31 Oktober 2015

Beg Tangan Kait Yang Super Cute!

Cantik betul tengok...
Best juga kalau reti buat kan..

Dah lama tak mengait ... Dah kahwin lagi lah..
Mengait dengan anak je lah.. Hehe..


Isteriku Superhero!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isteriku Superhero.... Ini bukan novel atau drama baru... Tapi realiti... Memang ciri isteri begini layak digelar superhero...

Mari lihat... Apa ciri-ciri isteri superhero :












Kredit: imuslimshop.com 

Pilih Kawan Jika Nak Berjaya!

Kawan mempengaruhi kejayaan kita...
Jika kita pilih kawan yang positif...
Insha Allah...  Positif lah jadinya...
Jika kawan negatif... Negatif lah hidup kita..

Sebab tu MF unfriend mana-mana kawan di alam maya yang tak memberikan kata-kata positif...  Yang mana selalu luah perasaan maki hamun, tak puas hati itu ini... Memang MF hide dari naik kat wall MF... Supaya tiada kata negatif yang MF lihat dan baca setiap hari di alam maya...

Di alam nyata pun begitu... MF berkawan dengan semua orang tapi tiada kawan rapat... Yang mana selalu bagi kata negatif..  Asal berjumpa nak bercerita pasal orang...memang elakkan... Biar orang kata kita anti sosial dari bersembang hal orang lain kan...

Bijak pilih Kawan jika nak bahagia dan berjaya... Kawan yang positif akan memberi kesan positif juga kepada kehidupan kita.


30 Oktober 2015

Cara Ubah Masalah Yang Menimpa!

Masalah maknanya ujian Allah...

Tindakan :
1. Syukur sebab Allah tegur maknanya ada lagi dosa tak terampun...

2. Bertaubat dan beristighfar...

3. Berusaha untuk selesaikan masalah dan dalam masa yang sama.. Tawakal dan doa...


Tarbiah Sentap | Pesan Buat Mu!

Sumber: Facebook

Tak sentap tau tahu la kan...

Samalah juga dengan tutup aurat...

Tak sanggup kongsi laki...
Tapi dok buka aurat... Bagi aurat kita dikongsi mata oleh lelaki lain apa citer ...

Renungkanlah...
Berubah sebelum terlambat..

Moga yang dah baik bertambah baik dan iman serta istiqamah dengan kebaikan.  


Allah tak marah... Tapi...

Allah tak marah...


Tazkirah Jumaat: Hanya Untuk Yang Dicintai!

Sumber: Google images

Salam Jumaat dan untuk renungan bersama...

Moga Allah permudahkan segala urusan kita... 


29 Oktober 2015

Kenapa Pageview Mencanak Naik Hampir 70 Ribu Semalam???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu ni minggu yang sungguh sibuk... Dengan peperiksaan akhir tahun, key in data online, kursus dan kerja-kerja lain sebagai guru tingkatan... Rencam sebagai cikgu alaf 21 kan...

Dalam sibuk tu curi masa untuk layan blog juga sebab inilah satu-satu hobi MF untuk release tension... Tapi semalam tak sempat nak jengah tengok jumlah pageview.. Biasa memang tengok hari-hari je...

Pagi tadi, tengok Pageview untuk semalam... Terkejut cheq... Mencanak naik hampir 70 ribu... Uikk.. Tak pernah-pernah.. Biasa dapat 10-11 ribu Pageview je sehari.  Tapi dalam hati berbunga-bunga... Memberi inspirasi untuk terus berblog. .. Alhamdulillah... Seronok sangat...

Pencapaian tertinggi buat saya sendiri... Walaupun angka ni kecil bagi blogger femes yang lain kan... Tapi inilah angka untuk bagi semangat untuk saya terus kongsikan ilmu bermanfaat.

Setelah dilihat.. Rupanya, entry yang menyumbang kepada peningkatan mengejut pageview semalam ialah entry tiga tahun lepas... Iaitu TUTORIAL: CARA MUDAH PRINT SIJIL. 

ALHAMDULILLAH...
entry ni MF buat sendiri.. Hasil kemahiran dan pengetahuan sendiri... MF tahu, penyumbang kepada pageview yang tinggi ni mesti dari dalam kalangan cikgu... Maklumlah.. Hujung tahun, banyak sijil nak kena print dan direkodkan serta diberi kepada pelajar kan...

Alhamdulillah.. Entry lama tapi berguna untuk masa depan semua...

Terima kasih pada yang datang tengok dan jengah blog yang tak seberapa ni... Andalah pencetus semangat saya untuk terus mencoret di sini.. Alhamdulillah. ...

Tulislah Apa sahaja yang bermanfaat untuk orang lain pada masa kini atau pada masa akan datang... Semoga usaha kita dikira ibadah dan pahala di sisi Allah Taala.
Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden?

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MF dulu tak kenal jenis beg tangan tau... Bila dah dewasa, dok bandar besar dan moden ni... Baru kenal rupa beg tangan... Beg tangan ada jenis dan kelas tersendiri... 

Bentuk, saiz, material, coraknya... Semua faktor-faktor ini mempengaruhi seseorang untuk membeli beg tangan. Sesetengah orang memilih jenama, tapi ada juga yang sukakan keselesaan. Apa beg tangan pilihan korang ya??? Jom kita tengok beg dan gaya yang sesuai untuk digayakan. 

TOTE

Ia bersaiz besar dengan rekaan open-top bertali panjang (paras bahu) atau pendek (genggam tangan). Lazimnya ia diperbuat daripada kain atau lain-lain material lembut.

TIP PENGGAYAAN:
Beg tangan ini sesuai dibawa saat keluar bersantai atau melakukan rutin-rutin biasa seperti membeli-belah.

BEG GENGGAM
Beg yang bersaiz kecil (seperti dompet) yang biasanya digayakan bersama busana formal.

TIP PENGGAYAAN:
Dengan pelbagai rekaan beg genggam yang ada di pasaran ketika ini memungkinkan ia dikenakan bukan sahaja di acara rasmi atau majlis malam, tetapi juga ke pejabat mahupun sebagai pelengkap gaya harian. Pun begitu, perlu bijak memilih material dan perinciannya agar tidak kelihatan berlebihan.

SATCHEL

Mempunyai tali yang panjang dan popular digayakan secara selempang di bahu. Beg tangan ini cukup ideal bagi remaja atau ke acara santai.

TIP PENGGAYAAN:
Sarungkan seluar denim dengan blaus berserta kasut sukan, oxford ataupun sandal untuk gaya ringkas dan ranggi sesuai dengan imej beg tangan satchel.

HOBO

Rekaannya berbentuk semi bulan (half moon) dengan tali bahu sederhana panjang. Lazimnya, ia dihasilkan dengan material yang lembut.

TIP PENGGAYAAN:
Beg tangan ini cukup serasi dengan busana dengan gaya bohemian. Boleh juga dikenakan dengan seluar kasual atau skirt labuh.

MESSENGER

Direka dengan tali silang yang panjang dan penutup flap-over. Didapati dalam siapan kulit atau material lembut. Rekaannya terinspirasi daripada beg tangan pekerja kurier atau posmen. Untuk nampak lebih trendi, ia diubahsuai dengan perincian dan warna yang pelbagai.

TIP PENGGAYAAN:
Ia boleh digayakan secara selempang silang di bahu. Jika memilih beg tangan messenger daripada material kulit, ia boleh dibawa ke pejabat atau acara separa rasmi.

SHOULDER BAG
Ini antara beg tangan paling biasa menjadi pilihan wanita masa kini. Ia bersaiz sederhana besar atau kecil dengan satu atau dua tali (double strap) yang tidak terlalu panjang. Ia hanya akan disangkut kemas di sebelah bahu.

TIP PENGGAYAAN:
Rekaannya yang versatile cukup sesuai digayakan pada semua acara kasual atau separa rasmi. Tas tangan seperti yang bersaiz besar mampu melahirkan aura classy andai disuaikan dengan pemakaian seluar denim dan kasut bertumit tinggi.

BAG PACK

Sesuai buat orang yang sedikit lincah dan lasak. Terdapat dua tali di bahagian belakangnya dan boleh disarungkan di bahagian belakang. Ada yang bersaiz besar dan sederhana besar. Ruang dalamnya cukup luas dan sesuai buat orang yang gemar memasukkan apa jua barang di dalamnya.

TIP PENGGAYAAN:
Gayakan dengan sepasang sneakers, pasti kelihatan lebih trendi.
Diolah dari: Majalah Rapi
Sumber gambar: Google images

Dulu, sebelum kahwin MF suka beg tangan kecil dan ringkas... Tapi lepas kahwin dah tak boleh nak kecil lagi... Segala mak nenek nak masuk dalam beg tangan.... Jadi, beg tangan yang besar dan ada tali yang panjang untuk digalas silang lebih sesuai untuk mak dua anak nih. Sebab silang tu untuk keselamatan dan juga untuk mudahkan bergerak nak kejar anak... Kadang-kadang suami tolong galaskan waktu MF dukung atau pimpin anak berjalan. Tapi MF sangat tak berminat dengan Tote bag... Hehe... Mungkin ia menampak diri lebih tua dari usia kot... Itu pendapat sendiri la bila diri sendiri yang guna.. Orang lain pakai ok je... 

25 Adab dan Etika Makan Menurut Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Adab ketika makan dan minum:

  1. Pilih makanan yang halal dan baik
  2. Baca Bismillah dan doa sebelum makan
  3. Cuci tangan
  4. Guna tangan kanan
  5. Makan dari tepi pinggan
  6. Puji makanan dan dilarang cela makanan
  7. Dilarang bernafas atau tiup dalam bekas minuman
  8. Jangan ambil makanan lebih dari satu. (Untuk makan bersama)
  9. Duduk ketika makan
  10. Ambil makanan yang jatuh
  11. Digalakkan makan satu pinggan yang sama
  12. Dianjurkan makan sambil berbicara, cuma jangan bercakap ketika makanan di dalam mulut.
  13. Makan makanan yang sejuk
  14. Makan makanan yang dekat dengan kita
  15. Tidak duduk bersandar
  16. Tidak meniarap ketika makan
  17. Jilat makanan di jari
  18. Makan menggunakan tiga jari
  19. Tidak makan dan minum dari bekas yang diperbuat daripada emas atau perak
  20. Berwuduk dulu jika dalam keadaan berjunub
  21. Dilarang makan atau minum di dalam jamuan yang menjamu arak.
  22. Segera makanan yang telah siap
  23. Tidak boros dan berlebih-lebihan
  24. Minum air
  25. Baca doa sesudah makan. 

Motivasi: Sabar Untuk Yang Terbaik!

Sumber: Facebook

Yang terbaik memang datang lambat.. Kerana Allah nak uji kesabaran kita... Adakah kita layak untuk dapat yang terbaik itu...

Bersangka baik dengan Allah...
Allah know the best...



#motivasipagi


28 Oktober 2015

WW | 10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun!

Sumber: Facebook

Jangan salahkan pil kurus...
Jangan kata produk tak berkesan...

Semuanya daripada kawalan dan disiplin diri... Insha Allah
Niatkan nak kurus kerana Allah...


WW | 7 Complicated Facts About Women!

Sumber: Facebook

Memang Complicated...  Yang buatkan lelaki susah nak faham orang perempuan kan...

Paling lelaki tak faham... Perempuan dok depan almari baju, pastu cakap "takde baju nak pakai." hehehe


WW | 9 Kemuliaan Orang Yang Menjaga Solat!

Jika kita jaga solat.. Insha Allah.. 'Solat' akan jaga kita.


WW | Faedah Makan Di Rumah!

Memang sedap lagi makan kat rumah walaupun ringkas... 


WW | BIAR GAMBAR BERBICARA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Aku menangis kerana aku tidak berkasut sehingga aku melihat orang yang tidak berkaki."

Syukur selalu...
Syukur seadanya...

27 Oktober 2015

TIP MEMBELI EMAS!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Barang emas dengan perempuan ibarat kuku dan isi... Tapi tidak MF...  MF tak suka barang kemas... Cukuplah yang ada sekadarnya... 
Sumber: Google images 

Bagi yang suka barang kemas... Terdapat beberapa tip mudah untuk anda ikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

Emas padat atau tumpat
Pastikan anda memilih barangan emas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu. Ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika anda mahu melakukan jualan balik atau pajakan. Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, densimeter akan  digunakan sebagai alat bacaan. Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong di tengahnya ataupun yang mempunyai batu permata.

Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

Emas 999 (24k) atau 916 (22k)
Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya. Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direka bentuk serta mudah melekuk. Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli, periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop ‘999’ atau ‘916’.

Elakkan membeli emas putih
Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri. Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain. Untuk mengenal pasti emas putih ini, anda boleh melihat di belakang barangan kemas itu akan terdapat cop sama ada ‘750’ atau ‘375’.

Emas putih memang cantik dipandang, apatah lagi dipakai di hari bahagia anda nanti. Cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

Emas bertahtakan batu permata
Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka. Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satunya mempunyai keistimewaan sendiri.

Tapi tahukah anda barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik. Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

Jadi bagi bakal pengantin nak beli emas untuk pertunangan atau perkahwinan... Atau en.somi yang nak belikan hadiah emas kepada isteri... Tips ni sangat membantu supaya membuat pilihan tepat dan bijak semasa membeli emas.
Sumber: Karangkraf 

Jom Kenali Hadis Palsu ( Maudhu')

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penyebaran Hadis Palsu dan yang tidak sahih sudah menjadi satu fenomena dan trend yang biasa sejak beberapa kurun yang lalu hingga kini. Perkembangan buruk ini bertambah meluas dan pantas seiring dengan kecanggihan perkembangan teknologi maklumat dan dunia tiada sempadan hari ini.

Dua tiga tahun lepas ana sudah melahirkan kebimbangan dan memberi peringatan serta sedikit panduan kepada para pengguna laman sosial terutamannya.
 "Memandangkan banyaknya kata-kata nasihat, motivasi dan tazkiran melalui internet yang disebarkan, samada FB, WhatsApp, twitter dan lain-lain.. yang dikaitkan dengan Hadis atau Sunnah Nabi s.a.w, maka ana rasa terpanggil untuk memberi panduan kepada para pembaca;

Sebelum nak share sesuatu berita atau maklumat kepada orang lain baca dulu sampai tamat.

Sekiranya ada disebut hadis, pastikan sumber yang diambil sahih atau bersifat authentic. [contoh yang banyak disebar sehari dua ni hadis tentang Kaabah akan diruntuhkan. Memang ada hadis sedemikian tetapi cerita yang ditulis itu sudah bercampur gaul dengan banyak cerita yang tidak benar].

Iklan-iklan perniagaan yang dikaitkan dengan sunnah, tak perlu disebarkan sebelum disahkan oleh para asatizah yang ada ilmu dalam bidang tersebut.

Nasihat ini diberi atas dasar bimbang takut terjatuh ke lembah dosa besar yang mudah dibuat sebagaimana yang diterangkan dalam beberapa hadis.

Para ulama' telah membuat perbezaan dan huraian serta pengertian tentang setiap satu kedudukan hadis seperti sahih, hasan, dan lemah (dhaif). Apakah kepentingan untuk kita mengetahui ilmu ini? Apa tujuan kita mengetahui kedudukan hadis sama ada sahih, hasan, ataupun palsu (maudhu')?


Kita perlu mendapatkan kepastian dan kesahihan suatu hadis kerana kita hendak menjadikannya sebagai asas dan sumber rujukan dalam agama selepas al-Quran. Pastilah kita mahu melakukan ibadat  terutamanya yang wajib seperti solat, puasa dan lainnya dengan cara yang betul. Maka wajib kita pastikan riwayat tentang solat yang sampai kepada kita adalah riwayat yang sahih, bukan riwayat yang palsu dan direka-reka atau lemah dan diragui.

Sebahagian orang mengambil mudah dan tidak prihatin. Asalkan ia disebut hadis, mereka menerima semuanya termasuk yang lemah dan palsu. Sedangkan hal ini melibatkan urusan Akhirat, yang menentukan amalan diterima atau ditolak, maka hendaklah setiap amalan yang dilakukan itu kita pastikan sahih datang dari Nabi s.a.w supaya diterima dan dikira sebagai amal soleh.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang melakukan suatu amalan (ibadah) yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak.” [Riwayat Muslim].

Jika amalan yang kita lakukan tidak betul, bagaimana ia hendak dikira? Jadi untuk pastikan amalan yang dibuat itu betul dan menepati sebagaimana yang dikehendaki hukum Syara', hendaklah kita cermat dengan maklumat yang sampai kepada kita khususnya hadis Nabi saw, hendaklah dipastikan sahih agar amalan yang dilakukan bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w.

Sebuah hadis berbunyi:
“Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” [Riwayat  Muslim].

Pada hari ini masih terdapat banyak sekali buku-buku, penceramah-penceramah, ustaz-ustaz, hatta mereka yang tidak berkelayakan dalam bidang agama, menyampai dan menyebarkan hadis palsu. Antara cerita palsu yang masyhur ialah tentang kisah Umar al-Khattab r.a menanam anak perempuannya hidup-hidup dan kisah Alqamah yang derhaka terhadap ibunya.

Hadis-hadis palsu juga banyak yang datang dari kalangan Syiah untuk memburukkan para sahabat. Antaranya cerita Abdul Rahman bin Auf r.a yang dikatakan masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana kekayaannya. Syiah juga membawakan hadis-hadis palsu menceritakan kelebihan Ali r.a di mana riwayat tersebut tidak ada sandarannya.

Dalam bahasa Arabnya hadis palsu dipanggil Hadis Maudhu’ (al-Maudhu’at).

Ia adalah kata jamak bagi perkataan maudhu’. Ia adalah isim maf’ul. Di dalam bahasa Arab:
 (وضع شيئا يضعه وضعاً)  bermakna meletakkan atau menjatuhkannya.
Atau ia diambil daripada (وضعت المرأة ولدها إذا ولدته) iaitu apabila perempuan itu melahirkan anaknya.

Manakala menurut istilah para imam hadis, maudhu’ bererti hadis yang diada-adakan secara dusta ke atas Rasulullah s.a.w atau ke atas para sahabat dan tabi’in selepas Baginda. Tetapi apabila perkataan maudhu’ ini digunakan secara umum maka ia adalah bermakna hadis yang direka-reka ke atas Nabi s.a.w. Manakala maudhu’ ke atas selain Baginda akan dikaitkan seperti orang mengatakan riwayat maudhu’ ke atas Ibnu Abbas atau ke atas Mujahid.

Persesuaian antara pengertian maudhu’ dari sudut bahasa dan istilah adalah jelas. Jika menurut pengertian makna dari segi Bahasa Arab iaitu jatuh atau meletakkan maka ia adalah sesuai kerana hadis maudhu’ adalah tidak boleh diambil kira. Manakala berdasarkan makna kedua iaitu ibu melahirkan anak juga adalah sesuai, kerana di dalam hadis maudhu’ itu ada erti melahirkan dan sebab dalam kewujudannya.

Maudhu’ dari segi fakta dan nasnya ada dua jenis :
Seseorang itu mencipta sendiri satu susunan perkataan kemudian menisbahkannya kepada Nabi s.a.w atau kepada sahabat atau tabi’in.

Orang itu menggunakan satu perkataan sahabat atau tabi’in, hukama’, orang sufi atau apa yang diriwayatkan di dalam israiliyyat (akan diterangkan nanti) kemudian menisbahkannya kepada Rasulullah s.a.w supaya ia mudah laku dan diterima.

Antara contoh kalam sahabat yang dikatakan hadis ialah:
“Cintailah orang yang engkau cintai seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau benci dan bencilah orang yang engkau benci seberapa ringan yang boleh kerana boleh jadi pada suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang engkau cintai.” Sebenarnya kata-kata ini adalah daripada ucapan Saidina Ali ra.

Contoh hadis maudhu’ berasal daripada kata-kata tabi’in ialah:
“Engkau di dunia ini seolah-olah tidak ada dan di akhirat seolah-olah sentiasa wujud”. Ia diambil daripada kata-kata Umar Bin Abdul Aziz r.a.

Contoh hadis maudhu’ yang diambil dari kalam hukama’ ialah:
“Perut ialah rumah penyakit dan perut yang kosong ialah kepala segala ubat.” Sebenarnya ia diambil daripada kata-kata al-Haris bin Kalidah, seorang doktor Arab.

Contoh hadis maudhu’ yang diambil dari kata-kata orang sufi ialah:
“Aku adalah khazanah yang tersembunyi lalu Aku ingin dikenali. Maka Aku menciptakan makhluk lalu Aku memperkenalkan mereka kepada Aku lalu mereka mengenali penulis.”

Contoh hadis maudhu’ yang diambil dari israiliyyat ialah:
“Aku tidak dapat disaingi oleh langit dan bumi-Ku akan tetapi Aku disaingi oleh keluasan hati orang Mukmin”

Ulama' berkata: “Ia adalah dari israiliyyat dan ia tidak mempunyai sumber yang diketahui berasal daripada Nabi s.a.w.”

Contoh israiliyya lagi ialah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra:
“Sesungguhnya umur dunia ialah tujuh ribu tahun.”
Sesungguhnya banyak israiliyyat-israiliyyat yang telah dinisbahkan kepada Nabi s.a.w, para sahabat dan tabi’in dalam cerita permulaan penciptaan, tempat kembali, berita umat-umat terdahulu, tentang alam semesta dan kisah-kisah nabi. Setengah daripada hadis-hadis ini boleh mendatangkan bahaya terhadap agama.

Hukum Melakukan Pendustaan Terhadap Rasulullah s.a.w

Jumhur ulama' sama ada Khalaf atau Salaf telah sepakat mengtakan bahawa melakukan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w adalah termasuk dalam dosa besar. Maka mereka bersepakat haram hukumnya meriwayatkan hadis maudhu' yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya.

Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan dia tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, maka dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran keras terhadap golongan ini berdasar hadis ini:

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya melakukan pendustaan terhadap aku tidak sama seperti melakukan pendustaan ke atas orang lain. Maka sesiapa yang melakukan pendustaan ke atas ku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam api neraka.” [Riwayat  al-Bukhari dan Muslim].

Maka sesiapa yang hendak menyebarkan sebarang berita yang disandarkan kepada Nabi mestilah memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kecuali jika disebarkan untuk menjelaskan kepalsuannya. Kita mestilah hati-hati dalam penyebaran hadis, kerana alangkah besarnya dosa dan beratnya siksaan sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Baginda s.a.w itu!  Wallahu a’lam.

Artikel ini adalah penulisan dari Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

Sumber: Nurani Karangkraf

Tanda Orang yang Sakit Jiwa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bahaya sakit jiwa nih...

Dan paling bahaya...
Dia rasa dia yang betul dan bagus dan orang lain salah...

Muhasabah diri...
Kot-kot diri kita pun ada masalah jiwa nih...
Nauzubillah..

Jika ada, belum terlambat untuk berubat...
Ubatilah dengan zikir, selawat dan solat taubat... 

3 Step To A Happier Life!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hidup kita mudah.. Jangan susahkan...
Ikut saja panduan Allah berikan... Insha Allah mudah jalannya..

Cabaran hidup pasti ada... Jangan fikirkan masalah tapi hadapi dan selesaikan...

Dan ingat!!!

Allah beri sesuatu itu ikut kemampuan kita... Jangan tanya kenapa? Sebab Allah tahu kita mampu dan pasti ada sesuatu yang terbaik untuk kita... Kerana Allah tak akan bebani sesuatu yang kita tak mampu... (Rujuk Surah al-Baqarah 286 - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.)

26 Oktober 2015

Ciri-ciri Ketenangan Dalam Rumahtangga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keluarga sakinah... Maknanya keluarga yang penuh ketenangan dan kedamaian dalam rumahtangga...  

Bukan bermakna rumah tangga tak bergolak... Tapi pergolakan itu dapat diatasi dengan tenang... 

Antara ciri rumahtangga yang tenang... Ialah... Pasangan suami isteri seronok berada di rumah... Habiskan masa di rumah... Tenang bersama di rumah... 

Ada orang tak tenang dok di rumah... Tapi pergi ke shopping complex atau panggung wayang rasa tenang pula... 

Nak cipta ketenangan dalam rumah tangga tak perlu nak habiskan duit sewa hotel mahal-mahal... 

Tips nya cukup mudah... Selalulah adakan aktiviti dalam rumahtangga secara berjemaah... Seperti makan bersama, solat bersama...berendam dalam pool sama-sama dengan anak-anak... Tak kisah dah pasal aurat sangat dah... Jaga mana yang wajib ditutup la... Bukan tak tutup aurat langsung kan... Main sama-sama..  Masak sama-sama...  

Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di rumah bersama pasangan dan anak-anak. Insha Allah...  Pasti akan rasa tenang je... Tak kisah nak kena berkurung sebab jerebu pun...

Lakukan setiap aktiviti kerana ingin mencapai keredhaan Allah... Insha Allah...  Keluarga Sakinah akan terbentuk dengan penuh ketenangan dan rahmat.

Ketenangan membentuk keluarga bahagia. 

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk? | Alhamdulillah.. Hari ni hujan turun membasahi bumi KL dan kebanyakan negeri di Malaysia... Alhamdulillah... Rasa sejuk sikit walaupun jerebu tak nampak reda sangat. 

Bila hujan, mata mula layu kuyu... Minda mula fikir tilam bantal dan conforter yang lembut.. Adeehhh... Mengantuknya... 

Pagi tadi pun mengantuk sangat... Tak pernah rasa mengantuk macam tu... Tapi yang jadi punca mengantuk ialah makan... Sarapan tadi, suami sediakan nasi lemak dan air coklat panas.. Berselera makan... Tapi, lepas je sampai ke perut... Mata dah kuyu.. Tak boleh nak buka dah... Memang gaya macam ular sawa baru lepas menelan mangsa... Tapi, tak leh nak tido sebab anak-anak dah bangun dah kan... 

Kenapa mengantuk sangat lepas makan... Asal kenyang perut je mata mula kuyu.... 

Ok... Meh kita baca fakta sains... Kenapa asal perut kenyang mata pun mula kuyu... 
Sumber: Google images

Biasanya rasa mengantuk ini muncul setelah kita makan makanan yang banyak mengandungi karbohidrat. Karbohidrat kemudian diubah menjadi glukosa di dalam badan sebagai sumber tenaga.

Glukosa boleh digunakan badan jika telah masuk ke dalam sel-sel tubuh yang memerlukannya. Untuk masuk ke dalam sel, glukosa memerlukan suatu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas bernama insulin.

Hormon insulin ini merangsang pembentukan suatu asid amino (komponen penyusun protein) yang bernama tryptophan. Selanjutnya triptofan boleh diubah menjadi senyawa melatonin danserotonin. Kedua bahan neurotransmitter (kompaun yang mempengaruhi kerja otak) ini akan membuat kita merasa mengantuk.

Selain karbohidrat, lemak juga merupakan sumber glukosa sehingga penggunaan banyak lemak juga boleh menyebabkan mengantuk.

Pendapat yang lain mengatakan kita menjadi mengantuk selepas makan banyak kerana aliran darah akan lebih banyak ke saluran pencernaan kita. Semakin banyak makanan yang kita makan, maka semakin banyak darah yang mengalir ke saluran pencernaan kita.

Akibatnya, aliran darah ke otak dan organ-organ lain menjadi berkurang. Hal ini juga menyebabkan bekalan oksigen untuk otak dan organ-organ lain berkurang sehingga kita menjadi lemas dan mengantuk.

Berdasarkan kajian, ada suatu sel khusus di otak bernama orexinyang bertanggungjawab pada pembakaran kalori dan keadaan terjaga. Sel ini dihambat oleh glukosa dan distimulasi oleh protein.

Maka, setelah kita mengambil makanan yang banyak mengandung karbohidrat kita jadi mengantuk kerana sel ini tidak aktif. Begitu juga sebaliknya, setelah kita mengambil makanan yang banyak mengandung protein, kita justru akan terjaga.

Tips Elak Rasa Mengantuk

Untuk mengelakkan rasa mengantuk selepas makan, maka sebaiknya jangan makan sehingga terlalu kenyang. Perbanyak jumlah pengambilan protein dan kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat. Kurangkan makanan berkanji dan yang mengandungi gula seperti roti, muffin, pasta, cake.

Pilihlah sumber protein dengan lemak rendah seperti tahu, tempe, kacang-kacangan, ikan, dan daging ayam tanpa kulit, dan lain-lain.
Sumber: sainsme
Sumber: Google Images

Jadi, dah tahu la sebab kenapa mengantuk sangat pagi tadi... Lepas ni insaf dah nak makan nasi lemak dengan air coklat... Huhu... Tak larat nak lawan mengantuk dah... Hehe... Gaya macam kena suntik ubat tidur gitu... adehhh...