GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Smart Tag dan Touch n Go Sepenuhnya di Lebuhraya DUKE Mulai Esok!

Mulai esok semua tol di Lebuhraya DUKE hanya ada smart tag dan Touch n Go sahaja...

Sejak sebulan yang lalu dok kempen orang guna Smart Tag dan Touch n Go ni... Dan tadi pun jam panjang kat highway DUKE.

Rupanya ramai tak guna Smart Tag dan Touch n Go ni... Bagi MF berbaloi guna... Jimat masa... Sekali beli je... Bertahun lama tahan... Tak payah penat nak berbaris... Bajet bulanan pun senang nak buat.

MF memang pengguna lebuh raya DUKE setiap hari. Tapi suami MF dah lama beli Smart Tag iaitu sejak dia mula beli kereta lagi... Dua-dua kereta ada smarttag ni... Alhamdulillah..  Perjalanan jadi cepat dan mudah.

Harap esok semua pengguna alert la ye... Jangan terkejut plak... Tiada bayaran tunai lagi kat Highway DUKE... Kad boleh beli lagi di Highway DUKE... Beli siap-siap ye... Mudah kerja...

Harap tak jem teruk la esok... Huhu..

Info tambahan:

PENGUMUMAN.. mulai 9.9.2015 jam 12.00 tengahari plaza-plaza tol berikut tidak lagi menerima wang tunai. Semua bayaran tol adalah secara elektronik sahaja,  menggunakan Touch n' Go or SmartTag. Pastikan semua dah ada kad Touch n'Go ye..
1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ