhamdulillah... Lama dah pasang nuffnang kat blog. Bahkan inilah income pertama hasil berblog.


Alhamdulillah.. Rezeki dengan nuffnang ni tak pernah putus lagi.. Impian nak capai empat angka tahun ni.. Tapi tak dapat.. Tapi dapat setengah ribu tu dah ada la.. Tambah lagi duit tabung anak-anak... Alhamdulillah... 

Terima kasih nuffnang..
Terima kasih juga blohger atau pengunjung yang datang menabung di sini ... Alhamdulillah...
Rezeki Allah.. Syukur seadanya...

Nak Kongsi Kena Fikir Orang Lain Juga!

Kadang hidup ni kena fikirkan orang juga...
Dan kadangkala kena fikirkan diri sendiri...

Mudah je...
Apa yang kita nak kongsi...
Fikirkan satuuu je...
Apa orang lain dapat dengan perkongsian kita tu...

Kalau kita share gambar makan-makan dan menu sedap..  Kita kongsikan juga tempatnya... Moga orang lain boleh pergi situ satu hari nanti... Selitkan doa...

Kalau kita kongsi gambar masakan yang sedap..  Kita bagi resepi sekali... Suatu hari orang boleh merasainya sendiri...

Kalau kita kongsi tempat bercuti yang indah... Kita kongsikan info percutian kita sikit... Moga satu hari orang lain dapat merasai... Doakan orang lain moga dapat rasa apa yang kita nikmati...

Jadi, bukan satu masalah nak kongsi apa yang kita suka, kita dapat... Tapi kongsikan sekali manfaat yang orang lain boleh dapat dengan apa yang kita kongsikan itu... Doakan orang lain juga...

Tapi jika kongsi gambar, dengan caption seronok.. Feeling... Tapi tiada info... Tu la yang menyebabkan berlaku sentap menyentap tuh... Seolah-olah nak menunjuk dan harapkan pujian... Tu la akan terjadinya depan puji...dalam hati menyentap sendiri...

Tak salah nak kongsi... Tapi kita kena jadi pengkongsi yang bijak!!!

Jadi, nak kongsi kena fikir orang lain sama!


Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lama tak join segmen atau giveaway... 
Terjumpa giveaway ringkas anjuran Saudara Hasrul Hassan... Join la.. Sebab tak banyak syarat... 

Give away ni sebagai menghargai follower blognya...dan meraikan hits pageview blognya yang mencapai 15juta pageview... Memang tinggi kan... Tahniah buat Saudara Hasrul Hassan. Jadi, MF join sebagai tanda sokongan. 

MF follow blog Hasrul Hassan sebab banyak ilmu tentang blog MF dapat dari situ.. Terutama cara nak buat duit melalui blog, tips dan trick dalam berblog... Blog Hasrul Hassan ni antara blog tempatan yang banyak kongsi tips untuk blogspot... Sebab kalau google, banyak keluar dari Indonesia.. Kalau Malaysia ni banyak tips dan tutorial kepada wordpress dan tak banyak blogger Malaysia yang buat tips and trick untuk blogspot... Kalau tutorial asas tu banyak la... Tapi untuk TIP SEO dan cari duit guna blogspot, Blog Hasrul Hassan antara yang terbaik untuk buat rujukan.

KLIK SINI UNTUK JOIN
TARIKH TAMAT: 30 NOVEMBER 2015

28 November 2015

6 Pesanan Orang Tua Untuk Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ORANG TUA-TUA PESAN…kalau nak kasih sayang suami isteri berkekalan

Mesti kena ikut petua orang dulu-dulu…

1) Orang-orang tua pesan…

kalau nak suruh suami kasihkan isteri & isteri hormatkan suami…isteri mestilah tidur atas lengan suami…

Sebabnya:

orang tua-tua kata… Pelukan suami…terbitkan kasih sayang….dan kedudukan isteri di bawah bahu suami…menerbitkan rasa hormat pada suami

2) Orang tua-tua pesan…

isteri kena selalu cium tangan suami & suami kenalah kucup dahi isteri sebagai balasan…

Sebabnya:

Orang tua-tua kata, bila isteri cium tangan suami, akan gugurlah dosa-dosa kecil sebab restu suami adalah sangat berharga ..di samping dapat pahala….dan bila suami kucup dahi isteri…hati yang panas akan jadi sejuk…kan ke juga dapat pahala tue…

3) Orang tua-tua pesan…

suami kena selalu peluk isteri…sama ada secara spontan/disengajakan

Sebabnya:

Isteri akan merasa lebih dihargai bila dipeluk suami…dan bila isteri rasa dihargai, dengan sendirinya kasih sayang itu akan terbit dari hati yang ikhlas…bila bila kasih sayang terbit dari hati yang ikhlas, dengan sendirinya hubungan akan selalu mekar mewangi…

4) Orang tua-tua pesan…

bila peluk suami/isteri…eloklah dibaca bersama doa ini…

"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

Sebabnya:

Apa-apa pun kita mesti bersandarkan pada Allah…mohon kepadanya supaya kekalkan kasih sayang yang dibina..sebabnya Allah juga bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.. Insya Allah..kalau diizinkan olehNYA…akan berkekalanlah kasih sayang yg telah dibina…

5) Orang tua-tua pesan…

Sentiasa amalkan mandi bersama..

Sebabnya:

Masa mandi adalah saat untuk kita bersihkan diri kita… mandi bersama erat kasih sayang sebab adanya sentuhan kasih sayang... Dan sama-sama bersihkan badan. Akhiri mandi dengan wuduk... Dan jika masuk waktu solat terus boleh berjemaah.. Mandi bersama juga sunnah Rasulullah s.a.w dalam memelihara kerukunan rumahtangga.

6) Orang tua-tua pesan…

Hidup kena selalu ceria…selalu bergurau antara pasangan…selalu berinteraksi…

Sebabnya:

Kalau kita selalu bergurau…hidup kita akan sentiasa ceria…akan ada warna…xde lah Nampak muka seyes jerk…so, dengan bergurau hati yang gusar..akan jadi lapang…hati yg gundah…akan jadi tenang…tul dak??

Sumber: Facebook

Resepi Kek Coklat Moist Versi Cupcake!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seminggu adik dok umah,apa lagi minta la dia buatkan kek... Bab masak memasak dia lagi terer dari kakak dia nih... Untung kalau dah kahwin nanti...  Hehe...

Kek feveret suami dan anak-anak kek coklat moist... Kami beli bahan...  Dia yang buat semua... Tengok je dia buat... Sekali dah siap... Fuhh.. Sedap.  Boleh jual nih..

Nak resepi kek coklat moist versi cupcake.. Meh sini nak habaq mai...


RESIPI KEK COKLAT MOIST VERSI CUPCAKE

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula PASIR
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
4 biji telur
1sudu teh seen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Masak:
1. Masuk Bahan A atas api yg sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api Dan biarkan sejuk.
2. Pukul Bahan B hingga kembang.
3. setelah itu, masukkan Bahan A Dan Bahan C berselang seli Dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan Ke dalam acuan cupcake. Masukkan Ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar pada suhu tersebut selama 10 minit atau sehingga masak.

TOPPING
1 Cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
3 sudu susu cair

*campurkan semua sehingga sebati dan sapukan atas cupcake setelah cupcake masak. Tabur dgn coklat rice.

Mudah resepi nih sebab guna sukatan cawan... Tak payah pikiaq nak angkut penimbang... Boleh kalau nak buh dalam loyang besar... Tapi MF suka versi cupcake sebab senang nak makan dan rasanya lain... Sila lah cuba buat kalau nak rasa...

Bila Hati Berpenyakit!

Penyakit hati yang memang merbahaya...

Kalau hati berpenyakit dan boleh diubat dengan perubatan moden itu ok lagi...

Ni penyakit hati yang orang lain tak boleh tolong ubatkan melainkan tuan empunya badan yang kena usaha untuk ubati dirinya sendiri...  Orang lain boleh bantu cari ubat tapi empunya badan la kena ubati penyakit hati dia sendiri...

Moga kita terhindar dari penyakit hati ini.. Kalau ada kena ubati segera...


27 November 2015

Nota Serah Tugas!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Dalam kesibukan dengan tugasan akhir, semalam sempat siapkan nota serah tugas yang agak simple tapi kemas... Mulanya MF cuma isi je borang yang kerani beri... Tapi, rasa nak buat bagi kemas sikit... MF cari format softcopy dari Internet dan edit...


Alhamdulillah...  Siang tadi selesai dah siap ditandatangani oleh pihak pentadbir... Maka rasmilah... MF bakal berhijrah ke tempat baru... 

Lima tahun berkhidmat di situ.. Suka duka pahit manis dan tempat pertama timba pengalaman sebagai guru... 

Sedih...tapi seronok pun ada... Lumrah bertemu ada perpisahan... 

Nota serah tugas untuk guru bertukar ni mesti kena buat... Tapi MF rasa, nota ni ringkas je... Kalau kerani lain mesti lain sikit...sebab tengok suami MF dulu tebal... Sebab dia kerani kan... Mesti lagi banyak perkara kena buat minit dan nota kan...

MF dapatkan softcopy nota serah tugas ni dari blog Cikgu Zamrud... Boleh download >>>DI SINI<<<

Insha Allah... Memghabiskan sisa perkhidmatan dan tanggungjawab akhir di sini sebelum berhijrah ke tempat baru... Moga dipermudahkan Allah.. 

BOLEH BERBOHONG DALAM 3 KEADAAN INI!

BOLEH BERBOHONG DALAM 3 KEADAAN INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daripada Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik”.  

Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.

[Riwayat:  Muttafaqun A'laih]

Huraian Hadith: 
Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:
  • Maslahah perang
  • Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
  • Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.
Sumber: JAKIM


Hanya 3 keadaan di atas sahaja dibenarkan berbohong... selebihnya haram berbohong... Bahkan berlaku jujurlah dalam setiap keadaan. Namun, jika tak mampu nak jujur dalam teguran... Diam dan doalah untuk kebaikan kawan... kerana itu selemah-lemah iman... 

4 Fasa-fasa Perkahwinan Yang Penuh Cabaran!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berkahwin.. bunyinya indah dan seronok... Dari zaman bercinta hingga nak kahwin tu memang indah la... Tapi zaman berkahwin tu tak seindah yang diimpikan... Jika tiada ilmu, tiada iman..tidak ikut syariat... Tu yang boleh jadi kes gurauan talak tiga tuh..  Rumahtangga boleh bergoyang walaupun dah 10 tahun bercinta sekalipun...

Menurut orang dulu-dulu.. Perkahwinan ni ada fasa-fasanya... Dibahagikan ikut setiap lima tahun...


Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh ni, waktu nak kenal betul-betul dengan pasangan kita... Walaupun dah bercinta bertahun pun tapi bila hidup sebumbung, sebantal dan sekatil.. Masa tu lah baru kenal buruk baik pasangan... Tiada lagi istilah kentut bau wangi masa ni... Masa ni juga nak belajar serba serbi.. Hidup ada anak... Bahagikan masa... Mula kehidupan sendiri dan sebagainya... Memang mencabar untuk fasa ini... Tapi yang penting, sabar dan terus sabar... Letakkan Allah sebagai penolong sebaiknya.

Alhamdulillah... Fasa satu ni MF dah lepas...

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

MF bakal masuk fasa ni... Dan bakal mulakan kehidupan fasa kedua ditempat yang baru.. Dari segi kewangan dah mula stabil walaupun tak mewah mana.. Tapi sentiasa ada... Alhamdulillah...

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.

Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Ini memang diakui oleh rakan sekerja dengan MF... Dia lelaki.. Masa ni memang waktu menduga... Memang dalam hati tak de niat nak pasang lain.. Tapi umur sebegini buatkan rumahtangga diuji... Jadi, walaupun dikira stabil dari je kewangan, namun diuji dari sudut kesetiaan.. Jadi, masa ni kena kuatkan iman dengan perbanyakkan amal dan dekatkan diri dengan Tuhan.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Sumber: Sinar Harian

Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri... Kekuatan iman, ilmu dan amal jadi benteng segalanya.. Sentiasa tawakal, usaha dan doa agar rumahtangga kekal bahagia. Yang penting... Matlamat utama masa mula kahwin tu penting... Insha Allah, jika matlamat betul.. Allah akan bantu untuk pelihara kerukunan rumahtangga.

Nak komen lebih pun tak berani... MF baru melepasi fasa pertama... Moga Allah terus pelihara kerukunan rumahtangga tangga yang dibina... Dengan rahmat dan mawaddah.

Cuma boleh MF pesan... Masa lepas sah jadi suami isteri.. Terapkan satu rutin yang wajib dilakukan oleh suami isteri setiap hari... Seperti, SMS selalu walaupun dalam rumah, cium, salam dan peluk... Yang utama... Nak dapat rahmat dan barakah dalam rumahtangga... Amalkan segala aktiviti secara berjemaah... Insha Allah.. Pasti indah... 
KISAH HUTANG KUTU : WARIS WAJIB AMBIL TAHU!!!

KISAH HUTANG KUTU : WARIS WAJIB AMBIL TAHU!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jenjalan kat facebook.. terjumpa pula info menarik tulisan saudara Ahmad Faisol Omar mengenai main kutu... Popular main kutu terutama dalam kalangan cikgu. MF tak pernah main.. Last main kutu zaman sekolah... Dah kerja ni, tak berminat pula nak main... Tulisan saudara Ahmad Faisol ni, adalah cerita yang diciptanya untuk menerangkan betapa pentingnya pengetahuan hukum dan pengetahuan kepada waris yang main kutu... Sila baca dengan teliti dan fahami hukumnya. 

Sumber: google images


12 orang guru di Sekolah Menengah Langit Terbuka telah berpakat bermain kutu. Mereka ialah Cikgu Umi, Cikgu Rodiah, Cikgu Salina, Cikgu Munirah, Ustazah Nuraini, Ustazah Aisyah, Ustazah Kamaliah, Cikgu Fatin, Cikgu Jamilah, Cikgu Amalina, Cikgu Faizah dan Cikgu Nazira. Butir- butir mengenai permainan kutu yang telah dipersetujui bersama ialah,

1. Permainan kutu bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember.
2. Setiap bulan hanya seorang ahli yang akan menerima kutu. Giliran penerimaan ditentukan secara undian.
3. Cabutan undian hanya dilakukan sekali sahaja pada bulan Januari. Pemain kutu yang memegang angka satu akan menerima kutu pada bulan Januari, pemegang angka dua menerimanya pada bulan Februari dan begitulah seterusnya.
4. Setiap ahli kutu hendaklah membayar yuran pada setiap hujung bulan sebanyak RM200.00 Ini bermakna jumlah kutu yang diterima oleh setiap ahli kutu ialah RM2400.00 ( RM200.00 × 12 orang ahli kutu )

Ketua kutu ialah Cikgu Rodiah. Pada hujung bulan Januari, kesemua ahli kutu menyerahkan wang tunai sebanyak RM200.00 setiap seorang kepada Cikgu Rodiah untuk diserahkan kepada penerima pertama. Setelah wang kutu berjumlah RM2400.00 telah terkumpul, kesemua ahli kutu mencabut undian. Keputusan undian berdasarkan angka giliran adalah seperti berikut,
1. Cikgu Munirah
2. Cikgu Faizah
3. Cikgu Jamilah
4. Ustazah Aisyah
5. Cikgu Amalina
6. Cikgu Fatin
7. Ustazah Nuraini
8. Ustazah Kamaliah
9. Cikgu Rodiah
10. Cikgu Salina
11. Cikgu Nazira
12. Cikgu Umi

Selepas undian, Cikgu Rodiah menyerahkan wang kutu sebanyak RM2400.00 kepada Cikgu Munirah sebagai penerima pertama. Permainan kutu berjalan seperti biasa pada bulan- bulan berikutnya berdasarkan syarat- syarat permainan yang telah dipersetujui.

Pada 15 hb Mac, Cikgu Munirah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Dia mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Dengan kematian Cikgu Munirah, bilangan ahli kutu tinggal lagi sebelas orang.

Pada 17 hb April, Cikgu Jamilah dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Awan Biru. Dengan pertukaran itu, ahli kutu tinggal lagi sepuluh orang.

Pada 3 hb Oktober, Cikgu Umi meninggal dunia akibat barah payu dara. Dia tidak sempat menerima wang kutu yang disertainya. Dengan kematian Cikgu Umi, ahli kutu tinggal lagi sembilan orang.

ULASAN & PENJELASAN HUKUM

  1. Main kutu diharuskan dalam Islam dengan syarat terma- termanya tidak bertentangan dengan prinsip- prinsip Islam.
  2. Main kutu adalah berdasarkan konsep tolong- menolong. Setiap ahli kutu saling tolong menolong mengumpulkan sejumlah wang untuk dimanfaatkan oleh penerima kutu berdasarkan giliran yang telah diputuskan secara undian.
  3. Ada unsur hutang dalam permainan kutu iaitu berhutang, memberi hutang dan membayar hutang. Penerima kutu yang pertama berhutang sepenuhnya kepada semua penerima selepasnya. Penerima kedua tidak berhutang kepada penerima pertama bahkan penerima pertama berhutang kepadanya, tetapi dia berhutang kepada penerima ketiga dan seterusnya. Penerima ketiga tidak berhutang kepada penerima pertama dan kedua, bahkan dia memberi hutang kepada mereka, tetapi dia berhutang kepada penerima keempat dan seterusnya. Beginilah keadaannya kepada penerima- penerima seterusnya yang tertakluk kepada berhutang dan memberi hutang, kecuali penerima paling akhir di mana dia hanya memberi hutang dan mengutip hutang tetapi tidak berhutang.
  4. Butir- butir hutang mengenai ahli- ahli kutu dalam cerita ini adalah seperti berikut,
    • Cikgu Munirah berhutang RM2200.00 kepada 11 ahli kutu yang lain.
    • Cikgu Faizah memberi hutang RM200.00 kepada Cikgu Munirah dan berhutang RM2000.00 kepada penerima kutu selepasnya.
    • Cikgu Jamilah memberi hutang RM400.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada Cikgu Munirah dan Cikgu Faizah dan berhutang RM1800.00 kepada penerima- penerima selepasnya.
    • Ustazah Aisyah memberi hutang RM600.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada Cikgu Munirah, Cikgu Faizah dan Cikgu Jamilah dan berhutang RM1600.00 kepada penerima- penerima selepasnya.
    • Cikgu Amalina memberi hutang RM800.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada Cikgu Munirah, Cikgu Faizah, Cikgu Jamilah dan Ustazah Aisyah dan berhutang RM1400.00 kepada penerima- penerima selepasnya.
    • Cikgu Fatin memberi hutang RM1000.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada penerima- penerima sebelumnya dan berhutang RM1200.00 kepada penerima- penerima selepasnya.
    • Ustazah Nuraini memberi hutang RM1200.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada enam penerima sebelumnya dan berhutang RM1000.00 kepada lima penerima selepasnya.
    • Ustazah Kamaliah memberi hutang RM1400.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada tujuh penerima sebelumnya dan berhutang RM800.00 kepada empat ahli kutu selepasnya.
    • Cikgu Rodiah memberi hutang RM1600.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada lapan penerima sebelumnya dan berhutang RM600.00 kepada tiga ahli kutu selepasnya.
    • Cikgu Salina memberi hutang RM1800.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada sembilan penerima sebelumnya. Dia hanya berhutang RM200.00 kepada Cikgu Nazira dan tidak berhutang kepada penerima terakhir ( Cikgu Umi ) kerana dia meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan yuran kutu pada bulan oktober 
    • Cikgu Nazira memberi hutang RM1800.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada sembilan penerima sebelumnya. Dia tidak sempat berhutang kepada Cikgu Umi.
    • Cikgu Umi memberi hutang RM1800.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada sembilan penerima kutu. Dia tidak sempat memberi hutang kepada penerima kutu kesepuluh dan kesebelas.
  5. Semasa kematian Cikgu Munirah, dia masih berhutang RM2000.00 kepada sepuluh ahli kutu. Hutang itu wajib dijelaskan oleh warisnya dengan menggunakan harta peninggalannya.
  6. Cikgu Jamilah yang bertukar sekolah mempunyai dua pilihan. Dia boleh meneruskan bermain kutu seperti biasa atau berhenti bermain kutu jika merasakan kesulitan kerana bertukar tempat kerja. Jika dia memilih untuk berhenti bermain kutu, dia wajib menjelaskan hutangnya sebanyak RM1800.00 kepada sembilan ahli kutu selepasnya ( setiap seorang RM200.00 )
  7. Sembilan ahli kutu ( giliran 1 hingga 9 ) yang telah menerima kutu, wajib membayar hutang mereka kepada Cikgu Umi yang telah meninggal dunia. Setiap seorang RM200.00. Hutang tersebut hendaklah diserahkan kepada warisnya yang akan diagihkan mengikut hukum faraid.
Jadi, WARIS wajib ambil tahu, jika ada ahli keluarganya main kutu... Jangan buat main dengan hutang... jadi, kena tahu hukum sebelum main kutu... 

Moga bermanfaat... terima kasih atas perkongsian saudara Ahmad Faisol mengenai jalan cerita dan analogi yang bermanfaat dan senang difahami. 

KLIK SINI untuk baca >>>HUKUM MAIN KUTU<<<

MENDIDIK HATI BERSANGKA BAIK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BUKAN MUDAH NAK DIDIK HATI... SEBAB KITA ADA SIFAT INGIN TAHU... BILA TAK TAHU KITA AKAN BERSANGKA-SANGKA... NAMUN, SANGKAAN KITA BIARLAH YANG POSITIF DIDASARI DENGAN AKAL YANG WARAS DAN IMAN DIHATI... BUKAN NAFSU DAN HATI YANG NEGATIF





26 November 2015

Belanja Isteri Memudharatkan???

Renungan buat para suami...

Jangan terlalu berkira dengan isteri dan anak-anak...  Tapi berkira-kira tu perlu... Nanti sengkek tak sampai sebulan...

Sedekah yang baik bagi suami ialah sedekah kepada isteri... Makna sedekah ni...selain dari nafkah wajib bagi isteri la tu..

Jadi, jangan rasa terbeban pula sesekali belanja Isteri... Apa salahnya... Sesekali belanja anak bini makan sedap kan...

Insha Allah.. Lapang rezeki jika selalu belanja isteri... Asalkan isteri tu bukan jenis mengada-ngada dan meminta-minta sehingga membebankan suami...


Apa Yang Seronok Sangat Ke SOGO Tu???

Apa yang sangat ke SOGO tu??? Hari Selasa lepas saja jenjalan ke SOGO dengan rakan sekerja lepas habis kerja...

Itu je tempat yang dekat dan merupakan tempat popular tumpuan orang beli barangan jenama luar negara.

Sebut je SOGO siapa yang tak tahu kan. MF dulu masa mula dok KL ni teruja nak pergi, nak tahu apa yang best... Tapi lepas dua tahun la dok KL baru suami bawa kan.. Pertama kali pergi... Hmm... Tengok SALE... Takde la murah mana... Tapi bagi yang suka barangan berjenama kata murah la...

Bagi kita yang pakai jenama pasar malam ni... Telan air liur lah.. Tapi alang dah pergi tu beli la juga kasut Sembonia... Masih ada la kasut tu... Jarang pakai sebab tu la masih elok kot..

Dah tu... Lama pula pergi pula...  Beli handbag..  Sale yang longgok tuh... Dua handbag RM100...  Beli la... Tapi pakai tak lama pun.. Rosak... Hmm.. Terus tak pakai la yang berjenama walaupun sale... Baik beli jenama  pasar malam je la...

Tu la nak kata... SOGO ni jadi tumpuan orang luar dari KL, Orang sekitar KL ni jarang sangat ke SOGO tu... Sebab barangannya takdelah murah mana... Biasa saja...

Strategi perniagaan je tu buat sale... Padahal tu memang harga yang sebenar..  Kalau nak tau cuba tengok jenama yang sama kat Parkson atau Festival City...

Jadi.. Bagi MF ni... Tak sesuai la beli barangan kat SOGO tu... Biasa pakai yang murah... Jadi, memang nak yang murah je... Rasa membazir beli yang mahal... Biarlah tak berjenama pun asalkan ada kan...

Itu pendapat peribadi... Jangan nak sentap plak... Lain orang lain citarasa ya dak... Ikutlah.. Orang suka barangan branded...boleh je g Sogo tuh... Tapi sebenarnya kat pasaraya lain juga ada jual barangan berjenama cuma tak sepopular di SOGO...

Apa pun..  Jagalah adab tatasusila masa ralit membeli tuh.. Jangan sampai anak hilang... Langgar orang tak pandang kiri kanan kan... Adab sebagai perempuan tu kena jaga... Jangan pula hilang akal dah tengok barang...


Amalkan Salam dan Cium!!!

Bila dah kahwin, baru faham... Kenapa dikatakan.. Orang yang berkahwin ni telah sempurna separuh dari agamanya... Dan separuh lagi hendaklah dia beriman kepada Allah... 

Sebab kahwin banyak pahala...
Jadi, jangan tak rebut pahala-pahala mudah dalam rumahtangga... Rugi...Allah dah beri kelebihan tu tapi kita tak rebutkan...

Bagi yang belum kahwin... Berdoalah... Moga ada rezeki untuk nikmati alam rumahtangga. . Tapi jika tidak redhalah... Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik... Namun, kena usaha dan jangan menolak rezeki jodoh...