31 Ogos 2015

Giveaway TAMAT!!!

Alhamdulillah... Seminggu telah berlalu... Giveaway Anak Merdeka 2015 telah pun TAMAT pada jam 8 malam tadi.

Senarai peserta segmen dan acara blogwalking akan bermula selewat-lewatnya esok pagi ya...

Insha Allah... Pengumuman pemenang akan diumumkan secepat mungkin...

Pemilihan pemenang adalah melalui cabutan undi oleh penaja hadiah untuk segmen ini...

Sebarang perubahan akan diumumkan dari semasa ke semasa...

Terima kasih atas sokongan semua peserta segmen kali ini... Jasa anda amat dihargai...


Psst: buat peserta yang belum ikut semua syarat... Masih sempat berbuat demikian... Kami akan semak semua status penyertaan anda sebelum umumkan pemenang. Terima kasih kerana sudi luangkan masa join segmen ringkas ini.


Giveaway Anak Merdeka 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

2015
Assalamualaikum... Lama tak buat segmen atau Giveaway... Ni Giveaway pertama tahun ni... Sempena hari ulang tahun keempat anak merdeka Maria dan Firdz...  kami anjurkan simple Giveaway yang sepenuhnya disponsor oleh Syarikat HMSD Ent. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blogger Malaysia
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker
  3. Follow Google + : +Maria Firdz  | +Firdzaus Mariah 
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!"
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini.
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI.
Hadiah yang ditawarkan:
  • 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  • 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  • 1 custom sticker x 2 pemenang
  • 1 puzzle x 1 pemenang
  • 1 car stripe sticker x 2 pemenang
10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)

Jom support simple Giveaway kami!!!
Terima kasih atas sokongan anda!!!

Tolong Jangan Gelak!

Entry santai je petang hari merdeka nih...
Mood nak menulis ke laut dah... Maklumlah merdeka kot kan...

Nak merdeka kan diri dari blog.. Kalau boleh la... Tapi macam tak boleh sangat je... Rasa semacam je... Jadi...baca je la ye...

Buat penghibur rasa... Tapi jangan gelak eh... Senyum tak pe... Cuma pastikan ada orang, takut nanti orang salah faham plak korang gelak senyum sengsorang... Hehe...

Selamat hari merdeka semua...
Moga kita merdeka zahir dan batin juga ya...
Selamat bercuti...... 


Giveaway 1.0 by Hernee Nazir

Giveaway 1.0 by Hernee Nazir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Klik Banner Untuk Join!!!


Psst: Time to support blogger segment

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kakak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam ramai tunggu detik jam 12 malam semalam... MF juga sama-sama menghitung detik itu semalam... Bukan sambut merdeka...tapi sambut hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami, si kakak Faiqah. 

Alhamdulillah... Acara sambutan yang ringkas je... Rancangan last minit, hanya beli makan-makan sikit.. Dan kek coklat untuk kakak... 

Alhamdulillah... Kakak gembira dan terkejut bila kami buat kejutan untuk dia... 

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas nikmat kurniaan Dia... Anugerah seorang anak yang cerdik sempurna...

Syukur juga bila kakak free drypers sebelum usia empat tahun... Memang itu target kami... Free drypers tanpa potty training dan paksaan... Kerana MF yakin dengan perkembangan anak secara semulajadi...  Jadi buat apa nak paksa-paksa kan... Alhamdulillah... Berjaya. 

Kalau ikutkan usia empat tahun, jiwanya masih kanak-kanak kan... Jadi, MF biarkan dia nikmati sepuasnya... Tanpa paksaan untuk belajar... Biarlah dia tak reti lagi ABC, 123 insya Allah, masa akan datang dia akan belajar semua tu... 

Kenangan melahirkan kakak, tak kan dilupakan... Kerana melahirkan kakak... MF tak dapat raya tahun 2011... Pagi raya dah masuk hospital...  Huhu..kenangan indah semua tu...

Alhamdulillah...  
Selamat hari lahir kakak... Terima kasih jadi penghibur hati... Walaupun selalu kena tegur Dan marah itulah tanda sayang... 

Terima kasih Allah atas pinjaman amanah ini.. 
Insha Allah,  akan kami didik sebaik mungkin agar dia menjadi hamba Mu yang beriman kepada Mu... 

Si kakak, anak merdeka kami..
Moga kakak betul-betul merdeka hati dan mindanya dari sifat dan akhlak yang keji... Moga Allah pelihara kakak dari sifat dan akhlak yang Allah tak suka... Jadilah kakak anak merdeka yang merdeka hati dan akalnya dari belenggu penjajahan moden... Ameen.  

30 Ogos 2015

Resepi: Nasi Goreng Ikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lama tak up resepi kat sini kan... 
Hujung minggu, resepi ringkas je ni... Kalau boleh nak gantung kuali, tapi tekak takde selera nak makan kat luar dah... Best lagi memasak walaupun ringkas kan... 

Jadi, terhasillah resepi Nasi Goreng Ikan untuk makan tengah hari merangkap makan malam sekali... Sekali memasak je sehari. 

Resepi ni, idea mak MF... MF suka masak nasi goreng ni buat sarapan pagi... Lebihan nasi dan ikan goreng, mak buat la nasi goreng ikan ni... Suami pertama kali makan, rasa sedap dan suka... Jadi, MF apa sahaja yang suami suka kena la masak kann... 

Resepi nasi goreng ni tak susah... 
Nasi, ikan goreng yang diracik isinya, bawang putih dan bawahg merah yang dikisar atau ditumbuk, cili padi, sos tiram, carrot, kailan, garam dan minyak.

Cara memasaknya:
Tumis bawang kisar dan cili padi... 
Dah garing, masukkan sos tiram satu sudu... 
Lepas tu masukkan carrot dan sedikit air untuk lembutkan carrot tu... 
Bila hampir lembut carrot tu masukkan pula kailan... 
Dah gaul sebati, masukkan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang diracik... Tabur garam... Dan gaul bagi rata... 
Lepas tu.... SIAP! Bolehlah dihidang. 

Memang rasa lain berbanding kita letak daging atau ayam... Memang MF tak campur ayam atau daging sebab makanan laut kan ... Tak bagus dicampur dengan haiwan darat. 

Sedap...dan cepat... Cubalah jika sesekali nak tukar selera kan. 

ADA APA DENGAN HATI? LIHAT 18 GAMBAR INI!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

 









Memang cantik... Suka lihat seni hati ini... Boleh buat nanti dengan anak-anak. Mesti diorang suka kan... 


Sumber: Facebook

Understand Please!!!

Memang susah nak cari orang yang betul-betul memahami kita...

Orang yang tak faham kita akan anggap kita sengaja memberi alasan...

Tambah sedih.  Bila kita memberi sebab atas sesuatu... Atas sebab restu dan keizinan... Tapi dibalasnya, alasan tu tak boleh diterima... Sebabnya atas dasar tanggungjawab...

Padahal dia dulu juga pernah beralasan sedemikian...

Memang susah la jumpa dengan orang yang tak pernah nak faham situasi orang lain...


29 Ogos 2015

8 Pantang Larang Ketika Berblog!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam hidup ini ada peraturan dan pantang larangnya. Begitu juga dengan berblog. Ada pantang larang dalam berblog yang mungkin orang tak ambil kisah. Tapi bagi sesetengah pembaca dia sangat kisah. Antaranya:

Jangan Campur Adukkan Bahasa Dalam Satu Entry
Sakit otak jumpa blog bahasa rojak nih... Apatah lagi entryblog yang guna bahasa alien... Kononnya moden la sangat tapi satu hapa tak boleh faham dan nak kena mengeja balik bila baca entry nya. Pantang betul kalau jumpa entry blog bahasa rojak.. Kalau nak buat entry inggeris, satu bahasa je la.. Jangan nak campur dengan bahasa Melayu. Pantang ok!

Jangan Copy Paste Tanpa Sumber
Bab copy paste ni tak pernah selesai.. Ianya berkait dengan sikap dan etika berblog. Jika nak copy paste dari blog orang, pastikan letak sumber... Kalau tak backlink pun sekurang-kurangnya letak la sumber dari mana. Sekalipun gambar, sebaiknya letakan sumber asal. Jika gambar sendiri, jangan lupa pula letak kan watermark yang strategik supaya orang tak boleh edit gambar kita. 

Jangan Update Entry Waktu Moody
Mood penting dalam berblog. Jika update blog tanpa rasa tanpa hati, apa yang kita nak sampaikan tak kan sampai kepada pembaca...pembaca baca pun rasa pelik... Dan kalau kita baca pun, rasa pelik. Ayat pun mesti mengarut dan berulang-ulang. Jadi, jangan update blog waktu moody atau emosi tak stabil... Terutama wanita la ni... 

Jangan Paksa Diri Dalam Berblog
Berblog biar enjoy dan rasa seronok. Jangan tengok blog orang lain sentiasa update dengan cerita yang menarik kita pun nak update juga. Tapi kita takde idea dan mood... Jadi, kita paksa diri untuk berblog. Jangan sesekali begitu.  Nanti kita akan stress sendiri... Dan terasa blog menjadi beban pula.  Berbloglah dengan enjoy ya.

Jangan Berblog Sebab Ikut Kawan
Ada kawan MF pernah nak ikut MF berblog... Sebab dia tengok blog MF banyak info, boleh cerita...boleh buat duit. Hehe... Jangan ye.  Jangan berblog sebab ikut kawan. Berblog perlukan minat dan ilmu... Tapi yang paling penting minat lah. Kalau de ilmu tapi tak minat tak jadi juga. Macam MF kat Universiti dulu, belajar buat blog dan web tapi masa tu minat takde. Jadi, blog tu terabai je. Tapi lepas kahwin, baru datang minat, Alhamdulillah ilmu yang lama tuh dapat MF guna kembali. 

Jangan Buat dan Sebarkan Fitnah
Ini, bukan setakat berblog, fitnah memang perbuatan mazmumah yang wajib dielakkan dalam diri. Janganlah buat blog sebab nak buat fitnah, gosip sana sini dan kongsi berita yang tak pasti. Berbloglah untuk sesuatu yang berfaedah untuk diri kita dan orang lain. Apa guna berblog tapi dapat dosa kan.

Jangan Cerita Hal Dalam Kain
Ini blog peribadi la yang banyak buat. Blog para isteri la ni.. Kadang syok sangat bercerita hingga tak sedar buka aib diri, aib suami dan ai keluarga... Bercerita hal peribadi perlu diatasi iman dan akal bukan emosi. Peringatan untuk diri MF juga ni.

Jangan Serabutkan Blog Dengan Iklan
Yang ni pun antara pantang larang MF juga ni... Jangan serabutkan iklan dalam blog. Tambah iklan jenis pop-up. Elakkan iklan jenis itu sebab iklan camtu kebanyakan tak mesra mobile. Jadi, orang akan closed je.  Jika nak kongsikan ilmu, hadkan iklan yang terlalu banyak dan serabut dalam blog. Kalau iklan banyak, blog pun jadi berat. 

Cukup kot setakat ini. Cukup lah lapan pantang larang ni. Entry ni atas pengalaman dan pendapat MF sendiri... Terpulang pada orang lain untuk terima atau tidak. Moga kita dapat meningkatkan kualiti kandungan blog kita agar jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.

T-Shirt Robocar Poli!

Tengah musim Robocar Poli pula dah la ni...

Padahal cartun tu dah lama dah...

Tapi apa pun cartun tu comel... Hehe...
Jadi, ada yang jadikan sebagai tshirt kanak-kanak...

Memang comel tengok anak-anak pakai... Siap dengan nama lagi...
Tak mahal pun... RM20 je sehelai...

Kalau nak beli...
Boleh hubungi no ni: 0192732794.. 
Murah-murah je...


Renungan: Manusia Yang Paling Mulia!

Manusia yang paling mulia ialah manusia yang punyai adab...

Adab dan budi menampakkan manusia itu lagi cantik....

Manusia yang cantik, cerdik, kaya tapi tidak beradab...akan menghilangkan dan menampakkan dirinya tidak cantik dan tidak cerdik.

Jadilah manusia yang beradab... Kerana adab menjadikan kita manusia yang mulia... Dan disitulah terletaknya kemuliaan manusia yang Allah ciptakan.


28 Ogos 2015

4 Cara Mudah Update Blog Waktu Cuti!

4 Cara Mudah Update Blog Waktu Cuti!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni last day... Happy for holiday.. Minggu ni tiga hari kita bercuti sekali dengan Cuti Merdeka... Mesti dah rancang nak pergi mana n kan... Ramai juga yang balik kampung, hantar saudara pergi Haji, kenduri dan sebagainya. MF juga perancangan waktu cuti... Tapi sebagai blogger separuh masa, blog tetap tak diabaikan... Nak kena juga update kalau tak, rasa macam tak best je... 

Jadi, MF nak kongsikan tiga cara mudah yang MF buat untuk memastikan blog update tapi dalam masa yang sama cuti tak terganggu. 

Entry Autopublish
Entry Autopublish memang tersedia... Setkan tarikh dan masa yang sesuai.. Paling kurang satu atau dua entry... Banyak sangat pun tak boleh, sebab biasanya hujung minggu dan cuti tak ramai blogwalking... Jadi, kongsikan entry santai dan ringkas sahaja dihujung minggu... Tak boleh info yang padat dan berat, sebab hujung minggu orang nak release tension dan rehatkan otak. Tapi MF tetap tak lupa entry berbentuk nasihat dan motivasi setiap pagi.. Insha Allah.

Join Segmen atau Giveaway
Cara ini paling mudah... Cari je mana-mana Giveaway atau segmen yang tengah berlangsung... Siapkan dalam draft atau boleh juga Autopublish, cuma kalau Autopublish kena la send Url entry awal-awal dan maklumkan penganjur bahawa tu entry Autopublish. Takut terlupa nak send url walaupun dah join. Jadi, nampak la blog kita update juga walaupun satu hari satu je kan... 

Pastikan Ada Entry di Draft
Jangan biarkan draft kosong... Sediakan je apa-apa entry ringkas dalam draft... Mungkin waktu rehat dalam bercuti tu, boleh publishkan entry yang dalam draft tu... Dalam draft MF ada seratus lebih entry yang belum diedit dan dipublish... Ada masa yang sesuai MF akan publishkan. 

Gadjet
Gadjet juga sebagai pembantu berkesan untuk publish entry dalam bercuti dengan cepat... Gunakan aplikasi yang mudah untuk Update entry... Walaupun sekeping gambar tanpa kata. Ianya akan menarik orang untuk mentafsirkan dan memberi komen. Jadi, simpan gambar-gambar tertentu dalam gadjet supaya boleh digunakan untuk update entry ketika perlu. Tapi jarang MF guna cara ni... Sebab time bercuti dengan anak-anak, no gadjet... Ada handphone untuk ambil gambar kenangan sahaja. 

Ini antara cara MF update blog ketika cuti. Jarang hadap blog ketika cuti kecuali waktu tu suami MF tengah kerja. Jadi ada la peluang hadap blog sekejap... Selebihnya, memang spend time untuk anak-anak. Antara empat cara di atas tu... Yang banyak MF guna ialah entry Autopublish... Sebab tu orang nampak blog MF sentiasa berupdate tapi tuan blog takde depan blog pun sebenarnya. 

Apa-apa semuanya atas minat dan mood juga, jika dah minat kita usaha untuk majukan. Blog MF dah sampai satu tahap yang hampir berjaya. Jadi, tak kan MF nak sia-siakan ye tak. Jadi, usaha untuk lebih maju dan bertahan... Insha Allah dengan Izin Allah.

10 TANDA KITA DAH TUA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sumber: Facebook

Rasa macam dah tua pula dah.. Sebab hampir semua dah ada tanda nih kat diri ini... Huhu... 

Tak pe la kan.. Terimalah hakikat... Ingat tua, ingat mati ... Moga sempat taubat... Dan ingat kubur...

24 Hak Anak Yang Tak Boleh Diabaikan Oleh Ibu Bapa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banyak Artikel tentang hak ibu bapa yang anak wajib penuhi. Tapi jangan lupa, sebagai ibu bapa ada juga hak anak yang wajib kita patuhi. 

Berikut 24 hak anak yang wajib ibu bapa penuhi.

1. MEMILIHKAN PASANGAN YANG SOLEH/SOLEHAH SEBELUM MENIKAH
Jika fikirkan pasal zuriat dan keturunan, fikirkanlah siapakah yang menyambung zuriat kita.... Bagaimana iman dan akhlaknya. Justeru itu, carilah jodoh yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang berkualiti... 

Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada lelaki yang ingin menikah untuk memilih wanita yang solehah dan beragama. Rasulullah s.a.w bersabda:
(( تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا  وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ ))
Maksudnya: “Seorang wanita dinikahi dengan empat sebab, yaitu: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka tanganmu akan berdebu (dalam bahasa arab ini adalah doa agar mendapat kebaikan atau keberuntungan). [HR Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 3635]
Hadis ini tidak membatasi bahawa wanita tidak boleh memilih. Wanita juga dapat memilih siapa yang akan menjadi pasangan hidupnya.

2. MENGUCAPKAN DOA SEBELUM BERHUBUNGAN BADAN UNTUK MENJAGANYA DARI GANGGUAN SYAITAN
Rasulullah s.a.w telah mengajarkan doa ketika berhubungan badan. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(( لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ:  بِاسْمِ اللَّهِ  اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا - فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ لَمْ يَضُرُّهُ ))
Maksudnya: “Seandainya seseorang di antara kalian ketika mendatangi isterinya membaca, ‘BISMILLAH ALLAHUMMA JANNIBNASY-SYAITHAN WA JANNIBISY-SYAITHAN MA RAZAQTANA (Dengan nama Allah. Ya Allah, Jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami). Jika Allah mentakdirkan (dengan hubungan itu terlahir) seorang anak, maka syaitan tidak akan boleh memudaratkannya.[ HR Al-Bukhari no. 3283 dan Muslim no. 3533]

3. MEMPERHATIKANNYA KETIKA BERADA DI RAHIM IBUNYA
Allah S.W.T berfirman:
{وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّى يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ} [الطلاق:6]
Ertinya: “Jika mereka (wanita-wanita itu) sedang hamil, maka nafkahilah mereka sampai mereka melahirkan kandungannya.” (QS Ath-Thalaq : 6)

4. MEMPERLIHATKAN RASA SENANG KETIKA DIA DILAHIRKAN
Ketika anak dilahirkan sudah sepatutnya seorang ayah dan ibu menunjukkan rasa senangnya. Bagaimanapun keadaan anak itu. Sama ada anak lelaki atau perempuan. Terkadang sebahagian ibu bapa memiliki rasa benci jika yang dilahirkan adalah perempuan.

5. MENJAGANYA AGAR TETAP HIDUP BAIK KETIKA DI DALAM RAHIM ATAUPUN KETIKA TELAH LAHIR
Anak pun memiliki hak untuk hidup. Allah Taala berkata:
﴿ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا  ﴾  [الأسراء :31]
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan! Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (QS Al-Isra : 31)

6. MEMBERI NAMA DENGAN NAMA YANG BAIK
Memilih nama yang Islamik tidak perlu susah-susah. Nasihat  Syaikh Abdul-Muhsin Al-Abbad (Ahli hadis Madinah) ketika beliau ditanya tentang beberapa nama arab yang agak asing didengar ditelinga, kemudian beliau menjawab, Pilihlah nama-nama yang tidak perlu ditanyakan lagi apakah boleh memakai nama itu ataukah tidak!.
Nama-nama yang seperti di maksudkan oleh Syaikh Abdul-Muhsin sangat banyak sekali, seperti: Abdullah, Abdurrahman, Abdurrahim dan sejenisnya, nama-nama para nabi, nama-nama sahabat yang terkenal dll. Begitu pula untuk anak perempuan, banyak nama wanita-wanita solehah, seperti: Fatimah, Khadijah, Aisyah dan lain-lain.

7. MENYUSUINYA DENGAN SUSU IBU SEHINGGA DIA MERASA CUKUP SERTA MEMPERHATIKAN KHASIAT YANG MAKANAN DAN MINUMAN ANAK.
Anak memiliki hak untuk dijaga kesihatannya. Makanan yang paling bagus untuk bayi di bawah umur dua tahun adalah Susu Ibu.
﴿  وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ  ﴾  [البقرة :233]
Maksudnya: “Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi rezeki (makanan) dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya. Dan orang yang mendapatkan warisan pun berkewajiban demikian (QS Al-Baqarah: 233).

8. BERAKIKAH (AQIQAH) DENGAN MENYEMBELIH SATU EKOR KAMBING UNTUK ANAK PEREMPUAN DAN DUA EKOR KAMBING UNTUK ANAK LAKI-LAKI SERTA MENCUKUR RAMBUTNYA DI HARI KE TUJUH KELAHIRANNYA
Rasulullah s.a.w bersabda:
(( الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ ))
Maksudnya: “Seorang anak tergadaikan dengan akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ke tujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya.”[ HR Abu Dawud no. 2837, At-Tirmidzi no. 1522]

9. MEMPERHATIKAN KEBERSIHAN TUBUHNYA DAN MENGHILANGKAN BERBAGAI GANGGUAN DARINYA
Ibu bapa wajib memperhatikan kebersihan anaknya. Tanpa disedari hal ini sangat berpengaruh terhadap perkembangan mental anak. Begitu pula, sudah sepatutnya orang tua mengajarkan cara menjaga kebersihan. Sebagai contoh kecil, mengajarkannya untuk tidak membuang sampah kecuali di tempat sampah, mengajarkannya untuk membersihkan tempat tidur dan membiasakannya untuk menggosok giginya.

10. MENAFKAHINYA SAMPAI DIA BESAR
Anak juga memiliki hak untuk diberi nafkah, seperti: makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Rasulullah s.a.w bersabda:
(( كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ ))
Maksudnya: “Seseorang dianggap berdosa jika dia tidak menafkahi orang-orang yang menjadi tanggungannya.”[ HR Abu Dawud no.1692]

11. MENGAJARINYA ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT
Ibu bapa wajib mengajarkan anaknya ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jika dia tidak mampu, maka dia wajib mencari orang lain untuk mengajarinya, baik dengan menyekolahkannya atau memberikan kursus-kursus.
Ilmu yang bermanfaat sangat banyak sekali, meliputi ilmu agama dan ilmu duniawi.

12. MENGAJARKANNYA UNTUK BERAMAL SOLEH, BERADAB DAN BERAKHLAK MULIA
Ibu bapa wajib mengajarkan kepada anaknya bagaimana beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia. Selain dengan perkataan, ibu bapa harus mengajarkannya dengan mempraktikkannya pada diri ibu bapa itu sendiri. Dengan demikian anak dapat meniru tingkah laku kedua orang tuanya.

13. MEMBERIKAN HUKUMAN KEPADANYA DENGAN HUKUMAN YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT  KETIKA DIA MENINGGALKAN KEWAJIBAN ATAU MENGERJAKAN  DOSA ATAU MAKSIAT
Ibu bapa wajib melakukan hal ini. Memberikan hukuman telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
(( مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَ شْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ ))
Maksudnya: “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk solat ketika umur mereka tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat ketika umur mereka sepuluh tahun. Dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka.” [HR Abu Dawud no. 495]

14. MEMBERINYA WAKTU UNTUK BERMAIN DENGAN TETAP MENGAWAL JENIS PERMAINANNYA, TEMPAT BERMAINNYA DAN DENGAN SIAPA SAJA DIA BERMAIN
Anak pun ada hak untuk bermain. Ibu bapa sudah sepatutnya memberikan waktu-waktu bermain untuk anaknya, baik di pagi, siang ataupun waktu petang. Ketika waktu maghrib, ibu bapa diperintahkan untuk tidak membiarkan anaknya bermain di luar rumah sampai datang waktu isyak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
(( إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ ))
Maksudnya: “Jika malam atau awal malam datang maka ‘peganglah’ anak-anak kamu. Sesungguhnya syaitan-syaitan berkeliaran pada waktu itu. Jika waktu isyak telah masuk maka biarkanlah mereka. [HR Al-Bukhari no. 3280 dan Muslim no. 5250]


15. MEMBERIKAN RASA AMAN DAN MENJAUHKAN DARI HAL-HAL YANG MENAKUTKANNYA ATAU HAL-HAL YANG MEROSAK AGAMANYA
Merupakan kewajiban ibu bapa untuk melindungi anaknya, menjaganya dari berbagai gangguan dan memberikannya rasa aman. Ibu bapa juga harus terus memantau keadaan anaknya dan mencarinya jika dia hilang.
Rasulullah s.a.w pernah mencari Hasan bin Ali r.a. ketika dia hilang di pasar Bani Qainuqa dan berkata, Dimana Laka? Panggilkan Laka[(لكاع) Laka’ : panggilan untuk Hasan bin ‘Ali yang bererti anak yang kecil yang kurus. [HR Al-Bukhari no. 5434.]

Ibu bapa juga tidak boleh menakut-nakutkananaknya dengan sesuatu yang boleh merosak mental dan agamanya, seperti mengancamnya dengan pisau atau perkataan kasar dan mengatakan kepadanya ketika malam datang, Awas hantu?.
Rasulullah s.a.w bersabda:
(لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا)
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti muslim (yang lain).” [HR Abu Dawud no. 5004]

16. MENGHARGAI DAN MENGHORMATINYA SEBAGAI SEORANG MANUSIA DAN TIDAK MEMBERIKAN GELARAN YANG TIDAK ELOK KEPADANYA
Anak juga termasuk keturunan Nabi Adam a.s. Dia adalah manusia yang memiliki hak untuk diperlakukan sebagai manusia dan tidak diperlakukan seperti haiwan. Dia harus dihormati dan dihargai. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk memberikan gelaran-gelaran atau panggilan-panggilan yang tidak elok kepadanya, seperti ucapan ‘anjing’, ‘babi’, ‘bebal’ dan sejenisnya.
Allah Ta’ala berfirman:

﴿ وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آَدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا ﴾  [الإسراء  :233]

Maksudnya: “Dan kami telah memuliakan anak keturunan Adam, memberikan tunggangan kepada mereka di darat dan di laut, memberi rezeki kepada mereka dari yang baik-baik dan mengutamakan mereka dari banyak makhluk  yang telah kami ciptakan dengan suatu keutamaan. (QS Al-sra : 70)

17. MEMPERHATIKAN PERKEMBANGAN MENTAL-SPRITUALNYA, MELATIH DAN MENGARAHKANNYA KEPADA  APA YANG SEPADAN UNTUKNYA KELAK
Ibu bapa wajib memperhatikan perkembangan mental-spritual anak. Anak  harus terus diawasi, jangan sampai dia terjerumus ke hal-hak yang merosak moral dan dirinya.

Dengan berjalannya waktu, fikiran anak akan semakin berkembang dan semakin banyak yang ingin diketahuinya. Merupakan kewajiban ibu bapa untuk menjelaskan kepada anak sesuai dengan ilmu yang mereka miliki dan tahapan hidup yang mereka jalani.

Kadang-kadang anak yang berumur  5-6 tahun sudah mulai bertanya terutama kepada si Ibu, Ummi dari mana saya dilahirkan? maka jawapannya, Dari perut?. Akan tetapi untuk anak yang sudah berumur mendekati usia baligh, maka jawapannya tentu tidak boleh macam tu. Oleh itu, sangat penting mengetahui bagaimana jawapan yang sesuai untuk di setiap tahap kehidupan anak.

18. BERLAKU ADIL  TERHADAP SEMUA ANAK-ANAK
Ibu bapa wajib berlaku adil terhadap  semua anaknya. Dalilnya adalah sebagai berikut:
Suatu hari An-Numan bin Basyir berkata di atas mimbar, Ayahku telah memberikanku hadiah. Kemudian Amrah binti Rahawah (Ibunya) berkata, Saya tidak redha sehingga engkau meminta Rasulullah untuk menjadi saksi. Kemudian Ayah An-Numan pun pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya, Saya telah memberi hadiah kepada anakku dari isteriku yang bernama Amrah binti Rawahah. Dia menyuruhku untuk memintamu, Ya Rasulullah, sebagai saksi pemberian ini. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata, Apakah engkau memberikan hadiah kepada semua anakmu seperti itu juga? Ayahnya pun berkata, Tidak. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, Takutlah kamu kepada Allah! Berbuat adillah terhadap semua anakmu. Kemudian ayahnya pun kembali dan mengambil kembali hadiahnya. [HR Al-Bukhari no. 2587 dan Muslim no. 4185]

19. MELATIHNYA UNTUK RAJIN DAN TIDAK MALAS
Anak juga memiliki hak untuk dididik agar rajin dan tidak malas. Mendidik anak untuk itu harus dilakukan sejak dia kecil. Yang pertama kali dilakukan oleh ibu bapa adalah mengajarkan anak cara beribadah. Sebagai contoh adalah ibadah solat.

20. MELATIHNYA UNTUK DAPAT MENGGUNAKAN HARTANYA DENGAN BAIK DAN SESUAI KEPERLUAN SERTA MEMBIASAKANNYA UNTUK MENABUNG DAN TIDAK BOROS
Ibu bapa harus memperhatikan hal ini dengan saksama, kerana harta adalah amanah dari Allah yang harus dijaga dan dimanfaatkan dengan baik. Latihan ini tidak hanya dikhususkan bagi mereka yang kaya saja, orang miskin pun harus melatih anaknya untuk hal itu. Betapa banyak anak yang dulunya miskin, kemudian ketika besar dan menjadi kaya, maka mereka membazirkan duitnya. Sedangkan kita semua tahu bahwa membazirkan duit itu dilarang dalam agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda:
( إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلاَثًا قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ (
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah membenci kamu disebabkan tiga hal: ‘katanya-katanya' (mengumpat), membazirkan harta dan banyak bertanya.” [HR Al-Bukhari no. 1477 dan Muslim no. 4485]
Di antara bentuk kesalahan dalam mendidik anak adalah memberikan segala sesuatu yang anak minta tanpa memperhatikan manfaat dan tujuan yang diminta. Tanpa disedari, hal ini akan mengajarkan anak untuk boros dan tidak dapat menggunakan hartanya dengan baik. 

21. MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADANYA UNTUK DAPAT HIDUP BERDIKARI, PERCAYA DIRI DAN TIDAK TERGANTUNG DENGAN ORANG LAIN KETIKA DEWASA
Ramai ibu bapa yang melalaikan hal-hal ini. Mereka tidak mendidik anaknya untuk dapat hidup berdikari. Sebagai contoh yang banyak kita lihat adalah ketergantungan anak-anak yang telah lulus Sekolah Menengah Atas atau setingkatnya kepada kedua orang tuanya. Padahal untuk anak seumur itu pada zaman dahulu, merupakan suatu aib jika si anak tidak boleh berdikari hidup sendiri atau tidak boleh membantu ibu bapanya.

22. MENGAJARKAN KEPADANYA TENTANG PENTINGNYA BERDAKWAH DAN MENJADI ORANG YANG BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN
Di dalam surat Al-Ashr Allah menyebutkan bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali empat jenis manusia, iaitu: Orang-orang yang beriman, orang-orang yang beramal soleh, orang-orang yang saling menasihati dengan kebenaran dan orang-orang yang saling menasihati dengan kesabaran. Oleh itu, ibu bapa harus mengajarkan kepada anaknya tentang pentingnya berdakwah dan menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain agar mereka tidak menjadi orang yang rugi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
((أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ))
Maksudnya: “Orang yang paling dicintai  oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”[ HR Ath-Thabrani]

23. MENASIHATINYA UNTUK SELALU TABAH DAN SABAR DALAM MENGHADAPI SEMUA UJIAN
Menasihati anak untuk selalu tabah dan sabar hendaklah dilakukan sejak anak masih kecil. Dengan demikian, setelah beranjak dewasa dan menghadapi banyak ujian dia dapat selalu tabah dan sabar.
Cuba kita perhatikan bagaimana Luqman Al-Hakim menasihati anaknya untuk bersabar dan hal ini diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran.
﴿ يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُور  ﴾ [ لقمان : 17 ]  
Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah solat, amar makruf nahi mungkarlah dan sabarlah atas apa yang menimpamu. Sesungguhnya itu adalah hal-hal yang harus diperhatikan (diwajibkan oleh Allah). (QS Luqman : 17)

24. MENJAGA KESUCIAN DIRINYA DENGAN MENIKAHKANNYA JIKA TELAH DIRASA PERLU DAN MAMPU UNTUK ITU
Anak-anak yang telah beranjak dewasa di zaman sekarang ini- dihadapkan dengan berbagai fitnah, terutama fitnah wanita. Sangat sedikit dari mereka yang boleh selamat dari fitnah ini. Kalau pun boleh selamat dari fitnah zina, maka dia tidak boleh mengelak dari fitnah zina mata dan hati. Tidak sepatutnya ibu bapa membiarkan anaknya selalu dalam keadaan berdosa. Nikahkanlah pabila sampai waktunya. Mudahkan nikah dan ikut syariat.

Sama-samalah kita berusaha untuk penuhi hak anak-anak kita agar kita dapat jadi ibu bapa yang amanah kepada Allah Taala. 

Sumber rujukan: islamway.com
Hukum dan Persoalan: Solat Jumaat!

Hukum dan Persoalan: Solat Jumaat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sumber: Google images


Semalam ajar anak-anak didik pasal solat Jumaat. Rupanya, masih ada dalam kalangan ibu bapa pandang mudah dengan hukum solat Jumaat ni. Sebabnya, ada di antara pelajar yang tak pergi solat Jumaat sebab mak suruh jaga adik la, mak tak bagi pergi lah... Ayah tak bawakan la.. macam-macam alasan. Tak pasti alasan tu benar atau tak, tapi setakat ni, anak-anak ni jujur dan tak reti betul nak menipu sekalipun hal solat. Memang jujur mengaku tak solat... hmmm..  Jadi, wajib ye ambil tahu bab solat Jumaat nih... Terutama bagi ibu bapa yang ada anak lelaki yang semakin meningkat remaja. 

Apa itu solat Jumaat?
Solat Jumaat ialah solat dua rakaat pada waktu Zuhur, hari Jumaat didahului dua khutbah serta dengan syarat-syarat tertentu.

Apakah hukum solat Jumaat?
Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang cukup syarat. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Apakah hukum meninggalkan solat Jumaat?
Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.

Sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dikatakan oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)

Syarat Wajib Solat Jumaat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Bermastautin
  • Bermukim
  • Berkemampuan
  • Merdeka


Syarat Sah Solat Jumaat
  • Ditunaikan ditempat khas
  • Ditunaikan dalam waktu Zuhur
  • Melebihi sekurang-kurangnya 40 orang Jemaah termasuk imam.
  • Didahului dua khutbah
  • Ditunaikan secara berjemaah


Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?
Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

Adakah yang bertugas sebagai polis, bomba dan tentera dikira uzur dari menunaikan solat jumaat?
Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid
2) Sakit
3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara
4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid
5) Tertidur
6) Pengsan
7) Gila
8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Jadi, buatlah penggiliran agar tak capai tiga hari berturut-turut.

Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?

Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang. Bacaan lanjut >>> DI SINI<<<

Yang mana wajib didahulukan, mengerjakan solat Juma'at atau menguruskan jenazah?
Solat Jumaat wajib dikerjakan dalam keadaan berjemaah dalam waktu tertentu. Sedangkan uruskan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu terburu-buru, asal tidak dilengahkan. Maka wajib mendahulukan solat Jumaat daripada menguruskan jenazah.

Apakah tujuan azan kedua berkumandang pada solat Jumaat?
Azan kedua yang berkumandang pada solat Jumaat mempunyai tujuan yang sama dengan azan yang pertama. Bezanya adalah untuk menunjukkan kepada jemaah bahawa khutbah akan bermula dan solat akan mula selepasnya.

Jika Masuk Masjid Sedang Imam Tengah Memberi Khutbah Jum’at
Jika seorang muslim masuk masjid sedang imam tengah menyampaikan khutbah Jum’at, maka hendaklah dia tidak duduk sehingga mengerjakan solat tahiyyatul masjid dua rakaat seraya meringankannya. Yang demikian itu didasarkan pada dalil berikut ini.

Dari Jabir bin Abdillah r.a, ia mengatakan : “Sulaik Al-Ghathfani pernah datang pada hari Jum’at ketika Rasulullah s.a.w tengah menyampaikan khutbah, lalu dia duduk, maka beliau berkata kepadanya : ‘Wahai Sulaik, berdiri dan kerjakanlah solat dua raka’at dan bersegera dalam mengerjakannya’. Kemudian beliau bersabda.

“Jika salah seorang diantara kalian datang pada hari Jum’at sedang imam tengah berkhutbah maka hendaklah dia mengerjakan solat dua raka’at dan hendaklah dia bersegera dalam mengerjakan keduanya” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani]

Moga jelas dan faham... Sama-sama belajar... Bab ilmu agama nih, kalau tak ulang kaji akan lupa dan lenyap... Jadi, kena mengaji selalu... Jangan pandang remeh... Kalau tak ada ilmu bergurulah... Semoga bermanfaat.

Rujukan: 
Buku Pendidikan Islam Tingkatan Satu
Halaqah.net
Google Search

Mana Tau Kan...

Sumber :Facebook

Mana la tau kan...
Fikir positif dan bersangka baik...


Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

27 Ogos 2015

Kisah Teladan: Ayat Kursi Sebelum Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Khasiat
Sumber: Google images

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berjaya ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak- geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar- benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Sumber: Himpunan Kisah-kisah teladan

7 Widget Penting Yang Patut Ada Pada Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Widget untuk blog terlalu banyak sehinggakan, semua widget ni nak letak dalam blog. Tapi terlalu banyak widget menjadikan blog kita serabut dan juga lambat loading. Jadi, perlu pilih widget yang betul-betul perlu dan penting serta fungsinya untuk kemudahan pembaca dan pengunjung blog. 

Antara 7 widget yang patut ada pada sebuah blog. 

Recent post, iaitu widget yang memaparkan tulisan-tulisan terbaru kita.Walau di laman utama memaparkan beberapa posting entry terbaru, tapi ada setengah pembaca tak tengok laman utama. Jadi, recent post menjadi sangat penting. Jadi, strategiknya bila widget ni diletakkan di bahagian atas.

Kotak komen yang mesra pengguna. Ini bukan satu widget, tapi ada blogger abaikan pasal kotak komen ni. Jadi, MF suka untuk tegaskan guna kotak komen yang sesuai dan mudahkan orang lain komen. Apa guna kita buat entry tapi orang baca tapi tak boleh nak respon dengan baik. Jika pengguna blogspot, kotak komen blogspot itu sudah cukup baik... Cuma setting, bagi sesuai dengan pembaca. 

Button share, ini adalah satu widget yang akan boleh menyebarkan tulisan kita ke jejaring sosial atau bookmarking. Tulisan kita mudah merebak dengan diedar ke twitter atau facebook. Sehingga akan dapat menjadi salah satu cara promosi blog dan boleh mendatangkan ramai pengunjung.

Related Post, iaitu widget yang memaparkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan tulisan yang kita baca. Widget ini akan memudahkan pembaca untuk mendapatkan ilmu atau bacaan yang berkaitan. Selain itu akan dapat mendatangkan banyak page view. Sebab tu kadang post lama boleh dapat komen baru.

Arkib, iaitu iaitu widget yang memaparkan bulan kita update entry blog, dan juga boleh memaparkan jumlah tulisan dalam setiap bulan berapa kali kita posting. Selain itu juga akan memudahkan pembaca cari bacaan yang sesuai dan artikel yang minat untuk dibaca. Cuma, setting ikut kesesuaian. Jika terlalu panjang sampai nak ke scroll ke bawah pun tak effective juga... Jadi, setting ikut kesesuaian pandangan pembaca.

Search engine, ini dia widget yang dianggap sangat penting. Kerana boleh dibayangkan betapa susahnya mencari suatu kata kunci yang ada di blog kita tanpa search engine.

Contact Us: antara widget yang boleh dikatakan penting masa ini untuk blog. Sebabnya, perhubungan pembaca dan pemilik blog. Jika ada persoalan, pembaca terus boleh hubungi pemilik blog sama ada melalui borang online Contact Us, ataupun icon laman sosial seperti facebook, twitter dan juga email. 

Kisah Cinta: Cari Mawar Merah Pada Catriona

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.  

Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yg baik.Kamu sanggup  menerima ku yang tak sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yg kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....." 
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...

 Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."

Sumber: Koleksi Kisah Cinta

Jadual Pinjaman Perumahan Kerajaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: mega3.com.my

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun kelima kerja kerajaan sebagai guru.... Alhamdulillah, rezeki MF juga sebab dalam family, setakat ni MF seorang sahaja kerja kerajaan... Insha Allah adik MF juga akan menyusul kerja Kerajaan tahun depan. Seronok ke kerja kerajaan??? Seronok tak seronok tu atas diri sendiri... Kerja apa pun, jika ikhlas seronok je kan... Cuma setakat banyak la faedah kerja kerajaan tuh... Itu je la... Macam MF katakan...rezeki Allah untuk MF, lagi pun impian ibu ayah MF nak lihat MF atau salah seorang anak mereka kerja kerajaan... Alhamdulillah, tercapai... Lagipun ibu bapa MF kerja kampung je... Jadi, satu kebanggaan untuk mak bapa MF juga... 

Panjang lak muqaddimah... 
Dah lama kerja, mula fikir pasal aset untuk masa depan... Kalau ikutkan, kehidupan tu dah cukup dah... MF dah ada rumah suami beli sebelum kahwin lagi, kereta pun dah ada... Cuma sekarang ni fikir nak tambah lagi... Bila tu??? Tak tahu lagi.. Cuma tengah mengorek info dari rakan yang berpengalaman dan juga kat internet... 

Bila lihat rumah kat KL ni, tak terdetik di hati nak beli... MF dan suami memang nak keluar dari KL ni... Migrain je dok kal KL ni... Insha Allah ada rezeki memang nak merantau lagi... Bila??? Insha Allah bila Allah tetapkan rezeki MF la di mana-mana kan... Tapi, kalau tengok tangga gaji dengan kelayakan pinjaman MF tak layak beli rumah kat KL ni... Rumah second hand mungkin ada la... Tapi kalau rumah baru jangan mimpi... Harga rumah tinggi-tinggi kat KL ni jejak setengah juta. Pernah MF tanya satu rumah papan yang ada sedikit tanah dan rumah tu pun dah macam nak roboh dah... Boleh tuan tanah tu jual RM1.5 juta... Telan ayaq lioq je la... Memang mahal... Jadi, sesuailah...kami pun tak nak menetap di KL ni... 

Ramai tanya, terutama saudara sebelah Kedah, minta MF kampung la buat rumah kat kampung... Hmm... Secara jujur, MF tak berminat tinggal di kampung sendiri... Sebab adik beradik MF semua di sana, jadi MF suka merantau. Lagipun MF ada suami kan, suami dah beli aset untuk kami jadi, sebagai isteri WAJIB ikut suami kan... 

Jadi, jadual diatas sebagai rujukan untuk MF buat pinjaman berdasarkan gaji pokok... Insha Allah, perancangan tu ada, moga selari juga dengan perancangan Allah.

Untuk rujukan lanjut boleh rujuka kat web Perbendaharaan Malaysia

DOSA OH DOSA!!!

Renungan bersama....

Jika hati tiada resah bila berbuat dosa, itu petanda hati mati...

Nak kembalikan hati... Perlukan taubat sebenar-benar taubat...

Risaulah dengan dosa...
Agar hati ada cahaya iman...
Cuci hati dengan taubat nasuha...
Agar dapat mati dengan aman...


26 Ogos 2015

TARBIAH SENTAP: GAYA MODEN!!!

Tak mau kata banyak, hangpa pikiaq la sendiri...

Harap paham la noh...


WW | MENU PETANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Menu petang hari... Buat lapik perut je sementara nak balik untuk makan malam...
Beginilah nasib bila makanan kat kantin dah kurang kualiti dan kuantiti...
Perut perlu diisi, kalau tak lembik plak nanti...sebab kerja banyak masih menanti...

WW | 11 Tanda Orang Yang Bahagia!

Jom usaha untuk jadi orang yang bahagia...
Bahagia bukan dari harta tapi lahir dari hati dan jiwa...


Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2015!

Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan

Tarikh/Hari/Masa :
27 Ogos 2015 (Khamis) - 31 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 7.00 pagi sehingga 12 tengah hari

Raptai
Tarikh/Hari/Masa : 27 Ogos 2015 (Khamis) - 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi sehingga 12 tengah hari

Lokasi Penutupan :
Jalan Mahameru/ Jalan Damansara (dari arah Istana Lama)
Jalan Travers/ Jalan Damansara
Jalan Mahameru / Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
Jalan Tembusu/Jalan Lembah
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishammuddin
Jalan Raja /Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
Jalan Parlimen /Jalan Raja Laut
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
Jalan Munshi Abdullah/ Jalan Dang Wangi
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
Jalan T.A.Rahman/Jalan Raja

Hari Sebenar
Tarikh/Hari/Masa : 31 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 7.00 pagi sehingga 12 tengah hari

Lokasi Penutupan :
Jalan Hishamuddin/Jalan Raja
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Jalan Mahkamah Persekutuan

Laluan Alternatif ke Pusat Bandar
Dari arah Kajang
-Jalan Loke Yew, Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail
-Jalan Cheras, Bulatan Sg Besi, Jalan Tun Razak, Bulatan Kg Pandan

Dari arah KL Seremban
-Lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Razak, Bulatan Pahang
-Jalan Mahameru, Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail
-Jalan Istana, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Hang Tuah

Dari arah Bangsar
-Jalan Mahameru, Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail

Dari arah Jalan Duta
-Jalan Mahameru, Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail

Dari arah Jalan Syed Putra
-Jalan Syed Putra, susur Jalan Syed Putra/Lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Razak, Bulatan Pahang
-Jalan Syed Putra, susur Jalan Syed Putra/Lebuhraya Mahameru, Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail

Sila rancang perjalanan untuk elak kesesakan jalan raya...


Sumber: Whatsapp


WW | ALASAN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memang letih jika jumpa orang yang sering beralasan untuk mengelak diri dari buat kerja kan???

25 Ogos 2015

Sokong Bisnes Kawan!

Kalau kawan yang tak sokong siapa lagi...
Tapi biasa la kan... Perkara yang dihadapi oleh kebanyakan peniaga Melayu la terutamanya...

Minta diskaun dengan kawan... Kawan kenal lagilah...

"Ala, kita kan dah kenal lama tak kan tak boleh kurang..."

"Kita kan sedara...tak kan tak boleh kurang.."

Ini lumrah la kan berniaga...serba salah juga..sebab orang kita ni mudah kecik hati... Nanti tak bagi diskaun putus kawan, putus sedara pula kan..

Tapi, bagi peniaga cina... Itu bukan masalah... Bahkan suami MF pernah singgah kedai makan cina muslim... Bosnya makan kat kedai sendiri... Tapi dia tetap bayar apa yang dia makan...

Orang cina, dia bagi diskaun pada regular customer dia, tapi jarang bagi diskaun pada ahli keluarga atau kawan sendiri... Sebab itu adat berniaga...

Sebab tu lebih seronok berniaga dengan orang yang kita tak pernah kenal... Bila dia jadi customer, otomatik jadi sahabat bila dia suka dengan perniagaan kita...

Jadi, sokonglah kawan atau sedara sendiri... Tambah-tambah bisnes yang baru nak mula... Lingkup bisnes kalau asyik nak diskaun je... Dah la segalanya GST... Peniaga kecil ni... Kena tanggung GST, tapi tak layak nak kenakan dan tak sanggup nak kenakan GST kepada pelanggan... 

Jadi, siapa lagi nak sokong kalau bukan kawan kan...