GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kadar Baru Tol Lebuhraya Mulai 15 Oktober 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF pengguna Lebuh Raya setiap hari... Bila dapat tahu kadar tol nak naik... Mula rasa tak best la kan... Setiap hari RM4 juga la guna tol... Kalau suami hantar guna motor jimat la sikit... Tapi waktu jerebu camni, nak tak nak kena la naik kereta juga... Berita dan info yang dapat dari Astro Awani... Mulai 15 Oktober 2015, 11 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 20 sen dan RM3.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).







KADAR TOL DI SEMUA LEBUH RAYA KENDALIAN PLUS KEKAL

Namun, Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa kadar tol di semua lebuh raya kendaliannya akan kekal pada ketika ini iaitu:-

1)Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2)Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
3)Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
4)Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
5)Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
6)Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
7)Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
8)Jambatan Pulau Pinang

Kali terakhir syarikat ini menaikkan kadar tol di lebuh raya adalah pada tahun 2005. (Sumber: PLUS)

Hmm... Tak terkata la kan.  Nak buat camne. Terima je lah. Hakikat dok bandar besar camnilah... Duit mengalir macam air terjun je kan... Dok KL ni, jalan dekat jadi jauh sebab jem... Nak cepat ikut highway tapi kena bayar tol pula... Itulah kan... Resam hidup... Redah je la sementara hidup ni.  Tu tol dunia.. Tol nak masuk syurga lagi dasyat kan.. Dah sedia bekal cukup ke???

Tak tahu nak komen apa..  Komen lebih nanti kena saman plak kan... Diamkan aje la... 

9Ulasan

  1. Kasihan juga bagi mereka yang berulang-alik melalui lebuhraya di atas.. Semakin bertambah bajet bulanan.. Syukur PLUS masih belum naikkan kadar tol setakat ini..

    BalasPadam
  2. walau bape sen sangat naiknya,tapi bagi kita yang biasa-biasa je,sungguh2 terasa dengan kenaikkan yang beberapa sen ni kan maria..lagi la kalau tiap2 hari guna tol..apalah sangat dengan kenaikkan bape sen ni..(sakithati denganjawapanorangorangbesartukan)

    BalasPadam
  3. walaupun sehari dalam RM4 camtu, kalau di kira sebulan kira banyak tu kan..alahaii semua pun naik =__='

    BalasPadam
  4. mampu mengeluh saja dlu buat masa ni..
    kalo x urgent mmg cari jalan dalam lew..

    BalasPadam
  5. Banyak naik nya tu...nak buat macam mana..kan??terima saja lah...

    BalasPadam
  6. huhu....perenggan bwh skali tu trus menusuk kalbu..hehe..tu la..reda jela :)

    BalasPadam
  7. banyak naik wooo ... terima kasih najib :p

    BalasPadam
  8. Sikit-sikit naik tapi kalau dah hari-harihari-hari kita lalui mesti lah terasa kan sis....sabar jer sis...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ