GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Tips Elak Rasa Jemu Dengan Pasangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terkejut dan tak terkata bila ada satu pasangan baru, mengatakan bosan dengan pasangannya. Macam mana boleh ada perasaan macam tu... Hmm.. Tertanya sendiri.. 

MF nak kongsi beberapa tips dari pengalaman, pembacaan serta perkongsian dari orang lama dalam perkahwinan... Cara untuk elak rasa jemu dengan pasangan. 

1. Berkahwin kerana menggapai redha Allah.
Letakkan matlamat dan niat perkahwinan itu kerana Allah... Insha Allah.. Rumah tangga yang kita bina mendapat redha dan perlindungan Allah. 

2. Ilmu
Terus cari ilmu walaupun bertahun lamanya berkahwin.. Sentiasa belajar dan belajar untuk perbaiki diri sendiri.. Begitu juga dengan pasangan kita... 

3. Bercinta Selepas Nikah
Jika berkawan sebelum kahwin, jangan lama-lama... Letakkan perhubungan itu dan akhiri perhubungan itu secepat yang mungkin. Nikah ni mudah... Jangan susahkan dengan adat yang membebankan. Jika tak mampu atau ada kekangan, elakkan berjumpa dan berhubung selalu dengan pasangan yang belum sah. 

4. Bergurau
Bergurau itu penghibur dalam rumah tangga... Selalulah bergurau dan mengusik dengan pasangan.

BACA: Bukan Susah Nak Jadi Suami Romantik

5. Jaga hak pasangan
Jaga hak masing-masing..  Suami jaga hak isteri begitu juga hak suami. 

6. Komunikasi
Komunikasi penting dalam rumah tangga. Elakkan tidak bercakap dengan pasangan lebih dari tiga jam... 

BACA: Hormat

7. Elak pergaduhan
Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri kan.. Tapi boleh dielakkan. Nak merajuk pun tak payah sampai berhari-hari. Ingat! Syaitan akan seronok dan tepuk tangan setiap kali pasangan suami isteri bergaduh. Syaitan tu kan musuh kita sampai kiamat.. Jadi, jangan biarkan musuh kita suka dengan apa yang kita buat. Jadi, redhakan marah dan rajuk dengan ucap... اعذبالله من الشيطان الرجيم . insha Allah.   Marah dan rajuk cepat reda.

8. Cipta Kenangkan perkara yang indah-indah
Setiap hari cipta sesuatu yang indah di rumah. Jadikan rumah tempat yang paling indah kita cipta cinta. Pupuklah cinta setiap hari dengan pasangan dengan perkara yang indah seperti ucapan sayang, ciuman, pelukan, belaian dan kejutan. 


9. Selalu ucap terima kasih dan maaf setiap masa dan setiap hari. Lazimi ucapan terima kasih dan maaf. Suami luangkan masa di rumah, ucap terima kasih... Suami makan masakan isteri, ucap terima kasih... Tanda pasangan rasa dihargai... Insha Allah... Berseri rumah tangga.

10. Doa
Doa senjata mukmin. Berdoalah agar Allah jaga pandangan kita.  Jadikan mata dan hati kita tetap dengan jodoh kita yang satu... Supaya kita nampak kebaikan pasangan kita..  Kita nampak pasangan hidup kita sedap mata memandang. Doalah.  Insha Allah, Allah akan pelihara rumah tangga kita dan menjadikan kita tak jemu dengan pasangan bahkan semakin rindu. 

Banyak tips lain boleh diikuti antaranya:
































Terima kasih kerana sudi membaca 10 Tips Elak Rasa Jemu Dengan Pasangan. Semoga bermanfaat... Doakan agar rumah tangga kita sentiasa mendapat redha dan keberkatan Ilahi... Ameen.

4Ulasan

  1. Alhamdulillah, perkongsian ilmu yang baik.. Itulah kerja syaitan, bila berkawan or couple dibisik utk buat maksiat, bila dah halal digoncang rumahtangga biar cerai berai..

    Suami isteri kena saling melengkapi..
    Tq MF..

    BalasPadam
  2. Kalau saya, saya suka ambil masa bersama isteri. Contohnya keluar berdua tengok wayang atau pergi ke tempat kami selalu pergi sewaktu bercinta dulu. ha. :)

    BalasPadam
  3. Sebab yang pertama tu perlu selalu diingati..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ