GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Make Up Selepas Wuduk, Sebelum Solat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berwuduk

Apakah hukumnya seorang wanita mengambil wuduk, kemudian memakai mekap ke wajah sebelum menunaikan solat?

Hukum berwuduk adalah wajib ketika hendak melakukan solat dan beberapa ibadat lain seperti tawaf dan memegang al-Quran. Ia disunatkan untuk dijaga pada bila-bila masa, kecuali uzur.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, cucilah wajah kalian dan tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala kalian dan (cucilah) kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.” (Surah al-Maidah, ayat 6)

Hukum mekap wajah adalah harus selagi mengikut batas syarak dan tidak terlampau berlebihan. Justeru mekap yang dikenakan selepas berwuduk ketika hendak menunaikan solat adalah diharuskan dan sah wuduk berserta sah solatnya selagi mekap berkenaan tiada unsur najis yang boleh membatalkan solat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab saudari mencari mekap yang boleh digunakan untuk solat.
Sumber: HM
Solek
Sumber: Google images

Wajib mencari bahan make up yang sah digunakan ketika solat. Maknanya, bahan yang halal dan tidak anda unsur haram dan meragukan. Tapi sebenarnya, antara paling susah nak dipastikan kehalalan sesuatu barang ialah alat penjagaan diri dan alat make up... berapa jenama je yang ada sah halal JAKIM, selebihnya memang tiada sah dari jakim. Walaupun KKM kata selamat, itu dari sudut penggunaan bahan kimia dalam barangan kosmetik tersebut. Tapi tak pasti bahan tu halal ke tak kan... Namun, mencari yang halal tu fardhu...wajib cari dan guna yang halal sama ada ketika solat ataupun tak.

Pengalaman sendiri... hanya pernah make up selepas wuduk dan sebelum solat ni masa nak pergi nikah je. Lepas daripada tuh, tak pernah solek... sebab memang tak suka wajah bermake up... rimas... sekarang ni pun, kalau kat tempat kerja, lepas berwuduk, solat malas dah nak pakai bedak... kadang oleskan magic lipstik je, supaya tak nampak kusam sangat... Tu yang bedak kompak, lipstik tahan bertahun, bahkan sampai expired... hehe... 

11Ulasan

  1. same la..malas make up jugak..hahaha..tp tkut muka sndri yg kusam & pucat klu xmekap..hihi

    BalasPadam
  2. nice sharing
    sama la dgn saya.
    tak suka mekap tp suka tgk org pakai mekap. hihi

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini sis...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsiann... sngat berguna tuk khidupan umat Islam

    BalasPadam
  5. oohhhh... boleh la ea...

    selalu ambil wudhuk dulu, baru mekap.. heee

    macam lah selalu mekap... tak lah.. pakai krim2 cam tu jaaa...

    BalasPadam
  6. sebelum solat guna make up remover je..lepas solat just tepek moisturiser and bedak je.asalkan kulit ada alas..hihi

    BalasPadam
  7. Ohh....soalan ni selalu bermain di minda. Cuma tak terluah. Boleh rupanya. Good info. Tp memanglah, kalau dah cuci tu malas nak mekap semula. 😂😂

    BalasPadam
  8. Bagaimana dgn status dahi dan hidung yang melekap di tempat sujud.. jika debu dari foundation atau bedak jatuh ke tempat sujud ketika bangun dari sujud? Apakah Masih sah solat?huhu...

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas perkongsian info. Tp saya agak konfius, bila pengantin bersanding? Bagaimana mereka solat. Yela mekap je dah tebal macam mana? Sanding mesti la lepas zohor paling tidak pun sampai asar. Macam mana nak solat takkan nak cuci mekap pastu mekap balik? Sebab selalu lepas sanding kan ambik gambar outdoor. Masa pun agak singkat. Saya agak kurg jelas. Sbb sy pun belum kahwin

    BalasPadam
  10. oww cmtu rupenye.. pening juge pikir mnde2 ni time nak sanding dlu.. dulu selamat waktu sanding wife uzur, jadi tinggal saya saja yang perlu solat.. alhamdulillah.. tade la kalut nak suh die tanggal mekup.. tidak jenuh juge nak mekup balek untuk outdoor.. 2 kali makeup untuk sanding.. brpe da nak kene bayor.. hihi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ