GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ada Apa Dengan Bajet 2016???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni hari pertama sekolah selepas empat hari dicutikan... Busy hari ni buatkan MF tak teringat dah apa berlaku tika itu... Rupanya...  Hari ni hari pembentangan Bajet 2016... Berlangsung jam 4 petang tadi... Boleh teringat tu sebab masa nak balik kerja tu rakan sekerja dok sembang pasal bajet... 

Tak tengok la kan... Sebab tak teringat... Tapi bajet tahun depan lebih sikit dari tahun ini... 

Ada apa dengan bajet 2016??? Ini antara ringkasan intipati Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 23 Oktober 2015... 

Sumber: Google images 

Pemberian Khas pada Januari 2016 berjumlah RM645 juta: RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam; RM250 kepada 1 juta pesara

Menaikkan gaji minimum bermula 1 Julai, 2015 di sektor terlibat kecuali sektor domestik; Semenanjung (RM1,000) & Sabah, S'wak & WP Labuan (RM920)

Pelepasan cukai pendapatan diberi ke atas caruman skim PERKESO; kelayakan caruman wajib dinaikkan kepada RM4,000

Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM8,000 daripada RM6,000 bagi ibu bapa anak OKU yang sedang belajar di IPT dalam dan luar negara

Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM8,000 daripada RM6,000 bagi setiap anak berumur melebihi 18 tahun yang sedang belajar di IPT dalam, luar negara

Memperkenalkan pelepasan cukai baharu sebanyak RM1,500 untuk ibu & RM1,500 untuk bapa bagi anak yang menyara ibu bapa mereka

Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM4,000 daripada RM3,00 bagi pembayar cukai individu yang pasangannya tidak bekerja

Menambah Pendapatan Boleh Guna M40: Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM2,000 daripada RM1,000 bagi anak di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016

Meneruskan Skim Khairat Kematian - RM1,000 dan memanfaatkan waris penerima BR1M kategori isi rumah sahaja

Kategori peserta e-Kasih: RM1,000 ke bawah, menerima RM1,050 dan akan menerima bayaran secara bulanan

Kaedah pengagihan BR1M: Individu RM2,000 ke bawah, menerima RM400 dan akan menerima bayaran pada Januari

Kaedah pengagihan BR1M: Isi rumah RM3,001 - RM4,000 menerima RM800 dan peringkat bayaran secara bulanan

Kaedah pengagihan BR1M: Isi rumah RM3,000 (ke bawah) menerima RM1,000 dan peringkat bayaran secara bulanan

Kategori baru diwujudkan iaitu peserta dalam senarai e-Kasih

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): Memanfaatkan 4.7 juta isi rumah & 2.7 juta individu bujang - (RM5.9 bilion)

Melantik secara tetap pegawai lantikan 'Contract of Service' yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun bagi 10,000 pegawai kontrak

Kadar pencen minimum RM950 sebulan bagi 50,000 pesara awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun

Menetapkan gaji permulaan terendah ke RM1,200 sebulan bagi 60,000 penjawat awam

Menambahbaik 252 skim perkhidmatan bagi 406,000 penjawat awam;

Memberi satu kenaikan gaji tahunan bagi 1.6 juta penjawat awam;

Menambaik Perkhidmatan Awam mulai 1, Julai 2016 - (RM1.4 bilion)

Tambahan 500 unit rondaan bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda - (RM35 juta)

Program bandar selamat di 60 kawasan selamat - (RM20 Juta)

Meningkatkan langkah keselamatan penjara - (RM50 juta)

Membina pejabat kuarters & menaiktaraf depoh tahanan imigresen - (RM36 juta)

2,000 unit rumah mampu milik bagi anggota PDRM;

2 buah IPD di Lawas & Kota Kinabalu - (RM150 juta)

Meningkatkan keselematan & ketenteraman awam dalam negeri berjumlah RM13.1 bilion) untuk;

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - (RM864 juta)

Pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik kepada anggota ATM

4,000 unit kuarters kepada anggota ATM - (RM161 juta)

Kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu - (RM523 juta)

Keselamatan dan Ketenteraman Awam: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk;

Projek Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi & Tsunami Nasional di Sabah - (RM60 juta)

Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh M'sia - (RM730 juta)

Memperkukuh Pengurusan Bencana Alam di peringkat pusat, negeri & daerah - (RM180 juta)

Bantuan untuk anak keluarga miskin (RM100-RM450) & bantuan warga emas miskin (RM300 sebulan) - (RM662 juta)

Menambah 20 buah pusat pemulihan dalam komuniti untuk OKU - (RM100 juta)

Bantuan bulanan: Pekerja Cacat (RM350); OKU tidak bekerja (RM200) & Penjaga OKU terlantar (RM300)

Memperkukuh Sistem Jaringan Perlindungan Sosial: Bantuan bulanan OKU - (RM445 juta)

Caj penuh rawatan bagi warga asing bermula 1 Januari, 2016; bukan warganegara tidak layak terima subsidi perubatan

Pembekalan ubat, consummables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik kerajaan - (RM4.6 bilion)

Menyediakan bantuan perubatan, termasuk haemodialisis untuk 10,000 pesakit kurang berkemampuan - (RM72 juta)

Klinik 1Malaysia 328 sedia ada dan 33 baharu - (RM52 juta)

Membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian dan kuarters - (RM260 juta)

Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang

Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur pada Oktober 2016 - (RM848 juta)

Pembinaan 5 hospital di Cyberjaya, Kemaman, Maran, Pasir Gudang & Pendang

Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti: Akses Perkhidmatan Kesihatan termasuk;

Penyelenggaraan perumahan awam kos rendah & Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia - (RM155 juta)

Membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di luar bandar oleh KKLW - (RM150 juta)

Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai untuk Rumah Kos Rendah & Sederhana oleh KPKT - (RM40 juta)

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC): 4,600 unit (Sime Darby Property); 800 unit (Kwasa Land)

Orang Asli: 1,500 unit rumah

PPR: Membina 22,300 unit pangsapuri & 9,800 rumah teres

PPA1M: 100,000 unit menjelang 2018; Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% drpd kos pembangunan

SPNB: 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat; pemberian subsidi RM20,000 seunit rumah

PR1MA: 175,000 unit dalam pembinaan & 10,000 unit siap 2016; dijual 20% di bawah harga pasaran

Skim Perumahan: Perumahan Generasi Kedua Peneroka & Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Menyediakan Rumah Mampu Milik: PRIMA, SPNB, PPA1M, PPR, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama, Pembangunan Berorientasikan Transit, Orang Asli

Kadar subsidi harga padi ke RM300 daripada RM284.10

Menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) mulai 1 Januari, 2016: Seragam harga padi pada RM1,200 setiap tan metrik

Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil & Penoreh Getah: Peningkatan pendapatan dan produktiviti bawah RISDA & FELCRA - (RM852 juta)

Bantuan makanan tambahan, wang saku & tambang pengangkutan sekolah untuk Orang Asli - (RM45 juta)

Program Kemajuan dan Kebajikan Orang Asli: Pembangunan Perkampungan Bersepadu - (RM80 juta)

Program B40 bagi mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan - (RM100 juta)

Pembiayaan mikro oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - Tambahan RM200 juta dana baharu

Membantu usahawan kecil India, SME Bank - (RM50 juta)

Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40: Tabung TEKUN - RM500 juta bagi Bumiputera; RM100 juta Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - RM600 juta

Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak untuk projek native customary rights: pemetaan tanah Sabah (RM20 juta) & S'wak (RM30 juta) - (RM115 juta)

Program 1 Harga 1 Sarawak & 1 Harga 1 Sabah - (RM260 juta)

Skim pinjaman faedah melalui BSN sebanyak RM70 juta untuk membaikpulih rumah panjang dengan had pinjaman RM50,000

Pengangkutan kelas ekonomi udara domestik bagi Rural Air Services bebas GST

LPB Sabah bermula Sindumin ke Tawau - (RM12.8 bilion)

LPB Sarawak (1,090 KM) dijangka siap sepenuhnya 2021 - (RM161.1 bilion)

Pembangunan Sabah & Sarawak: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) - Bebas Tol

Memantap pemilikan ekuiti dan memperhebat keusahawanan Bumiputera: EKUINAS (RM400 juta), PUNB (RM250 juta), PHB (150 juta), Kg.Baru KL (RM100 juta)

Program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional dan Peneraju Skil dan Iltizam di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera - (RM150 juta)

Memperkasa Bumiputera: Pelbagai program di bawah TERAJU - (RM150 juta)

Menambaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing: Program Train & Replace untuk melatih pekerja tempatan - (RM77 juta)

Memanfaatkan 20,000 pelatih di bawah program PLKN - (RM360 juta)

Membina Kompleks Sukan Bagan Datoh, Perak dan naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang - (RM22 juta)

Persiapan atlet bagi Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017 di KL - (RM145 juta)

Memperkasa Belia, Komuniti & NGO: Latihan Teknikal & Vokasional di IKBN & IKTBN - (RM280 juta)

Pembinaan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu dan Kolej Vokasional Sandakan dan Institut Perindustrian Serian - (RM80 juta)

Kemudahan latihan TVET Politeknik, Kolej Komuniti, Insitut Kemahiran MARA, IKBN, ILP, GiatMARA dan Kolej Vokasional - (RM585 juta)

Mentransformasi latihan teknikal dan vokasional: Sasaran 60% daripada 1.5 juta pekerja baharu berkemahiran TVET pada 2020

Program Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 berjumlah RM300 juta

Had maksimum amaun pelepasan ke atas yuran pengajian dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM5,000 setahun

Memantapkan pendidikan tinggi: program biasiswa untuk JPA (RM1.65 bilion), KPM (RM288 juta), KPT (RM250 juta) & KKM (RM258 juta)

Membangunkan dan menyelenggara fasiliti pendidikan dalam aspek keselamatan dan pembelajaran - RM500 juta

Bantuan makanan bagi murid keluarga miskin (dalam program eKasih) bagi 550,000 pelajar; sarapan pagi RM173 juta & waktu rehat RM250 juta

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah untuk pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah pada 2016 (RM350 juta)

Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris menerusi Pelaksanaan Program Dual Language & Program Highly Immersive - (RM135 juta)

Pewujudan Sekolah Transformasi berdasarkan model Sekolah Amanah - (RM20 juta)

Program di 9,113 kelas prasekolah - (RM44.6 juta)

Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, 4 MRSM & 5 buah Sekolah Berasmara Penuh

Mempersiaga modal insan: Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia

Melaksana mobiliti elektrik termasuk proses audit tenaga (RM45 juta)

Membudayakan teknologi hijau: Program bawah KeTTHA (RM2 bilion) termasuk bekalan air bersih (RM877 juta) & mutu bekalan elektrik Sabah (RM515 juta)

Program keusahawanan untuk generasi muda: BAHTERA, 1MET,GREAT dll (RM30 juta)

Program MaGIC & Menyediakan dana permulaan Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund (RM35 juta)

Skim Dana Lonjakan Teknologi & Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd - RM200 juta

Program Agensi Inovasi Malaysia (AIM) - RM100 juta

Produktiviti, Inovasi & Teknologi Hijau: Lonjakan Inovasi dan Keusahawanan

Mempelbagaikan penggunaan matawang asing termasuk kemudahan 'credit swap' RM - RENMINBI

Pengukuhan Eksport: Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan & Dana Promosi Eksport MATRADE (RM235 juta)

Penjenamaan semula MARDI, Jab.Veterinar,Jab.Pertanian & Perikanan & Projek Ladang Pengganda untuk ternakan lembu & ayam kampung (RM20 juta)

Pembangunan Agropreneur Muda & Dana Pembiayaan Usahawan pertanian (RM70 juta)

Program Penurunan Harga; tambahan 50 pasar tani, 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (RM190 juta)

Menaik taraf infrastruktur saliran & pengairan di kawasan IADA (RM180 juta)

Sektor Pertanian: Program Berimpak Tinggi (RM450 juta) untuk penanaman buah, sayur, geran pemadanan, penyelidikan herba dan ternakan ikan dlm sangkar

Permohonan visa atas talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

Sektor Pelancongan: Sasaran 30.5 juta pelancong pada tahun 2016, sumbangan RM103 bilion pada ekonomi negara

Rural Business Challenge & Program Desa Lestari (RM70 juta); Projek Kenderaan Bas MARA (RM67 juta)

Program Ameniti Sosial terutamanya projek perparitan (RM60 juta)

Projek Bekalan Air Luar Bandar (RM568 juta)

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RM878 juta)

Menaik taraf jalan di penempatan FELDA (RM200 juta)

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar: Membina & menaik taraf jalan luar bandar (RM1.4 bilion)

Projek pendigitalan penyiaran nasional untuk kualiti audio visual & kandungan TV & interaktif: RM250 juta

Menambahbaik infrastruktur telekomunikasi: Projek jalur lebar luar bandar, high-speed jalur lebar & sistem kabel dasar laut di bawah SKMM (RM1.2 bn)
FacebookTwitterEmailGoogleWhatsapp
Pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT): KL - Klang (RM1.5 bilion) & BRT Kota Kinabalu (RM1 bilion)

Projek LRT3: Bandar Utama - Damansara - Johan Setia, Kelang (RM10 bilion)

Projek MRT II: Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (RM28 bilion)

Projek MRT: Sungai Buloh - Kajang (RM32 bilion)

Membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak & menaiktaraf lapangan terbang Kuantan & Kota Baharu: RM42 juta

Sistem Pengangkutan Awam Efisyen: Projek Sambungan LRT: Dari Ampang - Putra Heights; Kelana Jaya-Putra Heights (RM10 bilion)

Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak: RM900 juta

Menambahbaik infrastruktur: membina & menambahbaik lebuhraya & rel

Transformasi Kedai Runcit & Projek Automotive Workshop Modernisation - RM18 juta

SME Technology Transformation Fund RM200 juta

Mengukuh daya saing usahawan: RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan & Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PKS

Melaksana Pelan Induk PKS: RM107 juta

Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah (sehingga 31 Dis, 2017): Kerajaan menanggung 2% dari kadar keuntungan biaya

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): Sasaran sumbangan 41% kepada KDNK pada 2020

Dana pembangunan MIDA: RM730 juta

Pelaburan Koridor: Rubber City, Kedah (RM320 juta); Tmn Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) & Jeti Minyak Kelapa Sawit Sandakan (RM20 juta)

Projek RAPID Pengerang - RM18 bilion

Peruntukan modal teroka & danan ekuiti persendirian oleh Khazanah - RM500 juta

Projek berimpak tinggi Khazanah Nasional Berhad - RM6.7 bilion

Pembangunan Aeropolis KLIA seluas 1,300 ekar - RM7 bilion

Pelaksanaan Cyber City Centre di Cyberjaya - RM11 bilion

Pembangunan Malaysian Vision Valley - RM5 bilion: Dari Nilai ke Port Dickson (108,000 hektar)

Merancakkan pelaburan domestik: Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7% bagi 2016

GST: Rebat tunai bersamaan amaun GST yang dikbayar akan dikredit kepada pengguna bagi pengaktifan mulai 1 Jan, 2016- 31 Dis, 2016

Pelepasan GST bagi pengimportan semula barangan yang dieksport bagi promosi, penyelidikan, pameran

Akar teratai dan sengkuang air

Dhal (Parpu) berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih

Barangan tambahan dikenakan kadar sifar GST termasuk: susu bayi (berasaskan kacang soya & organik

Menambah baik GST: Kadar sifar GST kepada semua jenis ubat terkawal di bawah 8,630

(iii). Simpanan Luar Jangka: RM2 bilion

(ii). Belanja Pembangunan: RM50 bilion

(i). Belanja Mengurus: RM215.2 bilion

Peruntukan Bajet 2016: RM267.2 bilion

Hasil Kerajaan Persekutuan 2015: RM222.5 bilion

Hasil Kerajaan Persekutuan 2016: RM225.7 bilion

Prestasi & Prospek Ekonomi: KDNK (2015): 4.5% hingga 5.5%: 4.0% hingga 5.0%

Defisit Fiskal 2016: 3.1%: Defisit Fiskal 2015: 3.2%

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memulakan pembentangan Bajet 2016 tepat pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat

Bajet 2016: Mensejahterakan Kehidupan Rakyat

Bajet 2016 memperuntukkan perbelanjaan RM265 bilion melibatkan peruntukan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan

Laporan ekonomi 2015/2016 menyebut nilai ringgit susut 26.4 peratus berbanding Dolar AS sehingga akhir September

Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dijangka mencecah RM27 bil bagi tahun penuh 2015 berbanding unjuran asal RM21.7 bil
Sumber: Astro Awani

Hmmm.... Keseluruhan pandangan peribadi anda macam mana??? Adil tak??? Hmm.. Tak dinafikan... Pening nak buat bajet kan... Kadang bajet keluarga pun kita kantoi kan.. Inikan bajet negara...  Tapi yang penting tunaikan amanah dan janji... Itu yang penting... Serta telus dalam segala urusan... 

3Ulasan

  1. Terima kasih atas rangkumab penuh intipati budget..memang malas nk tgok.lgpun sibuk berjimba dengan famili masa pembentangan budget.huhu..

    BalasPadam
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi sah dan syarikat amanah berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat dan pinjaman lebih permohonan membentuk perniagaan bersama, melalui

    e-mel: cashfirmarena@gmail.com

    SIR EVA DEMETER
    Ketua Pengarah
    CASHFIRM

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ