GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Throwback: Kisah Raya Haji Lima Tahun Lepas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*Entry Tanpa Gambar

Alhamdulillah.. Dah masuk raya kedua... Tahun ni tertiba teringat plak satu kenangan lima tahun lepas. Kenangan yang tak mungkin dilupakan...

Tahun ni tahun kelima, dan kebetulan atau suratan.. Hari dan tarikhnya tepat dan sama cuma tahun berbeza...

Raya Kedua bulan Zulhijjah lima tahun lepas, waktu yang sibuk... Hari Jumaat .. Berpusu-pusu jiran datang... Kerja-kerja rewang mula dijalankan...

Sementara itu seorang dara bakal bertukar status kepada isteri orang selepas Asar nanti...

Selepas solat Zohor, si dara mula disiapkan dan dimake up ringkas oleh si kakak dan kakak iparnya... Baju nikah yang ditempah dan dijahit, dikenakan..  Hampir Asar, rombongan ke masjid berarak...

Selepas solat Asar di masjid, upacara bermula... Tiga pengantin bersedia di depan tok kadi... Mula sedia untuk menggalas tugas sebagai suami... Berat amanah itu...

Selesai khutbah nikah... Upacara dimulakan dengan pengantin pertama... Alhamdulillah.. Selesai... Kemudian yang kedua... Alhamdulillah.. Sekali lafaz.. Selesai...

Dan yang ketiga... Upacara bertukar tangan... Wali si dara mula ambil alih.. Selesai tandatangan persetujuan... Majlis dimulakan... Nampak gementar pada wajah si teruna... Namun, berjaya dikawal...

Wali si dara mulakan majlis dengan lafaz ijab dan disambut oleh si teruna dengan sekali nafas .. Alhamdulillah... Selesai sudah... Termeterailah cinta dengan satu ikatan suci dan halal...

Bergambar ringkas kerana menghormati rumah Allah... Selesai majlis, rombongan bergerak ke rumah si dara... Menjamu selera sebelum si teruna dan rombongannya ke rumah tumpangan sementara menanti majlis esok

Yang dirumah rupanya menanti penuh debaran juga... Ahh... Dah sangkut barangkali... Kerana lama benar majlis nikahnya... Namun, setelah dijelaskan...baru lah orang kampung tak buat kesimpulan sendiri...

Serentak dengan majlis di masjid....
Petang itu juga, seekor lembu dikorbankan...  Itulah pengorbanan seorang tuan kepada sang lembu kesayangan... Menangis si tuan dibahu isteri... Sayu hati kerana dua yang disayangi dikorbankan... Si lembu dikorbankan kerana Allah...dan si anak bakal diserahkan tanggungjawab kepada seorang lelaki bergelar suami...

Majlis belum berakhir... Malamnya diteruskan dengan khatam al-Quran.. Serba serbi ringkas... Selesai majlis, persiapan menuju esok hari...

Hari Raya Aidil Adha Ke-3
Pagi raya ketiga, suasana mula riuh... Sanak saudara mula bertandang... Menyiapkan juadah secara rewang... Gulai kawah batang pisang sebagai hidangan utama...

Si dara yang bergelar isteri...mula siapkan diri... Akan dipertemukan dalam satu majlis yang moga diberkati Ilahi... Jam 12.30 tengah hari si dara dan si teruna dirai dalam majlis yang kecil tapi berseri...

Majlis serba ringkas... Tiada kugiran, tiada pelamin, tiada beradab bagai...tiada bergambar bagai-bagai... Semuanya sederhana... Majlis selesai sebelum Asar... Aurat dijaga, maruah terpelihara. ... Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan...

Itulah kisah kenangan lima tahun lepas... Makin kekal diingatan... Rasa baru semalam melaluinya... Rupanya sekarang dah beranak dua... Alhamdulillah...

Kena betul kenangan tu...  Hari Jumaat bersamaan 11 Zulhijjah dan hari Sabtu bersamaan 12 Zulhijjah kena betul tarikh tu dengan kenangan lima tahun lepas. Cuma beza tahun je... Allahu Akbar... Alhamdulillah.. Allah masih sihatkan akal dan ingatan ini...

Alhamdulillah... Moga Allah berkati cinta ini sampai syurga yang abadi... Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... Alhamdulillah....

3Ulasan

  1. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan Maria... Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke Jannah...

    BalasPadam
  2. Salam Aidiladha Maria dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan :)

    BalasPadam
  3. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan...moga bahagia hingga jannah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ