GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sendiri Yang Buka Aib Sendiri, Tak Sedar???

Zaman moden... Hidup Peribadi dah macam takde makna dah istilah peribadi tuh... Sebab semua benda nak diceritakan dan dikongsikan dengan orang...

Apa maknanya tu... Asyik sangat bercerita hingga tak sedar buka air sendiri... Tak sedar pun kan... Cerita habis aktiviti harian hingga tiada lagi kehidupan peribadi yang privasi. Dah takde rahsia dah... Sampaikan orang boleh tahu dia buat apa dan apa sepanjang hari. Hmmm...

Hati-hatilah berkongsi pun kan. Buat blogger... Fikirlah sesuatu nak pos apa pun... Tak usah terlalu asyik bercerita hal hidup sendiri... Kerana tak bawa faedah kepada orang pun... Cuba kongsi yang bermanfaat sikit.

Yang tua bimbinglah yang muda... Yang muda teruskan cari gali ilmu semasa muda nih.... Solat dan ibadah sempurnakah... Adab sopan, tutur kata dah diperbaikikah..  Selalulah muhasabah diri. Kita hidup nih bukan untuk dunia... Tapi nak mati yang tak tahu bila... Dah cukup ke bekalan kita nak hadap Yang Maha Esa???

Renungkanlah.. Sama-sama muhasabah diri... Untuk ingatan kita semua.


6Ulasan

  1. bab ni susah nak tegur. kang tegur tak kecik hati mesti cakap kita jeles. selagi boleh buka pekung di dada buka la sampai nampak pusat katanya... yang bahagia cerita kebahagian macam dia sorang je bahagia.. yang asyik merintih macam 24 jam hidup dia penuh masalah. Tak tau la maybe depa ni dapat kepuasan dari cerita semua benda kat media sosial

    BalasPadam
  2. fb sekarang ni dah jd medan bertempur meluahkan rasa kexpuasan hati
    bertambah parah bila si kwn tadi menjadi penambah rasa
    ada yg berniat nk tegur tp cara teguran pula x kena tempat..x secara halus

    BalasPadam
  3. daripada sibuk jaja kisah orang lain baik kita cerita pasal diri sendiri ye dak? at least tak berdosa cerita pasal orang lain. dan masing2 ada hak sendiri. toksah la kita sibuk nak judge orang. manusia tak sempurna.

    lagi satu, kalau kita jaga aib orang ,Allah jaga aib kita kan. hehehe. yeap muhasabah diri penting. sebetulnya, yang tua bagi contoh yang baik pada yang muda kan. baru lah yang muda ikut sama. inshaaAllah sama2 lah muhasabah diri :)

    BalasPadam
  4. oh kak maria. baru nmpk akak ade typo. line 3. air=aib hehe.

    BalasPadam
  5. MF, kalau ada post2 sy yg seolah-olah membuka aib mohon MF tegur ye. jgn risau, komen MF tu sy kena approve dulu sebelum publish :)

    BalasPadam
  6. betul, setuju sgt! terima kasih kerana ingatkan kak MF. ^_^

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ