GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bukan Tak Nak Keluar Bersosial... Tapi...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Bersosial di alam nyata.. Dah lama tinggalkan zaman tu... Sekarang ni zaman berkeluarga pula.. 

Pernah diajak rakan pergi shopping tapi bukan waktu kerja la... Tapi menolak dengan baik... Maaflah.. Bukan anti-sosial tapi sentiasa ingatkan diri bahawa kita ni status isteri... Ke mana kita pergi maruah diri dan maruah suami kita bawa bersama. 

Bersosial dibawah nama blogger... Lagi lah tak mungkin dan tak akan... Biarlah jadi blogger yang hanya orang kenal di dunia maya... Ramai aih.. Blogger boleh cari makan tanpa tayang muka... Tak popular mana, tapi duit setiap bulan masyuk je... Malas nak sebut je blogger mana... 

Bukan tak nak bersosial, tapi banyak benda nak kena jaga bila bersosial ni... Hal aurat, hal mata, hal ikhtilat semua tu kena jaga... Kita boleh jaga aurat kita tapi tidak aurat orang... Kita boleh jaga mata kita tapi orang tak jaga mata dia... Tu belum bab ikhtilat... Bercampur lelaki dan perempuan. 

Suamiku juga pernah bersosial... Pergi ke majlis dan event kelab-kelab kereta... Tapi itu masa bujangnya je... Bila kahwin, semua hobi tu dia tinggal... Tak lagi keluar berkelab tanpa isteri... Bahkan nak join TT pun bawa anak bini... Akhirnya dia tinggalkan hobi sebab susah nak usung sekali... Tambah pula nak kena jaga pandangan tu yang paling payah. 

Kali terakhir kami bersosial ialah mula kahwin dulu... Join event kelab kereta sambil honeymoon di PD masa tu... Tapi cukuplah sekali... Terlalu tak kena dengan jiwa kami... Bukan nak kata kami baik, tapi Allah bagi kita iman dan akal... Allah bagi al-Quran dan Hadis sebagai panduan kan... Jadi, kita ikutlah apa yang Allah dan Rasul suka. Tapi sebab kebanyakan event sosial alam nyata masa kini tak jaga aurat, tak jaga solat, tak jaga batasan... Tu sebab kami elakkan diri... Sebab kami tak kuat nak dakwah orang secara hakiki... Allahu Akbar,  lemahnya rasa iman ni... Hanya mampu sampaikan di alam maya ni je... 

Jadi, kalau nak bersosial pun lebih kepada dengan sama fikrah... Macam reunion rakan sekolah, rakan seuniversiti kan...

MF tak salahkan untuk bersosial... Tapi sebagai orang Islam, jadilah Islam yang sebenar. Jangan Islam pada namanya sahaja. Buat pengajur event sosial, terapkan syarat yang Islamik... Paling tidak tetapkan syarat bab berpakaian... Sangat memalukan...lihat isteri orang ditayang depan laki orang... Maaflah bahasa kasar sikit... Tapi lebih baik je terus terang sebab kias-kias orang tak faham. Islam bukan pada nama, tapi biarlah setiap kehidupan kita, kita bawa Islam bersama....

Inilah tanda kita tak merdeka lagi... Jiwa kita masih dijajah... Bagi orang beriman, memang dunia ni ibarat penjara tapi hanya orang beriman sahaja mampu hadapi penjara dunia... Sebab nak buat itu ini ada syaratnya... Tapi kalau semua faham dan jaga, Islam ni sangat indah kan... 

Renungkanlah... Sebab ni juga MF dah delete semua gambar MF dan keluarga di laman sosial... Memang orang tak kenal tapi biarlah... Sebab wanita itukan aurat.. Jagalah selagi boleh jaga... 

Setakat ni selesa je bersosial dengan suami dan anak-anak... Dengan rakan sekerja di tempat kerja saja... Selebihnya, banyak berkurung je la di rumah...

Bukan anti sosial, tapi takut bertambah dosa... Sebab pahala pun tak banyak kan... Biarlah orang kata jumud... Tapi kita tahu apa kita buatkan... Allah tahu niat kita... Insha Allah...
Tapi teringin juga nak jumpa rakan blogger dari group Mama Blogger... Sebabnya group ini semua perempuan...  Semuanya ibu dan kebanyakan semuanya anak dah besar... Insha Allah... Lebih memahami bab aurat dan sosial ni kan...

Bukan nak kata diri ni baik... Banyak khilafnya juga tapi cuba perbaiki diri dan nak ajak orang lain juga perbaiki diri setiap hari... Matlamat kita hidup untuk syurga.. Tanyalah siapa pun nak pergi syurga, tapi mana jalan yang kita ikut???? Ke syurga atau ke neraka... Jom.. Muhasabah diri bersama... 

10Ulasan

  1. yeahh takpe kak. takyah dengar orang ckp sangat. yg penting kita berada di jalan-Nya inshaaAllah :)

    BalasPadam
  2. InshaAllah... Moga nanti dapat jumpa sis lagi dan kwn² GMBM yang lain nanti.

    BalasPadam
  3. betul.. lepas kahwin memang dah tak reti pergi event2.. cuma kalau utk kerja sahaja :-)

    BalasPadam
  4. ikut hak masing-masing..bagus jugak jaga hati laki..;)..takde masalah

    BalasPadam
  5. saya pun sejak berkahwin social life hanya dengan family jer.. orang nak cakap apa lantak la. Perempuan lebih terdedah dengan fitnah. Bukan kata salah aktif dalam apa2 kelab tak kira la kelab blogger ke hapa.. tapi tu la macam saya cakap perempuan lebih terdedah pada fitnah. Rezeki ni dari Allah. Kita usaha je. Tak semestinya kena jual muka kat laman sosial rezeki mencurah2 masuk. Tak tunjuk muka confirm takde rezeki untuk kita. Saya pun ada jugak rezeki dari berblog walau tak banyak at least apa kita buat takde la kosong je

    BalasPadam
  6. setuju dengan pendapat MF, nak-nak lagi pada usia kak ana sekarang lebih suka bersosial di alam maya sahajalah nampaknya :)

    BalasPadam
  7. sy sendiri pun jarang bersosial. sy limitkan diri sy utk keluar sebulan sekali sahaja. xkiralah samada dgn kwn2 ataupun dgn adik beradik. kalau this month keluar dgn kwn, bulan dpn pulak baru keluar hang out dgn adik2. harap sikap ni kekal sampai sy berumahtangga insyaALLAH :)

    BalasPadam
  8. sm lah sy pon x suka join aktiviti sosial jugak.hehe...tp sbnrnya lebih kepada x reti bergaul sbb tu suka berkwn di alam maya je..nak jumpa2 ni segan sikit ekekeke

    BalasPadam
  9. Semoga Fidah akan jadi seperti akak...tapi setakat ni tak mampu nak bendung lagi...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ