GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

50 Perkara Yang Menyeronokkan Menjadi Ibu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak mengamuk, buat perangai... Fuhh... Rasa tension betul... Rasa serik nak tambah anak lagi... Tapi, kita lupa betapa nikmatnya jadi ibu yang tak semua orang dapat rasainya macam kita.. 50 perkara yang menyeronokkan menjadi seorang ibu ini, mungkin boleh jadi motivasi kepada semua ibu bahawa betapa bersyukurnya kita berpeluang jadi seorang IBU. 

  1. Rasa panik kerana seorang bayi yang baru lahir telah diletakkan dalam pangkuan anda untuk anda bawa pulang dan tiada buku panduan disertakan, namun kemudian anda sedar betapa seronoknya belajar melalui pengalaman.
  2. Merasai jejari kecil menggenggam jari anda apabila anda menyentuh tapak tangannya.
  3. Merenung ke dalam mata bayi anda dan mengetahui betapa dia mempercayai anda seratus peratus.
  4. Menghidu bau yang paling harum dalam dunia ini: bau mulut bayi yang sedang tidur!
  5.  Takjub apabila kali pertama anda bedung dia, dukung dia dekat dengan bahu anda, tepuk-tepuk belakangnya dengan lembut dan sekonyong-konyong tangisannya berhenti!
  6. Rasa terlalu letih sekali – dan begitu gembira.
  7. Duduk di katil sambil menyusukan bayi pada tengah malam, dan tahu bahawa ibu-ibu lain di seluruh dunia juga melakukan perkara yang sama.
  8. Memerhatikan suami anda menayang anaknya kepada para pelawat yang datang.
  9. Mengetahui, semasa perjumpaan semula ahli kelas antenatal anda, bahawa tiada siapa yang rasa bosan mendengar cerita tentang bersalin, tidak kira berapa kali anda menceritakannya.
  10. Terdengar suami anda bercerita dengan bersungguh-sungguh tentang jenama lampin yang paling bagus.
  11. Merenung wajah bayi anda yang sedang tidur dan tertanya-tanya bagaimanakah masa depannya nanti.
  12. Mendengar kicauan burung di subuh hari.
  13. Membawa bayi anda keluar buat kali pertama dan mendapati semua orang mahu berhenti dan berbual dengan anda.
  14. Mengalami perasaan lembut yang menakjubkan apabila bayi tertidur di riba anda.
  15. Membeli kostum Batman atau tiara tuan puteri yang sentiasa anda inginkan (walaupun bayi anda baru berusia satu minggu).
  16. Mengetahui bahawa ketawa bayi boleh berjangkit.
  17. Mempunyai seseorang yang boleh mewarisi pusaka keluarga, walaupun sekadar surat-surat cinta daripada suami anda suatu masa dahulu dan tin bedak sejuk kepunyaan arwah nenek anda.
  18. Bertukar senyuman dengan ibu-ibu lain yang menyorong kereta sorong anak mereka.
  19. Membayangkan kombinasi makanan yang menarik untuk bayi anda: avocado dan pisang, ayam dan anggur atau keledek dan brokoli.
  20. Ketawa apabila bayi anda mula melambai kepada semua orang dalam bas atau di pasaraya.
  21. Meneroka kesemua ciri-ciri kecil yang membuatkan bayi anda unik: jari kaki yang gemuk, telinga capang, rambut yang sentiasa tegak tidak kira berapa kali anda menyikatnya.
  22. Mengambil berjuta-juta gambar yang anda rancang untuk simpan dalam album, tapi tak pernah sempat untuk membuatnya.
  23. Mencipta bahasa keluarga yang baru apabila anak kecil anda mula bercakap mengenai memotong rumput atau meminta “bikkit”.
  24. Kasut penari balet kecil tersusun di ruang tamu dan/atau seluar dalam Thomas the Tank Engine bersepah di atas lantai.
  25. Tahu apa yang boleh dikatakan dan cara terbaik untuk membantu apabila kawan anda mempunyai bayi.
  26. Memerhatikan Nenek dan Atuk memanjakan cucu kesayangan mereka.
  27. Turut serta dalam keseronokan kanak-kanak seperti memicit doh mainan, memijak daun-daun kering atau melompat ke dalam lopak air.
  28. Mengetahui bahawa dia mewarisi bakat anda dalam muzik atau minat ayahnya terhadap kereta lumba.
  29. Atau, lebih baik lagi, mengetahui bahawa dia mempunyai bakat yang sangat berbeza, seperti menari atau melukis – dari siapa dia mewarisi bakat ini?
  30. Terjaga apabila anak kecil anda mencium muka anda.
  31. Menemui semula keindahan kecil dalam hidup: bunga-bunga yang berwarna terang, kelembutan bulu kucing atau pasir di celah jari kaki anda, yang anda kongsi bersama si kecil.
  32. Membiasakan diri dengan panggilan "Ummi Faqiha" atau "Abi Faiqah".
  33. Menangis apabila anda melihat bayi dilahirkan di TV kerana anda memahami apa yang dirasai oleh ibu-ibu di seluruh dunia, dari Beijing hinggalah Belfast.
  34. Menemui keseronokan berkongsi katil bertiga – walaupun jika anda dan suami hanya mempunyai beberapa inci sahaja ruang kerana bayi anda tidur bersilang.
  35. Menikmati peluang untuk menjadi gila-gila semula – berjalan seperti itik sambil menguek atau duduk di meja sambil memakai bib dan topi pelik untuk menggalakkan bayi anda makan.
  36. Cuba menjawab soalan-soalan pelik: Ikan tidur tak? Kenapa bulan duduk di atas? Macam mana lembu boleh ada anak kalau dia tak boleh kahwin?
  37. Mengingati semula saat pertama kali dia berkata, “I love you, Ummi Abi”.
  38. Menemui semula keseronokkan membaca buku kanak-kanak, walaupun kadang kala anda terpaksa “menghilangkan” buku yang dia sentiasa mahu setiap malam sejak tiga minggu yang lalu.
  39. Mandi buih bersama-sama – dan bergaduh mengenai siapa yang dapat duduk di hujung yang berpaip.
  40. Mereka kostum kucing daripada benang, kotak telur dan penggaris mata untuk pergi ke parti.
  41. Berbilang tugas: belajar bagaimana menggaul campuran kek pada satu tangan sementara tangan yang sebelah lagi menampal plaster pada lutut si kecil, menyusu badansambil menelefon ibu anda untuk bertanya apa yang dia inginkan sebagai hadiah hari jadinya.
  42. Meneroka dunia ini melalui mata si kecil anda: melihat dia memerhatikan ulat beluncas atau merenung pusaran air ketika hujan tanpa berkelip.
  43. Membuat kawan baru di kalangan ibu bapa juga.
  44. Melihat nilai-nilai murni yang anda amalkan seperti bersikap pemurah, jujur, rajin dan melayan orang lain dengan baik, kini berjangkit pada anak anda.
  45. Menikmati saat berbaik semula dengan berpeluk dan memberi ciuman apabila amukannya sudah reda.
  46. Menonton filem animasi dan anda bukan lagi satu-satunya orang dewasa yang tidak membawa anak!
  47. Mendapati bahawa membesarkan anak memberi fokus baru dalam hidup anda.
  48. Menangis apabila pertama kali anda meninggalkannya di taska, dan kemudian rasa bangga ketika anda menjemputnya dan mengetahui bahawa dia tak rindukan anda pun.
  49. Menyimpan kesemua hasil kerja tangannya dari taska dan menjadikan dapur anda galeri seni.
  50. Mendengar suara kanak-kanak memanggil “ibu” dan tertanya-tanya siapakah itu, dan kemudian sedar bahawa dia adalah ANDA!
Sumber: Baby Center

Bacalah wahai ibu... Pasti kamu akan tersentuh... Hampir menitis air mata ini...  Ya Allah... Syukur kerana aku seorang ibu... Dan suami ku seorang bapa... Alhamdulillah... 

Ya Allah... Moga Kau juga beri peluang kepada rakan-rakan kami yang belum berpeluang seperti yang kami rasai... 

6Ulasan

  1. sebak rasa..ada perkara2 yang saya dan anak dah lalui..nak nangis pulak baca..Ni yang buat nak ada baby lagi nih..

    BalasPadam
  2. iman harap waktu itu akan sampai juga akhrnya

    BalasPadam
  3. Seronoknye bc entry ni..hehe mmg seronok sgt bile bergelar ibu ni!! Hehe

    BalasPadam
  4. aduhai maria, sayu hati :( sob sob...
    tiap tiap tu ada kena mengena dgn aida.
    hampir semua :)
    teringat anak-anak yg membesar depan mata aida.
    hu hu hu...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ