GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Boleh Atau Tidak Kita Menolak Kehadiran Tetamu???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Boleh Atau Tidak Kita Menolak Kehadiran Tetamu??? | Minggu lepas MF dapat info dan tag kat facebook mengenai sesuatu hukum dari Yana Yani... Persoalan dari seorang pengomen dia mengenai hukum menolak kehadiran tetamu melalui entry ini.

Sebelum MF jawab persoalan tu, jom kita faham dulu konsep melayan tetamu dan adab menjadi tetamu. 

Konsep Melayan Tetamu


Tetamu ialah sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita sama ada ahli keluarga, jiran, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya dengan tujuan yang baik.

Islam menyuruh umatnya menyambut dan melayan tetamu dengan cara baik dan beradab supaya hubungan baik dapat diwujudkan dan dikekalkan. Sebab itu, sebagai tetamu dan juga tuan rumah ada adab dan batas pergaulan supaya tidak timbul fitnah.

Hukum melayan tetamu 

Hukum melayan tetamu adalah wajib, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Zariyat, ayat 24-27 yang bermaksud: Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (para Malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan salam, Ibrahim menjawab: salamun, (kalian) adalah orang-orang yang tidak dikenal. Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi yang gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim berkata: Silakan kalian makan…” (Adz Dzariyat: 24-27)

Kewajipan ini tertakluk kepada tetamu yang dibenarkan oleh syarak. Tetamu yang datang memenuhi kriteria tetamu sejati. Jika tetamu yang datang bertujuan lain dan ada kepentingan peribadi, Islam tidak mewajibkan kita melayaninya. Malah jika kedatangannya boleh menimbulkan fitnah harus ditolak dan tidak melayani tetamu tersebut. Kita perlu memberitahu tetamu dengan cara yang baik dan sopan.

Adab-adab terhadap tetamu:

  • Memberi layanan yang baik
  • Bersifat ikhlas yang baik
  • Menunjukkan muka yang manis dan rela dengan tetamu
  • Menyediakan minuman atau makanan sekadar yang mampu
  • Menunjukkan pergaulan yang baik dengan ahli sekeluarga di depan tetamu.
  • Boleh Atau Tidak Kita Menolak Kehadiran Tetamu???
    sumber: google image

Adab sebagai tetamu:

  • Memberi salam terlebih dahulu
  • Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
  • Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
  • Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
  • Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
  • Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.
  • Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya. 

Berkaitan dengan persoalan. Bolehkah kita menolak kehadiran tetamu??? 

Jika rujuk kepada adab sebagai tetamu, kita dibolehkan menolak jika tetamu yang datang itu tidak kena pada waktunya. Dan alasan kedua, jika tetamu yang datang itu tidak diundang dan suami tak izinkan, maka kita boleh menolak tetamu tersebut dengan adab yang baik. 

Tetamu yang tidak diundang juga dibincangkan oleh ulama fiqh:

Hadir Tanpa Diundang

Istilah asal dalam bahasa Arab mengenai perbuatan hadir tanpa diundang disebut sebagai at-tathfil dari perkataan tathafful.

Maka Thufaili ialah seorang tetamu yang hadir tanpa diundang atau dijemput yang dimansubkan ( disandarkan sejarahnya ) kepada seorang lelaki yang berasal dari Kufah yang seringkali menghadiri majlis-majlis walimah tanpa dijemput.

1. Imam al-Baijuri Rahimahullah menyatakan adalah haram hukumnya menghadiri majlis tanpa diundang kecuali jika dia tahu bahawa tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya dan redha dengan kehadirannya.

2. Jika sesuatu majlis itu dan tetamu yang diundang bersifat khas, maka wajib tetamu tersebut menghadiri undangan itu. Maksud “tetamu yang bersifat khas” di sini ialah tetamu yang telah ditentukan orangnya oleh tuan punya majlis atau wakilnya.

3. Adapun menghadiri suatu majlis khas tanpa dijemput, maka hukumnya adalah haram. Melainkan dia mengetahui tuan punya majlis itu redha dengan kehadirannya dan di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra. 

4. Jika suatu majlis itu dan tetamu yang diundang bersifat umum, maka dalam keadaan ini tidaklah termasuk dalam larangan. Maka tidak haram hukumnya dia hadir ke majlis tersebut walaupun tanpa undangan khas.

Contohnya ialah:
Tuan rumah mengatakan pada seseorang: “Panggillah dan jemputlah sesiapa yang kamu mahu atau sesiapa yang kamu temui.”

Tuan rumah atau wakilnya membuka pintu rumahnya dan berkata: “Sesiapa saja boleh masuk dan hadir ke majlis ini.” (sumber: http://fekahsyariah.blogspot.com)

Jika dalam hal rumahtangga pula. Isteri wajib menolak kehadiran tetamu yang suami tak izinkan. Sebagaimana kisah wanita pertama yang masuk syurga kerana taat kepada suaminya. 

Jadi, persoalan sama ada boleh atau tak kita menolak kehadiran tetamu... Bergantung kepada situasi. Jika tetamu datang tak kena pada waktunya, kita boleh menolak dengan baik. Tetapi sesaja memberi alasan kerana tidak mahu menerima tetamu, itu adalah perbuatan yang ditegah dalam Islam. Kerana hukum melayan tetamu adalah WAJIB jika kedatangan tetamu dengan tujuan yang baik. Kerana setiap tetamu membawa rahmat dan rezeki. Jadi, layanlah sebaiknya. 

Jadi, jika kita nak jadi tetamu pastikan kita tahu waktu sesuai untuk ziarah dan berkunjung ke rumah orang. Zaman teknologi...boleh SMS, telefon dulu sebelum ziarah rumah orang lain...bukan main terjah tak kira masa kan... Jadi, jika orang tak bagi datang rumah jangan kecik hati, mesti ada sebab tertentu dia tak bagi datang. Saling hormat dan saling memahami itu penting sebab kita juga pernah jadi tetamu dan pernah terim kehadiran tetamu kan.


Nota: 
Persoalan di atas diselesaikan sendiri oleh MF selepas MF buat pembacaan, kajian, dan perbincangan dengan sahabat-sahabat MF yang ada based agama juga. Jadi ianya bukan sekadar pendapat peribadi, tapi ada rujukan terlebih dahulu. 


5Ulasan

  1. pada aida, yes, bergantung kpd situasi.
    most of the time, aida welcome tetamu.
    tetamu membawa rezeki.

    BalasPadam
  2. Raya 2014 ritu..kita satu family nak pergi umah ayah saudara...lepas maghrib...dah siap2 nak tutup pintu dah..ada pulak org yang datang umah...2family pulak tu...nak tak nak...terpaksa layankan dulu...dah tu...duduk berjam2 pulak..pukul 10 mlm baru nak balik...aduhai...terpaksa batalkan niat nak p umah ayah saudara dah...kena pergi hari lain..Bukan niat kita tak nak bagi org dtng umah..tapi kalau mlm tu..rasanya tak payahlah datang kan..mesti org nak berehat..yerlah dari pagi sampai petang layan org...

    BalasPadam
  3. terima kasih info. Sekadar bertanya, jika contohnya yang datang secara tiba-tiba ialah orang yang tidak dikenali, seperti musim beraya. Dan si ayah memaksa anak perempuan yang dah baligh untuk melayan tetamu (tanpa si ayah menolong sama sekali), sedangkan tetamu ada lelaki yang dah baligh beramai-ramai. Anaknya pula sudah kepenatan seharian buat kerja rumah, dan perlu menjaga aurat. Apakah hukumnya? Sedangkan mereka bukan tetamu yang diundang (tak dikenali sama sekali), dan bahkan tidak dibuka langsung rumah, tiada pengumuman atau apa-apa informasi untuk menerima tetamu. Jadi bagaimana dengan situasi ini? Ramai isteri atau anak2 perempuan yang pernah mengalami situasi ini. Mohon pencerahan. Terima kasih

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ