GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Simpati Dengan Cikgu SK Tohoi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kesusahan dan cabaran buat guru-guru di SK Tohoi

Cubit peha kiri, peha kanan terasa... Itulah yang ku rasakan.. Kesian dan simpati dengan nasib cikgu-cikgu yang mengajar di SK Tohoi. Sekolah ni terus disebut dan dikenali sejak kes kehilangan 7 Pelajar Orang Asli dari sekolah tersebut. Kes ini makin disebut orang apabila kehilangan pelajar ini katanya disebabkan guru. 

Kesian kat cikgu sekolah tu kan.. Kalau MF pun mungkin makin tertekan... Nak hadapi tekanan dari penduduk dan juga orang awam yang tak tahu cerita sebenarnya. Lepas tu tambah dan reka cerita ... Menyalahkan guru semata-mata.

Ditambah pula dengan blogger yang menghangatkan cerita... Lagilah tertekan... 

Sudahlah buat cerita yang bukan-bukan... Kita tak tahu kisah sebenarnya... Siasatan masih dijalankan... Kita tak tahu punca yang sebenar... Kita boleh buat andaian, tapi andaian kita pasti buatkan semua orang terasa hati.

Bila baca keyboard worrior komen lagi rasa hangat hati... Pandai cakap... Cubalah pergi jadi cikgu kat perkampungan orang asli ... Rasa sendiri macam mana jadi cikgu dan didik anak-anak orang asli. 
Ibu bapa pelajar tersebut dah pun diberi kaunseling... Mereka dah dapat terima hakikat. Jangan pula kita nak tambah derita dan duka mereka yang terlibat disana. 

Kita sebagai orang awam.. Doakan yang terbaik... Moga Allah permudahkan urusan mereka. 

Buat cikgu-cikgu di sana... Kuatkan semangat untuk terus berkhidmat di sana... Jika kita berada di pihak yang benar, usah takut. Allah ada bersama-sama dengan orang yang benar. 



Semalam dapat info dari Facebook... Keluar kenyatan akhbar, bahawa anaknya sesat bukan takut cikgu marah. Kenyataan ini diakui oleh salah seorang waris mangsa terlibat.

Jadi, sudah-sudah lah dok salahkan cikgu... Kesian cikgu-cikgu tu berkorban nak bagi ilmu kat anak-anak orang asli tu, tapi kita yang tak tahu pape nih sebar fitnah... Salah cikgu sikit, berbakul kena maki. Cikgu juga manusia biasa yang tak lepas dari buat silap... Cikgu bukan malaikat juga bukan Nabi.. Ingat, jasa guru dan ilmu yang cikgu bagi... Rasanya semua kita bersekolah kan... Jadi, tak payah nak hina dan maki cikgu sangat... jadinya kita seperti hari ini, atas jasa guru juga sedikit sebanyak kan... 

4Ulasan

  1. fitnah ni bermula dari laporan berita bukan blogger. laporan berita kata depa takut kena marah lepas mandi sungai sebab tu depa lari dari asrama. Kenapa yer orang selalu salahkan blogger walau dia sendiri pun seorang blogger bila berita tu di sebarkan oleh wartawan bertauliah. Pnecetus dia tetap akhbar. Benda ni jadi viral lepas keluar laporan akhbar kot.cuba check artikel2 berita pasal kes ni kalau nak kepastian

    BalasPadam
  2. tak tahu cerita jangan pandai2 cakap. suka2 je nak maki cikgu2 tu. diorang bersusah payah mendidik anak bangsa, keyboard warrior sesedap rasa mengutuk memaki hamun.

    BalasPadam
  3. hanya mereka yang pernah mengajar di pedalaman yang tahu betapa mencabarnya mengajar di sana, cn respect cikgu2 yang sanggup mengajar di pedalaman

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ