GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hargailah Walau Sepatah Komen Yang Ditinggalkan Pengunjung Blog!

Alahai... Pendeknya komen... Biasa tak korang rasa... Macam tak ikhlas je nak komen... Ye lah... Komen pendek... Macam:

"nice sharing" "info menarik" "terima kasih share" "singgah sini" "good luck"

Antara beberapa komen pendek yang biasa ditinggalkan di kotak komen entry blog. MF biasa tinggalkan komen begitu dan MF juga biasa terima komen begitu...

Rupanya, baru MF tahu ada blogger yang tak senang bila blogger lain tinggalkan komen pendek begitu... Katanya macam tak ikhlas. Ada juga kata komen tanpa baca entry... Baca tajuk je...

Huhu... Maaf sangat jika ada blogger yang tak senang MF tinggalkan komen pendek begitu... MF blogwalking mana sempat... Bukannya banyak masa nak komen panjang.. Kadang kita baca...dan jika menarik, kita komen je entry tu menarik... Kadang entry tu dah lengkap... Tak kan nak ulas panjang lagi kan...

MF tak kisah blogger singgah blog MF dan tinggalkan komen pendek... Itupun kira untung anda tinggalkan jejak...

Setiap kunjungan pembaca memberi kesan kepada blog... Iaitu pageview kita... Jika kita nak harap semua orang yang datang blog, baca dan komen... Teruk juga tu...

Berbloglah dengan ikhlas... Tulislah dengan ikhlas dan follow lah dengan ikhlas... Memang ikhlas tak nampak tapi salah satu tanda ikhlas ialah kita tak harapkan balasan balik apa yang kita beri kepada orang lain. Jika kita tinggalkan komen, kita tak harap orang datang semula... Tapi jika datang itu satu kesan yang baik. Jika kita follow blog, jangan harapkan orang blog kita semula...

Maaf jika entry ni buatkan ada blogger terasa ke hapa... Tapi, jika kita lihat kebanyakan blogger popular yang punyai ribuan follower, dia tak de masa sangat nak blogwalking pun.. Tapi entrynya sentiasa ada yang komen... Kenapa??? Sebab dia kekalkan berblog dengan meninggalkan aura dan jika tarikan pada entry... Entry yang berkualiti orang akan baca dan insha Allah tinggalkan komen...

MF tulis entry ni sebagai peringatan buat diri sendiri juga...supaya sentiasa betulkan niat dan ikhlaskan diri ketika berblog... Biar follower kita tak ramai asalkan berkualiti... Biar kita bukan blogger popular yang hebat asalkan entry kita mampu memberi kesan dan impak positif kepada pembaca...

Mohon maaf sekali lagi... Berblog biar enjoy... Tingkatkan kualiti dan kurangkan kontroversi dalam berblog... 

Semoga semua blogger jadi blogger yang diredhai Allah... Insha Allah...

Terima kasih buat semua blogger atau stalker atau pembaca yang berkunjung ke sini... Tanpa sokongan anda, blog ini tidak bertahan sampai ke hari ini...


20Ulasan

  1. Setuju dgn pandangan MF yg blogger famous x de masa blogwalking tp ramai yg komen entry blog sbb auranya ada di situ..

    BalasPadam
  2. betul tu MF.. wawa setuju.. bila kita enjoy blogging, kita akan happy dan rajin nak singgah ke blog2 sahabat kita..")

    Paling best, bila sahabat alam maya sampai ke alam nyata.. ")

    BalasPadam
  3. ye betul..hargai semuanya yang telah menyumbang kepada blog..cuma kekadang tu xde masa nak terjah balik..paling sempat pun blogwalking kat bloglist..huhu

    BalasPadam
  4. betul tu kak MF..sy pun tak kisah orang nak komen macam mana pun.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,,,hai2

    saya komen macam ni boleh? =P

    saya menjual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc.
    Jemput singgah blog saya
    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    dan ig @nurnasuha96_
    whatsapp : +60196117811

    BalasPadam
  6. Salam singgah sini sis...setuju dengan perkongsian sis ini..kita bknnya nak hadap blog 24jm kan...hihi

    BalasPadam
  7. Dah biasa. Malas nak fikir. Tapi menghargai setiap komen dan kunjungan. Panjang pendek ayat tak menjadi ukuran. Sbb bukan senang nak berlaku adil dan puaskan hati semua.

    BalasPadam
  8. Kalau macam blog saya yg tak seberapa tu..memang bersyukur sangat kalau ada yang sudi singgah. Apa lagi kalau tinggalkan jejak.

    BalasPadam
  9. ekin ok jer kak komen mcm jnji diaorg bc blog ekin xde la duk update sorang2

    BalasPadam
  10. yuppp.... betul tu... pendek macam mana pun komen tu dah kira bagus tau orang tu nak tinggalkan...

    kak mia ok bab ni... tiada masalah....

    yang penting kita ikhlas dan enjoy berblog.

    entri yang bagus ni... (^_^)

    BalasPadam
  11. Kak Lya stuju Maria..Kita ni kadang kadang bukan semua blog dapat singgah ..Bila dah singgah tinggalkan komen yang simple2 oon kira OK la kan..Kurang2 dah nampak kita hargai sahabat bila singgah dan komen ,.Tak kisah la pendek ataupon panjang berjela2..

    BalasPadam
  12. betul tu. kadang kita ni blogwalking banyak2 blog. takkan taknak tinggal komen kan. jadi komen jelaa even pendek pun. hehee

    BalasPadam
  13. Kekdg da juga yg komen mcm tu, syukurla da juga org dtg brtndang ke blog kita kan

    BalasPadam
  14. satu teguran yang baik dan berguna kepada blogger di mana2 jua

    BalasPadam
  15. Betul..ermmm..PC biasanya singgah..baca dan tinggal komen walau sepatah kerana sepatah perkataan itu mungkin doa..dan itu juga tanda penghargaan..sebab PC rasa gembira walau ukhuwah tinggalkan sepatah perkataan komen..alhamdulillah..kadang PC tak komen lepas baca tapi tinggal jejak pada chatbox atau share pada google..besar atau kecil..banyak atau sedikit..ikhlaslah pada setiap tingkah..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum MF,

    Tak kisah komen tu panjang or pendek saya tetap hargai.. Komen tu menunjukkan blogger singgah ke blog kita.. Then saya singgah ke blog mereka sbg kunjungbalas.. Bak kata MF blogging biar enjoy.. Kann.. :-)

    BalasPadam
  17. hihi.. betul tu MF. Biar pendek dan ada komen dari tiada langsung...

    BalasPadam
  18. Biar la sis....hanya blogger yang paham apa itu blogging ja yang memahami..BTW,Thanks slalu komen entyr blog Eirna....

    BalasPadam
  19. Kira bagus tu ada orang komen. Bermakna ada yang bkunjung ke blog kita. Takda lah kita yang duk syok baca sendiri kan.. hihii. Siapa yang komen tak kiralah pjg ke pendek ke, orang pandai sebab dia dah tinggalkan jejak. Jadi, bolehlah tuan blog berjalan ke blog pengomen macam saya.☺

    BalasPadam
  20. pada aida yg suka komen blog org ~ ikut entry.
    komen sesuai dgn entry.
    kita klik blog tu dan tinggalkan komen ~ da satu effort kan.
    dari blogger yg langsung x blogwalking.
    so hargai la komentar anda...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ