GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Langkah Keselamatan Di Dapur Yang Tak Boleh Diabaikan Jika Anda Sayang Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Suri rumah dengan dapur tak dapat dipisahkan. Tapi, bila anak dah mula merangkak..bergerak.. Kerisauan kita bermula.. Anak turut sama ke dapur. Pengalaman MF sepanjang ke dapur dengan anak yang tengah membesar ni ialah si kakak... Si adik ni lasak dia, lain sikit.. Kurang ke dapur.. Si kakak pernah capai dan pegang pisau dapur dengan tangan.. Mujurlah cepat tengok.. Terus minta dan ambil secara perlahan. Sejak tu, beringat dan tak lagi lalai dan cuai letak pisau di tepi meja atau dapur. 

Memang kena berjaga-jaga bila ke dapur.. Tapi tak bermakna anak tak boleh langsung ke dapur. Jom baca langkah keselamatan di dapur yang tak boleh diabaikan.


1. Didik anak ikut usia
Didik anak tentang bahaya ketika di dapur mengikut kesesuaian usia kanak-kanak. Jika masih belum mengerti, maka sebaiknya awasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mementingkan kekemasan, kebersihan dan keselamatan peralatan di dapur.

2. Kedudukan alatan di dapur
Ibu bapa perlu sentiasa memastikan keadaan dapur sentiasa bersih, kemas, tersusun dan selamat untuk seisi keluarga. Kenal pasti barang-barang yang berbahaya seperti pisau, gunting, pinggan mangkuk, dan gelas berada di tempat yang sepatutnya agar tidak mudah dicapai anak-anak yang belum faham tentang bahaya di dapur.

3. Bahan-bahan dalam peti ais
Ibu bapa perlu memastikan bahan-bahan serta makanan yang disimpan di dalam peti ais masih boleh digunakan dan tidak luput serta basi. Ini bagi mengelakkan kes keracunan kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menyelongkar barang-barang di dalam peti ais. Dikhuatiri mereka akan makan sesuatu yang sudah luput dan membahayakan kesihatan. Bab ni mula risau juga... Sebab dah macam hobi pula suka buka pintu peti sejuk. Nak kena beli klip pintu peti sejuk pula lepas ni.

4. Pastikan keadaan lantai
Keadaan lantai di bahagian dapur perlu sentiasa kering. Jika perlu setiap meja dan kabinet di dapur tidak mempunyai bahagian tepi yang tajam dan berbahaya. Ini bagi mengelakkan kemalangan dalam rumah seperti terhantuk dan berdarah. Yang ni memang sentiasa diperhatikan. Masa nak beli meja makan, yang perlu diutamakan. Bukan sekadar cantik tapi yang utama ialah keselamatan.

5. Maksimumkan ruang
Maksimumkan penggunaan ruang di dapur seperti mengurangkan keghairahan menghias dapur dengan pelbagai barangan yang tidak perlu sehingga dapur kelihatan padat. Hiasan yang melampau mampu menarik minat anak-anak untuk mencapainya dan boleh mengakibatkan kemalangan. MF tak hiasa dapur.. Lagipun rumah sewa kan.. Kalau rumah sendiri pun tak mungkin nak hias over kan.. Simple tapi menarik.

6. Kaedah simpan barang
Simpan rempah ratus atau bahan-bahan masakan di tempat yang sesuai menggunakan bekas yang tidak mudah pecah. Antara rempah ratus yang boleh mendatangkan bahaya seperti serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan sebagainya. Kanak-kanak mudah tertarik dengan aktiviti ‘main masak-masak’. 

Sumber: Mingguan Wanita

Pendek kata, sejak ada anak yang melasak...semua barang letak atas dan tak mudah dicapai.. Sebab tu juga kat rumah MF banyak meja.. Risau kan... Pengalaman kakak pecahkan sebotol oren Sunquick tiga tahun lepas cukup mengajar MF sebagai ibu bapa. 

3Ulasan

  1. anak buah sy bila mamam dia masuk dapur dia ikut. diambiknya lesung batu, kekonon menumbuk. risau jugak tp kena selalu perhatikan

    BalasPadam
  2. yang sorang ni pun kadang2 leka sikit pun dah capai benda tajam kat dapur. Sentiasa nak ingatkan jangan main pisau.. jangan dekat dengan api, kuali panas bagai. Budak2 tengah nak explore ni macam2 dia nak cuba.Nak tiru semua benda yang kita buat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ