GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 dan SPM 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan September menjelang, maknanya semakin hampir dengan waktu peperiksaan. Makin hampir peperiksaan, bermula dengan peperiksaan bertulis UPSR lagi 5 hari....

Untuk sekolah menengah, ada dua peperiksaan yang besar menanti pelajar. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk tingkatan tiga, pelajar dah lepas dah dua fasa ujian iaitu ujian amali untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Dan ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada bulan Ogos yang lalu. Kini, mereka menanti untuk menghadapi ujian bertulis pada 12 OKTOBER 2015 hingga 15 OKTOBER 2015.

JADUAL PENUH PEPERIKSAAN PT3 BOLEH DIMUAT TURUN:
>>>DI SINI<<<

Untuk peperiksaan SPM peperiksaan bertulis bermula 2 NOVEMBER 2015 hingga 2 DISEMBER 2015.

JADUAL PENUH PEPERIKSAAN SPM 2015 BOLEH DIMUAT TURUN:
>>>DI SINI<<<

Untuk peperiksaan lain seperti UPSR, STAM dan PAV... Boleh rujuk di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Semoga berjaya buat semua calon peperiksaan tahun 2015. Buat yang terbaik dan jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru.

Tahun ni tak pasti lagi kena jaga peperiksaan ke tak... Tapi borang dah diisi... Kalau kena jaga, satu pengalaman juga la untuk MF sebagai guru. Peperiksaan PMR pernah dah jaga... SPM belum pernah lagi... Tapi semua tu pengalaman jadi cikgu... Semua cikgu memang kena jaga juga kan.

Nasihat MF:
Jaga kesihatan dan pemakanan waktu peperiksaan ni... Ibu bapa kena lebih beri perhatian kepada anak-anak waktu nak hampir peperiksaan ni... Sokongan dan doa dari ibu bapa juga menentukan kejayaan anak-anak kita... Insha Allah. 

3Ulasan

  1. wah! thanks MF. boleh sy print dan bg pd adik sy. kalau tanya dia semua benda tak tau. hihi

    p/s~MF kwn sy yg sgt positif. sbb tu sy suka baca dan komen kat post2 MF :)

    BalasPadam
  2. anak2 aida lom lg.
    jiran & frens ada yg da start alami situasi anak exam besar ni.
    serrrammm jiwa aida...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ