GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kasut Tumit Tinggi Hanya Tinggal Kenangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masa zaman sebelum kahwin, suka juga pakai kasut tumit tinggi... selepas kahwin, masih pakai lagi. Tapi lepas sah hamil anak pertama, terus tak pakai lagi... hinggalah bersalin. Konon lepas bersalin nak pakai lagi, sekali susah pula nak pakai kasut tumit sebab nak dukung anak nanti sakit pinggang dan belakang.  Akhirnya, simpan aje kasut tumit tinggi. 

Pernah beli kasut tumit tinggi jenama Sembonia..dan itulah kasut yang paling mahal yang pernah MF ada... lebih kurang 2 inci tumitnya... tapi kasut tu bakal tinggal kenangan je sekarang.  
Suami MF haramkan MF pakai kasut tumit tinggi lagi... alasannya, wanita pakai kasut tumit tinggi ni seksi .. bila pakai kasut tumit tinggi, ianya akan mengubah postur badan.. dada akan ke depan, dan punggung akan ke belakang (menonggek). Walaupun pakai baju longgar, tapi tetap akan nampak bentuk tubuh. Jadi, sebab tu wanita tak digalakkan pakai kasut tumit tinggi. 

Kasut tumit tinggi yang bertumit halus, lagi tak digalakkan kerana akan mengeluarkan bunyi. Bunyi ni akan menarik perhatian orang lain. Sedangkan, wanita ni kena elak diri jadi perhatian orang lain terutama lelaki yang bukan mahram. 

Menurut ayat Al-Quran,  Surah An-Nur, ayat 31, "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". Ada ulama menggunakan dalil ini sebagai hujah larangan kepada memakai kasut tumit tinggi. 

Jadi, apa hukum pakai kasut tumit tinggi sebenarnya?
Hukum pakai kasut harus, tapi memakai kasut dengan tujuan menarik perhatian orang lain serta memudaratkan diri sendiri adalah haram hukumnya. 

Sumber : Google image

Pakai kasut tumit tinggi memberi kesan negatif kepada kesihatan, boleh menyebabkan sakit lutut,  pinggang,  pinggul serta menyebabkan dan mengganggu kesuburan wanita. Ini antara kesan pakai kasut tumit yang telah dijalan oleh Pakar Ortopedik Amerika Syarikat.  

Jadi, buat apa sesakkan diri sendiri kan... pakai je la kasut yang selesa dan sesuai dengn penciptaan kita yang fitrah. ALLAH jadikan kaki kita rata, jadi buat apa nak bertumit tinggi-tinggi. 

Namun, MF terpaksa juga pakai kasut bertumit ketika bekerja,.. tapi tumit tinggi, tapi rata dan bergetah... tinggi pun tak tinggi sangat, dalam 1 inci je.,, jadi, tak nampak sangat tinggi dan jalan tak berbunyi. 

Antara jenis kasut yang digalakkan dalam Islam ialah kasut bertutup dan tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menarik perhatian orang lain. Kenapa bertutup? Sebab kaki pun aurat...sebab dalam solat kita tutup kaki kan... jadi, sama jugalah aurat kita diluar waktu solat. 

Tinggal kenangan je la kasut tumit tinggi dalam hidup MF. Tak pelah pernah pakai dah dulu kan... cukuplah tu... 

5Ulasan

  1. Sekarang pun dah simpan kasut tumit tinggi..beli kasut yang tinggi tapi tumitnya masih flat. so macam pakai kasut flat biasa..nak bagi nampak effect tinggi sikit je sebenarnya :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum MF,
    Masa belajar hingga berkahwin saya kerap pakai kasut tumit tinggi, 2.5". Berhenti pakai masa pregnant, skrg menderita sakit pinggang.. Lgsg x boleh pakai kasut tumit tinggi.. :-(

    BalasPadam
  3. sama laa..lepas beranak pon x denye beli kasut high heel.. memikirkan nak dukung anak bagai.. last2 beli kasut macam mak cik makcik tuu je..

    BalasPadam
  4. saya pun dulu penggemar kasut tumit tinggi..tapi sekarang tak de la dah..dah tua ni..hehehe..suami pun lebih suka saya pakai kasut yang menutup kaki..tak mau yang bertumit tinggi2 ni..nak kejar anak susah ..ehhe

    BalasPadam
  5. Saya pun memang suka bertumit tinggi suatu masa dahulu. Sekarang ni tak lagi. Lebih suka pakai wedges. Saya pun tak suka kalau berjalan kasut berbunyi, terasa macam mengganggu orang lain aje.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ